Tuesday, February 3, 2009

Lompat Jangan Tak Lompat : Anwar Mula Panas

Salam Buat Semua,

1) Anwar Ibrahim memulakan sepak terajang idea lompat si katak lompat sebaik sahaja Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 tamat. 11 bulan telah berlalu.

2) Dia berharap akan dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 melalui 'jalan belakang.' Dia berusaha keras untuk menarik seramai mungkin ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) supaya berpaling tadah sekaligus mengkhianati suara rakyat majoriti dengan melakukan aktiviti lompat si katak lompat ke dalam parti-parti yang 'bernaung' di bawah label Pakatan Rakyat (PR).

3) Impian Anwar kelihatannya umpama mimpi dalam mimpi. 10 bulan selepas idea 'orang gersang jawatan' itu dijajanya ke serata dunia, jawapan yang sesuai dihalakan kepadanya ialah 'niat jahat akan dibalas dengan kejahatan !'

4) Akhirnya Anwar mendapat sedikit suntikan moral apabila seorang ahli UMNO kecewa yang bernama Nasarudin Hashim (ADUN Bota, Perak) setuju untuk menjadi 'katak' dengan melompat ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

5) Sepak terajang dan percaturan Anwar tiba-tiba terhakis dan seakan tercabar di tahap yang tinggi apabila dua ADUN PKR di Perak 'diumumkan' oleh Speaker Dewan Undangan Negeri sebagai sudah meletakkan jawatan sekaligus dua Pilihan Raya Kecil (PRK) wajar dijalankan. Desas-desus bertiup kencang bahawa ke dua-dua Exco kerajaan negeri Perak itu 'diramalkan' akan menyertai BN sekaligus membawa kepada kemungkinan 'jatuhnya' kerajaan yang dipimpin secara 'sehati sejiwa' di antara Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak.

6) ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu yang 'diumumkan' sudah melepaskan jawatan dengan drastiknya menafikan sudah berbuat demikian. Mereka menyatakan bahawa surat perletakan jawatan tanpa tarikh itu adalah dibuat secara 'paksaan' sebaik selesai PRU sebagai kaedah untuk memastikan wakil-wakil rakyat PR tidak dipancing oleh BN lalu melompat parti.

7) Isu pertama - Terdedah sudah rupa-rupanya parti yang cuba memancing wakil-wakil rakyat BN supaya melompat ke pihaknya 'tergamak' memaksa wakil-wakil rakyatnya sendiri untuk menandatangani surat 'aku janji taat setia' yang pada hakikatnya adalah tidak sah di segi undang-undang.

8) Isu kedua - Kredibiliti Anwar selaku pencatur aktiviti lompat si katak lompat sudah mula boleh dipertikai. Di dalam 'riuh rendah' lagaknya yang sentiasa yakin betapa 'ramai' wakil-wakil rakyat BN yang akan melompat ke dalam PKR khasnya dan PR amnya, dia terlepas pandang kepada 'kesetiaan' orang-orangnya sendiri. Tanpa angin bertiup sepoi-sepoi bahasa sekalipun, secara tanpa disangka keluar pula 'kisah-kisah' kemungkinan adanya orang-orang PKR sendiri yang akan melompat ke dalam UMNO khasnya dan BN amnya.

9) Isu ketiga - Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar yang menyerahkan surat rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa telah wujudnya kekosongan di dua kerusi Dewan Undangan Negeri Perak sewajarnya telah 'diarahkan' oleh seseorang yang begitu takut akan kemungkinan runtuhnya kerajaan PR di Perak sebelum sempat menyambut ulang tahun pertama 'berkuasa' (Mac, 2009). Semestinya 'surat-surat tidak bertarikh' itu diberikan kepada Sivakumar oleh si penyimpannya yang sewajibnya adalah 'mentor' politik PR yang sedang dilanda sindrom resah dan takut disebalik hajat besar untuk merobek BN yang masih kabur dan tidak diizinkan Tuhan.

