1) Seorang kenalan membuat kenyataan 'berani mati' bahawa dia pernah melakukan seks dengan beberapa orang wanita sejak berusia 19 tahun. Katanya, sepanjang 3 tahun yang berlalu, tiga wanita pernah 'ditakluknya.'
2) Menurutnya, wanita-wanita itu adalah bertaraf teman istimewanya, maka amalan seks bebas yang dilakukan itu adalah satu perkara biasa bagi sepasang kekasih. Dua daripadanya telah menjadi sejarah dan wanita nombor tiga itu kini adalah kekasih hatinya untuk setahun yang terakhir ini.
3) Kenalan itu mengatakan bahawa tiada paksaan daripada pihaknya tetapi 'aktiviti' itu dilakukan secara suka sama suka dan demi kepuasan bersama.
4) Dia katakan bahawa untuk mencari seorang wanita muda 20-an atau akhir belasan tahun yang masih dara pada masa kini adalah amat sukar dan tidak perlu dikesali andai kita ditemukan jodoh dengan seorang yang sudah 'ditebuk tupai' sebelumnya.
5) Beliau membuat analogi sendiri bahawa ada kemungkinan lapan daripada sepulah wanita muda telah tiada daranya menjelang umur 25 tahun. Penampilan luaran yang kelihatan sopan, beriman dan ayu bukanlah jaminan bahawa wanita itu masih 'suci.'
6) Saya hanya mampu tersenyum mendengarkan 'pendedahan' kenalan itu. Jauh di sudut hati kecil ini sememangnya saya meragui fakta-fakta yang dikeluarkannya itu. Saya kira majoriti manusia dewasa ini belumlah 'sehina' itu lagi !
7) Saya yakin bahawa majoriti wanita masih lagi dara sebelum menjejak alam perkahwinan. Saya yakin bahawa seorang lelaki yang bijak dan teguh dalam mempertahankan 'kesuciannya' sebelum menempuh alam perkahwinan yang halal juga akan ditemukan dengan wanita yang mulia dan masih lagi berstatus 'dara.'
8) Kenalan saya itu mungkin juga tidak silap jika andaian faktor persekitaran / jaringan sosial diambil kira di sini. Apabila dia sendiri memilih 'jalan hidup' sedemikian rupa maka sudah pastilah wanita-wanita yang berjaya 'ditakluk' mahupun 'didampinginya' juga adalah individu-individu yang sepemikiran dan sekelakuan dengan spesisnya itu juga.
9) Apabila kenalan itu mengatakan bahawa saya tidak perlu rasa kecewa seandainya bakal isteri kelak sudah hilang status gadis sunti sebelum bernikah, dengan pantas saya menempelaknya dan mengatakan bahawa 'lelaki suci sudah semestinya inginkan wanita yang suci.'
10) Persoalannya, siapa yang sanggup mengaku bahawa dia mempunyai 'memori hitam' mahupun 'pengalaman haram' sebelum menemui anda? Andai pengakuan dibuat, mampukah anda menjadi seorang yang mulia dengan sanggup memaafkannya dan menganggap itu hanyalah sesuatu yang bersifat 'sejarah silam' semata-mata?
Neba2020: Perkahwinan dan percintaan bukan umpama ingin membeli kereta baru, enjin kereta boleh diuji dahulu kerana ianya adalah ciptaan manusia yang serba kekurangan sifatnya tetapi manusia adalah ciptaan Tuhan yang cukup istimewa lagi mulia sifatnya ....
9 comments:
Saya percaya satu benda...
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik"
betul tu..tp lelaki kalau tak baik pun mesti nak pempuan yang baik..naperr macam ituu??
kalau rase diri tak baik,takyah la mimpi nak dapat orang baik jugakkk!!!
When a girl confess about not being virgin anymore, a guy will not accept her blindly.. Why??
But, if the opposite happened, a girl might still accept the guy..
8 out of 10 guy think that virginity is the matter...
Does the past really that matter??
Why must the past being a matter??
If guy really think that past is a matter, then you all(guy) shouldn't have sex with girl before marriage.. Don't you think so??
Dengan izin tuan punya blog;
If you insist in using 'test drive car first' analogy, wait till it has the same intelligence/emotion as man - then it'd be somewhat valid. My guesses? never.
One thing I noticed about this type of people, they always try to come out with justification to feel good with everything they do, however stupid the reasons may be.
In my opinion, it's a hopeless cause to try to talk them to go back on the right track. They only listen to what they want. How can you win that?
Buat ape nak takut ..kan hidup ini sudah ditakdirkan...
panas2.... dah lama si fendi ni x cerita yg panas2 skit.... haha
wahai Mr.anonymous..."Buat ape nak takut ..kan hidup ini sudah ditakdirkan..." Saya setuju dengan ungkapan tersebut tapi ketahuilah olehmu yang takdir itu boleh diubah dengan DOA & USAHA
bang fendi,saya tak sure la saya penah tulis mengenai ni atau tak...tapi ape saya terpk ni suma memang la satu trend pada 'diaorg' tapi trend tu akan berlarutan hingga ke anak cucu mereka sndri...ape perasaan mereka kalo mende ni jadi kat anak cucu mahupon kakak atau adik mereka sndiri...takpe,akan saya jadikan satu isu nanti...ahaks!
kepada Mr Fir...
diaorang tak kisah punya kalau benda ni terjadi kat anak cucu mereka sendiri...coz diorang tak kisah pun waktu buat benda tu...
"Wanita-wanita keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik" Surah An-Nuur ayat 26.
Post a Comment