1) UMNO dan PAS bolehlah diibaratkan sebagai parti politik yang 100% memiliki wakil-wakil rakyat di Parlimen yang beragama Islam, bangsa Melayu. Parti-parti lain seperti DAP, PKR dan GERAKAN adalah lebih condong bersifat 'rojak' pada luarnya tetapi didasarnya masih bertarung dengan hakikat bahawa masing-masing masih bertongkat kepada sokongan kaum-kaum tertentu.
2) Selesai Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12, UMNO menguasai 79 kerusi Parlimen manakala PAS seharusnya berbangga dengan penguasaan di 23 kawasan. Gabungan UMNO dan PAS telah menguasai 102 kerusi Parlimen, 46.36% daripada jumlah keseluruhan di Parlimen.
3) Hakikatnya, jika tidak kerana sifatnya yang banyak mengalah tentang soal pembahagian kerusi Parlimen untuk ditandingi, UMNO boleh menambah banyak lagi kerusi selamat yang 'dihadiahkan' kepada sahabat-sahabat lain di dalam Barisan Nasional:
Grik, Perak - GERAKAN, Datuk Tan Lian Hoe (72% pengundi Melayu, 2004 ianya milik UMNO)
Alor Gajah, Melaka - MCA, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (58% pengundi Melayu)
Simpang Renggam, Johor - GERAKAN, Liang Teck Meng (54% pengundi Melayu)
Ayer Hitam, Johor - MCA, Dr. Wee Ka Siong (57% pengundi Melayu)
Tanjung Malim, Perak - MCA, Datuk Ong Ka Chuan (51% pengundi Melayu)
4) Menjelang PRU ke 13 kelak, seandainya UMNO bertanding di kesemua tempat bermajoriti Melayu yang menjadi 'kubu' kuatnya dan PAS pula meneruskan penguasaan sedia ada, maka adalah diyakini bahawa gabungan ke dua-dua parti ini akan mencapai majoriti mudah mencecah 50% di Parlimen.
5) Jangan dilupa pula kepada Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) yang merupakan kembar seiras UMNO di negeri 'Puteri Santubong' itu. PBB membekalkan 14 kerusi Parlimen kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO.
6) Parti Rakyat Sarawak (6 kerusi) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (4 kerusi) pula merupakan parti-parti yang mewakili kaum Bumiputera bukan Islam di Sarawak.
7) Parti-parti mewakili Bumiputera bukan Islam di Sabah seperti Parti Bersatu Sabah (3 kerusi), Parti Bersatu Rakyat Sabah (1 kerusi) dan Pertubuhan Bersatu Pasokmomogun Kadazandusun Murut (3 kerusi)
8) Secara mudah, jumlah keseluruhan kerusi Parlimen yang dikuasai oleh UMNO, PAS dan parti-parti mewakili Melayu / Bumiputera di Sarawak juga Sabah ialah sebanyak 133. Ini bersamaan dengan 60.45% 'penguasaan' di Dewan Rakyat.
9) Harus diingat juga bahawa PAS turut berkorban diri dengan menawarkan beberapa kubu kuatnya untuk ditandingi PKR sewaktu PRU ke 12. Berikut adalah kawasan-kawasan yang diyakini mampu dimenangi PAS dengan mudahnya tetapi diberikan kepada PKR atas semangat setia kawan pakatan pembangkang menjelang PRU tersebut:
Ketereh, Kelantan
Tanah Merah, Kelantan
Machang, Kelantan
Kuala Kedah, Kedah
Kulim-Bandar Baharu, Kedah
10) Andai senario yang sama berulang di PRU ke 13, dan UMNO serta PAS mengambil keputusan untuk bertanding di 10 'kawasan selamat' yang mereka mampu menangi, maka gabungan parti-parti Melayu-Islam-Bumiputera ini dengan mudahnya dapat menakluk 143 kerusi yang bersamaan dengan penguasaan 65% 'suara di Parlimen.'
Kesimpulannya,
1) Jangan cuba mencabar kedaulatan dan ketuanan Melayu, juga maruah Islam sebagai agama rasmi !
2) Jangan cuba pertikaikan Kontrak Sosial seawal musim Kemerdekaan Tanah Melayu !
3) Jangan cuba bermain dengan bara api !
4) Jangan cuba perlekehkan Dasar Ekonomi Baru !
5) Jangan cuba buat-buat lupa bahawa Malaysia ini penduduknya mencecah 70% adalah Bumiputera ....
