Monday, December 31, 2007

2008 : Fikirkan Boleh, Kita Boleh !

Salam Buat Semua,


Selamat Tahun Baru 2008 Diucapkan Kepada Semua Pelayar Weblog InspiRasi 1982 ~~

Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada saya di sepanjang tahun 2007 dan percayalah bahawa kepuasan menulis di sini tercapai sudah apabila semakin ramai yang menegur saya tentang topik-topik yang saya usulkan dan bertanya 'maksud-maksud' tertentu yang cuba saya sampaikan. Semakin hari semakin ramai yang menyatakan sokongan kepada 'usaha kecil' ini dan saya berasa seolah-olah diri ini umpama 'selebriti kecil' yang mempunyai 'peminat-peminat setia' yang tidak jemu dan bosan untuk meluangkan sedikit masa dalam diari mingguan mereka untuk membaca apa saja yang saya nukilkan di InspiRasi 1982 ~~

Melalui pemerhatian dan respon-respon langsung yang saya peroleh, weblog ini telah dikunjungi oleh khalayak pembaca yang pelbagai. Terima kasih kepada pelajar-pelajar di Multimedia University, terima kasih kepada rakan-rakan sekerja di Multimedia University, terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar saya di Multimedia University, terima kasih kepada staf-staf sokongan di Multimedia University, terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mengenali saya di seluruh Malaysia dan terima kasih juga kepada pembaca-pembaca yang mungkin ada yang tidak saya kenali secara peribadi. Terima kasih daun keladi, sokongan kalian tak terbalas dek budi...

Dalam kita membina azam baru, cuba-cubalah memikirkan sesuatu yang jarang kita fikirkan selama ini. Setiap tahun kita selalu membina azam yang sebenarnya menunjukkan betapa kita ini 'bongkak dan sombong' sekali ! Kita hanya berfikir tentang diri kita semata-mata dan kita amat 'lokek' untuk berazam demi kebahagiaan mahupun kesenangan mereka-mereka yang hampir dengan kehidupan kita ! Mengapa saya berkata begitu? Cuba tanyakan diri kita 3 persoalan di bawah:

1) Pernahkah anda membina azam yang melibatkan ibu dan bapa?
2) Wajarkah azam anda selalunya hanya memikirkan tentang diri sendiri sahaja?
3) Tidakkah anda terfikir betapa keluarga dan masyarakat terhampir dengan kita juga sebenarnya sebahagian daripada diri kita dan mereka layak untuk 'masuk' ke dalam senarai azam-azam yang kita reka dan cipta dengan penuh warna-warninya itu?

Akhir kata, moga 2008 akan memberikan kita satu kehidupan yang cemerlang selalu, gembira berkekalan, berbudi sentiasa dan tiada duka, tiada nestapa.

Fikirkan Boleh, Kita Boleh ! Fikirlah Posititf, Kita Produktif !


Neba2020: Azam baru silih berganti, jangan pula kita menjadi mangsa azam yang tak pernah tercapai dek kerana kelemahan kita dalam mengurus masa dan merancang aktiviti kehidupan ! Percayalah bahawa setiap azam yang dicanang di awal tahun akan berkubur andai kita gagal mengurus dengan baik 24 jam sehari yang dimiliki dan kita gagal merancang perjalanan diari hidup dengan unggul lagi penuh sistematik. Azam baru bererti 'keazaman yang tinggi untuk berubah dan beralih ke sesuatu yang lebih baik !' Jika kita tetap 'malas dan liat' untuk 'berubah dan beralih' maka janganlah sesekali kita berangan untuk menjadi manusia yang lebih cemerlang mahupun sempurna kehidupannya. Jika kita seawalnya sudah tahu bahawa kita memang belum bersedia untuk 'berubah dan beralih,' maka pada awal pagi 31 Januari 2008 umumkan saja ke seantero dunia bahawa 'AZAM AKU UNTUK TAHUN 2008 TELAH GAGAL DICAPAI...'

Thursday, December 27, 2007

Selamat Tinggal 2007, Terima Kasih 2007

Salam Buat Semua,

Terasa cepat masa berlalu, 2007 terpaksa jua diucapkan 'Selamat Tinggal Selamanya' dengan bermulanya detik 1 Januari, 2008.

Dalam kita berkira-kira untuk memasang azam dan 'mengindahkan diari kehidupan' untuk edisi tahun 2008, adalah elok rasanya jika kita cuba menoleh ke belakang tentang apa yang telah berlaku, apa yang telah dicapai dan apa yang telah dirancang untuk kehidupan kita di sepanjang tahun 2007.

