Friday, April 17, 2009

Puji dan Benci

Salam Buat Semua,

1) Di awal kursus, Tuan Pengendali bertanyakan tentang hobi. Sukar juga hendak menjawab kerana di usia sudah melepasi pertengahan 20an ini sememangnya tidak terjangka soalan sebegitu akan ditanya.

2) Sedar atau tidak, secara automatik mulut ini menjawab, 'hobi saya ialah berblog dan membaca.'

3) Seterusnya Tuan Pengendali kursus itu bertanyakan tentang isi kandungan blog yang ditulis.

4) Dipendekkan cerita, 'penerangan' saya secara tidak sengaja menyebut nama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya sempat memuji Anwar. Saya melepaskan rasa kagum kepada karisma dan aura yang dimilikinya. Saya luahkan betapa saya banyak belajar daripada Anwar tentang cara komunikasi dan juga keupayaannya 'menarik' masyarakat untuk setia, percaya dan simpati kepadanya. Saya tidak malu untuk mengakui bahawa saya adalah 'pengkagum' Anwar Ibrahim sejak dahulu.

5) Di akhir kursus, Tuan Pengendali bertanyakan kepada saya akan siapakah individu yang saya cukup benci. Jawapannya adalah tiada kerana saya tidak rasa kita perlu membenci sesiapa. Tuan Pengendali nampaknya seakan cuba 'menekan' saya dengan mengatakan pilihan perlu sentiasa dibuat dalam kehidupan ini. Saya terdesak dan saya perlu juga menjawabnya.

Dengan berat hati, saya mengatakan andainya ada seorang manusia yang terpaksa saya benci di Malaysia ini maka jawapannya adalah Anwar Ibrahim ....

Neba2020: 'Benci' bukan kerana sakit hati, dendam mahupun sengaja menciptanya .... 'Benci' wujud secara tidak sengaja kerana kepercayaan diri sendiri merasakan ada sesuatu yang tidak kena telah, sedang dan akan berlaku sehingga mampu menggugat rasa tenteram juga harmoni jiwa diri sendiri, keluarga dan masyarakat kelaknya ....

15 comments:

Anonymous said...

Bukahkan ianya adalah satu pilihan juga untuk memilih tidak membenci seseorang/sesuatu?

Dunia ini tidak terdiri dari hitam dan putih sahaja.

Muhammad Hazimin Wahab said...

wassalam,

biasa lah YAB Dato Seri, yg marah tandanya sayang kan ..opss :)

cepatnya dia link ke blog sorang lagi pasal ToT....

Anonymous said...

kalau anda boleh membenci org lain kenapa tidak anda boleh DIBENCI oleh orang lain.....

fendy_ahmad said...

Salam,

Buat Hazimin: Saya tidak menafikan dan tidak juga mengatakan ia :p

Buat Anonymous: Saya tidak mahu menjawab soalan anda kerana anda PERLU membaca betul-betul apa yang telah saya tulis (terpaksa ...). Tapi andainya ada yang ingin MEMBENCI saya, silakan membenci saya atas dasar yang wajar bukannya atas dasar yang tidak konkrit. Terima kasih.

Nurul Aizam Zaini said...

relax la bro... en fendy kene berada di bumi yg nyata..UMNO- BN dah tak relevan.... Lim Keng Yek pun dlm kenyataan beliau, menyuruh Najib tukar BN jika perlu...mcm bapa nya tukar Parti Perikatan kepada BN. so skang ni kesimpulannya rakyat tolak BN...kene terima kenyataan yeeeee..

fendy_ahmad said...

Salam,

Buat Nurul:

1) Lim Keng Yaik buat kenyataan begitu sebab parti GERAKAN hampir kalah di semua tempat sewaktu PRU 2008.

2) Nurul, anda kenalah matang sikit, jangan gadaikan daya intelek anda sampai sanggup kata BN-UMNO tidak relevan. Itu hanya mendedahkan kebodohan diri di khalayak umum.

3) Kalau UMNO tidak relevan, maka bodoh sungguhlah rakyat PERAK di Bukit Gantang yang berbangsa MELAYU yang secara majoritinya memangkah BN di Pilihan Raya Kecil tempohari (kira-kira 60%).

