Thursday, October 30, 2008

Apa Yang Ada Jarang Disyukuri

Salam Buat Semua,

1) Sewaktu belum bekerja, kita cukup mengharapkan agar mendapat kerja yang setara dengan kelulusan.

2) Gembira tak terkata apabila mendapat khabar kita diterima bekerja. Pelbagai azam dibuat, kata-kata kesyukuran tak lekang daripada bibir sepanjang masa.

3) Semakin lama bekerja, kita merasakan kerja itu tidak dapat menghadirkan kepuasan yang maksima. Bermacam-macam ketidakpuasan kita luahkan, segalanya berbau negatif tentang pekerjaan mahupun majikan juga persekitarannya. Pendek kata, kita tak selayaknya berada di situ, kita selayaknya berada di tempat yang lebih sesuai dan 'memahami' kita sepenuhnya.

4) Tetapi kita tak sedari betapa ada orang-orang 'di luar' daripada pekerjaan kita itu, cukup menghargai juga berasa betapa bagusnya pekerjaan kita itu. Mereka 'berharap' juga untuk 'memilikinya.'

5) Kita terlalu memandang sesuatu yang sedang dimiliki daripada sudut negatif, positifnya seolah 'kosong' sahaja. Persoalannya, kita ini cukup positif sangatkah untuk keadaan menjadi positif demi kita?



ANTARA DUA CINTA

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh


Lagu Ciptaan : Nazrey Johani
Lirik Nukilan: Pahrol Md. Juoi
Nyanyian Asal: The Zikr
Versi Nyanyian Semula: Raihan, Saujana dan Datuk Sharifah Aini


Neba2020: Telusurilah lagu ini sedalamnya, moga kita dapat melihat 'jauh' ke dalam diri kita. Rupa-rupanya kita ini terlalu 'jauh' daripada menjadi seorang yang positif jiwa dan sempurna akal pemikirannya ....

2 comments:

shane said...

haha...first time saya tulis comment kat blog sir..hahaha.....

Helmy Ahmad said...

Seperti nukilan lirik lagu Merenung Bulan dendangan Aishah yang popular sekitar pertengahan tahun 90'an, jarang kita menghayati dan menghargai perjalanan kehidupan kita dan sentiasa pula mengharap perjalanan kehidupan kita dalam fasa yang kita sukai yang pada pandangan kita lebih digemari sepeti yang dilalui orang lain walaupun kemungkinan yang amat besar sekali orang itu pula mengharapkan situasi yang kita lalui.

'Halaman orang nampak berseri, Laman sendiri berwarna warni tidak bererti'

Saya mengaku di sini. Kehidupan yang saya lalui masa ini mungkin menampakkan kebahagian, kesenangan dan penuh segala keindahan yang diidami semua orang. Tapi bagi orang yang melaluinya hanya dia saja tahu. Apabila melihat situasi dilalui oleh Fendi, kekadang saya terasa ingin pula melalui kehidupan seperti Fendi, tapi hanya Tuhan saja yang tahu apa yang dilalui oleh orang orang itu

Merenung Bulan

Terleka aku melihat kemesraan
Mereka berpasang-pasangan
Bersenda keriangan
Bertanya aku pada diri sendiri
Mengapa kutersisih
Diulit mimpi sedih

Haruskah aku membandingkan
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan

Entah mengapa mataku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti
Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak
Rumput yang hijau kulupakan

Entah mengapa sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga
Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak rumput yang hijau
Dilupakan

Justeru, kita harus bersyukur dengan apa yang kita perolehi lalui dan alami kerana mungkin laluan hidup orang yang lain yang tampak indah bagi kita mungkin tak seindah yang kita bayangkan...