Pasti ada sesuatu yang boleh kita gembirakan untuk tahun 2007 dan semestinya juga ada yang wajar untuk disedihkan kerana perjalanan hidup adalah sesuatu yang sentiasa berputar mengikut 'roda-roda masa' yang sekejap membawa kita 'ke puncak' dan pada situasi yang lain meletakkan kita 'di bawah.' Tetapi percayalah bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya yang tersendiri.

Hikmah dan pengajaran bukanlah timbul apabila kita melalui detik-detik 'muram dan kecewa' sahaja sebaliknya cubalah meluaskan skop minda kita dengan kepercayaan bahawa setiap 'kejayaan dan kemanisan' yang diperoleh itu juga sebenarnya membawa makna tertentu yang bukan sekadar untuk diraikan kejayaannya semata-mata. Percayalah bahawa 'kejayaan dan kemanisan' yang kita kecapi itu sebenarnya adalah 'penunjuk arah' untuk kita lebih ke hadapan , lebih berbakti, lebih rasional, lebih matang dan lebih tekun dalam apa juga yang diceburi di kemudiannya.

Secara peribadi, saya merasakan betapa 2007 adalah tahun yang cukup menggembirakan dan seakan tiada cabaran-cabaran besar yang terpaksa ditempuh. Syukur saya ke hadrat Tuhan yang Maha Kuasa kerana mengurniakan satu tahun yang 'licin dan indah' untuk kehidupan saya.


1) Januari - Saya memulakan tugas baru di Multimedia University (MMU) sebagai Tutor di Fakulti Perniagaan dan Undang-Undang. Terasa seperti memulakan tugasan baru walhal saya hanyalah bertukar bangunan di kawasan yang sama setelah berkhidmat sebagai Penolong Pensyarah di Pusat Pengajian Asas dan Pendidikan Lanjutan, MMU. Proses pertukaran yang 'tak tersangka' ini amat saya syukuri kerana di izinkan Tuhan Yang Maha Penyayang walaupun menimbulkan sedikit 'kontroversi' di awalnya.

2) Februari - Air mata saya menitis tidak berhenti dan begitu sebak sekali sewaktu melihat abang saya naik ke pentas konvokesyen untuk menerima Diplomanya daripada Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahid Omar di Kolej Multimedia, Kuala Lumpur. Beliaulah satu-satunya adik-beradik yang saya miliki dan memang tidak pernah termimpi oleh keluarga kecil kami betapa si anak sulung itu akan memiliki kelulusan yang lebih daripada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) untuk hidupnya. Menerima Diploma ketika usianya hampir mencecah 33 tahun dengan kepastian kenaikan pangkatnya di Telekom Malaysia daripada Juruteknik kepada Pembantu Teknikal sudah kami anggap sebagai satu kejayaan yang amat dibanggakan. Kami Boleh ! Anak Kampung Boleh !

3) Mac - Pastinya kenangan menaiki pentas konvo buat kali kedua untuk menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Univerisi Utara Malaysia (UUM) daripada Pro-Canselornya iaitu Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh adalah memori paling indah bagi hidup saya untuk tahun 2007. Impian untuk bergelar Doktor Fendi nampaknya hanya setangga lagi untuk dikejar ! Yakin Boleh, Kita Boleh !

4) Mei - Secara rasmi saya diiktiraf sebagai Pensyarah universiti ! Inilah sesuatu yang saya idamkan sejak di Tingkatan 4 iaitu untuk menjadi seorang pensyarah universiti. Setelah 2 tahun bergelar Penolong Pensyarah dan 7 bulan sebagai Tutor, dapat akhirnya saya 'mengisytiharkan' diri ini sebagai Pensyarah penuh.

5) Jun - Saya berjaya diterima sebagai Pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Johor. Percubaan yang saya lakukan dengan menghantar permohonan pada bulan Mac dan diikuti dengan panggilan temuduga 'tunjuk cara mengajar (mock-teaching)' dan temuduga peringkat akhir pada bulan Mei sebenarnya hanyalah lebih kepada 'percubaan menguji pasaran.' Saya ingin melihat sejauh manakah 'keupayaan dan kemampuan' saya diterima pakai oleh pihak-pihak di universiti awam. Walau bagaimanapun, kerana masih terikat dengan perjanjian biasiswa Yayasan Telekom Malaysia dan ditambah dengan perasaan berbelah-bagi untuk meninggalkan MMU, saya masih lagi kekal di sini. Kekal untuk sekurangnya buat masa setahun dua lagi....

