Thursday, December 13, 2007

Pengakuan Dirogol, Terlanjur dan Tersilap Langkah...

Salam Buat Semua,

Pengakuan eksklusif tentang 'rahsia diri' bukanlah sesuatu yang semudah-mudahnya akan dilakukan oleh manusia kepada sebarangan orang. Apalagi jika 'rahsia diri' itu adalah sesuatu yang sebolehnya hendak disembunyikan kerana bakal mengaibkan diri sendiri jika 'terjatuh ke riba' pihak-pihak lain. Tetapi ada kalanya 'rahsia diri' jika dipendam keseorangan akan menjadi umpama 'racun berbisa' yang makin disimpan rapi makin ianya merebak umpama 'kanser' yang sungguh menyakitkan jiwa dan pemikiran. Maka seseorang yang dipercayai haruslah dicari untuk 'melapangkan jiwa' daripada 'kanser-kanser' yang sungguh menyeksakan itu !

Sepanjang kira-kira 3 tahun saya menjadi pendidik kepada anak-anak Malaysia yang meningkat dewasa dicampur dengan pengalaman 4 tahun sebagai pelajar ijazah pertama di MMU, saya berpeluang menjadi 'seseorang yang dipercayai' atau mungkin 'seseorang yang diterima' oleh segelintir daripada anak-anak Malaysia yang mempunyai 'rahsia diri' yang cukup 'hebat' dan mungkin boleh dikatakan 'agak dahsyat' juga untuk difikirkan. Selain pelajar sendiri, ada juga kenalan-kenalan yang meluahkan masalah diri ('rahsia diri') tanpa dipaksa sebaliknya demi 'melapangkan jiwa' daripada rasa kekesalan yang mula timbul.

RAHSIA 1
Seorang pelajar perempuan telah mengaku dirogol oleh teman lelakinya sendiri tanpa disedari. Pelik bunyinya, tapi realitinya adalah nyata lagi sahih berlaku ! Beliau adalah seorang yang amat sosial dan peristiwa berlaku apabila lelaki yang dianggap sebagai kekasih itu telah memasukkan 'sesuatu' ke dalam minuman yang diminumnya ketika 'bersosial' di dalam kelab malam di ibu negara. Akibatnya? Hamil dan akhirnya 'bayi' hasil benih akibat aksi rogol kekasih sendiri itu telah 'dibunuh' dengan bantuan klinik yang dimiliki oleh doktor yang pastinya boleh dianggap sebagai 'syaitan !'

RAHSIA 2
Pelajar ini mewakilkan sahabat karibnya untuk berbincang dengan saya. Terharu juga apabila saya yang dipilihnya untuk berbincang tentang hala tuju pelajarannya di universiti. Pelajar ini telah terlanjur dengan kekasih hatinya lalu 'bukti cinta sejati' itu menyebabkan si gadis mengandung tanpa disangka. Si lelaki nyata bertanggung jawab dan menemui keluarga si gadis untuk berkahwin secara sah dan mahu anak yang dikandung itu dilahirkan dengan selamat dengan memiliki ayah dan ibu untuk membesar. Nasihat saya ketika itu ialah jangan sesekali berhenti belajar sebaliknya ambillah cuti belajar sebelum perut membesar jika mahu mengelak malu dan sambunglah semula pengajian selepas bayi dilahirkan. Beliau bersetuju dengan cadangan tersebut. Saya yakin pelajar berbangsa Cina ini bahagia dengan pilihan hidupnya dan moga kesetiaan sang suami itu berlanjutan untuk selamanya.

