Friday, February 20, 2009

Isu Bogel: Elizabeth Dan Hak Peribadi

Salam Buat Semua,

1) Elizabeth Wong Keat Ping adalah Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Bukit Lanjan. Dia menang sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan dilantik pula sebagai Exco.

2) Beliau belum berkahwin dan masih berusia 30-an. Muda, cantik, berjawatan dan berkuasa. Di dalam partinya, beliau berperanan sebagai Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR).

3) Gambar separuh bogelnya telah tersebar. Dia mendakwa ianya mungkin dilakukan oleh bekas kekasihnya. Menurut laporan umum, lelaki itu berbangsa Melayu dan lebih muda daripada Elizabeth. Lelaki itu sebelum ini pernah bertugas sebagai Pembantu Khas kepada seorang ahli Parlimen PKR di Selangor.

4) Elizabeth mahu melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco negeri Selangor. Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pula 'memujuk' Elizabeth supaya berehat dahulu dan tidak membuat tindakan tergesa-gesa. Andai Elizabeth itu anggota Barisan Nasional (BN), mungkinkah Abdul Khalid dan Anwar akan menitipkan pesanan yang sama ?

5) Elizabeth juga 'mendedahkan' banyak lagi 'serangan' akan dilakukan terhadapnya selepas ini. Beliau berkata akan ada lebih banyak foto lucah dan juga video akan disebarkan oleh pihak-pihak yang cuba menjatuhkannya. Menarik, dia seakan mengesahkan bahawa memang ada gambarnya yang sedang 'beraksi' beserta dengan 'video panas' telah dirakam dengan pengetahuannya !

6) Dia berkata kehidupan peribadinya bukan untuk dikongsi dengan masyarakat. Beliau mahu orang menghormati haknya dan cuba memahami kesukaran yang terpaksa dihadapinya.

7) Elizabeth mungkin seorang idealis. Majoriti penyokong PKR dan pencinta Anwar Ibrahim adalah golongan idealis. Mereka datang daripada sekelompok manusia yang melihat 1 + 1 = 2 dan 2 - 1 = 1. Elizabeth terlupa atau mungkin jahil akan erti sebenar untuk menjadi seorang ahli politik. Dia terbawa-bawa dengan kenangan silam sebagai seorang penggerak badan bukan kerajaan (NGO). Ahli-ahli NGO boleh bersifat idealis sepenuhnya tetapi ahli politik perlu bijak memahami sentimen dan juga peranan imej peribadi.

8) Menjadi ahli politik adalah umpama menjadi seorang selebriti. Ahli politik yang menang pilihan raya menjadi wakil rakyat. Sebaik sahaja 'title' Yang Berhormat itu 'tercetak' di dahi masing-masing maka secara automatiknya akan kehilangan 'privacy' dan masyarakatlah yang 'memiliki' mereka.

9) Bergambar secara bogel dengan rakaman yang bukan dibuat secara sembunyi dengan kepastian bahawa ianya diambil oleh individu lain dengan pengetahuan si empunya badan adalah sesuatu yang cukup hina lagi buruk di kaca mata majoriti rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan dan moral. Elizabeth belum berkahwin, maka layakkah dia beraksi sebegitu rupa dengan gambarnya diambil oleh seorang lelaki ?

10) Tidak kiralah sama ada Yang Berhormat itu datangnya daripada PKR, DAP,PAS,BN mahupun wakil berstatus Bebas, imej peribadi akan sentiasa diperhatikan masyarakat dan masing-masing wajib mempunyai kesedaran bahawa rakyat 'berhak' untuk mengetahui cara hidup mereka.

Neba2020: Andai tidak mahu hidup menjadi 'hak' masyarakat, janganlah menjadi artis dan pemimpin. Alangkan seorang guru biasa juga boleh dianggap sebagai 'selebriti kecil' dan kerap diperhatikan rakyat, inikan pula seorang yang popular seperti Mawi, Siti Nurhaliza, Teresa Kok dan Karpal Singh ! Segala kata-kata, kelakuan, isu dan imej akan menjadi 'intipan' juga 'menarik minat' orang lain.

4 comments:

Anonymous said...

Kalau gambar/video diambil tanpa pengetahuannya, saya bilang orang ramai masih boleh rasa simpati dan memahami tetapi kalau ianya diambil dengan pengetahuan dan persetujuan tuan empunya badan, orang lain akan memandang serong dan sinis.

Telah banyak kes sebegini berlaku sejak kebelakangan ini. Di zaman serba canggih dan moden di mana maklumat boleh didapati di hujung jari, takkan YB Elizabeth tidak faham implikasinya jika gambar kurang sopan itu diambil? Inilah yang dikatakan ikut nafsu, badan binasa.

Anonymous said...

Tapi setahu saya, gambar itu diambil semasa Elizabeth sedang tidur. Macam mana dia ingin sedar tentangnya?

gg said...

wah best aaa blog ko nih :D

Noor Ashraaf said...

ade stok tak weih?