4) Dan bodoh jugalah majoriti rakyat Malaysia yang memangkah BN di PRU 2008.

5) Keluarkan kenyataan biarlah beralaskan kewarasan dan hakikat di mana bumi di pijak.

6) Jangan kerana di sekeliling kita penuh dengan orang-orang yang anti BN-UMNO maka kita membuat generalisasi 'bodoh' bahawa BN-UMNO sudah tidak relevan.

7) Sebodoh-bodoh saya, tidak pernah saya mengatakan PKR, PAS ataupun DAP sudah tidak relevan atau sudah patut ditutup.

Nurul jangan terasa ya, ini bicara secara intelek. Peace ~~

El-Zaffril said...

Saya suka fakta ke 5 itu

Anonymous said...

maka cerdiklah 90% orang melayu kelantan kedah memilah PAS!!


UMNO MMG X RELEVAN..UMNO PARTI ORANG TUA

Azmir said...

Maaf jika bahasa saya kasar sgt, Kenapa Anonymous begitu bodoh sekali? Mungkinkah mmg kebanyakkan pembangkang ni mmg tak berakal atau mereka saja2 buat tak berakal?

Kenyataan anonymous ni boleh berpatah balik ke muka sendiri:

1. Sekiranya UMNO tak relevan, mungkin dikelantan kerana 90% melayu pilih PAS, tetapi sekiranya di Malaysia, PAS, PKR, DAP pulak jadi tak relevan kalau peratusan lah yang menjadi pengukur ketidak relevannya sesuatu parti itu. Dan saya sunnguh tak faham dgn kebanyakkan fanatik pembangkang ni, mereke lebih hebat berkata dari bekerja, tapi bila dah bertakhta lagi teruk dari yang lama.

2. Saya cukup tertarik dengan ayat anynomous ni, UMNO parti utk org tua. Saya tergelak sekejap. Maka di sini, kita tahulah bahawa si anynomous ni adalah semestinya org muda. Jadi kiranya begitu UMNO ni parti org tua dan tidak relevan, maka mungkin PAS, PKR itu adalah parti org muda. Dan apabila si anynomous ini telah meningkat tua jika diizin Allah, maka dia dah tak relevan dgn PAS, PKR mahupun DAP. Maka UMNO lah beliau apabila sudah tua dan tidak relevan lagilah beliau itu. Ibarat beliau meludah tinggi ke langit, akhirnya ludah beliau jatuh semula ke bawah dan tepat ke muka sendiri. Sungguh kelakar.

3. Maka, sekianlah sahaja, sesi saya pada hari ini. Teruskan perjuangan anda saudara FENDI kerana saya juga bersetuju bahawa Anwar Ibrahim itulah perosak / parasit bangsa Melayu. Dan kepada para anynomous sekalian, sebelum berckp tu, fikirlah dulu sesungguhnya org2 UMNO dan BN ini senyap bukan tandanya kalah, tetapi mengalah, kerana kadang kala mengalah itu lebih baik. Ia ibarat bermain catur, biarlah pihak lawan rancak menyerang membabi buta tanpa arah tujuan dan strategi, biarlah kami ini megalah dgn bertahan dan menyusun strategi, dan apabila smpai masanya, kami hanya perlu katakan "CHECK MATE".

4. Sekian sahaja.

Wassalam

Anonymous said...

haha ini anymous mahu menjawab.. jawapan tingkas bagi soalan

1) ini lah produk umno.. 50++ UMNO memerintah orang melayu diperbodoh2 kan...hasilnya ialah en azmir..


2) saya pun nak tergelak...kalaulah umur dijadikan tahap pemikiran en azmir..


lihat fakta kau muda muda vs kaum tua... mereka bercanggah ideologi bukan umur lah bodoh!!


3)politik ialah tentang stratergi saipa lebih bijak mengatur stratergi dia lah pememang.. tapi walau umno mengatur stratergi beralas duit sekali pun



SUARA RAKAYAT SUARA KERAMAT!! stratergi ini yang umno x tahu nak blajar




maaf saya keluarkan perkataan bodoh sebab totok umno yang memulakan dulu



teruskan perjuangan en fendi

fendy_ahmad said...

