Friday, November 7, 2008

Ketuanan Melayu

Salam Buat Semua,

1) Isu ketuanan Melayu seakan 'laris dan hangat' didebatkan sepanjang tahun 2008 ini. Ketuanan Melayu dan hak istimewa Melayu / Bumiputera adalah dua entiti yang berbeza dan masing-masing mempunyai takrifan dan pengamalan tersendiri. Ramai juga yang 'berdebat' sebenarnya tidak cukup layak kerana gagal memahami terma tersebut. Ketuanan Melayu merujuk kepada kedudukan Raja-Raja yang semuanya berketurunan Melayu sebagai ketua negeri (9 negeri) disamping Tuan Yang Dipertua Negeri (4 negeri yang tidak mempunyai Raja). Selain itu, ianya juga membawa pengertian Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara Malaysia ini.

2) Ini mengesahkan status bahawa bangsa Melayu / Bumiputera adalah 'pembuka' tanah dan pihak yang memulakan tamadun di sini. Perlu difahami juga bahawa pada asalnya, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunai, selatan Thailand dan selatan Filipina adalah satu gugusan yang diistilahkan sebagai Nusantara. Pihak tertentu pasti cuba mengatakan bahawa Orang Asli adalah 'pembuka tanah' yang sebenarnya. Takrifan penduduk asal sesuatu negara yang banyak diguna pakai di seluruh dunia lebih merujuk kepada pihak / bangsa yang memulakan kerajaan / tamadun di sesuatu kawasan itu.

3) Nusantara bolehlah diertikan sebagai satu gugusan yang banyak persamaan daripada segi agama, budaya, bahasa dan cara hidupnya. Orang Cina asalnya di gugusan tanah besar China manakala orang India, Bengal, Sikh, Pakistan pula di gugusan benua kecil India.

4) Apabila ada pihak yang mengatakan bahawa bangsa Melayu adalah 'pendatang' kerana mereka datangnya daripada tempat selain daripada 'semenanjung Tanah Melayu' maka ianya adalah silap dan sungguh menyimpang daripada pemahaman sejarah dan struktur geografi.

5) Gugusan bolehlah diibaratkan sebagai 'benua kecil.' Komunitinya mempunyai kaitan yang cukup kuat dan tidak jauh bezanya dalam pelbagai aspek. Gugusan juga memiliki keadaan iklim yang serupa. Nusantara beriklim Khatulistiwa secara majoritinya. Benua kecil India merangkumi India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka. Benua kecil China merangkumi China, Taiwan, Macau, Mongolia dan Tibet. Eropah juga boleh dibahagikan kepada beberapa gugusan.

6) Mobiliti (pergerakan) secara bebas dan rawak penduduk-penduduk asal beratus-ratus tahun dahulu adalah normal di dalam gugusan masing-masing. Mereka bukan pendatang dan proses penyesuaian berlaku dengan mudah lagi segera.

7) Apabila zaman bertambah moden dan 'akal' manusia semakin bijak dan mudah memikirkan 'kepentingan' puak-puak sendiri, maka gugusan menjadi semakin tidak penting dan mereka mula memikirkan konsep negara bangsa. Maka gugusan terpecah-pecah kepada beberapa negara yang berbeza, menjadi lebih fokus dan kompleks.

8) Gugusan Nusantara kini terbahagi kepada negara-negara spesifik seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunai Darussalam, Thailand dan Filipina.

9) Ketuanan Melayu bukan bermaksud Melayu adalah 'tuan (bos)' dan kaum yang asalnya bukan daripada Nusantara adalah 'kuli.' Ketuanan Melayu bermaksud memperakui bangsa Melayu dan Bumiputera lainnya sebagai penduduk asal gugusan Nusantara ini yang memulakan tamadun, membuka tanah dan memulakan penempatan juga kerajaan awal yang berstruktur sempurna. Akibatnya, ia memudahkan proses penghijrahan bangsa-bangsa yang datang daripada gugusan luar daripada Nusantara ini.

10) Ketuanan Melayu tidak bermaksud untuk mencurigai mahupun menzalimi warga Malaysia yang bukan berstatus Melayu / Bumiputera. Ketuanan Melayu patut dimengertikan sebagai satu proses 'tanggungjawab' bangsa Melayu itu sendiri untuk memastikan Malaysia ini kekal aman dan damai sentiasa agar semua rakyatnya sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan Sikh (dan banyak lagi) terjamin keselamatannya. Melayu adalah ketua negara, Melayu juga yang sanggup lagi rela untuk memenuhkan jawatan-jawatan seperti tentera, polis dan bomba. Maka, Melayu mempunyai tanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti perniagaan, pendidikan dan perkilangan dapat berjalan dengan stabil dan selamat selalu. Itulah ketuanan Melayu yang selalu disalahertikan.

