tag:blogger.com,1999:blog-4010236935538131750.post2335537476289163209..comments2023-05-21T16:32:39.849+08:00Comments on Pesan Cikgu ~~: Harga Minyak Turun - Pak Lah dan Anwar Dalam Kenanganfendy_ahmadhttp://www.blogger.com/profile/07749708541546556868noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-4010236935538131750.post-1033473256253265332008-11-19T11:05:00.000+08:002008-11-19T11:05:00.000+08:00Walaupun harga minyak di Malaysia sudah turun ke p...Walaupun harga minyak di Malaysia sudah turun ke paras RM2.00, namun hakikatnya kerajaan secara terang-terangan telah membohongi rakyat apabila mengatakan kononnya mekanisme harga minyak ditentukan menggunakan harga petrol purata sebenar antara 2 tempoh kajian ditolak dengan subsidi kerajaan 30 sen, tapi yang sebenarnya sekarang Shahrir Samad secara terang-terangan mengakui dengan penurunan sehingga RM2 sahaja pun kerajaan telah "membuat duit" sebanyak 30 sen seliter (sumber: MSN News). Dengan kata lain, kerajaan bukanlah memberi "subsidi" 30 sen tetapi sebenarnya sudah mencekik duit rakyat sebanyak 60 sen (keuntungan 30 sen kerajaan + 30 sen lagi subsidi yang tidak dibayar).

Memang sudah menjadi lumrah dalam mekanisme subsidi jika ada masanya kerajaan untung sedikit dan ada masanya rakyat untung sedikit kerana mekanisme subsidi sememangnya bertujuan untuk menstabilkan harga barang keperluan yang tidak stabil dan sentiasa berubah-ubah. Tapi kalau perbezaan untung yang diperolehi kerajaan adalah sangat besar, ia sememangnya sangat melampau. Menipu rakyat itu sendiri sudah dikira teruk, tapi kalau menganggap rakyat begitu mudah diperbodohkan dengan "lawak sarkas" sebegitu rupa sudah dikira sebagai menghina rakyat!

Jika kerajaan terus menipu dan menipu dan menipu rakyat sebegini rupa, maka kerajaan BN di bawah pimpinan Pak Lah sekarang seolah-olah mahu mengorek lubang kubur sendiri dan menunggu untuk dicampakkan dalam lubang kubur tersebut oleh Pakatan Rakyat. Seterusnya, Pak Lah akan dikenang oleh rakyat sebagai satu-satunya Perdana Menteri paling lemah dan paling gagal dalam sejarah Malaysia!squall-shinodahttps://www.blogger.com/profile/09803900140191769405noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4010236935538131750.post-91864054106051244812008-11-18T17:56:00.000+08:002008-11-18T17:56:00.000+08:00Salam Ahmad Fizry,Prediksi saya, itu tidak akan be...Salam Ahmad Fizry,

Prediksi saya, itu tidak akan berlaku pada separuh masa pertama 2009. Permintaan terhadap minyak dijangka akan terus lemah di sepanjang suku terakhir 2008 dan pertengah pertama 2009.

Sektor ekonomi di Amerika Syarikat memerlukan masa untuk kembali bernafas.

Obama mengangkat sumpah Presiden pada akhir Januari 2009, sentimen terhadap polisi beliau akan mula memberi kesan (baik atau buruk) pada pertengahan ke dua ... Mungkin minyak dunia akan kembali naik pada pertengahan ke dua 2009, tetapi tidaklah terlalu tinggi. Ramalan saya, di Malaysia ianya akan berlegar maksima di tahap RM2.30.fendy_ahmadhttps://www.blogger.com/profile/07749708541546556868noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4010236935538131750.post-11132406403583918682008-11-18T17:39:00.000+08:002008-11-18T17:39:00.000+08:00alhamdulillah...tapi benarkah ada ura2 yang petrol...alhamdulillah...
tapi benarkah ada ura2 yang petrol akan naik shingga hampir rm 4 seliter in february 2009 berikutan dgn economic recession sedunia?Ahmad Fizryhttps://www.blogger.com/profile/05668357500564988899noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4010236935538131750.post-85515329578429901792008-11-18T17:28:00.000+08:002008-11-18T17:28:00.000+08:00Bercakap pasal Pak Lah dalam kenangan, kedua-dua p...Bercakap pasal Pak Lah dalam kenangan, kedua-dua pemimpin tertinggi negara kita tiada di dalam negara ketika ini. hehe.

Berbalik kepada topik, mengenai kenaikan harga minyak ini telah dijadikan katalis harga barangan termasuk makanan naik.

Pabila harga minyak mula turun, yang anehnya, penjual berkata minyak hanya memainkan peranan kecil dalam kenaikan harga.

Jika penipuan secara terangan ini dihalalkan, entah bagaimanakah nasib kita nanti diakan datang, dibawah belas kasihan penjual.Anonymousnoreply@blogger.com