Monday, July 7, 2008

" Anwar Liwat Saiful " - Siapa Yang Kelihatan Lebih Benar ?

Salam Buat Semua,

1) Pemuda berusia 23 tahun iaitu Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang membuat laporan polis bahawa beliau telah diliwat secara berulang kali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kejadian terakhir berlaku pada 26 Jun 2008 dengan beraninya menyatakan kesanggupan untuk mengikut syor Mufti Perlis iaitu Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin supaya bermubahalah (pengertian longgar - bersumpah dengan nama Allah serta menjunjung Al- Qur'an) bagi menyatakan bahawa segala tuduhan yang dibuat beliau adalah benar dan tidak berbohong dengan tujuan 'menganiaya' pihak yang dituduh. Syor tersebut turut mendapat 'restu' daripada seorang yang bertaraf Tok Guru Islam iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan.

2) Sehingga 5 Julai 2008, Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih enggan menjawab sebarang pertanyaan wartawan berkenaan dengan saranan Mufti Perlis itu. Anwar mengatakan bahawa beliau telah pernah bersumpah bagi menunjukkan bahawa beliau sama sekali tidak bersalah sewaktu berhadapan dengan skandal 'homoseksual' yang pertama kira-kira sedekad yang lepas. Beliau menyatakan tidak berminat lagi untuk melayan permintaan sedemikian rupa bagi kali ini kerana percaya bahawa ia adalah helah semata-mata.

3) Pada 6 Julai 2008 sewaktu menghadiri perhimpunan Protes Sejuta Rakyat anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di Stadium Kelana Jaya, Anwar menyatakan bahawa beliau sanggup bersumpah seandainya dinasihatkan ulama, diadakan mengikut syariat Islam dan kerajaan perlu menghadapkannya ke Mahkamah Syariah.

Soalan Satu
Adakah Anwar sangsi dengan usul yang diberikan Mufti Perlis itu dan merasakannya adalah satu helah politik ?

Soalan Dua
Andai Saiful sememangnya membuat fitnah, kenapakah jejaka itu begitu cepat menyatakan kesanggupannya untuk bersumpah atas nama Tuhan Yang Maha Kuasa ?

Soalan Tiga
Tidakkah Anwar kelihatan seumpama cuba bermain tarik tali dengan memberi syor yang sebenarnya seakan mustahil akan berlaku sekaligus cuba mengalih tumpuan masyarakat untuk terus bersimpati kepadanya ?

Soalan Empat
Adakah Anwar merasakan bahawa Nik Abdul Aziz yang merestui idea Dr. Asri itu belum layak untuk diiktirafnya sebagai seorang ulama sehingga beliau memerlukan 'nasihat' lain ?

Soalan Lima
Sampai bilakah rakyat hendak disogokkan dengan idealisme 'politik simpati' juga 'politik skandal' yang sebenarnya merugikan masa dan merencatkan proses pembangunan minda untuk jangka masa panjang ?

Neba2020: Drama-drama politik Malaysia sepanjang separuh masa pertama tahun 2008 kelihatannya cukup 'berseri' lagi 'berwarna-warni.' Moga kehidupan rakyat juga semakin 'berseri-seri' dan 'indah warnanya.' Janganlah lakonan politik yang cuba 'dimeriahkan' itu rupa-rupanya adalah untuk menutup duka sengsara yang semakin menguasai kehidupan seharian warga negara mahupun sebagai satu 'orkestra' pihak tertentu untuk mengejar kuasa mahupun meneruskan kekuasaan ....

4 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya saya tengah bz skrg, tapi sbb ada masa sket saya reply jer la isu ni..

Ilmu saya takdakla banyak macam Dr. Asri ataupun Tok Guru Nik Aziz. Tapi saya adalaa jugak belajar Syariah dari sekolah dulu sampai sekarang.

Isunya skrg bukan pasal Anwar nak bersumpah atau tidak sbb surat khabar semalam dah memaparkan dah pon, (leh check kat UTUSAN MELOYA) yang Anwar sanggup bersumpah tapi dengan syarat ianya hendaklah dilakukan di dalam Mahkamah Syariah di depan Qadhi yang benar2 faham selok belok perundangan Islam.

Sumpah Mubahalah yang disyorkan Dr Asri dan Tok Guru Nik Aziz sebenarnya mirip dengan Lian (Sumpah Suami kepada isteri yang curang). Berdasarkan ilmu saya yang cetek ni laa, jenayah Liwat ni tidak pernah bersabit dengan sumpah. Maknanya priority untuk menyelesaikan kes Liwat ini bukan dengan sumpah, tetapi dengan bukti berdasarkan kepada hukum syarak. Di bawah ni adalah prinsip syarak yang disepakati oleh ulama.

Al Baiyyinah ala Mudda’I wal Yamin ala Mudda’alaih
“ Bukti adalah tergantung ke atas si penuduh, dan Sumpah adalah tergantung ke atas yang kena tuduh.”

Dalam kes ni, Saiful ni yang tuduh, maka dia kena kemukakan saksi dan bukti dia dulu.. pastu baru Anwar boleh sumpah menafikan kalau dia memang betul2 dianiaya.. Maka sumpahnya itu antara dia dan Allah..

