Wednesday, April 22, 2009

Tauladan dan Sempadan : Selamat Membaca !

Salam Buat Semua,

1) Selamat Hari Buku Sedunia untuk tahun 2009 (23 April) !

2) Izinkan saya untuk berkongsi sedikit daripada koleksi buku-buku yang sempat dimiliki pada tahun 2008.

3) Membaca buku kepuasannya tidak sama dengan membaca melalui Internet, samalah seperti kepuasan menerima kad ucapan hari raya, hari jadi dan sebagainya yang lebih kita 'hargai' lagi 'menjadi simpanan kenang-kenangan' yang cukup bernilai berbanding dengan nilai ucapan melalui sistem pesanan ringkas (sms), e-mail, e-kad dan sistem pesanan multimedia (mms).

4) Membaca biarlah melangkaui skop bidang pendidikan formal kita. Jangan hadkan pendedahan ilmu buat minda kita. Andai belajar ilmu perubatan, jangan menjadikan kita tidak suka kepada bahan bacaan yang melibatkan politik, agama mahupun sastera. 'Mengaji' ilmu kejuruteraan pula bukan bermakna kita tidak perlu 'ambil pusing' benda-benda yang bersangkut-paut dengan kewangan, ekonomi dan psikologi.

5) Membaca biarlah secara adil dan saksama. Jangan benarkan minda kita 'dimonopoli' oleh satu ideologi semata-mata, takut nanti kita menjadi fanatik ekstrim yang tidak boleh bercampur-gaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. Sokong UMNO bukan bererti kita 'tutup hati' untuk membaca bahan-bahan yang menyentuh tentang Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Nik Abdul Aziz. Benci UMNO jangan pula sampai kita benci 100% pemikiran tokoh-tokoh seperti Dr. Mahathir Mohamad dan Mohd. Najib Abdul Razak. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan ....

Neba2020: Bangsa yang berjaya adalah bangsa yang mencintai ilmu, menguasai pelbagai aliran pengetahuan dan 'bebas' minda untuk belajar sesuatu yang baik walaupun ilmu itu datangnya daripada 'musuh' mahupun orang-orang yang kurang tinggi akalnya.


Pilihan Raya Umum 2008: Rakyat Sahut Cabaran
Datuk A. Kadir Jasin







Surat Daripada Dr. Mahathir (Mahathir Di Sebalik Tabir)
Datuk Seri Zainuddin Maidin







The Unmaking Of Malaysia: Insider's Reminiscences of UMNO, Razak & Mahathir
Ahmad Mustapha Hassan






Winning Strategies of Anwar Ibrahim
Mutharasan







Jangan Bersedih - La Tahzan
Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni







Kunci Kejayaan Minda
Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni







Muhammad S.A.W - Insan Teladan Sepanjang Zaman
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat






Blogging To Unblock
Tun Dr. Mahathir Mohamad






Dr. Mahathir's Selected Letters To World Leaders
Tun Dr. Mahathir Mohamad






Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok
Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim

1 comment:

Helmy Ahmad said...

Antara buku yang disenaraikan yang menarik pada pandangan saya adalah

Muhammad S.A.W - Insan Teladan Sepanjang Zaman
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Jangan Bersedih - La Tahzan
Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni.

Bagi kita yang cetek pengetahuan tentang sejarah hidup Nabi Muhammad SAW junjungan kita, kisah dan tauladan serta cara hidup dan strategi perkembangan Dakwah Islamiah ketika Zaman Nabi dapat difahami dan diketahui melalui buku hasil tulisan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kepada para pembaca yang dirundung malang dan rasa kecewa dan tiada semangat dalam diri anda walaupun pada peringkat yang serius sekalipun. Buku 'jangan bersedih' adalah sesuai untuk anda

Cubalah...