10) Isu keempat - Sudah tiba masanya semua pihak tanpa mengira ideologi politik 'bersatu dan bersepakat' dalam mencari formula mengatasi kecelaruan politik dan pentadbiran yang terhasil akibat daripada terma lompat si katak lompat ini. Kelihatannya BN, DAP dan PAS seakan tidak berapa 'berkenan' dengan kaedah berkuasa melalui 'jalan belakang' ini. Hanya PKR yang masih 'setia' dengan konsep kesukaan Anwar itu. Masa, wang ringgit dan tenaga cukup banyak terbuang. Khidmat kepada rakyat akhirnya yang menjadi bahan gadaian tidak berpenamat.

Neba2020: Konsep pemilihan Presiden Amerika Syarikat cukup menarik untuk diteliti. Setiap Presiden yang dipilih akan berkhidmat selama 4 tahun tepat. Tiada konsep pembubaran Parlimen seperti yang diamalkan di Malaysia, tiada konsep cantas mencantas mahupun lompat melompat yang dibenarkan. Kempen dan kehangatan politik hanya akan berulang setelah 4 tahun berlalu. Presiden yang memerintah tidak akan bercerita pasal politik selepas selesai pemilihan kerana dia tidak perlu takut kepada situasi kemungkinan kuasanya hilang walaupun sewaktu pemilihan dia hanya menang dengan majoriti yang kecil.

9 comments:

nurul said...

salam...

dh lama sy x menulis ttg politik dan x bercakap ttg politik... sbb dah malas...

sy rasa x pyh la kt terlalu obses pd politik nih... bila kt bercakap ttg politik jer, x kisah pihak sana ke pihak sini ke, mesti kt akan bercakap mnda yg x baik ttg org tu, la org ni la.. hmm...

sy bukan ckp org, tp sy sendiri, bila ckp ttg politik, ade je yg akan sy ckp ttg bnda x baik org tu, padahal Islam larang buka aib org.. ermm... xpelah..

sy mmg x nk ckp ttg politik dh pun... amik tahu still amik tahu, tp utk ulas, beri pndanagn sendri, mungkin x kot...


p/s: tkt nnt kt SANA allah bukak aib kita... masa tu satu dunia tgk keburukan kita... huhu..

Anonymous said...

Biasalah, manusia adalah ciptaan yang tidak sempurna, siapapun akan terkebil kebil mata bila ditawarkan wang ringgit yang begitu banyak atau kuasa.

Lagi cepat dibuatkan akta ADUN/MP lompat/keluar parti (buat balik pilihanraya,habis cerita dan denda RMxxxx) dibuat lagi cepat kita boleh menumpukan kepada isu yang lebih penting.

Aku rasa selamat untuk dikatakan bukan aku sahaja, malah, rakyat sudah mula muak dengan situasi politik sekarang.

Dikala ekonomi global yang meruncing, masih ada lagi "golongan" yang tidak begitu serius untuk menghadapinya.

Kita sepatutnya bergembling tenaga, bukannya bercakaran sesama sendiri bagi menghadapi situasi tersebut.

Lupakan kepentingan peribadi dan lihat kepada gambaran yang lebih besar.

Anonymous said...

Saudara Fendi,

Syabas! Kerana mendokumentasikan setiap perincian kronologi sapa sebenarnya yang ingin melompat. Kalau kita tidak catitkan segala peristiwa seperti yang saudara buat ini nescaya memang ramai pencacai2 PR akan buat2 lupa dan takut menerima kenyataan bahawasanya dari pihak merekalah isu lompat-melompat ini timbul atau senang cite foundernya dari PR. Sememangnya PR sekarang dah nampak goyah. Itu baru setahun memerintah belum lagi 50 tahun. Dulu, kini dan selamanya.

wira internet said...

Yang paling kelakar apabila reaksi penyokong PR yang menerima dengan baik perancangan Dato seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan ADUN/MP dari BN menyeberang ke PR. Tetabi apabila berlaku sebaliknya, mereka memaki hamun pihak yang melompat itu. Hipokrit!

Anonymous said...

ala..poyo jek sume nih.Umno tetap corrupt dan busuk + utusan cm anjing.

nurul said...

to mr fendy: emm, nampak tak kesan bila bercakap ttg politik, kt komen ni pun dh ade ckp2 yg x baik, kutuk itu, kutuk ini..

emm.. jgn la kita memulakan atau beri ruang utk org cakap x elok mcm ni... dan lgpun mmg itu yg agama kt ajar.. :)

fendy_ahmad said...

