Friday, October 24, 2008

Generasi Robot Vs Generasi Pemikir

Salam Buat Semua,

1) Sebagai 'cikgu' saya mengidamkan anak murid yang bebas daripada sindrom menjadi robot, taksub dengan kepercayaan bahawa belajar di universiti adalah semata-mata untuk mengejar CGPA 4.0, mendapat A, berjaya menghafal nota-nota, bijak mengingat 1001 formula dan jatuh cinta dengan buku teks.

2) Si robot adalah jenis pelajar yang menepati segala kriteria yang dinyatakan itu. Si robot ini akan meletakkan fokus utamanya datang ke kelas semata-mata untuk mendapatkan penerangan tentang topik yang tercetak di atas nota-nota yang telah disediakan 'cikgu.'

3) Si robot merasakan 2 jam di dalam kelas adalah masa baginya untuk jatuh cinta 100% dengan isi kandungan nota itu sahaja. Aplikasi sebenar topik tersebut bukan masalah beliau, realiti sebenar nota tersebut dengan keadaan semasa kewangan mahupun ekonomi negara juga tidak menjadi keharusan untuk difahami.

4) Lebih menyedihkan, ada di kalangan robot-robot ini merasakan bahawa 'cikgu-cikgu' yang suka membawakan realiti sebenar 'dunia di luar nota-nota' itu sebagai satu situasi yang membuang masa, tidak berfaedah dan umpama cakap-cakap kosong.

5) Robot-robot merasakan bahawa selagi kisah-kisah realiti juga aplikasi itu tidak berkaitan dengan PEPERIKSAAN dan CGPA mereka maka ianya adalah merugikan masa dan kehadiran mereka di kelas tersebut.

6) Robot-robot juga mengharapkan 'cikgu' di universiti berkelakuan seperti 'cikgu' di TABIKA mahupun sekolah rendah. 100% isi kandungan nota perlu diterangkan secara terperinci walaupun si 'cikgu' sudah mengatakan bahawa ianya adalah tidak relevan. Di universiti, 'tidak relevan' itu boleh membawa maksud ianya tidak sesuai dengan situasi di Malaysia, tidak berapa digunakan di dunia realiti sekaligus tidak penting untuk tujuan peperiksaan.

7) Berikut adalah 4 komentar yang 'agak panas' yang saya terima daripada pelajar-pelajar bagi subjek 'Corporate Finance' dan 'Financial Management II' untuk Trimester 1 sessi 2008/2009 (komentar adalah di dalam Bahasa Inggeris dan tiada sebarang editan dibuat terhadap gaya bahasa mahupun tatabahasa) :

- By the way you teach us, we believe that you are not a very qualified lecturer to teach finance. You don't really know how to relate what you teach with your example given and always throw in your personal opinion instead of giving us good and effective opinions. Those slides that you don't really know or don't know how to explaine it, then you will tend to say that it's not important and skip it. Your overall teaching is not as good as expected, some even lose hope on you. Basically students go for class just for the attendance.

- some time talk too much outside topic during the lecture.

- He is a "dirty minded" lecturer, likes to talk rubbish in class. Besides, he talks more on political issues rather than focus on syllabus, this is no a political class!

- He always talks nonsense during the lecturer class. When the time almost finish, then he just skip the slides...or he do not explain just only read through the slides.Because he waste many time talk nonsense until he cant finish teaching...

8) Sebagai perimbangan, berikut pula komentar-komentar yang berbaur positif yang saya kira dapat 'menjawab' serba sedikit apa yang 'diluahkan' 4 pelajar di atas :

- A very friendly lecture..he is able to conduct the class in a way where we dont feel bored...Hope to get him as my lecture again in my upcomming subjects...

- Your lectures have been one of the most entertaining classes I've been to....& also refreshingly honest! Keep it up! Thank you so much for being an understanding lecturer.

