Monday, October 20, 2008

Abdullah Ahmad Badawi - Sudah Terlambat !

Salam Buat Semua,

1) Abdullah Ahmad Badawi hanya senyap membisu apabila beliau 'diasak' Dr. Mahathir Mohamad buat pertama kalinya pada Jun 2006. Dr. Mahathir secara terbuka menyatakan bahawa beliau telah 'tersilap pilih' penggantinya dan Abdullah telah 'merosakkan' banyak perkara. Dr. Mahathir bertindak sedemikian apabila secara tiba-tiba Abdullah seakan 'tunduk' kepada Singapura dengan 'tergesa-gesa' membatalkan projek 'jambatan bengkok' bagi menggantikan Tambak Johor di sebelah Malaysia.

2) Lebih mengejutkan apabila Abdullah melakukan 'penipuan terbuka' dengan mengatakan bahawa rakyat Johor yang tidak menyukai projek terbabit.

3) Sultan Johor (DAULAT TUANKU SULTAN KESAYANGAN RAKYAT JOHOR !) secara terbuka dihadapan rakyat jelatanya (juga dihadapan Abdullah !) bertitah bahawa sudah tiba masanya Tambak Johor dirobohkan dan digantikan dengan sebuah jambatan bagi mengurangkan pencemaran dan memperbaiki aliran air yang tersekat. Baginda Sultan bertitah sedemikian secara spontan sewaktu merasmikan Koridor Pembangunan Iskandar (kini dikenali sebagai Iskandar Malaysia). Sehingga ke hari ini Abdullah gagal menghuraikan 'penipuan' tersebut.

4) Kini selepas lebih 2 tahun, Abdullah sudah mula 'pandai menjawab' dan seakan berani lagaknya. Abdullah menyelar secara sinis tentang 'peranan' Dr. Mahathir yang dikatakannya cuba berlagak sebagai 'pengarah' di dalam proses pencalonan pemilihan UMNO yang berjalan selama sebulan sehingga 9 November 2008.

5) Abdullah dengan tegas menyatakan bahawa Dr. Mahathir tidak layak untuk bercakap tentang UMNO dan Presiden UMNO ke 5 itu disifatkannya sebagai mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian.

6) Abdullah juga buat pertama kalinya 'mengkritik' Muhyiddin Yassin yang disifatkannya sebagai penggesa utama kepada proses mempercepatkan pelan peralihan kuasa daripadanya kepada Mohd. Najib Abdul Razak. Abdullah juga 'menuduh' Muhyiddin sebagai seorang yang takut kepada 'reform' (perubahan) yang ingin dilaksanakannya.

7) Kemarahan Abdullah kepada bekas Menteri Besar Johor itu amat terserlah apabila dia menyifatkan Muhyiddin sebagai sudah tidak sabar untuk bergelar Timbalan Presiden UMNO. Abdullah turut memperli Muhyiddin dengan berkata bahawa anak jati Muar itu hanya akan mencapai jawatan tersebut jika memperoleh sokongan. Belum tentu orang akan memilih Muhyiddin !

8) Jelaslah betapa Abdullah lebih mengidamkan calon 'kesayangannya' iaitu Mohd. Ali Rustam untuk mengisi posisi kedua tertinggi UMNO itu dengan melahirkan kesedihannya dengan gesaan sesetengah pihak yang mahukan Ketua Menteri Melaka merangkap Naib Presiden UMNO itu berundur daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden kerana Muhyiddin kelihatan lebih diterima akar umbi UMNO. Sudah terang lagi bersuluh betapa Mohd. Ali adalah antara penyokong setia Abdullah di dalam apa jua situasi selama ini selain daripada Mohd. Nazri Aziz, Muhammad Mohd. Taib, Azalina Othman, Mahdzir Khalid dan Annuar Musa.

9) Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya sudah terlambat segalanya. Dia patut kelihatan 'berani' melawan hujah Dr. Mahathir sejak pertengahan 2006 itu lagi, menjawab segala persoalan Dr. Mahathir tentang isu-isu melibatkan jambatan bengkok, penjualan MV Augusta dengan nilai satu Euro, penguasaan ganjil ECM Libra (si tikus) terhadap Avenue Capital (si gajah), kehebatan Scomi dalam meraih kontrak-kontrak perniagaan dan peranan terbuka Khairy Jamaluddin terhadap pentadbiran negara. Jika Abdullah 'berani' bersuara sejak dahulu, ada kemungkinan rakyat masih menyokong beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia dan tidaklah martabatnya kelihatan cukup rendah di mata kebanyakan rakyat Malaysia sehingga menyebabkan 49% daripada pemilih tidak sudi untuk mengundi Barisan Nasional pada 8 Mac 2008 yang lalu.