Neba2020: Perpaduan kaum tidak mudah untuk dibina, ianya terhasil setelah 'disemai dan dibajai' berdekad lamanya ... Janganlah ada yang cuba menghitamkannya hanya untuk kepentingan politik dan mengejar cita-cita peribadi semata, hormatilah hak dan sensitiviti mereka yang bergelar penduduk majoriti negara ini ....
5 comments:
salam... apa khabar..
1) Jangan cuba mencabar kedaulatan dan ketuanan Melayu, juga maruah Islam sebagai agama rasmi !- Ketuanan Melayu dan kedaulatan Melayu dah lama dihancurkan oleh Mahathir & penyamun2nya. Awak seorang dok syiok sendiri,depa kaya raya,awak setakat bercerita dalam komputer.
2) Jangan cuba pertikaikan Kontrak Sosial seawal musim Kemerdekaan Tanah Melayu !- Kontrak sosial tak ada yang ada penyamun UMNO dok tangkap kontrak pagi petang,siang malam.Bila kontrak tak ada,depa demo keliling Komtar.
3) Jangan cuba bermain dengan bara api !- Kecil-kecil main api,dah besar main judi.Towkay judi terkaya bukan China tapi barua Melayu yang meloya.
4) Jangan cuba perlekehkan Dasar Ekonomi Baru !- DEB dah bungkus pada tahun 2000 yang ada NEP,pi baca buku pandai2 dulu.
5) Jangan cuba buat-buat lupa bahawa Malaysia ini penduduknya mencecah 70% adalah Bumiputera .... kecil-kecil cili api...kalu tak ada sokongan bangsa asing,gomen UMNO/BN yang ada ni dah lama terkubur sayang!!
Salam Fendy Ahmad,
Post ko, memang lawak.
1)Kali terakhir saya check, PAs masih ader member berbangsa Cina/India tetapi berugama Islam.
2) Ko ingat umno atau pas boleh dapat sebanyak "kerusi parlimen" jika mereka bertanding sebagai umno atau Pas sahaja?
3) jika undi melayu dibahagi tiga untuk pkr,pas and umno, dan semua undi bukan melayu kepada pembangkang, nescaya, esok juga tumbang kerajaan umno.
4) tengok 2 and 3.
5) Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) sememangnya kembar seiras UMNO...sama sama korrupt!
Kesimpulannya:
1) Apa itu Ketuanan Melayu? Melayu Tuan semua penduduk Malaysia lain?
2) Apa erti kedaulatan, apabila Malaysia sebagai sebuah negara menjadi papa kekanda?
3) Kontrak Sosial ialah istilah yang dipakai dari zaman tun mahathir sahaja.
4) Bara api? Jangan kerana setitik susu, rosak sebelaga.
5) Dasar ekonomi baru sudah tamat lah encik. Dasar ini telahpun diganti dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991 (yang bakal tamat pada tahun 2011.
6) Jangan cuba buat-buat lupa bahawa Malaysia ini penduduk asalnya Kaum asli..
kepada neba2020: apa itu perpaduan kaum, apabila semua kaum lain dihendaki menurut hasrat-hasrat kaum2 kroni umno (cina,melayu india)? Saya menghormati hak dan sensitiviti semua rakyat, baik majoriti mahupun minoriti. Itu sebabnya Malaysia dipanggil MALAYsia dan sebagainya.
hormatilah hak dan sensitiviti mereka yang
Salam,
Saya telah menduga dan inilah yang memang saya nantikan :)
2 komentar di atas akan saya jawab di dalam penulisan saya yang selanjutnya, menarik dan semuanya ada jawapannya
Hidup Malaysia !
Kepada tuan penulis Blog ini, Fendy
Saya ingin memberi komen sedemikian:
Apa apa pun kenyataan yang dikeluarkan harus berdasarkan fakta yang kukuh dan tidak rapuh untuk dipatahkan oleh pihak yang lagi satu. Jangan hanya disebabkan mengikut perasaan yang melulu dan tiada pemerhatian yang teguh maka keluarlah kenyataan membuta tuli dan semborono atau juga hentam keromo yang tiada bukti rasmi seperti yang kita biasa lihat. Tak perlu dinyatakan siapa punya komentar lah. Tak perlu juga kenyataan yang picisan yang hanya membentak dan menyerang status pihak satu lagi yang membuatkan kita nampak 'bendul' dan tidak berupaya memberi isi yang bernas dan akhirnya diri sendiri dimalukan. Saya sendiri malas nak baca dan komentar seperti ini bisa membuat saya tergelak
Renung-renungkanlah
Sekian, terima kasih.
Post a Comment