1) Ada orang berkata bahawa hidup ini amat pendek riwayatnya. Singkat dan pantas tak terkejar perubahannya. Kita harus menggunakannya semaksima mungkin, laluinya dengan kegembiraan dan keriangan yang berterusan. Tidak perlu bersusah hati dan tidak perlu terlalu memikirkan masalah-masalah di persekitaran kita.
2) Ada orang percaya bahawa hidup ini adalah satu perjalanan yang panjang. Setiap detik yang didepani perlulah diambil kira dengan serius lagi berhati-hati. Sekali tersilap kesannya berzaman, sekali terlanjur maka berdekad lama pula akan terpalit buruknya. Anggaplah hidup sebagai sesuatu yang serius sentiasa dan buanglah istilah sambil-lewa sejauhnya.
3) Ada orang yakin bahawa hidup ini adalah satu rentetan masalah dan sentiasa penuh dengan cabaran dan halangan yang tiada hentinya. Terlalu sedikit yang boleh digembirakan dan amat susah pula untuk mempertahankan kebahagiaan juga kesenangan. Sebaliknya, kesusahan dan kegusaran begitu mudah muncul. Kelihatannya hidup ini sentiasa tidak adil kepada kita.
4) Ada orang merasakan yang hidup ini adalah satu pentas lakonan. Manusia adalah pelakon-pelakon yang pelbagai ragam dan aksinya. Kita tidak boleh mempercayai sesiapapun di tahap maksima, sentiasa perlu berwaspada dengan orang-orang di sekeliling dan usah menaruh harap kepada insan lain. Hanya kita sahaja yang boleh 'dipercayai' diri sendiri dan hanya kita sahaja yang boleh 'membetulkan' diri sendiri.
5) Ada orang menafsirkan hidup ini sebagai satu siri amanah yang berterusan dan mempunyai matlamat tersendiri. Hidup ini adalah satu rangkaian tanggungjawab yang perlu diselesaikan sebaik mungkin. Hidup ini adalah satu ujian yang akan menentukan 'siapa kita' dan 'di mana kita' di satu kehidupan lain selepas dunia. Hidup adalah satu percampuran antara yang positif dan negatif, pergaulan antara masalah dan kegembiraan dan juga percambahan antara yang mulia dan yang hina.
HITAM PUTIH KEHIDUPAN
Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruanPohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan
Nyanyian : Datuk Sheila Majid
Lagu Ciptaan : Adnan Abu Hassan
Lirik Nukilan : Habsah HassanNeba2020: Kerana hidup ini adalah sesuatu yang sukar untuk diprogramkan secara jelas maka sebaiknya kita mengamalkan kesederhanaan dalam tindakan, kesederhanaan dalam pemikiran dan juga kesederhanaan dalam pergaulan. Hidup bukan diciptakan Tuhan untuk membawa kesusahan, kegusaran mahupun kepayahan kepada kita. Hidup adalah indah, satu pemberian Tuhan yang istimewa kepada makhluknya tetapi jangan pula sampai kita lupa kepada yang mengurniakannya. Bergembiralah dengan kehidupan tetapi jangan lupa kepada Tuhan yang pada bila-bila masa boleh menarik kegembiraan itu daripada kita. Bersyukurlah dengan kehidupan ....
No comments:
Post a Comment