Tuesday, February 17, 2009

Formula Satu - Litar F1 Sepang Perlu Dilelong ?

Salam Buat Semua,

1) Malaysia adalah negara Asia yang ke 2 berupaya menjadi hos kepada perlumbaan kereta Formula Satu (F1). Kita mula menjadi hos F1 pada tahun 1999. Jepun selaku kuasa ekonomi nombor satu di Asia menganjurkannya sejak tahun 1976.

2) Selepas Jepun dan Malaysia, F1 mula menjadi perhatian negara-negara lain di Asia untuk menganjurkannya. China dan Bahrain mula menyertai 'kalendar' F1 pada tahun 2004 dan diikuti oleh Singapura pada tahun 2008.

3) Tahun 2009 menyaksikan ia akan diadakan di Abu Dhabi, UAE dan diikuti oleh Korea Selatan dan India pada tahun 2010.

4) F1 adalah program sukan ke 3 yang paling banyak ditonton oleh manusia di seluruh dunia selepas Piala Dunia (bola sepak) dan Olimpik.

5) Perlumbaan F1 kali ke 10 di Litar Sepang pada tahun 2008 menyaksikan kira-kira 34 000 orang penonton antarabangsa hadir menyaksikannya. Setahun sebelum itu, kedatangan 'pelancong sukan' ke Sepang mencecah hampir 35 000 orang. Kehadiran rakyat Malaysia pula secara puratanya mencecah jumlah 90 000 orang bagi setiap edisi kejohanan. Tiket-tiket untuk menyaksikan perlumbaan F1 di Malaysia adalah di dalam lingkungan RM100 dan RM1 950. Harga-harga tersebut adalah antara yang termurah di dunia untuk menyaksikan perlumbaan F1.

6) Setiap acara F1 ditafsirkan akan ditonton oleh kira-kira 600 juta orang di seluruh dunia melalui siaran secara langsung. Nilai promosi dan hebahan terhadap setiap destinasi perlumbaan itu boleh dikatakan 'tanpa sempadan' dan cukup berkesan. Tidak hairanlah, semakin banyak negara-negara di Asia yang 'berebut' untuk mendapatkan hak eksklusif penganjuran F1. Penganjuran F1 tidak dilihat daripada aspek perlumbaan itu semata-mata tetapi telah melangkaui aspek promosi perlancongan, produk-produk tempatan dan hebahan teknologi terkini.

7) Litar F1 Sepang dibina dengan kos mencecah RM350 juta dan selepas 10 tahun sebanyak RM40 juta telah dikeluarkan lagi sebagai dana tambahan kerajaan bagi tujuan pemuliharaan juga penyelenggaraan trek perlumbaan serta kemudahan-kemudahan lainnya. Ada yang merasakan ianya membawa pembaziran dan ada juga yang berpendapat ianya adalah satu bentuk pelaburan strategik.

8) Kementerian Pelancongan melaporkan bahawa kira-kira 80% daripada penonton antarabangsa tersebut datang ke Malaysia semata-mata untuk menyaksikan perlumbaan F1. Secara purata mereka membelanjakan sebanyak RM3 374 di Malaysia dengan penginapan selama 5 hari. Menurut kajian rasmi Universiti Malaya, penganjuran F1 di Malaysia pada tahun 1999 sahaja telah menerbitkan pelbagai gerakan aktiviti ekonomi yang bernilai RM1.5 Billion dalam masa seminggu.

9) 10 tahun lepas, seorang pemimpin politik kanan sebuah parti pembangkang pernah secara 'sinis' mengatakan bahawa beliau akan melelong bangunan-bangunan mahupun infrastruktur-infrastruktur yang diistilahkannya sebagai 'projek mega' yang membazir andai partinya menjadi kerajaan. Putrajaya, Litar F1 Sepang, KLIA dan Menara Petronas disifatkan sebagai membazir dan tidak membawa faedah kepada rakyat dan negara.