- he is the good lecture for me. i can understand this subject. he able to deliver his teaching efficiently. always give good example during classes related to the economy nowdays. he give me a lot of knowledge. i'm happy because get the opportunity to be your student.tq sir=D

- Lively teaching and very well informed of the current issues.

- Able 2 give relevant eg.. ppl may think he's talking nonsense in class but 4me its da best way..

- very kind and funny lecturer... always talk about the current issues with us

- He makes lecture to be more interesting and relaxing...

- Way to go sir, i like the way he teach cuz he can freshen up the class, eventhough the class is early in the morning. I also like the general information that he sometimes gave to me, becuz indeed that is one important thing for me to jump into society.

- i like ur attitude,very closed with students and motivated ur students ~chaiyo,sir effandi..~

- Mr Effandi has teach this subject well. He manages to explain the terms and concept that the students not understand until the students completely understand. Good job!

- good lecturer. like to share the current issue in the class. he will relate the topic to the current issue.

- Sir, your teaching style is very creative and make us not feel boring in class.

- Hi, you are a good lecturer, when there is your class, stress up, but really learn a lot of things, thank you.

- he is an excellent lecturer, who knows what to teach and how to deliever his ideas to us. In addition, he links every weeks lecture with what is happeneing in the real business world. i am glad to have him in my study trip.

9) Setiap 'cikgu' pasti mempunyai objektif dan gaya pengajarannya yang tersendiri. Dengan segala kelemahan diri dan juga kekangan ilmu yang masih belum cukup mantap saya tetap cuba 'menyahut seruan masa depan' untuk melahirkan pelajar yang bisa menjadi 'generasi pemikir' dan bukannya 'generasi robot.'

10) Pengajian di universiti bagi saya adalah satu proses pendidikan, bukannya pengajaran semata-mata. Mendidik dan mengajar adalah dua aspek yang berbeza. Mengajar motif utamanya adalah untuk menghabiskan silibus dan menyediakan para pelajar untuk bersiap-sedia menghadapi peperiksaan akhir. Mendidik pula mempunyai niat untuk menghasilkan pelajar yang mampu untuk berfikir di luar langkauan skop silibus, tahu mengaitkan nota-nota dengan dunia realiti, bijak melontarkan idea juga pendapat dan bersedia untuk berhadapan dengan 'dunia luar' universiti yang penuh dengan cabaran.


Neba2020: CGPA adalah pemudah cara untuk mendapatkan pekerjaan yang pertama, lambat ataupun cepat juga bergaji kecil, sederhana ataupun besar sedikit. Seterusnya, hanya keupayaan berfikir, menganalisa, pengeluaran idea, komunikasi dan disiplin dalam bekerja sahaja yang akan menentukan masa depan di dalam dunia kerjaya ....

8 comments:

Anonymous said...

Teruk gak bebudak MMU ni punya Bahasa Inggeris.

Ingatkan bila medium pembelajaran diadakan di dalam Bahasa Inggeris, tahap percakapan dan penulisan bertambah bagus, kekeke.

Aku amat setuju pembelajaran diadakan begini. Ketika aku belajar di UCLA, lecturer dan professor di sana tidak menyuapkan kami atau membaca sahaja daripada slides dan pelajaran di sana bukan semata-mata untuk melepasi peperiksaan atau mendapat gred tinggi. Mereka mengajarku erti kehidupan dan bagaimana dunia (dan orang didalamnya) berfungsi/interaksi(pelik pulak bunyi dia bila aku terjemah dalam bahasa melayu, hehehe). Tetapi sayangnya tidak semua pelajar dari benua Asia berkongsi pemikiran tersebut. Mungkin mereka menghadapi masalah untuk mengemudi dari budaya pembelajaran yang berbeza.

Sebaliknya, aku amat bersyukur kerana ianya mengejutkan aku dari mimpi yang dibawa dari sekolah-sekolah Malaysia.

