Saturday, April 25, 2009

Puji dan Benci : Episod Dua

Salam Buat Semua,

1) Orang kata 'aura' adalah sesuatu yang sukar untuk dibentuk, dipelajari mahupun 'dicuba-cuba' untuk memilikinya. Ada yang berkata bahawa aura itu hadir dengan sendirinya dan umpama 'kurniaan' istimewa Tuhan kepada individu-individu tertentu.

2) Orang yang memiliki aura yang tersendiri juga tidak ramai. Aura hadir tanpa diminta dan aura bolehlah dianggap sebagai satu 'kuasa dalaman' seseorang yang terpancar sehingga dapat 'dirasa' oleh persekitarannya.

3) Benci atau suka, Dr. Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim adalah dua individu di Malaysia ini yang perlu diakui oleh lawan mahupun kawan mereka sebagai manusia yang memiliki aura yang cukup hebat lagi 'menawan.'

4) Betul atau tidak, tepat mahupun terpesong dan sindiran juga fakta, apa juga yang dituturkan dua tokoh terbilang ini akan menjadi sebutan, kepercayaan dan 'hebohan' di kalangan rakyat jelata.

5) Aura Dr. Mahathir dan Anwar sememangnya sentiasa hangat, terasa dan wujud sentiasa. Selagi dua manusia ini masih diberikan keizinan untuk bernafas oleh Tuhan Yang Maha Kuasa, selagi itulah Malaysia akan sentiasa 'ceria seketika, hangat seketika' dek penangan kuasa aura dua anak kelahiran utara Semenanjung Malaysia ini.

Neba2020: Orang kata bakat Mawi tidaklah sehebat Jamal Abdillah, M Nasir dan Anuar Zain tetapi populariti yang dikecap Mawi tidak pernah pula dapat dinikmati penyanyi-penyanyi lelaki lain selepas era Tan Sri P. Ramlee dan Sudirman Hj. Arshad. Mawi belum buka mulut, orang sudah rasa suka melihat mukanya dan senyumannya. Mawi tidak perlu kelihatan terlalu kacak dan tidak perlu kelihatan terlalu moden penampilannya, dia tetap 'indah dan hebat' di mata majoriti pencinta hiburan Malaysia. Gaya kampung dan 'Mat Jawa' Mawi tetap kelihatan menawan ! Mawi memiliki 'aura' yang cukup sukar untuk dimengertikan....

2 comments:

Anonymous said...

ini adalah komentar yang bijak en efendi- anonymous

wira internet said...

Aku percaya sikap dan penampilan memainkan peranan penting dalam pembentukan karisma.

Bayangkan kalau Mawi monyok semacam dan serabai, boleh ke popular macam sekarang?

Tepuk dada tanya selera.