1) Dato' Seri Mohd. Najib perkenalkan tema 1 Malaysia sebagai tunjang penunjuk arah pentadbirannya.
2) Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu pentadbirannya terkenal dengan terma-terma seperti 'Cemerlang, Gemilang, Terbilang,' 'Bekerjalah Bersama-Sama Pak Lah,' dan 'Islam Hadhari.'
3) Tun Dr. Mahathir Mohamad pula akan sentiasa diingati sejarah dengan kata-kata keramat seperti 'Kepimpinan Melalui Tauladan,' 'Bersih, Cekap dan Amanah,' 'Wawasan 2020' dan 'Malaysia Boleh !'
4) Tema pentadbiran kelihatannya perlu untuk memberi petunjuk awal akan ke manakah hala tuju pemikiran dan idealisme seorang pemimpin itu.
5) Konsep pentadbiran yang baik akan memberikan satu persepsi awal yang positif kepada si pemimpin. Proses 'menarik perhatian' rakyat ini diperlukan untuk mengurangkan rasa ketidakpuasan kepada pentadbiran lepas dan pada masa yang sama dapat memantapkan imej / personaliti pemimpin baru.
6) Mohd. Najib perlu mengambil iktibar daripada keupayaan unggul 'pasukan pembina imej' Abdullah yang berjaya mempotretkannya sebagai 'pemimpin harapan' yang dipercayai lagi dihormati rakyat.
7) Tema 'Cemerlang, Gemilang, Terbilang' yang diilustrasikan di awal pentadbiran Abdullah (akhir 2003 dan awal 2004) didapati cukup berjaya meyakinkan rakyat untuk 'bekerja bersama-sama Pak Lah.' Buktinya, Barisan Nasional (BN) di bawah kendalian Abdullah berjaya mencatatkan pencapaian cukup gemilang dengan menguasai lebih 90 % daripada kerusi Parlimen sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) 2004.
8) Kerana kegagalan Abdullah dan pasukannya untuk merealisasikan apa yang telah diilustrasikan di awalnya jugalah yang menyebabkan Perdana Menteri ke 5 itu turut berjaya mencatatkan kemerosotan sokongan rakyat yang paling terbilang buat BN di PRU 2008. Pasukan pembangkang atas nama tidak rasmi Pakatan Rakyat (PR) berjaya menafikan penguasaan 2 pertiga BN di Parlimen.
9) Mohd. Najib bukan baru di dalam politik, dia sudah 33 tahun menjadi ahli politik secara rasmi. Dia mula menjadi ahli Parlimen pada tahun 1976. Abdullah sendiri mula menyertai Parlimen pada tahun 1978. Secara matematik, Abdullah menjadi Perdana Menteri (2003) setelah 25 tahun menjadi wakil rakyat manakala Dr. Mahathir pula mula mentadbir negara setelah 17 tahun menjadi ahli Parlimen (1964-1981). Berdasarkan kepada pengalaman rasmi sebagai wakil rakyat sebelum berada di puncak kuasa, nyatalah bahawa Mohd. Najib jauh mengatasi Abdullah dan Dr. Mahathir.
10) Mohd. Najib tidak perlu takut untuk melaksanakan konsep 1 Malaysia yang diidamkannya itu. Laksanakannya dengan penuh tanggung-jawab, ikhlas dan jujur. Jangan dilayan sangat mana-mana pihak yang cuba mengkritik konsep 'ciptaannya' itu. Laksanakan tugas mengikut niat yang betul, janganlah membuang masa melayan kerenah-kerenah manusia yang memang tidak mampu untuk menyukai beliau. Biarkan mereka terus melalak selagi mereka mampu dan berkeupayaan ....
Neba2020: Makin dilayan makin menjadi, makin dimanja makin mengada, makin diturutkan makin meminta-minta, makin diperhati makin menyakitkan ....
3 comments:
Bolehkan penulis mengulas sedikit apakah konsep 1Malaysia? Apakah yang membezakan ia dengan Malaysians Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP?
Apa yang saya dapati dari web Dato Najib sendiri masih tidak dapat memenuhi tandatanya.
Salam,
Buat Anonymous:
1) Saya tidak berminat untuk menyentuh tentang konsep Malaysians Malaysia yang menjadi 'tagline' DAP sejak era 1960an itu lagi.
2) 1Malaysia tidak berasaskan kepada keadilan buat semua tetapi lebih kepada konsep kesaksamaan buat semua.
3) Semua tidak akan diketepikan dan semua akan mendapat perlindungan dan jaminan kesaksamaan seperti mana yang digariskan oleh Perlembagaan dan hukum sosial negara ini.
4) Semua akan dijanjikan kestabilan dengan syarat semua memahami peranan dan kedudukan masing-masing.
5) 1Malaysia menjadikan sasaran kestabilan kaum, kemajuan ekonomi dan perpaduan semua sebagai teras negara.
*Malaysians Malaysia dan 1Malaysia jauh berbeza kalau difahami sedalamnya.
Kalau boleh 'Satu Malaysia' menjadi kenyataan kerana konsep tersebut akan melimpah kesamarataan kepada semua kaum di negara ini. "Konsep 'Satu Malaysia' bermaksud tiada polisi perkauman iaitu tidak ada konsep untuk bumiputera dan bukan bumiputera.
Jika konsep 'Satu Malaysia' dilaksanakan dengan telus, maka ia akan membuka peluang kepada rakyat untuk mendapat biasiswa, kontrak dan apa saja..
Boleh terangkan..
Post a Comment