1) Wahai Presiden (bakal) UMNO ke 7, ingatlah diri anda sebagai Presiden UMNO. UMNO itu sendiri bermaksud Parti Kebangsaan Melayu Bersatu.
2) Presiden UMNO adalah pemimpin kepada umat Melayu. Bumiputera menguasai kira-kira 65% daripada populasi Malaysia. Jatuh bangun anda, UMNO dan negara ini banyak bergantung kepada 'suara dan tindakan' kaum majoriti itu.
3) Sedarlah bahawa UMNO masih merupakan parti terbesar di Malaysia. Keahliannya adalah yang teramai di kalangan parti-parti politik negara ini dan ianya menguasai jumlah kerusi Parlimen yang terbanyak.
4) UMNO di bawah Presiden ke 6 belumlah tewas secara hakiki.
5) UMNO di bawah Presiden ke 6 sebenarnya berhadapan dengan krisis keyakinan dan berperang dengan persepsi negatif di kalangan segelintir rakyat.
6) UMNO harus bangkit dan buang jauh-jauh sikap kelihatan lemah lesu dan mudah mengalah.
7) Parti ini tidak tewas, usah lagi berlagak sebagai 'si pengalah' secara keterlaluan. Bersikaplah sebagai seorang juara yang geraknya adalah laju, penuh keyakinan dan sentiasa bersemangat.
8) Bersikaplah sebagai sang juara sebenar, usah biarkan orang yang kalah pula berlebih-lebih 'perasan' umpama mereka yang telah menang dan 'menguasai' rakyat. Tapi ingatlah juga supaya dalam berlagak sebagai sang juara itu janganlah diselaputi sikap angkuh, sombong, degil dan hilang sensitif kepada kesusahan rakyat. Jadilah sang juara yang bijaksana, berhemah dan tidak meninggi diri.
9) Orang-orang seperti Anwar, Guan Eng, Nizar, Teresa, Kit Siang, Karpal dan Koo Ham sebenarnya sengaja 'mendramakan suasana' supaya UMNO kelihatan sebagai 'si pengalah' dan merekalah sang juara sebenar. Biarkan mereka terus 'berdrama'...
10) Presiden UMNO ke 7 harus faham tugasnya sebagai PRESIDEN UMNO. Kerana memegang jawatan itulah dia akan tertabal sebagai PERDANA MENTERI ke 6. Bijak dia memimpin UMNO, dapatlah dia sokongan majoriti bangsa Melayu. Dapatnya dia sokongan majoriti umat Melayu maka lancarlah kepimpinannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Neba2020: Wahai Presiden UMNO ke 7, jangan engkau endahkan sangat segala 'drama-drama' rekaan pembencimu. Pembencimu itu sebenarnya amat gentar kepadamu. Dia tidak mahu engkau menjadi Perdana Menteri kerana dia sedar engkau bukannya seperti orang yang engkau gantikan. Dia sedar betapa engkau akan menyebabkan cita-citanya terbantut, negara kembali ke landasan pembangunan yang betul, UMNO kembali tumbuh taringnya dan majoriti umat Melayu akan kembali bersama UMNO. Dia sedang ketakutan...
1 comment:
Dato' Sri Najib perlu bijak mengawal menteri-menteri dan ahli-ahli kabinetnya supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang bodoh sombong lagi bongkak.
Inilah antara sebab kenapa ramai orang Melayu yang jadi meluat kepada UMNO semenjak beberapa tahun lepas.
Kuat tidak semestinya bercakap besar dan memperlekehkan orang lain.
Bak kata pepatah Inggeris, dengan izin, penulis - "Actions speak louder than words".
Post a Comment