10) Ironinya, selepas 10 tahun; Litar F1 Sepang bukanlah suatu projek yang membazir. Trek tersebut kini bukan sahaja digunakan untuk perlumbaan F1. Litar F1 Sepang turut menganjurkan perlumbaan MotoGP dan Super GT yang masing-masing mampu menarik perhatian kira-kira 50 000 orang untuk hadir menyaksikannya. Sukan motorcross juga mendapat tempat sebagai antara acara menarik yang diadakan di situ. Kini, untuk mendapatkan waktu di siang hari bagi mengadakan acara istimewa mahupun latihan kenderaan di Litar F1 Sepang telah menjadi masalah sehingga pihak pengurusannya terpaksa menyediakan kemudahan sewaan litar pada waktu malam.

Neba2020: Pelaburan perlu dilihat daripada aspek yang cukup mendalam dan skop 'nikmat' di masa hadapan. Kadang-kadang manusia menjadi mudah sentimental dan sensitif dengan tindakan mengejut yang permukaannya kelihatan tidak membawa faedah segera walhal jika dikaji di dasarnya barulah kelihatan kebaikan dan keuntungan yang datang di kemudian hari. Masalah sering timbul apabila manusia malas untuk berfikir dan mudah dipermainkan dengan rasa benci dan rasa ego yang terlalu kronik ....

12 comments:

Lays said...

I'm no fan of current govt, but F1 circuit in Sepang, would be the best of Tun's many other projects.

It's not about how many foreign visitors we can get for every race we held in Malaysia. The level of exposure of Malaysians capability at international level, worth more than the cost of keeping Sepang F1 circuit.

And as a person who works regularly for F1 and other international motorsport events. Malaysia is one of the better organizer in marshaling/recovery compared to most of the F1 host from other countries.

Anonymous said...

Hehe, patut la tengok kawasan dia macam tak "berkilat", rupanya mahal sangat nak selengara. :P

Oh ya, antara sebab SIC tidak jadi untuk mengandakan F1 pada waktu malam kerana kos yang bakal ditanggung adalah terlalu tinggi lalu ianya diambil alih oleh pihak Singapura, di mana kerajaannya membayar sebyanyak 60% daripada kos penganjuran.

Lagi satu, kepada sesiapa yang belum menyaksikan F1 di Sepang(atau di mana-mana litar) pergilah walaupun sekali anda pasti tidak akan menyesal. Suasananya, perasaannya dan terutama bunyi deruman enjin v8 F1 amat berbeza sama sekali daripada hanya menonton di TV.

Anonymous said...

information macam ni lah bagus diceritakan dalam blog.. now that we know little bit on how these things eventually benefit us..

well done..

Budak Ampang said...

Aku rasa mereka yang membangkang tu bukan semata-mata ianya projek mega, tetapi cara kontrak dianugerahkan untuk membina nya. Ianya kurang "transparency" jadi kita tidak tahu berapa banyak sebenarnya yang diperlukan lawan berapa banyak yang diperuntukkan.

Kan dulu ada kes kecil yang membabitkan alat-alat tulis/pertukangan yang diquote kan melampau tinggi. kalau kes kecil ni pun dah seleweng, bayangkanlah kes yang besar mega.

fendy_ahmad said...

Salam,

Buat Budak Ampang,

Parlimen memiliki Jawatankuasa Kira-KIra Wang Negara (PAC) yang anggotanya adalah daripada pihak kerajaan dan pembangkang.

Timbalan Pengerusi PAC biasanya diberikan kepada anggota pilihan parti pembangkang dan mereka mempunyai akses untuk menegur dan menghebahkan segala bentuk penyelewengan projek mega kepada umum secara 'rasmi.'

Lihat semula kepada projek-projek 'mega' 1990an seperti KLIA, Litar F1 Sepang dan Menara Petronas, mereka senyap dan tidak pun menyuarakannya di dalam PAC.

Apa yang biasa dilakukan, 'dakwaan' hanya dibuat di dalam ceramah atau media bersuara kiri sahaja.

Terima kasih.

Noor Ashraaf said...

orang malaysia, stended la, buat sainbod pon dikira membazir, sampai aku sesat banyak kali kat bangi n kajang n putrajaya n cyberjaya.

bangang punya mentaliti...

invest for quality lah kan?

