Tuesday, February 24, 2009

Emak, Ibu, Mama, Umi dan Mami ....

Salam Buat Semua,

1) Semua orang mampu untuk meluahkan di lidah perkataan-perkataan seperti 'Aku sayang mak aku,' 'Aku cintakan ibu aku,' 'Aku kasih pada mama,' 'Umi adalah segalanya bagi aku' dan 'Mami cukup penting dalam hidup saya.'

2) Ada orang merasa saya cukup kritikal bila berbicara tentang emak (ibu saya dipanggil 'emak').

3) Saya pernah sedikit 'bertekak' dengan beberapa rakan apabila mengatakan bahawa sesiapa yang menjadi isteri saya kena bersedia menyambut hari raya setiap tahun di kampung saya. Sebelum kahwin saya akan 'mengeluarkan syarat' tersebut. Andai sanggup, boleh kahwin ! Andai tidak sanggup, tiada jodoh namanya.

4) Emak saya hanya mempunyai dua orang anak lelaki. Sesiapa jua tidak akan mampu menjadi penghalang untuk saya membahagiakan emak. Bagaimana dengan ibu kepada isteri saya kelak? Tuhan sediakan kita dengan 365 hari setahun, ada hikmahnya dan banyak sebabnya.

5) Anak lelaki tugasnya menjaga ibu dan ayah manakala si isteri tugasnya menjaga si suami.

6) Saya lihat pada masa kini, warga tua lebih selesa dijaga oleh anak perempuan. Anak perempuan kelihatan lebih prihatin kepada ayah dan emak.

7) Suami pula banyak yang 'dikuasai' isteri. Ibu dan ayah si isteri dijaganya (kerana sudah ramai isteri yang menjadi 'raja' di rumah !) tetapi ibu dan ayahnya sendiri terpinggir tanpa pembelaan.

8) Anak lelaki zaman kini (generasi Y yang sofistikated !) kelihatannya lebih gila mengutamakan perempuan yang dicintai (kekasih pujangga hati, pengarang jantung !), kereta dan masa bersama teman-teman sepemikiran. Mereka teralpa untuk mengutamakan masa bersama-sama ayah dan ibu. Senang cerita, mereka gagal bersikap adil kepada ibu dan ayah sendiri !

9) Saya geli lagi jijik mendengar kata-kata seperti 'Aku tak kerap balik jumpa emak dengan ayah aku tapi tak bermakna aku lupa,' 'Aku tak selalu jumpa emak ngan ayah aku tapi aku tak pernah lupa doakan dia orang,' 'Aku banyak urusan, hujung minggu nak berehat saja,' 'Aku tak balik selalu tapi aku tak lupa kirim duit tetiap bulan' dan 'Mak dengan ayah aku faham kenapa aku jarang sangat balik.'

10) Nilaikan tahap 'ingatan' kita semua pada ibu dan ayah. Adil atau tidak kita kepada mereka berdua? Dunia serba adil, tidak pernah 'menghukum' kita pada yang tidak sewajarnya dihukum. Apa yang dibuat, itu yang dibalas. Jangan nanti kita berasa kesal apabila anak-anak kita sendiri kelak mudah lupa dan sentiasa tidak ada masa untuk kita.

Neba2020: Ingat sebelum kena .... Kelakuan badan itu lebih bererti daripada akuan mulut .... Tiada istilah 'rugi' apabila terpaksa 'membazir' wang Ringgit mahupun 'membuang' tenaga untuk kerap sedikit menjenguk ibu dan ayah .... Tuhan itu tidak zalim dan rezeki Tuhan itu tidak terbatas ....

Ibu Mithali
Nyanyian asal - Nada Murni (Ustaz Asri Rabbani)

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

8 comments:

Anonymous said...

Kalau berada di benua yang lain, bagaimana mahu jengok setiap minggu? :P

fendy_ahmad said...

Salam,

Hidup ini penuh dengan pilihan dan penuh dengan kebarangkalian.

Tepuk dada tanyalah selera.

* Takkan duk benua lain sepanjang zaman kot. Zaman sebelum dok benua lain dulu macam mana lak :p

Muhammad Hazimin Wahab said...