Tapi masalahnya, sekarang ni Saiful bukti pon tadak.. Masa dia dirogol pon dia tak letak dalam report sebab takut kantoi.. Tambahan plak peribadi Saiful ni diketahui sebagai opportunist dan memang terkenal sebagai gila pangkat di kalangan kawan2 dia. Orang macam ni mmg sanggup lakukan apa2 untuk kesenangan diri. Di tambahkan pulak lagi begitu banyak keraguan di mana dia pernah berjumpa Najib tak berapa hari sebelum buat report polis utk mengadu dia kena liwat. Lepas tu Najib boleh plak kata “its up to you to report or not.” By right sebagai pemimpin, kalau sayalaa orang datang mengadu dia kena rogol ker ape.. saya laa orang pertama yang akan assist dia bawak ke balai polis utk wat report. Ini tak!

Di sebabkan keraguan yang begitu banyak inilaa… maka akal yang waras serta pemahaman syarak saya yang tak seberapa ini, saya menolak dan hukum syarak juga menolak manusia seperti Saiful ni..

Kalau benar mengikut hukum syarak, Saiful ini WAJIB mengemukakan buktinya, jika tidak dia WAJIB DIROTAN DENGAN 80 SEBATAN di bawah hukum Qazaf.

Saya lampirkan komen Mufti Perak dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.

Dato’ Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.

Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.

“Kaedahnya dalam kes ini, ialah ‘orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti’ dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, “itu cadangan dari orang yang terlebih pandai.”

Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.

Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.

“Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’,” tegasnya.

Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li’an.

“Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li’an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak,” tegasnya ketika dihubungi.
Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.

“Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan,” tegas beliau.

Kesimpulannya, saya sebenarnya tak kisah, kalau nak sangat bersumpah, Anwar boleh saja bersumpah… tapi Najib, Rosmah, Saiful dan semua pemimpin UMNO yang kena tuduh rasuah pon kena sumpah jugak!

Tapi abang rasa-rasalaa kan, berapa nilai sumpah bagi orang yang tamak harta dunia ni.. Bagi diorang ni sumpah di mulut saja, tapi hati cakap lain… Kalau senang macam ni hukum Islam, habis sumer yang kena tangkap jenayah rogol, mencuri dan lain2.. bila saja bersumpah… settle boleh lepas..Keadilan Hukum Islam tak tercapai kalau macam tuu..

Orang yang bom antaltuya ni memang sah tak takut ngan Tuhan. Bagi dia berapalaa sangat nilai sumpah tuu berbanding kalau dia mengaku dia yang bom antaltuya..Sama la jugak Saiful ni..bagi manusia macam dia ni berapala sangat nilai sumpah tuu berbanding dengan berapa banyak sogokan yang dia dapat.. Dia tentu fikir dia masih muda.. dengan duit yang banyak, sekarang orang mesti benci dia..tapi lama2 orang akan lupa, dan dia plak rasa dia akan hidup lama lagi..ada masa boleh taubat pastu jadi jutawan lak..Inilah manusia yang tak takut tuhan. Fikir-fikirkanlah..

Sekian

Anonymous said...

Ini komen terbaru Tok Guru Nik Aziz dalam Utusan Meloya. Saya setuju dengan komen terbaru ni.

Selesaikan dakwaan liwat Anwar ikut perundangan dulu – Nik Aziz

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

KOTA BHARU 7 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berpendapat adalah lebih wajar isu dakwaan liwat yang membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diselesaikan mengikut prosedur perundangan terlebih dahulu sebelum Anwar bersumpah.

“Kalau ada prosedur lain, lakukan dahulu yang lain itu, pihak mahkamah tentu tahu apa yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Menurut Nik Aziz, bersumpah atau bermubahalah merupakan langkah paling akhir yang perlu dibuat selepas proses perundangan dijalankan.

Ketika ditanya sama ada beliau bersedia memenuhi jemputan untuk menjadi orang tengah majlis bersumpah melibatkan Anwar, Menteri Besar Kelantan itu berkata, buat masa ini tidak perlulah beliau menjadi orang tengah.

“Saya sekadar beri buah fikiran dan apa yang saya fikirkan ialah biarlah ia mengikut prosedur yang ada terlebih dahulu.

“Bersumpah adalah langkah yang terakhir,” katanya ketika mengulas cadangan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang menyarankan Anwar dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar bermubahalah sebagai jalan penyelesaian kepada isu liwat itu yang kini menjadi tumpuan nasional.

Anwar semalam dilaporkan bersedia bersumpah tetapi secara peribadi beliau berpegang pada pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.

Anonymous said...

Semua ini terjadi macam hanya untuk 'melindungi' dari isu yang lebih penting.

Lagi cepat ianya diselesaikan lagi bagus. Kalau sudah ada bukti, apa guna berlengah lagi?

Anonymous said...

Dipetik dari Harakahdaily.Net (Info Alternatif Anda)

Soalan:
Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.

Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?

Jawapan Dr Taha Jabir al-’Ulwani:


Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai ‘Qazaf’ dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:

4. “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:

“11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat). Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba�ath (Kebangsaan Arab).Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.

Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.

Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.

Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu Qazaf.

Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.

Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.

Isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.

Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.

Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya.