Thursday, April 2, 2009

Terima Kasih Pak Lah

Salam Buat Semua,

1) Hari ini (2 April 2009) adalah hari terakhir Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sebagai Perdana Menteri Malaysia.

2) Pak Lah bertahan selama 5 tahun, 5 bulan dan 2 hari. Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Perdana Menteri selama 13 tahun, Tun Abdul Razak cemerlang dengan tempoh 6 tahun, Tun Hussein Onn mengetuai negara bagi tempoh 5 tahun dan zaman pemodenan negara ditunjangi Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun.

3) Saya akui 'agak kritikal' apabila berbicara tentang Pak Lah. InspiRasi 1982 ~~ kelihatannya lebih banyak 'menghentam dan memerli' Pak Lah. Agak susah untuk melihat weblog ini kelihatan 'baik' terhadap Pak Lah.

4) Saya tidak membenci Pak Lah, saya menghormati dia sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden UMNO.

5) Saya mengkritik Pak Lah kerana saya merasakan betapa gaya pentadbiran dan juga kaedah pemikiran beliau sedikit sebanyak mampu mendatangkan 'malapetaka' kepada bangsa saya, agama saya dan juga keharmonian negara ini sedikit demi sedikit.

Perdana Menteri : " Kerajaan Tidak Membuat Sesuatu Tanpa Sebab " - 9 Januari 2007.

Perdana Menteri Sedang 'NGOROK' ??? - 12 Februari 2007.

Nik Aziz, Pak Lah dan Dr. M - 7 Ogos 2007.

31 Oktober 2007 : 4 tahun Pak Lah sebagai P.M.... - 1 November 2007.

Pak Lah Yakin BN Akan Kembali ... - 5 Disember 2007.

Surat Terbuka Buat Perdana Menteri - 5 Mac 2008.

Pak Lah Dan Rekod Gemilangnya - 5 Jun 2008.

Perdana Menteri Yang Goyah, Terserang Dan Nazak - 11 Jun 2008.

Pak Lah Harus Undur Segera ! - 21 Jun 2008.

Episod Peralihan Kuasa: Antara 22 Jun 2002 dan 10 Julai 2008 - 14 Julai 2008.

Cukuplah Pak Lah dan Anwar: Pergilah ! - 24 September 2008.

Abdullah Ahmad Badawi - Di Hujung Garisan - 9 Oktober 2008.

Abdullah Ahmad Badawi - Sudah Terlambat ! - 20 Oktober 2008.

Obama, Bush, Clinton dan Abdullah .... - 11 November 2008.

Harga Minyak Turun - Pak Lah dan Anwar Dalam Kenangan - 18 November 2008.

Transisi : 2003 dan 2009 - 4 Mac 2009.


Terima Kasih Pak Lah, Moga Hidup Sentiasa Dirahmati Tuhan Yang Maha Kuasa, Bahagia Penuh Dengan Damai Abadi ....


Neba2020: Budaya dan Adat Bangsa Mengajar Kita Supaya Tidak Lupa Berterima Kasih Dan Sentiasa Berlembut Hati Juga Pemikiran. Walau Ada Rasa Tidak Selesa Kerana Kecewa Dan Terasa, Jangan Benci Dan Dendam Menguasai Diri ....

5 comments:

Ixchel said...

Couldn't agree with you more, Sir
I can't feel anything under his reign
I feel numb, hurt, and lost
Speaking of lost, I kinda lost your number...
Hehehehe...

Anonymous said...

ketepikan politik seketika - kita wajar menghormati orang yang lebih tua daripada kita.

Jangan mengkritik peribadi orang tetapi kritik lah polisi/idea-nya. Itulah pegangan saya.

Anonymous said...

hehe, tun sendiri pun tak simpan dalam hati, berdasarkan kepada gambar ini - http://mstar.com.my/archives/homepage/2009/4/2/mahathir.jpg

Rozailin-Rahman said...

mudah mudahan DS Najib boleh bawa perubahan luar dan dalam kepada kempimpinan parti dan negara. risau ttg masa depan anak-anak kita ... wallahu alam...

Anonymous said...

Semoga Najib dapat menjawab tohmahan yang mengaitkan dia dan Altantuya. Buat press statement dan buktikan yg dia takde hubungan dgn 2 polis tu. Saya selalu dgr org tak puas hati pasal tu je dr dulu. Saya percaya Najib boleh menjadi PM kita yang terbaik. Saya sayang Najib. Amin.