Aku amat berterima kasih kerana dengan pengalaman sebegitu aku berjaya menjadi seorang yang mempunyai kerjaya yang bagus di syarikat kewangan antara yang terkenal di dunia.(kalau anda pandai cuba teka ;)

fendy_ahmad said...

Salam,

Saya cukup tertarik dengan komentar saudara/saudari anonymous di atas, pengalaman yang cukup berharga ! Terima kasih atas perkongsian itu :)

Di dalam peperiksaan dan juga laporan tugasan, bahasa Inggeris mereka secara puratanya adalah berada di tahap memuaskan, kemahiran komunikasi pun boleh dibanggakan :)

Komentar-komentar ini dibuat secara 'rahsia; melalui sistem yang disediakan pihak universiti, 'cikgu-cikgu' tidak mempunyai akses untuk mengetahui siapa pemilik komen-komen tersebut, maka kebanyakan pelajar menggunakan bahasa 'mudah' sahaja.

Noor Ashraaf said...

Secara jujurnye aku malas nak baca panjang lebar sampai bawah, tapi aku baca 2 perenggan je aku dah paham dah ape maksud ko artikal ko nih.

Bagus la artikel nih, boleh aku forwed kat orang2 tertentu yang memandang rendah kat aku, kalo tak jadi robot, maka tak boleh nak hidup dalam dunia yang mencabar ini kata mereka.

Bagi aku, ilmu itu meluas, dan tak tertakluk didalam cgpa sahaja. Aku yakin bahawa, tak semua robot2 tuh fleksibel boleh buat perkara diluar sabjek2 mereka, entah2 perdana menteri malaysia skarang pon die tak kenal siapa...

Aku rasa yang robot2 tu la yang failure, sebab die tak mengerti kehidupan sebenar dan hanya nak mengejar cgpa semata2. In real life its a total different and a real doggy dog world out there right?

Hey anonymous, jangan kutuk budak mmu je wei, budak2 U malaysia lain pon same, dah kata dok dalam malaysia, kompem english ko samada MANGLISH, CINGLISH atau INDINGLISH okey?

Yang bagusnya MMU ini adalah environment studynya dan konsep study full english amat bagus berbeza dari U lain, walaupon kepenggunaan bahasa inggeris para PELAJAR dan LECTURERnye takde la bagus mana at least MMU ini Made in MALAYSIA, and we are proud of who we are!

p/s : ade ke uni kat jepon/ china/ thailand/ atau mana2 negara bukan english boleh buat kursus full english dan diajar oleh orang bumiputeranya sendiri? selain Malaysia?

Lu pk la sendiri...

Malaysia Boleh weh!

Anonymous said...

betui2...mr fendy ajr mmg best..tp bg dak2 yg maleh nk wat keje mmg la bg alasan..poyo le budak awl2 tu bg komen cam gampang,dh le english tunggang langgang,lagi mau komen.suwuh dak tu masuk balik program english la..rasanya dia tk paham english pun tu..

tu yg dia tensen tu..mmg buduh la kalo nk hadam slide satu2..dh ada otak baca sendiri ah.bengong btui a budak tersebut.

satu lagi..memisahkan political issue ngn learning process.ini satu lg kebuduhan yang berlaku,mana mungkin kalo belaja finance and economy,nak pisahkan effect from political decision.bengapnye budak tersebut(lg skali).cth harga minyak cukup la.apa impak kpd ekonomi,dan financial crisis yg berlaku?iskisk..

by the way..ha..tu la mr fendy..jgn kutuk dak accounting..ada jugak yg bengap2 dr dak finance ni ye.ehhehe..:P

-al-kandahlawi-
http://khallys.blogspot.com

Anonymous said...

