1) Datuk Seri Anwar Ibrahim dikhabarkan akan bertanding di dalam Pilihan Raya kecil di Permatang Pauh, Pulau Pinang selepas Datuk Seri Dr. Wan Azizah mengosongkan kerusi tersebut bagi memberi peluang suaminya itu 'kembali' ke Parlimen.
2) Anwar pernah menguasai Permatang Pauh sebanyak 4 kali di Pilihan Raya Umum (PRU) negara (1982, 1986, 1990 dan 1995) melalui tiket Barisan Nasional sebagai wakil UMNO.
3) Dr. Wan Azizah selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (dulunya Parti Keadilan Nasional) meneruskan penguasaan di Permatang Pauh dengan menewaskan calon UMNO di 3 PRU terakhir (1999, 2004 dan 2008).
4) Anwar dijangka tidak berdepan masalah untuk terus menambat hati para pengundi di Permatang Pauh yang cukup mengagumi karisma tokoh kelahiran Ceruk Tok Kun itu. UMNO berdepan dengan 'misi' mustahil untuk menewaskan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1993-1998) itu.
5) Persoalannya, andai Anwar kembali ke Parlimen menjelang September 2008 ini, adakah tanda-tanya bahawa beliau akan mampu membentuk kerajaan baru menjelang 16 September 2008 dengan berpaksikan Pakatan Rakyat (gabungan DAP, PAS dan PKR) akan menjadi kenyataan ?
Saudara Anwar, walau kini kita berbeza pendapat, berbeza sokongan, berbeza kepercayaan, kau tetap ku akui ada hebatnya disebalik kelemahan tertentu ...
Neba2020: Kepada idolaku, selamat kembali ! Walau apapun persepsiku terhadapmu sejak September 1998, kau tetap banyak menyumbang ke arah pembentukan peribadiku. Kau dan manusia yang bernama Dr. Mahathir Mohamad (Tun) tetap selamanya menjadi 2 paksi pembentuk cara, gaya dan pemikiranku sepanjang aku bergelar kanak-kanak dan remaja belasan tahun dahulu (sekitar tahun 1990-an).
6 comments:
selamat kembali, semoga Malaysia lebih makmur dan diberkati Allah kelak....
my IDOLA juga.. :) we wait and see what will happen to Malaysia in the next 10 years.. :)
p/s: neba dah kawen anak 10 dh kot masa tu hehehe.. :D
tahniah,abg fendi bersifat neutral dlm artikel ni = )
That's what I called mahanwarisme for the era which I saw them keep the pace to develop our nation.
The main problem with Mahathir was his advisor. They told him something opposite.This happened to begin when Mahathir started to open UMNO to the corporate figure and introduce indirectly that so-called 'politik-wang'.Remember, the moment when Daim come in.
If Mahathir admit his fault, then together again working with Anwar, Husam Musa and Lim Guan Eng, I think Malaysia will be in the map again.
Right now,UMNO is digging their own grave.
Salam,
Saya sememangnya mengagumi Anwar Ibrahim sejak kecil, sehingga kini saya tetap merasakan gandingan Mahathir-Anwar adalah yang terbaik buat Malaysia.
Kita tidak boleh lupa bahawa ketika pemerintahan Mahathir sebagai PM dan Anwar sebagai Menteri Kewangan (1991-1998), ekonomi, kemakmuran, keamanan dan kestabilan negara berada di tahap yang cukup membanggakan...
Saya selalu mengimpikan, alangkah bagusnya kalau di saat ini Mahathir dan Anwar mampu bekerjasama :)
Sejak BIla Anwar Jadi IdoLa??keskeskes!!!
Post a Comment