10) Abdullah mahu menggunakan sisa-sisa pentadbirannya selama 5 bulan ini (Oktober 2008 - Mac 2009) untuk melakukan pelbagai 'reform' (perubahan). Niatnya memang kelihatan baik dan terpuji. Malangnya, rakyat bukan mudah untuk dipermainkan dengan kata-kata manis penyedap hati. Abdullah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada tanggal 31 Oktober 2003. Selama 5 tahun ditampuk kekuasaan, beliau cukup mengecewakan rakyat jelata. Adakah Abdullah mempunyai kuasa AJAIB untuk melakukan segalanya yang terbaik di dalam tempoh 5 bulan ? Kepada Tuhan kita berserah ....

Neba2020: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak perlu menjauhkan dirinya daripada 'sindrom Badawi.' Sindrom suka bersenyap diri, malas mengulas, cakap berubah-ubah, keputusan tidak tetap dan baik tidak bertempat kepada golongan oportunis. Andai Najib mahu kehadirannya dibanggai dan dirasai oleh rakyat juga digeruni dan dikagumi lawan maka janganlah segan silu untuk mencampurkan resipi 'sindrom Razak' dan 'sindrom Mahathir' disamping 'rencah-rencah' ciptaannya sendiri. Tidak salah meniru apa yang baik daripada berlagak 'bodoh sombong.' !

3 comments:

Rozailin said...

Salam buat fendi,

Lama tak menjengah blog fendi sejak aku ditakdirkan ALLAH melahirkan anak sulong aku seawal 23 minggu usianya pada 16 ogos 2008 yang lalu dengan berat 700gram. Adam Iman bin Muhammad Firdaus kini sudah berumur 65 hari, masih di NICU Selayang. Berat terkininya 1.04kg. Masih jauh lagi perjalanan Adam. Uncle Fendi doakan Adam kuat semangat dan sehat sempurna ya.

Seperti biasa, blog Fendi memang menjadi salah satu blog yang sering aku ikuti. Dari sudut politik, ideologi kami nampak serasi. Fendi, aku sudah betul betul masuk dalam UMNO sejak umur 18 tahun hingga kini. Jawatan terakhir aku sebagai KPU3 UMNO Bahagian banyak mengajar aku erti politik UMNO. Semangat aku tidak sekuat Khadijah mahupun Aisyah. Aku telah mencuba, tapi masih gagal untuk menghapuskan budaya politik wang yang seakan sudah sarat dalam UMNO. Aku masih sayangkan UMNO, tapi cara aku nampaknya tidak digemari orang-orang di Bahagian. Aku dilabel terlalu keras dan perlu lebih berdiplomasi. Guna duit dulu untuk dptkan kuasa, bila dah ada kuasa, baru lah boleh ubah. Masalahnya, adakah 'niat menghalalkan cara'? Tepuk dada, tanya iman. Terlalu sedikit kelompok yang mempunyai cara seperti aku, akhirnya orang seperti kami dicantas sama ada secara berdepan atau dari belakang. Sudah tentu saat yang paling sedih lagi meninggalkan kesan yang amat mendalam pada aku apabila orang kuat kanan-kiri aku sendiri menabur fitnah terhadap aku. Alhamdulillah, masih ada yang celik aqal mampu membezakan yang haq dan bathil. Tetapi golongan ini terlalu minoriti.

Untuk kau sahabat, andai semangat kau kuat seperti Umar, terjunlah ke dalam platform politik ini. Namun, andai tidak, teruskanlah berdakwah melalui platform yang kita sedang berdiri kini. Andai ALLAH kata UMNO akan kekal, maka kekal lah ia. Andai sebaliknya, ALLAH juga yang tahu apa yang terbaik. Marilah sama-sama kita doakan agar keturunan kita dipelihara dan selamat duduk di bumi sendiri. Bukan seperti warga Palestin, umpama melukut di tepi gantang walaupun tanah itu milik mereka.

fendy_ahmad said...

Salam Buat Sahabatku Rozailin,

Terima kasih atas sokongan kepada InspiRasi 1982 ~ ...

Selaku sahabat lama sejak alam pra-U dulu, kita memang seideologi dalam politik dan kita harap agar ideologi ini ada titik kebaikannya.

Didoakan moga Adam Iman sehat sejahtera dan dapat membahagiakan ibu dan ayahnya :) Ameen ~

Anonymous said...

melayu gaduh sesame sendiri. Cina2 di malaysia sudah gembira krn melayu sibuk bergaduh dan cina akan ambil alih. cth terdekat singapura dan penang. tahniah malaysia