Tuesday, November 18, 2008

Harga Minyak Turun - Pak Lah dan Anwar Dalam Kenangan

Salam Buat Semua,

1) Harga petrol di pasaran Malaysia kini RM2.00 seliter. Ianya jauh lebih rendah berbanding kenaikan 'ganas' ke paras RM2.70 seliter pada Jun, 2008. Kemungkinan untuk harganya turun ke tahap asal iaitu RM1.92 dalam masa terdekat ini tidak boleh diragukan sama sekali.

2) Rakyat gembira dan bebanan hidup sekurangnya semakin beransur pulih. Kalau tidak jadi lebih mewah pun tidak mengapa, sekurangnya tidak terus menjadi papa kedana.

3) Terasa pelik juga apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim kini kelihatan banyak berdiam diri dan tidak 'seligat' lima bulan pertama selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum pada 8 Mac, 2008. Terasa berminat pula untuk mendengar Anwar membuat kenyataan 'andai hari ini Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, esok harga minyak jadi RM1 seliter.' Pakatan Rakyat pula kini seakan beransur-ansur hilang taringnya. Momokan 'membina' kerajaan baru rupa-rupanya satu penipuan langsung yang dihalalkan. Itu namanya 'politik cara Anwar Ibrahim.'

4) Kita juga tentunya masih ingat akan 'kedegilan' Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang secara mengejut mengumumkan kenaikan 'menggila' harga bahan api pada bulan Jun walhal beberapa hari sebelum itu Datuk Shahrir Abdul Samad selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menyatakan bahawa kenaikan hanya akan berlaku di sekitar bulan Ogos.

5) Andai Pak Lah dapat bersabar dan tidak mudah panik maka sudah tentu harga majoriti produk dan perkhidmatan di pasaran tidak akan mengalami kenaikan berganda seperti yang dirasai rakyat ketika ini. Menjelang Ogos, harga minyak di pasaran dunia telah mula menguncup dan stabil kembali. Akibatnya kini, harga minyak sudah kembali stabil dan rendah tetapi harga barangan lainnya masih 'liat' untuk turun kembali. Tolak dan tambah, rakyat masih kesempitan walaupun sedikit kesyukuran tetap hadir. Lega dan berterima kasih sahajalah !

Neba2020: Cakap memang mudah, buat belum tentu mudah. Berhujah memang senang, melaksana belum pasti sempurna. Menghentam memang enak diluah, mengiktiraf belum tentu sanggup dibuat kerana manusia penuh egonya ....

4 comments:

Anonymous said...

Bercakap pasal Pak Lah dalam kenangan, kedua-dua pemimpin tertinggi negara kita tiada di dalam negara ketika ini. hehe.

Berbalik kepada topik, mengenai kenaikan harga minyak ini telah dijadikan katalis harga barangan termasuk makanan naik.

Pabila harga minyak mula turun, yang anehnya, penjual berkata minyak hanya memainkan peranan kecil dalam kenaikan harga.

Jika penipuan secara terangan ini dihalalkan, entah bagaimanakah nasib kita nanti diakan datang, dibawah belas kasihan penjual.

Ahmad Fizry said...

alhamdulillah...
tapi benarkah ada ura2 yang petrol akan naik shingga hampir rm 4 seliter in february 2009 berikutan dgn economic recession sedunia?

fendy_ahmad said...

Salam Ahmad Fizry,

Prediksi saya, itu tidak akan berlaku pada separuh masa pertama 2009. Permintaan terhadap minyak dijangka akan terus lemah di sepanjang suku terakhir 2008 dan pertengah pertama 2009.

Sektor ekonomi di Amerika Syarikat memerlukan masa untuk kembali bernafas.

Obama mengangkat sumpah Presiden pada akhir Januari 2009, sentimen terhadap polisi beliau akan mula memberi kesan (baik atau buruk) pada pertengahan ke dua ... Mungkin minyak dunia akan kembali naik pada pertengahan ke dua 2009, tetapi tidaklah terlalu tinggi. Ramalan saya, di Malaysia ianya akan berlegar maksima di tahap RM2.30.

squall-shinoda said...

Walaupun harga minyak di Malaysia sudah turun ke paras RM2.00, namun hakikatnya kerajaan secara terang-terangan telah membohongi rakyat apabila mengatakan kononnya mekanisme harga minyak ditentukan menggunakan harga petrol purata sebenar antara 2 tempoh kajian ditolak dengan subsidi kerajaan 30 sen, tapi yang sebenarnya sekarang Shahrir Samad secara terang-terangan mengakui dengan penurunan sehingga RM2 sahaja pun kerajaan telah "membuat duit" sebanyak 30 sen seliter (sumber: MSN News). Dengan kata lain, kerajaan bukanlah memberi "subsidi" 30 sen tetapi sebenarnya sudah mencekik duit rakyat sebanyak 60 sen (keuntungan 30 sen kerajaan + 30 sen lagi subsidi yang tidak dibayar).

Memang sudah menjadi lumrah dalam mekanisme subsidi jika ada masanya kerajaan untung sedikit dan ada masanya rakyat untung sedikit kerana mekanisme subsidi sememangnya bertujuan untuk menstabilkan harga barang keperluan yang tidak stabil dan sentiasa berubah-ubah. Tapi kalau perbezaan untung yang diperolehi kerajaan adalah sangat besar, ia sememangnya sangat melampau. Menipu rakyat itu sendiri sudah dikira teruk, tapi kalau menganggap rakyat begitu mudah diperbodohkan dengan "lawak sarkas" sebegitu rupa sudah dikira sebagai menghina rakyat!

Jika kerajaan terus menipu dan menipu dan menipu rakyat sebegini rupa, maka kerajaan BN di bawah pimpinan Pak Lah sekarang seolah-olah mahu mengorek lubang kubur sendiri dan menunggu untuk dicampakkan dalam lubang kubur tersebut oleh Pakatan Rakyat. Seterusnya, Pak Lah akan dikenang oleh rakyat sebagai satu-satunya Perdana Menteri paling lemah dan paling gagal dalam sejarah Malaysia!