Thursday, August 21, 2008

100

Salam Buat Semua,




1) Weblog ini mula beroperasi pada 1 Disember 2006, memperoleh ilham daripada 'The Scribe' yang digerakkan oleh penulis kegemaran saya sejak di alam persekolahan (sekitar 1990-an) iaitu Datuk A. Kadir Jasin, Ketua Pengarang Berita Publishings Sdn. Bhd (bekas Ketua Pengarang NSTP).

2) Coretan ini adalah cetusan idea ke 100 daripada saya setelah 1 tahun 8 bulan dan 21 hari InspiRasi 1982 ~~ menemui khalayak yang sudi 'menemani' perjalanan weblog kerdil ini, tanpa nama yang kuat, tiada pengaruh, kurang ilmu.

3) Dengan rasa bersyukur dan rendah diri, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi mengakses InspiRasi 1982 ~~, sudi membaca dan sudi juga meninggalkan komentar di akhir cetusan-cetusan yang terlampir di sini. Kesudian kalian membaca sudah cukup menghadirkan satu kepuasan mendalam terhadap usaha kecil saya yang kerdil ini.

4) Objektif utama weblog ini adalah sebagai medium untuk saya berkongsi pendapat juga idea-idea terhadap apa saja yang berlaku di persekitaran kita sama ada melibatkan isu politik, ekonomi, kemanusiaan, kerjaya seorang pendidik dan juga penghormatan kepada ibu dan ayah sebagai insan yang wajib diutamakan kita semua.

5) Secara peribadi, berikut adalah 5 penulisan yang saya anggap 'manuskrip berharga' yang paling bermakna buat diri ini untuk dikongsikan bersama-sama teman-teman pembaca di luar sana di sepanjang proses pendakian angka 100 artikel InspiRasi 1982 ~~ ini:

Surat Terbuka Buat Perdana Menteri

21 Mei 2000 - Budak Kampung Masuk MMU

Emak Adalah Anugerah Tuhan Yang Terbesar Buat Saya ...

Ayah Saya Adalah ' Harimau Bugis.. '

31 Ogos 2007 : 50 Tahun Merdeka, 5 Inspirasi Gemilang

6) Perbezaan pendapat antara kita adalah normal dan saya menggalakkan sebarang komentar yang bertentangan dengan cetusan di InspiRasi 1982 ~~ ini. Walaubagaimanapun, saya tetap yakin dan komited terhadap apa jua yang saya huraikan adalah satu kepercayaan terbaik dan menjadi pegangan peribadi diri ini. Saya menulis dengan penuh kesedaran betapa hanya yang saya yakini sebagai baik secara majoritinya (walau bukan 100%) sahaja akan dikongsikan bersama-sama dengan khalayak pelawat sekalian.

7) Dengan penuh penghormatan buat rakan-rakan pembaca semua, saya berjanji untuk terus aktif menulis dan imej serta gaya penulisan InspiRasi 1982 ~~ akan cuba dikekalkan dengan menyanjung tinggi penggunaan Bahasa Kebangsaan yang jitu, tanda bangganya saya menjadi warga Malaysia !

Angka 100 ini tidak akan tercapai tanpa sokongan rakan-rakan pembaca semuanya, terima kasih !

Neba2020: Aku menulis bukan kerana nama, bukan kerana harta, bukan kerana pangkat... Aku menulis hanya untuk berkongsi rasa, berkongsi idea, berkongsi ilmu dan berkongsi hikmah kehidupan buat kebaikan mereka yang sudi menerima perkongsian ini ....

4 comments:

Muhammad Hazimin Wahab said...

kali ni dah ada seratus, lain kali.. boleh capai ke 1000 pula... ada berani ?

fendy_ahmad said...

Salam,

Moga-moga sahutan itu akan terbalas jua nanti, terima kasih :)

sixgun.samurai said...

Syabas dan tahniah kerana mencapai angka 100. Tidak ramai yang mampu mencapai angka tersebut dengan penulisan yang berkualiti, jadi jika selagi ada masa, pendapat dan idea bernas, silalah berkongsi dengan kami semua di sini.

Walaupun komennya kadang-kadang agak kurang memberangsangkan, yakinlah bahawa pembaca anda tetap ramai. 'counter' di blog ini adalah saksinya.

Hazwan said...

mempunyai blog bukanla targetku ketika memasuki plajar asasi di Melaka.. tp apabila diberi "assignment" mengenai Disadvantages / Advantages of Blogging menyebabkan sy tertarik utk membuka blog...

Tahniah inspirasiku abg fendy yang tidak henti2 memberi nasihat dn dorongan melalu penulisan blog dan juga Instant messaging YM.. :D

p/s sy guna YM br awanz89@yahoo.com...
yang lama x leh login :(

selamat maju jaya abgku fendy