Friday, February 6, 2009

Lompat Jangan Tak Lompat: Pendirian Ahli UMNO Keahlian 04084783

Salam Buat Semua,

1) Saya adalah ahli UMNO dengan nombor pendaftaran 04084783.

2) Saya masuk UMNO bukan kerana tertarik dengan jawatan, kekayaan mahupun kemasyhuran.

3) Saya percaya pada konsep 'niat dan prinsip.' Saya berdoa kepada Tuhan supaya saya tidak tersilap arah dan tersilap niat dalam melakukan 'perjuangan kecil' yang cuba dilaksanakan sedikit demi sedikit dengan restu padu emak, encik (ayah) dan abang. Sehingga kini, 'ilham' positif sentiasa menyebelah diri ini. Syukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.

4) Melompat parti bagi saya adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan membelakangkan pilihan rakyat.

5) Secara majoritinya, pengundi di Malaysia masih melakukan pilihan wakil rakyat berdasarkan kepada parti yang disukai lagi dipercayai, bukan bersandarkan kepada calon yang dipilih oleh parti untuk bertanding.

6) Walaubagaimanapun, di atas prinsip kedaulatan undang-undang, saya 'terpaksa' menerima hakikat bahawa lompat melompat parti adalah sesuatu yang halal dan diperakui oleh perlembagaan. Semua pihak wajib merelakannya walau berat di hati.

7) Undang-undang wajar digubal supaya kepentingan rakyat jelata / pengundi-pengundi terpelihara. Kesemua parti politik sewajarnya memikirkannya secara positif kerana telah terbukti betapa kegiatan lompat-melompat ini memberikan kesan yang buruk kepada mereka. Parti Bersatu Sabah (PBS) merasai peritnya hilang kuasa pemerintahan negeri pada tahun 1994 akibat daripada ADUN-ADUNnya yang berpaling tadah kepada Barisan Nasional (BN). Pakatan Rakyat yang menggabungkan DAP,PKR dan PAS telah merasa kesannya pada 5 Februari 2009 dengan tumbangnya kerajaan mereka di Perak yang baru berusia 11 bulan. BN pula sentiasa dibayangi ketakutan sepanjang 'fantasi 16 September 2008' yang diterajui Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru negara melalui kaedah 'mencuri' ahli-ahli Parlimen BN.

8) Pilihan SATU - Si pelompat parti secara automatik kehilangan kerusi yang dipegangnya. Sebuah Pilihan Raya Kecil wajar dijalankan semula dan si pelompat itu dibenarkan bertanding semula di atas tiket parti barunya / secara ahli bebas.

9) Pilihan DUA - Si pelompat kehilangan statusnya sebagai wakil rakyat. Pilihan Raya Kecil tidak perlu diadakan, parti asal si pelompat akan terus memegang kerusi tersebut melalui 'proksi' yang berkonsepkan wakil rakyat interim / sementara sebelum tibanya Pilihan Raya Umum. Ini dapat menjimatkan berjuta Ringgit wang rakyat memandangkan mereka telah memangkah simbol parti yang dipercayai untuk memerintah bagi tempoh penggal tersebut.

10) Pilihan TIGA - Si pelompat parti terus kekal sebagai wakil rakyat yang telah berubah parti / ahli bebas tetapi secara automatik hilang kelayakan untuk terus bertanding di dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Pilihan ini dilihat lebih adil kepada semua pihak serta mampu 'memberi ajaran' kepada individu-individu yang mahu mempraktiskan konsep lompat melompat.

Neba2020: Kestabilan negara wajarlah dijadikan pegangan semua ahli politik. Kestabilan negara wajib dilihat daripada aspek perpaduan kaum, ketenteraman situasi semasa, kemajuan ekonomi juga insfraktruktur dan toleransi sesama rakyat ....

11 comments:

Rozailin said...