RAHSIA 3
Seorang jejaka pernah membuat pengakuan ikhlas dan mengatakan bahawa hanya sayalah yang beliau ingin berkongsi kisah silamnya ketika menganjak ke usia 20 tahun. Beliau menyatakan bahawa hanya setelah 3 bulan bercinta dengan teman wanitanya beliau telah berani untuk membawa si perempuan ke rumah sewaannya. Apa yang terjadi? Tanpa diajar, lampu digelapkan dan masing-masing mula memainkan peranan. Agak lawak apabila jejaka ini mengatakan bahawa si gadislah yang tanpa disuruh telah 'pandai-pandai' membukakan pakaian si jejaka. Segalanya selepas itu adalah sejarah bagi ke dua-dua anak muda itu yang berlarutan selama 2 tahun bak suami-isteri 'berbulan madu' tak berpenamat. Dia mengaku bahawa akan berasa 'ketagih' yang amat jika tidak dapat 'berdua secara intim' lebih daripada seminggu. Maka, pelbagai hotel dan rumah penginapan di sekitar Melaka dan Kuala Lumpur menjadi destinasi kunjungan tetap mereka pada hari-hari bekerja. Alasannya? Malam-malam di hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dirasakan tidak selamat kerana ada kemungkinan berlakunya pemeriksaan oleh pihak penguat kuasa agama. Penuh taktikal bukan?

RAHSIA 4
Seorang jejaka juga mengaku bahawa beliau sanggup pergi mencari kekasihnya di Cyberjaya hampir setiap minggu untuk sama-sama 'bermadu asmara.' Yang lebih menarik ialah apabila si jejaka mengatakan bahawa segala 'babak-babak hangat' mereka dilakukan di dalam bilik kekasih hatinya sendiri di sebuah pangsapuri sewaan para pelajar wanita. Apa yang lebih mengejutkan apabila beliau mengatakan bahawa wanita itu mengaku pernah terlanjur dengan kekasihnya sebelum itu yang merupakan seorang penyanyi nasyid ! Penuh pengalamanlah kononnya !

RAHSIA 5
Seorang pelajar wanita yang kelihatan 'beragama' orangnya telah terpedaya dengan rakan 'chat' Internetnya. Pelajar wanita ini tanpa dipaksa telah terpikat hatinya kepada jejaka yang melanjutkan pengajian agama di negara Asia Barat. Wanita 'suci' yang ada pegangan agamanya itu sudah pastilah menginginkan seorang jejaka yang juga ada pegangan agamanya. Semestinya jejaka yang bakal dipanggil 'ustaz' itu diidaminya untuk dijadikan bakal suami di kemudian hari. Apa yang memeranjatkan, pertemuan pertama antara dua manusia yang berkenalan dan berhubungan melalui kuasa Internet ini sewaktu si jejaka balik bercuti ke Malaysia telah berakhir dengan keberanian ke dua-duanya untuk menyewa bilik hotel dan terus 'terkulai' dengan henjutan nafsu. Mudah sungguh 'dara' ditamatkan ! Lebih mengecewakan, selepas 'habis madu ditoreh, sepahnya terus dibuang' dan si 'ustaz' terus tidak mahu bersua lagi dengan si wanitanya atas alasan insaf kononnya !

RAHSIA 6
Seorang sahabat mengaku telah secara perlahan-lahan dipikat oleh pensyarah sendiri seawal pengajiannya di peringkat asas (pra-U). Pensyarah wanita yang jarak usianya hampir mencecah belasan tahun daripada pemuda tersebut akhirnya berjaya 'memiliki' pemuda itu setelah 3 tahun mencuba. Agak 'geli' apabila saya membaca segala rekod 'chat lucah' antara mereka di Internet. Wanita bersuami dan pastinya sudah memiliki beberapa orang anak itu tanpa rasa segan cuba menzahirkan 'kegersangannya' kepada si pemuda. Perbuatan seks ringan mereka berlanjutan selama hampir 2 tahun sebelum si pemuda cuba menjauhkan diri daripada 'wanita kemaruk darah muda' itu !

