1) Dato' Seri Mohd. Najib Abdul Razak telah umumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM60 Billion pada 10 Mac, 2009.
2) Matlamat 'Bajet Mini' itu adalah untuk menggerakkan ekonomi dalaman bagi mengelakkan negara terjerumus ke situasi kemelesetan yang parah.
3) Seluruh dunia sedang 'dihambat' dengan kemelesetan ekonomi, aktiviti perniagaan yang lembap, daya beli merudum kronik, perdagangan antarabangsa mencecah tahap minima dan aliran pusingan wang yang tidak rancak. Ekonomi hanya akan berjalan andainya wang 'berputar' dengan rancak dan saling bergantian pemegangnya.
4) Segalanya berpunca daripada kesuraman ekonomi Amerika Syarikat. Lembapnya ekonomi Amerika maka akan lembaplah perjalanan ekonomi negara-negara lain.
5) Amerika adalah rakan dagang Malaysia di nombor satu.
6) Banyak rakyat kita yang membenci Amerika di tahap kronik tetapi tidak pula 'sedar' bahawa Amerika juga adalah 'pembeli' utama barang-barang yang dikeluarkan di kilang-kilang negara ini.
7) Kelembapan ekonomi Amerika bererti kuasa beli rakyatnya menurun dengan mendadak. Apabila kuasa beli menjunam ke bawah maka kuasa mengimpot yang dimiliki Amerika juga akan terjejas.
8) Secara mudahnya, jualan barang-barang kita ke sana menjadi cukup minima sekaligus mengundang kepada pemberhentian operasi, penangguhan kerja ataupun pengecilan skala aktiviti di kalangan perusahaan-perusahaan. Akhirnya, perjalanan ekonomi Malaysia juga terjejas.
9) Ada yang berkata kita terlalu bergantung kepada Amerika, mengusulkan kenapa tidak menjual sahaja barangan kita kepada negara-negara lain. Cakap memang mudah !
10) Masalahnya, kuasa beli negara-negara Islam mahupun rakan-rakan sebenua dengan kita adalah belum cukup hebat nilainya. Walau seteruk manapun kebencian segelintir antara kita terhadap Amerika sehingga ke tahap memboikot produk-produk Amerika, realitinya ialah hidup dan kemajuan kita masih 'bergantung' serba sedikit kepada negara kuasa besar dunia itu.
Semoga krisis ini membuka minda ahli-ahli politik dan juga pakar-pakar ekonomi Malaysia untuk melihat 'sebab dan kesan' yang melangkaui pemikiran konvensional ....
Neba2020: Pakej rangsangan bermotifkan untuk menggerakkan perjalanan ekonomi negara secara dalaman, mengaktifkan gerakan pusingan kewangan melalui penyaluran peruntukan tambahan dan meredakan kesan kelembapan eksport negara. Kesan langsung kepada rakyat mungkin tidak kelihatan daripada aspek Ringgit dan Sen yang nyata tetapi lebih kepada keupayaan ekonomi negara untuk terus mengekalkan momentum 'bergerak' bagi menghalang kesan-kesan kritikal seperti pemberhentian pekerjaan secara besar-besaran, peningkatan pengangguran, penutupan rangkaian perniagaan dan ketidakcukupan produk-produk asas di pasaran tempatan ....
3 comments:
rangsangan ape weh? ahaha *aku memang sentiasa pk lain :P
Akhirnya dapat juga komentar dalam Bahasa Malaysia yang menguraikan pakej rangsangan dengan jelas kepada minda orang biasa.
Akan kita highlight post saudara untuk dikongsi dengan pembaca-pembaca kita dan akan paut kembali ke blog saudara.
All the best!
http://mylivingwall.com
Salam,
Saudara/Saudari AL:
Terima kasih di atas sokongan anda kepada penulisan saya yang tidak seberapa ini. Demi kebaikan bersama dan prinsip percambahan ilmu, apa salahnya :)
Post a Comment