Salam,

Terima kasih anonymous dan azmir.

1) Saya lebih suka kalau pengulas tidak menggunakan gelaran Anonymous. Kalau yang ada identiti berdaftar, apa salahnya komentar dibuat atas identiti berdaftar atau sekurangnya gunakan saja nama panggilan anda, tak salah berbangga dengan nama sendiri bukan?

2) Saya bukan mahu menyokong pandangan Azmir 100% tetapi nampaknya Anonymous yang melenting tidak tentu hala. Semangat yang ada itu baguslah :)Saya sokong kata-kata anda bahawa Suara Rakyat Suara Keramat, majoriti lah yang menentukan Keramat yang sebenar :)

3) Anonymous ini agaknya perempuan lah (kalau Muslim) sebab waktu menghantar ulasan itu rasanya Muslim lelaki sepatutnya sudah berada di masjid di hari Jumaat.

Azmir said...

Wah, sungguh bersemangat sungguh saudari anonymous menyampaikan hujahnya.Jadinya, disini saya pun dah tahu jugalah bahawa anonymous ini adalah seorang gadis kemungkinan besar. Maka, di sini saya yang bodoh ini ingin menghujahkan kembali kepada saudari anonymous:

1. Sekiranya 50++ tahun UMNO memerintah negara dan memperbodohkan org2 melayu, jadi siapakah UMNO? Bukankah UMNO itu bermaksud United Malays National Organization yg jika di BM kannya menjadi Pertubuhan Kesatuan Melayu Nasional? Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa UMNO itu Parti utk Melayu. Wajarkah Melayu utk memperbodohkan Melayu sendiri selama 50++ thn? Ia ibarat mengatakan Arwah moyang2 kita serta atuk2 dan ayah2 kita ini tak relevan kerana memperjuangkan UMNO selama 50++ tahun untuk memperbodohkan anak dan cucunya sendiri. Adakah atuk saudari memperbodohkan ayah saudari dan ayah saudari memperbodohkan saudari selama ini? Saya rasa tidak, mana ibu bapa yang nak memperbodohkan anak sendiri. Dan saya yakin bahawa ibu bapa saudari telah pun mendidik dan membesarkan saudari dengan cemerlang dan jayanya sehinggalah menghasilkan seorang anak yang solehah dan intelektual seperti sekarang :)
Dan kiranya UMNO memperbodohkan org2 Melayu selama 50++ thn ini, maka mungkin selama 50++ thn ini kita hanya menyambut kemerdekaan palsu? Dan lagi kiranya UMNO memperbodohkan org2 Melayu selama 50++ thn ini, maka ketika Anwar berada di dlm UMNO, dia juga memperbodohkan org2 Melayu yang lain? Kerana perpaduan masyarakat Melayu zaman dahulu bersama UMNO yang telah pun memerdekakan negara kita dari penjajah. UMNO ibarat bapa Malaysia. Dan sedih saya katakan akibat hasutan beberapa individu yang saya katakan tidak layak untuk menjadi warga Malaysia, apatah lagi bangsa Melayu telah menyebabkan Melayu kian berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri. Salah satu individunya adalah Anwar Ibrahim. Seorang yang hanya manis mulut berkata demi kepentingan diri dan bukannya Agama, Negara & Bangsa yang di mana selama ini UMNO bersama rakyat yang bersatu padu membina memajukan negara. Dan Anwar ibarat Beruang yang ingin mengambil madu dari sarang lebah. Madu (Hasil) habis ditelan, Lebah kehilangan sarang (Negara). Dan kiranya UMNO itu ibarat bapa kita yang telah 50++ tahun hidup dan melakukan sedikit kesilapan ataupun sudah nyanyuk untuk mengetuai keluarga (negara), adakah kita ini sebagai anaknya yang soleh serta solehah tidak mahu mengakunya sebagai bapa kita lagi dan lebih rela mencari serta berbin dan bintikan bapa tiri yang lain utk mengambil alih tampuk pimpinan dari bapa kita yang asal kerana malu dengan sifatnya yang sudah nyanyuk? Fikirkanlah, jgnlah sampai kerana sengat kerengga dikatakan lipan, racun yang diberi disangkakan penawar.

