Wednesday, March 4, 2009

Transisi : 2003 dan 2009

Salam Buat Semua,

1) Seingat saya; bulan-bulan terakhir Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2003 bolehlah dianggap sebagai satu suasana yang cukup aman, mesra dan menyenangkan seisi negara.

2) Situasi negara adalah cukup aman. Tiada kacau-bilau politik yang merimaskan dan jauh daripada sebarang huru-hara tidak berpenamat. Krisis politik akhir 1990an yang melanda Malaysia berjaya 'diamankan' dan 'disejukkan' secara berhemah dan bijaksana. Majoriti rakyat yang pada mulanya 'membenci' dan 'mencurigai' Dr. Mahathir kembali melihat beliau sebagai seorang tokoh yang hebat lagi disayangi.

3) Suasana mesra terpancar di seluruh negara. Sepanjang tahun 2003, Dr. Mahathir diraikan dan dihargai sepenuhnya. Di mana-mana sahaja, majoriti rakyat seakan terasa tarikh 31 Oktober terlalu laju untuk menjelma. Rakyat seakan tidak mengizinkan beliau untuk berundur.

4) Keadaan perpaduan rakyat, persefahaman antara komuniti dan kelancaran ekonomi negara kelihatannya cukup menyenangkan. Segalanya teratur dan rakyat tidak terasa tekanan hidup yang tinggi.

5) Walau seburuk manapun Dr. Mahathir pada kacamata segelintir insan, majoriti rakyat Malaysia di akhir Oktober 2003 merasakan pengunduran Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri umpama satu kehilangan besar yang tidak tercapai dek akal untuk menafikannya.

Keadaan seakan cukup berbeza, Mac 2009 kelihatannya cukup berlainan dengan Oktober 2003 ....

Neba2020: Petang Jumaat (31 Oktober 2009) itu saya menangis di depan TV, air mata berjuraian tak terhenti. Saya sedar bahawa saya cukup sayang, hormat dan menghargai insan yang seorang itu ....

4 comments:

Muhammad Hazimin Wahab said...

macam-macam krisis ada... apa nak buat....

kalau x pandai mentadbir negara , eloklah letak jawatan awal2...

yg bakal naik pun, belum tentu lebih baik juga.. drpd hasil yg sedia ada, juga huru hara...

oh malaysiaku

Muhamad Hisham Wahab said...

Itulah Mahathir.. 'dajal suci'...
Bila berkuasa mata jadi buta tak nampak kesalahan yg dia buat, dimomokkan lg dgn sikap angguk-angguk, geleng-geleng kaki bodek UhmNO, eh silap.. UhmYes

Bila dh tak berkuasa, barulah tersedar yg selama nie orang2 bawah yg dok mengampu dia tu tak ikhlas berjuang, gilakan pangkat n kekuasaan.

Selalulah kita nk kena sedar.. hidup nie seperti Menara Taming Sari, kejap dia atas, kejap di bawah

Rozailin said...

belum tentu yang bakal mengganti boleh merubah keadaan kini. sama-sama kita berdoa...

fendy_ahmad said...

Salam Hisham,

1) Anwar Ibrahim pernah termasuklah di dalam golongan angguk-angguk geleng-geleng itu rasanya (1981-1998).

2) Bila tiada kuasa baru sedar semuanya salah yang diangguk-angguk di bawah 'dajal suci' tu agaknya.

3) Perhatikan situasi sekarang, kalau kita lihat konsep 'yang benar akan terserlah akhirnya' nampak gayanya selepas PRU 2008 sehinggalah kini, 'dajal suci' itu sudah mula mendapat semula 'kedudukan / martabat' semula. Si pengampu yang 'menghentamnya' secara kronik sepanjang 2006-2007 pun kelihatannya sudah terdiam dan 'tercedera'.

Analisis jauh sikit dik :)