Salam,

Buat Nurul,

Saya melaksanakan tanggung jawab saya untuk menerangkan sesuatu yang pada hemat saya adalah benar dan memerlukan penafsiran secara kritikal dan benar.

Baik dan buruk adalah terpulang pada penafsiran masing-masing. Saya boleh menyekat komentar berbunyi 'busuk' di sini tetapi saya perlu berlaku adil kepada semua kerana andai hanya komentar yang menyebelahi pandangan saya sahaja yang disiarkan bermakna saya adalahs eorang yang 'takut dan pengecut' kepada 'suara' yang berbeza bunyi dengan saya.

Saya bukan membuka ruang untuk orang menjadi tidak baik dan menyalahi ajaran agama tetapi saya membuka ruang untuk orang berfikir secara waras dan mencari jalan kebenaran. Niat kita adalah segalanya, itulah yang Tuhan kehendaki

Muhammad Hazimin Wahab said...

saya menyokong saudara Fendi 100 %. Jika kita tidak membuka peluang dan bercerita fakta, maka rakyat terbanyak tidak tahu.

Kalau ada yang hendak mengutuk atau mencaci, sesiapa pun tidak boleh buat apa-apa. Jagalah tingkah laku masing-masing. Ingatlah pada tuhan yang esa.

Semua artikel politik bukanlah untuk dicaci dan maki hamun, tetapi untuk dinilai dgn akal fikiran, bukannya kepala lutut.
Sama juga, semua surat khabar, tidak kira frontline atau backside juga TV juga menyiarkan berita politik, mengikut rencana sendiri. Jika semuanya jahat, adakah perlu dihapuskan terus rencana politik ?

Biarlah pembaca yg menentukan komen mereka. Kalau pembaca tidak meluahkan rasa hati dengan meng"komen", mereka juga meluahkan rasa dalam hati. Berhati-hatilah dengan perkataan yang digunakan.
Semua artikel yg ditulis, biarlah berwaspada perkataan yang dipilih.

Benar, niat tidak menghalalkan cara. Semuanya berbalik kpd setip insan mengolah langkah masing-masing.

Janganlah kerana nyamuk, kelambu dibakar.

-sekadar pandangan

Adam said...

Saya tak kisah sangat kalau parti lawan parti ni...sebab kedua2nya akan berusaha untuk memenangkan pihak masing2.

Tapi apabila kedua-duanya menarik sultan dalam hal ni, rasa tak selesa..bukan sebab apa...jika kumpulan A tak setuju dengan sultan..maka seluruh kumpulan A akan rasa marah dan derhaka kepada sultan..begitu juga kumpulan B...

Jadi last2 kerana taksub politik maka raja dibelakangkan...ni bukan kali pertama...baik pakatan mahupun kerajaan sekarang....

Cuma bagi saya lebih elok kalau dibuat undian di DUN negeri..dan waktu itu transaksi (transaksi??) peralihan kuasa nampah lebih kemas...

Even DSAI yg kuat menyanyi tu pun waktu nak ambil kerajaan yang kononnya pada 16 September pun bercadang nk buat undian dkt Dewan Rakyat...tapi apa2 pun..kalau keadaan genting,maka sultan lah yang akan memainkan peranan..dan terpulanglah kepada kebijaksanaan sultan untuk decide...

Jadi pentingnya utk kita jaga hati sultan walaupun kita tak memerintah (sekarang baru nak mengadap sultan..mana tak sultan tu tak terasa..ni boleh fikir logik)

BTW...kalau paklah dulu takmau cakap dia letak jawatan sedangkan rakyat marah dekat dia..atau DSAI betul2 jd PM dan ramai sultan-sultan tak suka...maka Agung boleh menitahkan tentera untuk rampasan kuasa dan letak bawah kuasa tentera sehingga pilihanraya yang Tentera akan decide...

Amacam??Waktu rampasan..baru semua tahu..sapa yang berkuasa...Thailand dah pernah kena...Malaysia belum lagi..kalau PM pun Agung ada cara nak tukar...inikan pulak MB..pasti ada cara utk sultan settlekan masalah....

p/s : satu persoalan..kalau ya nak sangat undi tak percaya..kenapa tak tunggu sidang DUN..kenapa perlu tergesa2 mengadap sultan dan mohon bubar DUN??? Marilah kita jadi gentleman..hehe..pandangan saja..