2.Saya tak pernah secara terus mengatakan umur yang dijadikan panduan, tetapi saudari yang memberi kenyataan UMNO utk org tua. Dan tua itu menggambarkan umur bukannya ideologi, sekiranya nak dikatakan percanggahan ideologi, jgn kata tua dan muda sahaja, tua dan tua serta muda dan muda juga bercanggah ideologi. Prof dan prof juga bercanggah ideologi.

3. Percanggahan ideologi sering berlaku dimana2 sahaja tidak kira umur, bangsa dan jantina. Oleh itu, kita yang berintelektual ini seharusnya menyelesaikannya secara seorang yang intelektual seperti mana negara kita mendapat kemerdekaan yang diperjuangkan oleh UMNO dan masyarakat pribumi Malaysia ketika itu yg majoritinya dikalangan org Melayu. Kita merdeka bukan secara pertumpahan darah sehingga salah satu pihak mati atau mengaku kalah, tapi kita merdeka dengan secara berdamai tanpa memerlukan pengorbanan nyawa yang tinggi. Oleh itu, sekiranya ideologilah yang menjadi punca utamanya, maka saya yakin, kita sebagai rakyat Malaysia yang berinterektual dpt menyelesaikannya secara damai.

4. Salah tu. Itu namanya percaturan politik dan bukannya maksud politik. Politik bermaksud kuasa. Dan kiranya UMNO menyusun strategi beralaskan duit, maka adakah PKR, PAS dan DAP langsung tidak beralaskan duit? Mungkin saudari akan kata bahawa UMNO lagi banyak. Tapi disini sbenarnya kita perlu mengkaji dari sudut yang berbeza. Bukan kuantiti menjadi ukuran tetapi kuantiti dibahagikan dengan jumlah kuantiti. Kiranya nak dilihatkan UMNO tu ramai rasuah, kita kena lihat juga jumnlah kuantiti barisan UMNO. Katakan rasuah UMNO 3 daripadan 10 orang bersamaan 0.3. Tetapi rasuah pembangkang 2 daripada 3 orang bersamaan 0.67. Jadi puratanya siapa lebih ramai? Renung-renungkan.

5. Ya betul, suara rakyat itu suara keramat. Dan UMNO sudah pun lebih 50++ tahun memerintah negara dengan berpandukan suara rakyat. Sebab itulah majoriti rakyat masih memilih UMNO dan BN. Berbanding dgn pembangkang yang baru2 cuba nak belajar mempergunakan suara rakyat untuk berkuasa.

6. Sekian sahaja dari saya. Harap saudari tidak berkecil hati dengan kenyataan saya. Kebanyakkan yang saya guna cumalah perumpamaan. :)


Wassalam

Anonymous said...

1) ye la umno kan bapa kita..

mirzan tun DR mahathir beli 20% saham syarikat arak filipina ....


kita sokong mahathir bapa kita


kalu x sokong melayu orang cina pijak

kena sokong parti melayu

KETUANAN MELAYU...

BUKTI

http://www.youtube.com/watch?v=BW7zwcfe7c0



2)yela umno je yang mermedakan malaysia.. yang bermati2 org umno je


rakyat malaysia diam je...


ahli umno je yang memerdekan malaysia....


guna duit ahli umno je...


lupakah anda kepada tok janggut, datuk bahaman, haji abdul rahman limbong...

mereka bermati matian sebelom umno wujud


yela umno je la yang memerdekan malaysia....