Siapa boleh beri jaminan, hari ini mereka berpindah dari PKR kepada Barisan, esok, lusa, tulat, kalau mereka pindah semula ke PKR, hah.... lu pikirlaa sendiri.. kalau lah sungguh apa dikata, kerajaan membeli ahli-ahli yang melompta ni dengan bayaran rm50 juta, dan duit itu ialah duit rakyat, saya tak halalkan duit tuh jadi darah daging mereka. esok, kalau PKR beli balek mereka dengan rm100 juta, nak cakap apaa????

izzahmeor said...

Salam...
Setuju dengan point no (5) yang diberikan..dan kita boleh melihat realisasinya pada keputusan PRU Mac yg lalu..

Oleh sebab yang demikian, apa yang sedang dan akan berlaku di Perak, haruslah mengikut proses undang-undang yang telah ditetapkan..siapa pun kita, jawatan apa pun kita, tetapi sebagai warganegara Malaysia, prinsip rukun negara (kedaulatan undang-undang) tidak harus diketepikan..

Jangan disebabkan diri yang suka "melompat-lompat", maruah rakyat digadaikan...

Anonymous said...

Saya masih kurang jelas kenapa ilihanraya tidak memerlukan berjuta-juta ringgit, boleh saudara penulis jelaskan?

Tidak bolehkah ianya dibuat secara sederhana? Rakyat hanya ingin pergi memangkah, bukan menghadiri konsert.

Muhammad Hazimin Wahab said...

The prime minister-to-be, his deputy, who is also Finance Minister, is now busy trying to topple the Perak state government. He is meeting the Perak Sultan tomorrow to try and persuade him to allow the BN to form the government.

So who is managing the economy now? Is it running on auto-pilot?

Sekarang masa utk menentukan hala tuju ekonomi Malaysia, bukan menentukan survival politik !

fendy_ahmad said...

Salam,

1) Rozailin dan Izzah - Maka sudah masanya BN dan PR sepakat bersama bagi merealisasikan undang-undang anti lompat parti. Setakat ini Anwar dan PKR seperti masih tidak berapa menyukai idea itu.

2) Hazimin - Kegawatan ekonomi yang sedang melanda dunia kini memerlukan tindakan bersepadu dalam dan luar negara juga, ianya bersifat global dan masalah bukan disebabkan salah pengurusan negara semata.

Saya kira 'artikel' yang anda petik itu datangnya daripada si penulis yang otaknya hanya sehala dan tidak mengikuti sepenuhnya perkembangan semasa. Pada 6 Februari, Mohd Najib berada di Kuala Langsar bagi urusan politik. Di sebelah paginya di Kuala Lumpur, beliau menghadiri majlis bersama dengan semua Gabenor Bank-Bank Pusat Asean, turut membincangkan masalah ekonomi gawat di rantau ini. Seterusnya menjelang tengah hari, Mohd Najib mengumumkan kerajaan akan membentangkan Bajet Mini yang akan merangsang ekonomi domestik melalui pelan fiskal dan kewangan. Beliau bersama-sama degan Dr. Zeti selaku Gabenor Bank Negara juga secara dasar menyetujui akan kemungkinan untuk mengurangkan kadar pinjaman semalaman (OPR) di kalangan bank-bank tempatan. Kesan akhir dijangka dapat mengaktifkan aktiviti pinjaman, lebihan tunai di bank, kadar pinjaman lebih murah dan peningkatan aktiviti jual beli domestik.

Silap untuk mengatakan kerajaan sedang mentadbir ekonomi secara 'panduan automatik.' Jangan lupa pada peranan Nor Mohamed selaku Menteri Kewangan 2, Dr. Zeti, Muhyiddin Yassin yang mengawasi perdagangan antarabangsa juga industri dan Azman Mokhtar yang mengetuai Khazanah selaku badan pelaburan utama kerajaan.

4 individu ini juga sedang memandu jentera pemulihan ekonomi negara dengan Mohd. Najib sebagai pengawal selia.

Mohd. Najib bukan seperti Anwar Ibrahim yang 100% masanya kini berfikir tentang survival dirinya dan percaturan politik PKR juga PR.

Terima kasih di atas respon bernas anda semua, segalanya cukup dihargai di atas nama percambahan intelek kita bersama.

fendy_ahmad said...

