Wednesday, July 9, 2008

Perdana Menteri Malaysia ke 6 : Anwar Tidak Layak !

Salam Buat Semua,

1) Anwar pernah menjadi idola saya suatu masa dahulu. Beliau kelihatan cukup berkarisma, mempunyai kuasa 'orator' yang mantap dan kelebihan utama anak jati Seberang Prai ini adalah keupayaannya untuk menguasai minda masyarakat. Beliau memiliki ilmu psikologi tersendiri yang cukup menakjubkan !

2) Anwar kini kelihatan berpegang kepada prinsip 'ambil kesempatan' dan 'memenangi hati rakyat melalui pendekatan simpati.' Minda dan emosi rakyat yang kelihatan 'geram' dengan pendekatan Pak Lah yang cuba menstabilkan masalah ekonomi dengan kaedah 'tindakan ekstrim' (menghadirkan inflasi akibat daripada kenaikan kos, bukannya disebabkan permintaan barangan yang meningkat) telah dimanipulasi sedalam-dalamnya oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan cemerlangnya.

3) Anwar adalah oportunis yang cuba membunuh secara senyap kestabilan perpaduan kaum di Malaysia dengan tindakannya yang merestui program-program penstrukturan kaum dan ekonomi yang 'berbau' Dasar Ekonomi Baru (DEB) dimatikan hayatnya ataupun sekurangnya diperlekehkan oleh segelintir ahli masyarakat demi meraih undi serta sokongan puak minoriti di Malaysia. Ini dikhuatiri akan menimbulkan perasaan 'dendam secara senyap' di kalangan kaum majoriti kepada kaum minoriti yang bakal membawa impak buruk kepada perkembangan negara di masa mendatang.

4) Anwar dalam berbicara untuk 'kelihatan popular' gagal sama sekali untuk melihat pentadbiran sumber ekonomi mahupun hasil mahsul negara melalui skop jangka masa panjang. Bagi yang cuba beruasaha untuk memahami konsep pentadbiran hasil bumi negara, orang seperti Anwar ini sebenarnya adalah seorang ahli pemikir yang cukup pendek langkauan mindanya. Mungkin juga, itu adalah lakonannya semata-mata demi menggapai cita-cita utamanya untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia.

5) Prinsip keadilan sama rata yang diperjuangkan Anwar dalam usahanya untuk meraih sokongan kaum minoriti seakan cuba membunuh konsep keadilan berhikmah yang telah dijalankan melalui DEB sejak tahun 1970. Anwar lupa bahawa sedikit 'kelebihan' yang diperuntukkan kepada kaum majoriti itu sebenarnya telah memberi banyak impak positif kepada perniagaan juga kekayaan kaum minoriti di Malaysia. Isu pembesaran kek ekonomi Malaysia yang berlaku atas inisiatif dasar-dasar awal parti Perikatan yang ditunjangi UMNO, MCA dan MIC sebelum tahun 1974 seolah cuba 'ditutup' terus Anwar daripada diketahui rakyat.

6) Anwar mungkin 'terlupa' sejarah perjuangan dirinya di akhir era 1960-an dan sepanjang 1970-an yang menyaksikan seorang anak muda 'berdarah panas' itu amat lantang berbicara tentang keburukan kerajaan serta parti pemerintah yang banyak mengabaikan rakyat. Anwar tiba-tiba 'berubah bulu, bertukar topi' pada tahun 1981 apabila menyertai UMNO dengan 'iringan hamparan emas' yang disediakan Presiden UMNO ketika itu iaitu Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad (kini Tun). Anwar jelas kelihatan 'gila kuasa' dengan terus mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO tanpa menghormati individu yang telah lebih lama berjuang di dalam aliran UMNO. Kerana karisma dan kepetahannya, dia berjaya menakluk pemikiran juga hati perasaan ahli-ahli UMNO ketika itu. Selanjutnya, adalah kisah 17 tahun beliau berada di dalam UMNO sehingga tertabal sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993. Kita tidak akan lupa betapa selama 17 tahun bergelumang di dalam UMNO itu, beliau kelihatan cukup 'setia, sayang dan selesa' dengan keadaan UMNO serta segalanya indah belaka sehinggalah 'malapetaka hebat' berlaku padanya pada tanggal 2 September 1998. Anwar sudah biasa menjadi musang yang di pagi hari bulunya putih dan di malam hari menjadi hitam keperangan !

Neba2020: Bebaskanlah Malaysia daripada ditadbir oleh manusia-manusia yang pendiriannya bisa berubah sekelip mata mengikut kehendak peribadi juga keperluan semasa ....

4 comments:

Unknown said...

It's 21st century now dude!

70s the IT is not so good, and many more things wasn't shown to public then!

Today we have a thing call IT and thru this everyone will know, part of it if not all what have they (BN) done.

From your view I truely think you are a BN supporter so I'll just stop here. I'm just say what I know and what I see. People today are generally smarter and more thoughtful than in 70s. Also mind you history may not necessary repeated itself!

Take care!

Anonymous said...

im certainly agree with vincent.good point of view.even sy seorang melayu,sy x rasa hak keistimewaan melayu begitu penting skrang.Dan Islam sendiri mengajar utk tidak membeza2kan warna kulit.sy lebih suka kepada prinsip sama rata.lagipun hak keistimewaan itu bukan utk org melayu sebenarnya tetapi diagihkan sama rata utk kroni2 mereka dlm BN.kamu ingat rakyat bodoh kah.

contohnya seorang kawan saya dari penang.Keluarganya merupakan supporter tegar BN.Dan kehidupan mereka kaya raya hasil dari DEB sedangkan masih ramai org2 melayu miskin di penang.Adakah ini dikatakan sbg keistimewaan org melayu?sedikit maha kaya dan yg selebihnya papa kedana?

sekian

fendy_ahmad said...

Salam Buat Semua,

Buat anonymous, saya hanya mampu mengatakan bahawa saya sedih berkongsi darah MELAYU dengan anda !

Anda sebenarnya berada di ruang lingkup yang amat sempit, dan anda sebenarnya TIDAK PERASAN bahawa anda sendiri (juga keluarga) tanpa disedari ada juga sedikit sebanyak telah merasa nikmat 'keistimewaan' tersebut. Renung-renungkanlah....

Anonymous said...

Setuju Fendi,

Orang Melayu yang macam inilah yang menyedihkan kita. Cerdik tak dapat diikut, bodoh tak bolih diajar.
Inilah contoh minda askar askar "creative destruction" Anwar.
Rumah ganti yang akan didirikan belum tentu teguh atau apa rupanya. Tapi sokong, tetap sokong. Kekosongan dalam naluri dan poket sendiri disalahkan kapada orang lain dan diisi dengan cemohan cemohan, pidato pidato liar dan angan angan yang tak makan dek akal.
Terdengar guruh dilangit etc. etc.
Atau bak kata orang Inggeris " Throwing the baby out with the bathwater.