Neba2020: Hormatilah 'tuan' sebagai sahabat kerana 'tuan' tidak pernah memandang yang lain sebagai 'kuli' mahupun 'hamba.' 'Tuan' tanpa disedari banyak memberi kelonggaran kepada sahabat yang lain untuk meraih kesenangan juga kemewahan sejak berzaman di bumi 'tuan' ini. 'Tuan' yang satu ini amat susah untuk dicari di tempat lain kerana 'tuan' di tempat lain biasanya amat pantang untuk melihat sahabatnya menjadi lebih kaya lebih senang lebih pandai. 'Tuan' yang satu ini cukup liberal, cukup pemurah dan cukup mudah mengalah demi menjaga hati sahabatnya. Sahabat dan 'tuan' biarlah terus berbaik dan wajarlah 'dibunuh' sesiapa yang cuba mencipta kebencian di antara keduanya itu ....

5 comments:

Anonymous said...

Aku mempunyai seorang rakan, berbangsa Indonesia etnik Cina. Kefasihannya berbahasa dalam bahasa kebangsaannya (Bahasa Indonesia) amat dicemburuiku. Kalau anda tidak nampak mukanya, anda tidak akan dapat meneka bahawa dia seorang berketurunan etnik Cina.

Tatkala di tanah air sendiri, sedihku memikirkan bila menengok "teman" di negara sendiri memandang enteng Bahasa Melayu, Bangsa Kebangsaan, walaupun bangga menjerit tentang ketuanan 'Bangsa Malaysia'.

Jika 'pendatang' di negara-negara lain boleh mahir dalam bahasa rasmi di situ, kenapa di Malaysia tidak?

Anonymous said...

'pendatang' di malaysia boleh dikatakan fasih bertutur dalam bahasa malaysia kerana belajar sejak bangku sekolah lagi walaupun bukan 100% fasih. mereka hanya mempunyai satu kerakyatan iaitu rakyat malaysia

ketuanan encik fendy maksudkan itu rasional. tapi patut dilakukan dengan berintegriti. contohnya, saya mempunyai seorang kawan yang berbangsa melayu yang mendapat biasiswa JPA. yang saya tak faham ialah mengapa dia boleh mendapat biasiswa itu sedangkan dia seorang yang agak kaya (tinggal di damansara). patut bagi orang lain yang lebih memerlulakan seperti yang dikatakan oleh CEO Affin Bank(encik hamidy) dalam interview dgn thestar.

fendy_ahmad said...

Salam,

Maaf kata, saudara/saudari anonymous nampaknya termasuk golongan yang tidak faham beza antara 'Ketuanan Melayu' dan juga 'Hak Istimewa Melayu / Bumiputera.'

Saya sedang membincangkan perkara 'Ketuanan Melayu' jadi komentar di para ke dua anda itu tidak mempunyai hubung kaitnya di sini.

Tetapi berminat juga saya untuk mengatakan di sini bahawa saya mempunyai anak murid yang bebangsa Cina tetapi mendapat biasiswa JPA mahupun Telekom walhal bapanya adalah peniaga yang berjaya (maklumlah para peniaga persendirian tidak mempunyai slip gaji nyata sebagai bukti pendapatan), sudah pasti lebih daripada mampu untuk membiayai sendiri pengajian.

Kalau diperhatikan, selepas tahun 2003 kelihatannya pemberian biasiswa JPA mahupun GLC yang lainnya telah mula 'longgar dan bebas' berbanding era 80-an dan 90-an.

Anonymous said...

Dari penjelasan Fendy barulah saya dapat faham dengan seterang-terangnya. Sebelum ini mana ada penerangan yang boleh membuat semua orang faham secara lebih terperinci. Semua orang hanya bersuara dan menyanyi ikut sedap mulut sahaja dan ikut sedap rentak yang mereka suka dan hanya bersandarkan pemahaman masing-masing yang entah betul entah tidak. Dari situ lah terbitnya pelbagai salah faham sehingga timbulnya pertikaian tentang hak dan keistimewaan orang Melayu. Kenapa harus di ungkit dan kenapa harus dipersoalkan kontrak sosial yang telah dipersetujui sekian lama itu. Kalau nak mengungkit pun ungkit sejarah sebenarnya dan jangan pula mengungkit sejarah yang memesongkan kita. Apa yang termaktub dalam kontrak sosial dan apa yang menyebabkan kontrak sosial dipersetujui semua pihak, yang itu harus diteliti dan difahami. Nampak sangat tak tahu sejarah, senang cakap buta sejarah.

Awang Kata said...

Tu..,
Andai 'tuan' menjadi masalah, sungguh malang nasibnya. Atau perlu 'tuan' itu dihapuskan daripada perbendaharaan kata. Maka surat-surat rasmi pun dilarang menggunakan kata tuan, kerana jika penerima tuan tentunya pengirim itu hamba. Ini semua angkara kerja budak hitam.