Salam,

Buat anonymous - Tolak ketepi segala perbelanjaan kempen di kalangan parti-parti politik, jutaan Ringgit yang saya maksudkan adalah peruntukan yang perlu dikeluarkan untuk menampung kos pengurusan, perjalanan dan pemantauan pilihan raya itu sendiri.

Di zaman serba canggih dan serba mahal ini, untuk mengadakan kenduri doa selamat dengan tetamu 100 orang pun sudah boleh mencecah RM500 atau lebeh. Bayangkan pula jika hendak melakukan sebuah pilihan raya dengan pengundi mencecah 1 juta orang, 59 kawasan daerah undian berbeza, ratusan atau mungkin mencecah 1000 pusat pengundian, ribuan pekerja sementara berbayar bagi membantu SPR, ribuan polis bagi mengawal situasi, ribuan kenderaan sewaan bagi kegunaan SPR dan penggunaan aneka infrastruktur degan pelbagai kos. Ala kadar macam manapun, ianya tidak boleh ditampung degan kos di bawah RM1 Juta semata.

Arakian said...

nice blog. teruskan berkarya. kalo nak tambah pembaca, jengok2lah arakian ye.

Arakian said...

kita memang takkan menduga. if perkara ini memang melibatkan permainan wang rakyat. berdosa woo.. gelap mata makan duit haram. bawak2 lah bertobat. takkan nak jadi mcm dlm cerita tamil. semua boleh dibeli. polis dibeli, ahli politik dibeli. musnahla Malaysia mcm ni.

Anonymous said...

cakap senang. try n put urself in their shoes.imagine if u were nizar. definitely u'll b doing the same thing.

Helmy Ahmad said...

Tergerak hati saya untuk memberi komentar yang tidak seberapa mengenai suasana politik yang 'bergelora' ketika ini. Saya tertarik dengan petikan seperti di bawah:

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman bagi mencabar kesahihan pelantikan Menteri Besar Perak yang baru dari Barisan Nasional (BN).


Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan panel peguam daripada tiga parti komponen Pakatan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan mengkaji tindakan saman tersebut.


Anwar berkata, Pakatan berpendirian bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.


"Keputusan Pakatan Rakyat adalah untuk mempertikaikan kesahihan pelantikan Menteri Besar baru dan kami anggap ia tidak sah," katanya.


"Seterusnya sekarang, di Perak ada dua Menteri Besar...seorang yang sah yang dipilih pada pilihan raya umum lalu dan seorang lagi yang tidak sah yang mengangkat sumpah hari ini," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.


Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini yang berhasrat memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Anwar berkata, hal tersebut turut dipertimbangkan.


"Kita ambil kira pandangan Karpal. Bagaimanapun, kita minta supaya panel yang kita lantik ini melihat semula setiap cadangan yang dikemukakan," katanya.


Dalam pada itu Anwar turut mengutuk tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya cuba mengambilalih pentadbiran negeri Perak dengan cara rampasan kuasa.


"Kita kutuk cara BN dan Umno yang sungguh biadap terutamanya ketika melayan Datuk Seri Mohammad Nizar semasa beliau ke pejabatnya pagi tadi.


"Semua barangan beliau telah dirampas dari pejabat beliau," katanya.


Selain itu Anwar berkata isu Nizar yang dikatakan derhaka kepada Sultan Perak kerana enggan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar seperti yang disebarkan melalui media sengaja dibangkitkan oleh BN.


"Datuk Seri Mohammad Nizar tidak derhaka, sebaliknya beliau hanya tunduk kepada perlembagaan dan undang-undang dan tidak pernah berhasrat untuk bertindak derhaka kepada sultan," katanya.


Tegasnya Pakatan Rakyat berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan bahawa tidak ada peruntukan untuk memaksa seorang Menteri Besar untuk meletakkan jawatan.


Jelas beliau, Pakatan Rakyat juga akan memohon perkenan Sultan Perak untuk mempertimbangkan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi diadakan pilihan raya negeri.