Cukuplah hanya 6 'rahsia diri' insan-insan yang pernah 'tersilap langkah' itu saya himpunkan di sini. Tiada niat untuk memalukan sesiapa tetapi lebih kepada untuk menunjukkan kepada kita semua betapa nilai moral remaja masa kini semakin meruncing dan mudah sungguh terlalai dan tersimpang daripada tujuan asal untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran dan meraih kejayaan di universiti. Itu belum termasuk lagi 'maklumat-maklumat' risikan yang selalu saya terima mahupun dengari. Andai bukannya daripada mulut si pelakunya sendiri maka tidak eloklah untuk saya garapkan di sini. Tiada pengesahan, gosiplah namanya !

neba2020: Pengakuan kemaruk video lucah, kemaruk membayangkan seks dengan kanak-kanak, kemaruk ganja, kemaruk membuat 'seks sendiri' dan kemaruk menonton video lucah animasi juga pernah saya hadapi dengan minda terbuka. Kita mendengar biarlah ikhlas, sama-sama berbincang dari hati ke hati moga si pelakunya berasa bebas daripada belenggu perasaan yang tertekan dek kerana 'masalah peribadi' yang selalu menghantui kehidupan mereka. Hidup ini bukan untuk 'bercakap' sahaja tetapi yang lebih penting adalah cabaran untuk menjadi 'pendengar' yang baik.

12 comments:

-aRa- said...

saya adalah salah seorang dari anak murid yang menaruh kepercayaan kepada Encik Nor Effandy...hehehe

^syaRieNa said...

kadang kala manusia tak pernah terfikir bahawa kita akan tersilap langkah yang sebenarnya membawa padah buat diri kita. kita sangkakan insan itu mampu melindungi kita tapi sebenarnya dia lah yang merosakkan kita. tapi walauapapun yang terjdi saya tak faham kenapa masyarakat lebih gemar mencemuh dari memberi nasihat serta semangat bua mereka yang terkena ini untuk bangkit. lebih menyakitkan apaila orang yang kita sanka mampu untuk membela dan memberi kekuatan dalaman buat diri kita sebenarnya lah yang menikam kita dari belakang. realiti juga saya katakan bahawa apabila sesuatu itu telah terjadi kepada si dara, si teruna yang lain juga akan inginkan perkara yang sama. hanya rapat dengan si dara kononnya ingin mebghulurkan tangan memberi bantuan tetapi hanya bantuan palsu yang di hulurkan. bantu seikhlas hati. mereka yang terpedaya ini juga punya hati dan perasaan yang perlu di jaga. namun, bagi mereka yang pernah terkena dan sedar kesilapan diri bangkit dari kejatuhan dan jangan toleh lagi ke belakang. perkara yang telah berlalu biarkan ia berlalu; kejar apa yang ada di hadapan bukan apa yang tertinggal di belakang.

Gadis dalam Rahsia 1 said...

Eh, ni cerita saya.

Kenapa En. Effandy cerita kat dalam web nie?

Skrg saya sudah rasa sungguh aib.

fendy_ahmad said...

Kepada Semua Mangsa/Si Pengaku Yang 'rahsianya' di keutarakan di sini:

Saya memohon maaf jika tindakan saya ini menyebabkan anda semua berasa malu atau kecil hati.

Niat saya tidak lain adalah untuk memberi pengajaran kepada khalayak pembaca yang lainnya. Seperti yang disedari, setiap nama dan maklumat lengkap adalah tetap dirahsiakan.

putera idaman said...

kepada senua gadis diluar sana..jaga lah mahkota anda sebaiknya kerana jahat mana sekalipun seorang lelaki itu..apabila mereka ingin berumah tangga,pasti yang masih dara dan suci juga pilihan hati.

macam2 said...

perempuan sekarang ni senang betul nak dapat ye..nak jumpa yang betul2 baik pun susah..dunia2.

hanya sebuah pendapat said...

disebabkan terlalu banyak cemuhan & tohmahan yang selalu diberikan kepada "mangsa".
biar saya cuba memberi kata semangat kepada "mangsa" dan yang "bakal jadi mangsa".