Anonymous said...

Cik Ashraaf, anda sesat kerana bukan sebab kekurangan papan tanda sahaja, tetapi 'poor city planning' oleh pihak-pihak yang terbabit.

fendy_ahmad said...

Salam,

Anonymous,

Saya yakin anda akan katakan 'city' macam Sydney, Hong Kong, New York dan Singapore 'planning' nya bagus, mantap dan berkesan. Putrajaya dan Cyberjaya teruk sangat struktur perancangannya.

Kuala Lumpur tidak boleh diambil kira kerana perancangannya memang bukan dibuat di zaman 1990an. Mungkin boleh salahkan Yap Ah Loy juga :p

Ada sindrom dikalangan orang-orang kita sejak akhir-akhir ini yang segala yang dirancang oleh kerajaan buruk dan tak betul segalanya.

Alahai nasib...

Anonymous said...

Saudara penulis,

Saya tidak terfikir pun untuk membandingkan dengan bandar-bandar maju lain di luar Malaysia. Apa yang saya cuba sampaikan ialah kenapa ianya boleh jadi sebegitu rupa?

Seluruh kawasan Putrajaya dan Cyberjaya di buat dan di rancang sejak awal-awal lagi. Kenapa masih banyak sangat kelemahan?

Dari segi papan tanda yang mengelirukan, jalan raya / tempat letak kereta yang tidak konsisten dan antara penentu berjaya nya se-sebuah bandar - sistem pengankutan awam, yang kita boleh akui, tidak diambil berat oleh pihak yang melakarkan kedua2 bandar "canggih" ini.

Ini belum lagi saya masuk bab LRT yang dibuat, bagi saya, tanpa perancangan yang teliti sampai ada beberapa stesen yang dibina di tempat yang kurang strategik lalu tidak mempunyai kepadatan optimum.

Ini mengakibatkan kerugian yang besar kepada syarikat yang menguruskannya sampai kerajaan terpaksa "mengambil alih" sistem keretapi aliran ringan di kuala lumpur.

fendy_ahmad said...

Salam,

Buat Anonymous,

Terima kasih atas respon.

Idea datangd aripada 'pemerintah' dan pencatur visi. Seterusnya si 'kakitangan' yang berkenaanlah yang menjalankan tugas.

Maaf kata, masalah yang timbul seperti kecelaruan papan tanda, jalan tidak sistematik dan seumpamanya adalah kelemahan nyata RAKYAT MALAYSIA sendiri.

Kita wajar faham konsep pemisahan politik dan pentadbir/pelaksana tugas.

Kakitangan kerajaan masih perlu melakukan banyak 'transformasi' gaya kerja dan cara berfikir.

squall-shinoda said...

kepada anonymous (2nd posting):

Perlumbaan sebelam malam terpaksa dibatalkan berikutan iklim ekonomi dunia yang begitu gawat sekarang, maka langkah penjimatan kos perlu dilakukan bagi memastikal bukan sahaja survival ekonomi dunia malah survival sukan F1 itu sendiri, memandangkan F1 adalah sukan bermotor termahal. Singapura mengadakan perlumbaan malam ketika Singapura masih belum mengalami kesan ketara kegawatan ekonomi dunia, tetapi kini Singapura adalah negara Asia Tenggara yang paling terasa kesan kejatuhan ekonomi sekarang, jadi kita boleh jangkakan kemungkinan Sungapura menarik diri untuk penganjuran tahun ini.

al-hussaini said...

Informasi yang baik. Boleh juga digunakan untuk mematahkan hujah lawan tatkala mengatakan bahawa Litar Sepang F1 ini sebagai projek 'gajah putih' sebelum ini.

Cuma, mungkin ada sedikit gangguan akibat kemelesetan ekonomi pada masa kini. Harapan, agar kemelesetan ini bukan dijadikan alasan untuk kalah, tapi jadikan ia sebagai suatu cabaran...

itu yang kita mahukan.