"Sekarang ada 28 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Pakatan, 28 BN dan tiga telah di keluarkan daripada Dewan atas arahan Speaker.


"Jadi tak ada sebab untuk Menteri Besar letak jawatan kerana jadi pilihan raya harus diadakan," katanya.


Anwar turut mendakwa Umno dan BN takut untuk berhadapan dengan keputusan rakyat sebaliknya telah melibatkan institusi diraja untuk kepentingan politik mereka.


"Mereka tak boleh berhadapan dengan rakyat, gunakan sultan untuk kepentingan mereka.


"Umno gunakan isntitusi raja untuk pertahankan rasuah dan rampasan kuasa.


"Jadi kalau benar Umno ada kekuatan, adakan pilihan raya dan tengok siapa pilihan rakyat," katanya.


Anwar bagaimanapun berkata Umno menolak untuk diadakan pilihan raya kerana tahu implikasi yang bakal dihadapi.


"Mereka takut sebab mereka dah tengok apa yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.


"Tiada peluang untuk mereka menang...hanya yang ada ialah melalui rampasan kuasa," katanya

'Petikan artikel dari mStar bertarikh 6 Februari'

Bukankah 'kaedah' sebegini yang dikehendaki oleh ketua pembangkang kita untuk merealisasikan impiannya bagi menubuhkan kerajaan Malaysia di bawah kepemimpinannya yang diwar-warkan 'akan' terjadi pada 16 September???

Sehingga sanggup terbang ke Taiwan dan 'bermatian' meredah gelora ribut taufan yang ketika itu melanda Taiwan semata-mata untuk 'memujuk' Ahli Parlimen BN yang bilangannya agak besar untuk 'lompat si katak lompat' dan menjadi sebahagian daripada mereka bagi menumbangkan kerajaan pimpinan BN pada tahun lepas.

Ironi sekali bagi seseorang yang mengeluarkan kenyataan yang berbentuk 'pangkal telah menjadi hulu'.

Pada ketika ini pula telah sah satu kawasan Parlimen telah kosong berikutan kematian Ahli Parlimennya yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Telah disahkan juga satu kawasan Dewan Undangan Negeri telah dikosongkan oleh ADUN nya yang secara rasmi meletak semua jawatan berikutan isu skandalnya...

Sudah pasti akan berlaku dua pilihanraya kecil yang membabitkan kawasan di bawah kerajaan negeri pimpinan pembangakang

Wait and See...

squall-shinoda said...

Satu-satunya cara untuk memulihkan kestabilan politik di Perak adalah dengan mengadakan semula pilihan raya negeri. Dengan bilangan kerusi yang sama banyak iaitu 28 (Pakatan) vs 28 (BN) berserta 3 kerusi bebas, tiada siapa pun boleh mendakwa mereka memperoleh mejoriti kecualilah apabila salah satu pihak dapat menarik salah satu wakil pihak lawan untuk menyertai mereka. Maaflah, tetapi saya kena katakan bahawa perlantikan itu sendiri tidak mengikut peraturan yang betul. Sepatutnya, untuk membolehkan Zambry dari BN menjadi MB yang sah, Nizar dari Pakatan perlu dijatuhkan melalui undi tidak percaya terlebih dahulu. Hanya setelah Dewan Undangan Negeri mengesahkan kejatuhan melalui undi tidak percaya barulah BN boleh mengadap Sultan untuk memohon perlantikan MB baru dari BN. Namun demikian, perlantikan yang tidak mengikut prosedur itu menyebabkan krisis politik Perak bertambah parah apabila Zambry menjadi MB.

Dengan perkembangan sebegitu, satu-satunya cara memulihkan kestabilan di Perak hanyalah melalui suara rakyat iaitu dengan mengadakan pilihanraya semula. Jika tidak diadakan Pakatan akan terus menjadi penderhaka Sultan Perak manakala BN terus dikatakan terdesak sehingga sanggp menggunakan rampasan kuasa untuk memulihkan kedudukan diri, menyebabkan imej BN semakin jatuh. Akhirnya, pelabur akan terus lari dari Perak kerana bimbang akan keadaan politik di sana.