perempuan sering dianggap kaum yang lemah.
mengapa?
sebab perempuan ni hati dia lembut, pujuk sikit, dah cair.

tapi, TOLONG lah buang persepi yang macam tu.
perempuan sekarang tidak boleh langsung dianggap lemah.

selama ini, lelaki yang memberi kata putus dalam perhubungan.
lelaki yang menentukan samaada patut diteruskan hubungan atau tidak.
mengapa tidak perempuan?
sebab perempuan ni terlalu sayang pada lelaki.
sayang sangat sampai sanggup "membuktikannya".

untuk membuktikan cinta, bukan macam ini.
ini untuk membuktikan bahawa anda berani, dan sangat up-to-date.
kalau dia suruh awak buktikan cinta dengan menyerahkan maruah, awak cakap yang awak akan buat dengan 1 syarat.
dia harus buktikan cinta dia dengan bernikah dengan awak.
kalau dia dah lari pecut kalahkan marion jones, terbukti sudah "cinta" dia kat awak.

tapi, yang dah berlalu, sudahlah.
dah tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
tapi beringatlah, sentiasa ingat.
bila awak jangkakan yang lelaki akan tinggalkan awak, awak takkan sanggup untuk memberikan dia apa2.
tapi bila awak terlalu sangat berharap, masa itulah segala2nya diserahkan.

tapi, bila sesuatu itu dilakukan, ada benda lain yang akan berlaku, jadi sila pertimbangkan semua aspek sebelum membuat keputusan.

"at the end of the day, it all leads back to you."

maya said...

saya sangat bersetuju dengan hnya sebuah pendapat..perempuan terbukti lebih setia daripada lelaki..dan perempuan terbukti lebih menyayangi lelaki dari sebaliknya..sebab itu perempuan senang2 sangat nak menyerahkan diri mereka..mereka ingat kalau mereka ikut ckp lelaki,lelaki tu akan kawin dengan diorg..sedar la sket wahai kaum2 hawa,lelaki zaman sekarang ni bukan boleh di percayai sgt..
kadang2 nampak je alim,tapi padahal die la raja segala syaitan.

Adam said...

Pendidik menjadi pembantu serta pendorong dalam menyelesaikan masalah-masalah serta tempat meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

Pengalaman kita, kita jadikan pengajaran, pengalaman orang lain kita jadikan iktibar...

jihad yang paling sukar untuk kita laksanakan adalah jihad hawa nafsu....

anti-budak mesir yg ramai rsa cm baguih sgt said...

em..menarik kisah di atas...dan bukan benda baru..ni lah akhir zaman,dan jgn terkejut jika anak2 anda akan terlibat sama..kembalilah kpd Islam,InsyaAllah..mudah je kan?ambik kata2 Allah..wala taqrabuzzina..jgn dekati zina..tk kira la,hang mesir ka,hang england ka,mmu ka,tkdak sapa yg mengatasi sapa2..melainkan yg lebih taqwanya..jaga la diri masing2 dr "mendekati"..dan jangan sesekali ckp.."kitorg tkdak apa punya..konfem la"..ha..pastu ajdik la mcm kisah2 di atas..

Anonymous said...

ih...ih..ih(versi bjg lapokz)

ape yg nk di hairankan...hiburan sana..sini..hiburan tanpa sempadan...

media di kuasai si 'hadhari'...

kat sini ade 6kisah je..

agak2 kalau dihitung kisah2 kat mesia neh..berkisah2 jadiknyer..

haha...

hadhari..hadhari...

jakfariah said...

salam...

hooo haco lebo set2 nih....male sero..

yolo doh tuh, ni laa umat akhir zaman...mace2 blaku..zina berleluasa...kerajaan pon wat dok reti jah..hok lain lebih diutamokan dari pendidikan syaksiah...

dokrok cetong sungguh...