Tahniah.. ini yg kita nak.. tak kira susah mana kita pun atau senang mana sekali pun..... atau setinggi mana kedududkan kita pun, hatta sekalu Sultan pun, kena ingat pada ibu ayah masing-masing...... tanpa mereka siapalah kita..


kalau aweks / pakwe tu, hari-hari boleh contact, takkan mak ayah tak boleh kot....

sekarang zaman dah senang.... kalau kata x ada masa sgt lah nak balik pun, selalu -selalu lah sms atau call diorang tanya khabar.... boleh kan ?

berapa sgtlah charge nya tu....kalau dibandingkan dgn jasa mereka membesarkan anak-anak ...

(tiba-tiba rasa nak balik kg )

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=qJAlJsT385Y




sir mesti nangis tgk video nii hahaha


ha! mesti tgh nangis

aishah said...

3) Saya pernah sedikit 'bertekak' dengan beberapa rakan apabila mengatakan bahawa sesiapa yang menjadi isteri saya kena bersedia menyambut hari raya setiap tahun di kampung saya. Sebelum kahwin saya akan 'mengeluarkan syarat' tersebut. Andai sanggup, boleh kahwin ! Andai tidak sanggup, tiada jodoh namanya.

yesh my dear fendy, as a wife, i have been in this situation before.

tapi bayangkan la fendy kalau kau dah kawin and dapat anak perempuan. and she married wif a man yg tetapkan syarat sama cam kau sekarang. meaning tetiap tahun anak perempuan kau akan beraya rumah mentua la kan. so is it acceptable for you? beraya tanpa anak, menantu and cucu setiap tahun?

-aishah-

fendy_ahmad said...

Salam,

Aishah,

Sebab itu saya katakan pendapat saya itu agak 'kritikal' dan 'mungkin' membuka kepada ketidakpuasan hati sesiapa jua terutamanya kaum wanita.

Apa yang ditulis adalah bersandarkan kepada situasi keluarga saya yang hanya ada dua anak lelaki.

Saya tidak terbayang andainya emak dan ayah saya menyambut hari raya tanpa sesiapa jua andainya anak-anak lelaki mereka 'terlebih sayang' isteri (ada kes saudara mara yang jadual raya hanya di pihak isteri sahaja).

Mungkin saya hanya mampu berdoa semoga TUHAN kurniakan saya dengan seorang wanita yang datang daripada keluarga yang sedikit ramai anggota keluarganya (adik beradik 4 dan ke atas mungkin).

Di pihak isteri saya kelak, akan saya buktikan kepada 'emak juga bapa mertua' bahawa saya tidak balik beraya di pihak mereka sahaja tetapi akan lagi banyak balik di waktu lain mengalahkan menantu lain yang hanya pulang sewaktu Hari Raya sahaja. Hari Raya pun bukan sehari. Tiada di malam raya sehingga raya ke dua tidak bermakna raya ke tiga hingga ke tujuh pun tidak mampu balik.

Semuanya memerlukan doa, sikap memahami dan usaha yang pelbagai bentuknya.

Noor Ashraaf said...

"sesiapa yang menjadi isteri saya kena bersedia menyambut hari raya setiap tahun di kampung saya."

"Sebelum kahwin saya akan 'mengeluarkan syarat' tersebut. Andai sanggup, boleh kahwin ! Andai tidak sanggup, tiada jodoh namanya."

- fendy

Pergh, abes tu isteri punye mak ayah nak campak mane? mesti kene jumpe juge!

Abes la kalo dah kahwin sure bukan mesinggan je pakai, ak47, c4, siap ada tactical assault team lagi kut kalo gaduh..

hush! bahaye enchek noor fendy sorang nih..

Mdm.Fauziah said...

syurga itu dibawah tapak kaki ibu bg seorang ank lelaki..walupun die da kawen..Tetapi hati isteri dan mentua kte hendak lah kte jage juga..Bila kte da kawen ngn anknye secara x lgsung ibu & ayahnye adalah ibu & ayah kte juge..Betol x???..sbgai mentua kte kne la jage hati menantu kte gak..saya ckp begini sb saya adalh seorg ibu dan sudah mempunyai menantu..jgn nanti menantu salahkan ibu mentua pulak..