UCLA- University of California, Los Angeles? it is listed as one of the top 50 universities in the world. where can compare with MMU? study there sure can easily enter the world famous financial institution to work and has global mobility. since you study at UCLA, the employer will have a good first impression of you. if there is an interview between students from UCLA and MMU, the one from UCLA have the upper advantage. wonder when MMU will be ranked by THES. to enter multinational companies, the minimum is second upper. although universities in japan and china conduct lectures in their own languages, some of their universities are ranked in the top 50 of THES. even thailand has an university in the top 200. wonder why our universities are not ranked that high. maybe mmu students are not exposed to the outside world. so they might not accept the general knowledge taught by mr fendy. mmu should has student exchange with overseas universities like um so that mmu students will be exposed to the outside world.

-A MMU STUDENT-

Anonymous said...

Semasa menjadi pelajar MMu dahulu di awal tahun 2000-an, bukan sedikit yang bertandang mahu berjumpa dengan Mr. Fendy kita seorang ini malah selalu juga rakan-rakan karib si Fendy awal-awal sudah 'book' Cikgu Fendy mereka pada waktu malam untuk study sama sama especially untuk subjek berkaitan dengan ekonomi dan prinsip akaun bagi mendalami lebih lanjut topik-topik, perkara mahupun formula pengiraan yang tidak dapat difahami ataupun mereka sendiri terkeliru. Riuh-rendah dengan telatah kawan-kawan Fendy yang pelbagai perangainya. Saya, sebagai rakan serumah Fendy turut dikenali oleh mereka. Bagi mereka Cikgu Fendy merupakan tempat utama menjadi rujukan dan tempat latihan untuk subjek-subjek tertentu. Ini berlaku pada awal Alpha dan berlarutan juga hingga ke tahun-tahun berikutnya untuk pelbagai lagi subjek seterusnya sehinggalah tamat pengajian kami di peringkat universiti MMu. Yang dipenuhi pelbagai warna-warni dan rencah kehidupan sebagai pelajar U. Oleh itu saya kurang selesa dengan komen-komen student yang mengatakan dia tak tahu mengajar, tak tahu nak mengaitkan isi-isi dalam slideshow dan macam-macam lagi. Inilah yang digelar Generasi Robot pada pandangan Mr. Fendy. Ini disebabkan mereka sudah terbiasa dan terlampau selesa dengan cara pembelajaran 'makan disuap' yang terdidik sejak di bangku sekolah rendah dan seterusnya menengah. Mereka tak tahu nak menilai dan mempunyai pemikiran kritis serta cara pemikiran mereka hanya berada di dalam 'kotak' dan tidak terkeluar dari zon selesa mereka. Sebab itu mereka tidak tahu mengeksploitasikan kepakaran Fendy. Sampai sekarang, saya sendiri kadang-kala merujuk sahabat saya ini untuk mendapatkan nasihat dalam perkara berkaitan ekonomi dan hal ehwal bisnes sebab saya memang tak reti cerita pasal finance ekonomi dan segalanya. Untuk mendapatkan yang terbaik dan memberi kesan positif dalam masa jangka panjang.

Saya setuju dengan salah satu komentar anonymous. Pengajian di MMu memberi satu kelainan kepada penuntutnya sendiri. Saya biasa bertemu dengan pelajar universiti lain dan penguasaan Bahasa Inggeris mereka agak mengecewakan. Kehidupan pengajian MMu memberi satu suasana pemahaman dan penguasaan Bahasa Inggeris yang ketara kepada semua yang belajar di situ. Contoh terbaik Mr. Fendy lah..... Ehehehe

Rozailin-Rahman said...

dear fendi,

just to motivate you, 'pedulik kan' komen-komen yang negatif dari students kau tuh. budak-budak nih kadang cakap ikut sedap tangan menaip je. as long as kite dah perform tanggungjawab kita dan deliver yang terbaik, kita jangan rasa down. evaluation form tuh just to guide je. not necessary relevant to us. i know your style, just keep it real my fren!

Anonymous said...

sir, menurut saya itu anak anak robot jangan didengerin sir.
saya lebih suka mr fendi apa adanya. mempersiapkan kita jadi CEO in the future yang general knowledgenya luas.

keep it up..
icca