6) September - Bulan Ramadhan pada tahun ini seakan membuka satu lembaran baru kepada hidup saya. Saya mula terasa betapa hidup ini ada 'sesuatu' yang sering kali kita lupa. Kita lupa kepada satu 'petunjuk' terhebat yang boleh memajukan jiwa dan masa depan kita. Apakah 'petunjuk' itu? Saya serahkan kepada kebijaksanaan anda untuk mencarinya.... Yang pasti, saya merasakan betapa selama ini ketika proses pencarian Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana, saya seakan lupa memperuntukkan sedikit masa dalam sehari untuk 'bermanja-manja' bersama 'petunjuk' itu padahal ia sebenarnya jauh lebih penting daripada 'petunjuk-petunjuk ilmu universiti' yang saya kejar sebelum itu. Kini, setelah hampir 4 bulan 'bermanja-manja' tanpa henti dengan 'petunjuk' itu, saya akan berasa janggal dan bersalah jika tidak menatapnya sekali dalam sehari. Puas dan tenang bila bersamanya....

Akhir kata : Selamat Tinggal 2007, terima kasih kerana 2007 memberikan saya satu kehidupan yang cukup bermakna dan penuh dengan senyuman dan kepuasan.

Neba2020: 1997, Malaysia dikejutkan dengan kemelesetan ekonomi dan kejatuhan nilai Ringgit yang cukup serius dan menakutkan. Rakyat terbeban ! 2007, Malaysia terus dikejar dengan masalah kenaikan kos sara hidup yang cukup kritikal dan tiada penghujung juga dengan pelbagai demonstrasi jalanan yang mendebarkan semua. Rakyat tetap terbeban ! 2017, teruslah lihat dan menanti....

Tuesday, December 18, 2007

Jangan Jadi Mangsa 'Pengorbanan' !

Salam Buat Semua,

Salam Aidil Adha untuk edisi Zulhijjah, 1428 Hijrah yang jatuh pada tanggal 20 Disember, 2007 saya ucapkan kepada semua yang meraikannya.

Aidil Adha lebih sinonim dengan panggilan Hari Raya Korban di kalangan umat Melayu Malaysia. Pastinya nama tersebut wujud akibat langsung daripada galakan untuk mengerjakan ibadat korban yang dilaksanakan secara meluas di musim Aidil Adha (Hari Raya Korban diikuti dengan 3 hari yang seterusnya). Semestinya ternakan seperti lembu, kambing mahupun kerbau menjadi pilihan di kalangan mereka yang melakukan ibadat tersebut untuk 'dikorbankan' sebagai refleksi kepada ketaatan Nabi Allah Ibrahim yang walaupun dengan 'berat hati' tetapi tetap akur kepada perintah Yang Maha Kuasa supaya Baginda 'menyembelih' anaknya sendiri iaitu Nabi Allah Ismail.

Tetapi Tuhan Yang Maha Pengasih hanyalah mahu menguji iman Nabi Allah Ibrahim; Lalu ketika proses 'sembelihan' dilakukan, Nabi Allah Ismail telah digantikan secara pantas dengan seekor kibas akibat daripada kuasaNya. Maka daripada peristiwa itulah bermulanya sambutan 'Hari Raya Korban' yang turut dipanggil Hari Raya Haji kerana berjuta-juta umat Islam turut menunaikan ibadat Haji yang merupakan Rukun Islam ke 5 di Tanah Suci Mekah.

Bersempena dengan Aidil Adha ini, elok rasanya untuk kita sama-sama 'melihat dan merenung' jauh ke dalam diri bagi mengenal pasti sejauh manakah 'pengorbanan' yang pernah dilakukan di sepanjang kehidupan yang singkat ini. Kadang-kadang kita menjadi 'biol dan gila' dek kerana terlalu taksub dengan istilah 'pengorbanan' yang menyimpang jauh daripada kesucian maksud asalnya yang cukup murni dan bersih dalam membentuk keperibadian insan yang unggul lagi hebat !

Berikut adalah antara persoalan yang menarik untuk saya 'lemparkan ke benak minda' kita bersama sekadar untuk mengenal pasti sama ada kita adalah mangsa 'pengorbanan' yang tidak bertempat ataupun sebaliknya:

1) Wajarkah 'berkorban' menggadai / mencemar maruah diri demi seorang kekasih dianggap sebagai 'pengorbanan' yang hakiki lagi logik ?

2) Perlukah kita 'berkorban' berhabis harta / wang demi mengejar cinta sejati yang kadang-kala tidak pasti akan 'ketulusannya' ?