3)jawapan no 7... ( tiada sebab yang boleh mengtakan PR tidak releven)


4) lim guan eng orang cina bela perempuan melayu dirogol oleh bekat ketua mentri melaka ditangkap masuk penjara



ali rustam terbukti bersalah rasuah bebas berkuasa

yala umno

nak jaga orang melayu kalau x da ali rustam dan lain2 sape nak jaga duit org melayu...


biarlah mereka jaga duit orang melayu


5)rujuk no 5... sejak bila umno kenal suara rakyat?

ooo sejak kalah teruk!! nasib baik ada sabah sarawak



6) ooo ada formula ye dalam umno nak kira rasuah ape kuantiti bahagi kualiti


dalam perlembagaan umno ada tulis eik bagus2


7) tiada siapa yang betul atau salah berkatian maksud politik..

syaom said...

secara umumnya, saya tak mampu nak menerima UMNO kerana, secara umumnya UMNO gagal dalam banyak hal baik utk kemelayuan, pentadbiran kerajaan, pertandbiran parti sendiri yg huru hara dengan rasuah, salah guna kuasa, sebuah Parti yg ego dengan rakyat sejurus tamat pilihan raya, membenarkan banyak peraturan yg menyusahkan rakyat. sistem cukai yg tinggi, gagal martabatkan bahasa, ugama ketahap yg tinggi.mengabaikan soal kebajikan rakyat, suka memutar belit fakta.cakap berdegar...realiti?

banyak benda yg UMNO sakitkan hati org melayu....
Biasanya kejayaan dlm sesuatu bidang perlukan usaha,pergorbanan dan kepayahan.Maka kejayaan itu akan berkekalan.UMNO mengajar bangsa melayu memperolehi sesuatu dgn jln yg mudah tanpa perlu bersusah payah.Hanya dgn mencari undi mcm skim MLM .Dgn itu limpahan projek kpd kroni2 sedangkan yg mengerjakannya adalah bangsa lain.Mereka hanya bergoyang kaki.Maka lahirlah warisan bangsa melayu yg berjiwa lemah.Sedangkan sewaktu dahulu bangsa melayu adalah bangsa yg gigih dan rajin.Dengan sebab itulah dasar DEB tidak berjaya peratusan equiti melayu kembali merosot selepas beberapa tahun.

Anonymous said...

secara umumnya, saya tak mampu nak menerima UMNO kerana, secara umumnya UMNO gagal dalam banyak hal baik utk kemelayuan, pentadbiran kerajaan, pertandbiran parti sendiri yg huru hara dengan rasuah, salah guna kuasa, sebuah Parti yg ego dengan rakyat sejurus tamat pilihan raya, membenarkan banyak peraturan yg menyusahkan rakyat. sistem cukai yg tinggi, gagal martabatkan bahasa, ugama ketahap yg tinggi.mengabaikan soal kebajikan rakyat, suka memutar belit fakta.cakap berdegar...realiti?

banyak benda yg UMNO sakitkan hati org melayu....

antara sebab aku tidak menyokong umno lagi ialah...

1. umno menyekat kebebasan media

2. umno mengamalkan dasar diktator - andai kau lawan, aku cantas. hakikat ini terjadi pada musa hitam, anwar ibrahim dan tengku razaleigh.

3. umno jelas mengamalkan konsep kronisme. ada kabel, hidup berjaya terutama nya kontraktor. tengok pejuang2 umno moden hidup mewah sbb mudah dapatkan award atau kontrak.

4. dalam kes anwar ibrahim, hanya dengan tuduhan liwat saja anwar sudah ditolak keluar. baru tuduh, belum bicara lagi. perbicaraan pula meragukan dan dipenuhi dengan saksi dan bukti yang tidak reliable atau konsisten.

5. umno memandang rendah pada parti politik lain seolah, mereka dan BN saja mampu membawa kejayaan dan kemakmuran pada negara. apakah jika ada kerajaan lain selain BN, mereka tidak mahu membawa kemakmuran pada rakyat?

6. umno kata mereka mendokong Islam, tetapi hakikatnya pemimpin umno sendiri gagal mencerminkan perkara yg baik. cth yg aku ada ialah TGNA yg membina masjid di sebelah rumahnya sendiri di pulau melaka dan beliau sendiri memakmurkannya dengan solat dan ceramah.

7. umno mencipta senario politik di mana unsur politik hidup sepanjang masa dan bukan saja ketika pilihanraya. seharusnya, cerita mengenai urusan politik dalaman biarlah timbul ketika pilihanraya. ini membolehkan rakyat hidup aman dan damai dan tidak bermasam muka hanya kerana perbezaan pendapat dalam politik.