Thursday, July 10, 2008

Selamat Hari Jadi Perwiraku !

Salam Buat Semua,

Selamat Hari Jadi Perwiraku (10 Julai 1925, sebuah kelahiran pemimpin berjasa) ....

Kau adalah InspiRasi 1982 ~~
Kau adalah kebanggaan neba 2020
Kau adalah idola fendy ahmad
Kau adalah sanjungan diri ini

Dulu, kini dan selamanya ....
Wawasan dan semangatmu sentiasa menjadi temanku
Di kala senang mahupun sewaktu sukar
Auramu sentiasa merajai jiwaku

Kau ajarku erti tidak mengalah dalam berusaha
Kau didikku maksud kental bersemangat mengejar impian
Kau titipkan pujangga keramat buatku terus laju berlari
Kau tunjukkan aku jalan penuh bermaruah, kita bangsa bermaruah !

Perwiraku,

Kaulah Mahathir Mohammad yang kusayangi selamanya
Kaulah Mahathir Mohammad yang kusanjung selamanya
Kaulah Mahathir Mohammad yang kudoakan selamanya
Kaulah Mahathir Mohammad yang kurindui selamanya

Selamat Hari Jadi Perwiraku !
Kuyakin bahawa niat yang mulia akan di restui Tuhan Yang Maha Kuasa ....

Bait-bait katamu ini akan terus mencorakkan pemikiranku, menguatkan semangatku dan menyedarkanku selalu, satu pedoman berharga yang kau hadiahkan kepadaku ....

" Tugas kita belum selesai rupanya

bagi memartabat dan memuliakan bangsa

kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati "

" Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita

bukan sekadar memerdeka dan mengisinya

tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya "

" Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku

kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga

bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa "

" Perjuangan kita belum selesai

kerana hanya yang cekal dan tabah

dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya "

~~ Dr. Mahathir - Mei 1996 ~~

Neba2020: Selamat Hari Jadi Dr. M ! Kau inspirasikanku betapa hidup ini biarlah bermaruah, beranilah kerana benar, musuh harus ditentang, semangat harus membara, minda wajib ditajamkan, agama wajib dimartabatkan dan kemajuan haruslah dicari ... Barulah kita menjadi bangsa yang dihormati lawan, digeruni musuh !

4 comments:

Muhammad Hazimin Wahab said...

Selamat Hari Lahir Dr M ke 83. Semakin umur meningkat, semakin banyaklah lagi amalan.

Bantulah Malaysia ke jalan yang benar. Mudah-mudahan, diberikan petunjuk, rahmat, hidayah & diberkati Allah !

-komen pertama ke blog En Effandi Ahmad-

NickTay said...

I saw him today celebrating his birthday at Sooka Sentral :)

Anonymous said...

Heppy Besday Tun !!!!!!!!
semoga dipjgkn umur..dimurahkan rezeki..sentiasa di dlm lindungan rahmat-Nya..aminnnn ^_^

HIDUP TUN !!
HIDUP Barisan Nasional !!
ehehehe...

family sy pro M + BN ^_^

Anonymous said...

SELAMAT HARI LAHIR TUN DR. MAHATHIR!!! Ingin saya laungkan sekuat-kuat hati kepada semua. Sesungguhnya saya amat teruja dan berbangga sebagai anak kelahiran negeri Tun sendiri dapat melampirkan ucapan ini di dalam Blog istimewa rakan karib saya sendiri. Saya juga dapat merasai pengalaman belajar di peringkat menengah di tempat pengajian yang begitu terkenal di utara tanah air dan mungkin jua peringkat negara. Jua melahirkan ramai tokoh yang terkenal dan pakar dalam bidang masing-masing dan para pemimpin dan cendekiawan yang begitu tersohor. Salah seorang termasuk dalam senarai ini ialah Tun sendiri. Juga sempat berpeluang bertemu Tun Dr. M secara 'live' dan bersemuka namun tak sempat bersalaman dengan beliau ketika Tun datang menziarahi KSAH. Namun saya berpeluang bersalaman dengan Tun Dr. Siti Hasmah (jadilahhh!!!). Sempat juga saya melawat rumah kelahiran Tun dan melihat suasana kehdupan kampung di situ dan sempat juga saya 'mengheret' Fendy ke situ. Kenangan yang indah bagi seseorang yang begitu mengagumi negarawan kita ini. Semoga Tuhan panjangkan umur Tun dan memberkati segala usaha yang telah Tun taburkan demi melihat kelangsungan dan kejayaan anak bangsa kita. InsyaAllah!