3) Haruskah kita 'berkorban' masa mahupun wang untuk orang lain dahulu walhal kita lupa tentang 'pengorbanan' seorang ibu ketika kita dilahirkannya dahulu dan juga 'pengorbanan' seorang bapa untuk membesarkan si anak yang adakalanya mencecah 'setengah dozen' mahupun 'sedozen' bilangannya ?

4) Tidakkah 'berkorban' demi menegakkan suatu pandangan / cita-cita / ideologi sempit itu sebenarnya membawa kita kepada 'pengorbanan' yang tidak bermakna ?

5) Mengapakah kita selalu rela 'berkorban' masa demi perkara-perkara yang selalu menyimpangkan kita daripada objektif dan cita-cita hidup walhal masa yang emas itu sepatutnya menjadi nadi 'pengorbanan' untuk kejayaan di hari muka ?

Ringkasnya, pengorbanan biarlah memenuhi faktor-faktor di bawah:

1) Pengorbanan biarlah memberi faedah kepada diri, keluarga mahupun masyarakat.

2) Pengorbanan haruslah dapat membawa kebahagiaan kepada diri dan memberi ketenangan jiwa yang berpanjangan

3) Pengorbanan itu perlu diukur kepada kemampuan diri sendiri dan tidak membawa kepada penyeksaan jiwa, fizikal dan rohani.

4) Pengorbanan kepada Tuhan bererti pengorbanan yang paling unggul dan pastinya akan membawa kita ke arah menjadi insan yang cemerlang selalu.

5) Pengorbanan wajar diisi dengan kefahaman awal yang mendalam tentang hasil / akibat yang dijangka diterima / muncul di akhirnya supaya tiada 'kejutan' mahupun 'kekesalan' wujud.

Neba2020: Lirik lagu Berkorban Apa Saja dendangan seniman agung negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee - Berkorban apa saja.. Harta atau pun nyawa.. Itulah kasih mesra, Sejati dan mulia.. Kepentingan sendiri, Tidak diingini.. Bahagia kekasih, Saja yang diharapi.. Berkorban apa saja.. Harta atau pun nyawa.. Itulah kasih mesra, Sejati dan mulia.. hmm... hmm... hmm...Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati.. Itulah tandanya, Jika mahu diuji.. Berkorban apa saja.. Harta atau pun nyawa.. Itulah kasih mesra, Sejati dan mulia...

Thursday, December 13, 2007

Pengakuan Dirogol, Terlanjur dan Tersilap Langkah...

Salam Buat Semua,

Pengakuan eksklusif tentang 'rahsia diri' bukanlah sesuatu yang semudah-mudahnya akan dilakukan oleh manusia kepada sebarangan orang. Apalagi jika 'rahsia diri' itu adalah sesuatu yang sebolehnya hendak disembunyikan kerana bakal mengaibkan diri sendiri jika 'terjatuh ke riba' pihak-pihak lain. Tetapi ada kalanya 'rahsia diri' jika dipendam keseorangan akan menjadi umpama 'racun berbisa' yang makin disimpan rapi makin ianya merebak umpama 'kanser' yang sungguh menyakitkan jiwa dan pemikiran. Maka seseorang yang dipercayai haruslah dicari untuk 'melapangkan jiwa' daripada 'kanser-kanser' yang sungguh menyeksakan itu !

Sepanjang kira-kira 3 tahun saya menjadi pendidik kepada anak-anak Malaysia yang meningkat dewasa dicampur dengan pengalaman 4 tahun sebagai pelajar ijazah pertama di MMU, saya berpeluang menjadi 'seseorang yang dipercayai' atau mungkin 'seseorang yang diterima' oleh segelintir daripada anak-anak Malaysia yang mempunyai 'rahsia diri' yang cukup 'hebat' dan mungkin boleh dikatakan 'agak dahsyat' juga untuk difikirkan. Selain pelajar sendiri, ada juga kenalan-kenalan yang meluahkan masalah diri ('rahsia diri') tanpa dipaksa sebaliknya demi 'melapangkan jiwa' daripada rasa kekesalan yang mula timbul.

RAHSIA 1
Seorang pelajar perempuan telah mengaku dirogol oleh teman lelakinya sendiri tanpa disedari. Pelik bunyinya, tapi realitinya adalah nyata lagi sahih berlaku ! Beliau adalah seorang yang amat sosial dan peristiwa berlaku apabila lelaki yang dianggap sebagai kekasih itu telah memasukkan 'sesuatu' ke dalam minuman yang diminumnya ketika 'bersosial' di dalam kelab malam di ibu negara. Akibatnya? Hamil dan akhirnya 'bayi' hasil benih akibat aksi rogol kekasih sendiri itu telah 'dibunuh' dengan bantuan klinik yang dimiliki oleh doktor yang pastinya boleh dianggap sebagai 'syaitan !'

