Tuesday, March 17, 2009

Sekali Air Bah Sekali Pasir Berubah

Salam Buat Semua,

1) Jam 12.47 tengahari saya menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS).

2) Tertera perkataan 'Encik' di skrin telefon.

3) Tersenyum saya membaca SMS kiriman ayah saya yang kini merupakan pesara sepenuh masa.

4) "Andi, sekali air bah sekali pasir berubah bkn pantai. Sbb air bah kat sungai dan pantai tepi laut.''

5) Rupa-rupanya dia membaca blog si anaknya ini. Dia masih mendidik saya dan saya akan terus senang hati untuk menerima didikannya.

Neba2020: Relakan diri dididik, moga diri tak tersalah kelakuan dan pemikiran ....

6 comments:

Muhammad Hazimin Wahab said...

barulah anak ayah namanya....

Anonymous said...

ada tak tanya yang dia ada tinggalkan komen ke tak sebelum ini?

hendak juga tahu pandangan orang yang membesarkan cik fendy ni. :P

Dziauddin said...

Salam, bila pula nak mendidik di UiTM Segamat ni?

stschin said...

jadi jangan sebarang tulis tau....ayah menengok ....

fendy_ahmad said...

Salam,

Buat Anonymous:

Encik saya hanya membaca dan tidak melontarkan komen di dalam blog.

Saya akan ulas lebih lanjut tentang ini di dalam satu 'posting' berbeza nanti.

Buat Tuan Dziauddin:

Rezeki tawaran di akhir 2007 dahulu mungkin belum 'direstukan' Allah untuk saya terbuka hati sepenuhnya menerimanya.

Tapi ikhlas kata, jauh di sudut hati, akan saya curahkan bakti menuju 'matlamat' itu nanti dengan izinNYA.

Rozailin said...

bahang pemilihan UMNO semakin terasa. nampaknya cara dan mekanisme mereka yang nakkan jawatan tak banyak berubah seperti 4 tahun sudah. nak naik kena guna duit, takde duit , susah nak naik. bila tak naik, macam mana nak laksana 'bantu melayu'. ye ke 'bantu melayu'??? herm... apa nak jadi ya????...aku pun anak abah gak..maklumlah anak pompuan sorang..hihihih...anak abah yang independent!