RAHSIA 2
Pelajar ini mewakilkan sahabat karibnya untuk berbincang dengan saya. Terharu juga apabila saya yang dipilihnya untuk berbincang tentang hala tuju pelajarannya di universiti. Pelajar ini telah terlanjur dengan kekasih hatinya lalu 'bukti cinta sejati' itu menyebabkan si gadis mengandung tanpa disangka. Si lelaki nyata bertanggung jawab dan menemui keluarga si gadis untuk berkahwin secara sah dan mahu anak yang dikandung itu dilahirkan dengan selamat dengan memiliki ayah dan ibu untuk membesar. Nasihat saya ketika itu ialah jangan sesekali berhenti belajar sebaliknya ambillah cuti belajar sebelum perut membesar jika mahu mengelak malu dan sambunglah semula pengajian selepas bayi dilahirkan. Beliau bersetuju dengan cadangan tersebut. Saya yakin pelajar berbangsa Cina ini bahagia dengan pilihan hidupnya dan moga kesetiaan sang suami itu berlanjutan untuk selamanya.

RAHSIA 3
Seorang jejaka pernah membuat pengakuan ikhlas dan mengatakan bahawa hanya sayalah yang beliau ingin berkongsi kisah silamnya ketika menganjak ke usia 20 tahun. Beliau menyatakan bahawa hanya setelah 3 bulan bercinta dengan teman wanitanya beliau telah berani untuk membawa si perempuan ke rumah sewaannya. Apa yang terjadi? Tanpa diajar, lampu digelapkan dan masing-masing mula memainkan peranan. Agak lawak apabila jejaka ini mengatakan bahawa si gadislah yang tanpa disuruh telah 'pandai-pandai' membukakan pakaian si jejaka. Segalanya selepas itu adalah sejarah bagi ke dua-dua anak muda itu yang berlarutan selama 2 tahun bak suami-isteri 'berbulan madu' tak berpenamat. Dia mengaku bahawa akan berasa 'ketagih' yang amat jika tidak dapat 'berdua secara intim' lebih daripada seminggu. Maka, pelbagai hotel dan rumah penginapan di sekitar Melaka dan Kuala Lumpur menjadi destinasi kunjungan tetap mereka pada hari-hari bekerja. Alasannya? Malam-malam di hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dirasakan tidak selamat kerana ada kemungkinan berlakunya pemeriksaan oleh pihak penguat kuasa agama. Penuh taktikal bukan?

RAHSIA 4
Seorang jejaka juga mengaku bahawa beliau sanggup pergi mencari kekasihnya di Cyberjaya hampir setiap minggu untuk sama-sama 'bermadu asmara.' Yang lebih menarik ialah apabila si jejaka mengatakan bahawa segala 'babak-babak hangat' mereka dilakukan di dalam bilik kekasih hatinya sendiri di sebuah pangsapuri sewaan para pelajar wanita. Apa yang lebih mengejutkan apabila beliau mengatakan bahawa wanita itu mengaku pernah terlanjur dengan kekasihnya sebelum itu yang merupakan seorang penyanyi nasyid ! Penuh pengalamanlah kononnya !

RAHSIA 5
Seorang pelajar wanita yang kelihatan 'beragama' orangnya telah terpedaya dengan rakan 'chat' Internetnya. Pelajar wanita ini tanpa dipaksa telah terpikat hatinya kepada jejaka yang melanjutkan pengajian agama di negara Asia Barat. Wanita 'suci' yang ada pegangan agamanya itu sudah pastilah menginginkan seorang jejaka yang juga ada pegangan agamanya. Semestinya jejaka yang bakal dipanggil 'ustaz' itu diidaminya untuk dijadikan bakal suami di kemudian hari. Apa yang memeranjatkan, pertemuan pertama antara dua manusia yang berkenalan dan berhubungan melalui kuasa Internet ini sewaktu si jejaka balik bercuti ke Malaysia telah berakhir dengan keberanian ke dua-duanya untuk menyewa bilik hotel dan terus 'terkulai' dengan henjutan nafsu. Mudah sungguh 'dara' ditamatkan ! Lebih mengecewakan, selepas 'habis madu ditoreh, sepahnya terus dibuang' dan si 'ustaz' terus tidak mahu bersua lagi dengan si wanitanya atas alasan insaf kononnya !

RAHSIA 6
Seorang sahabat mengaku telah secara perlahan-lahan dipikat oleh pensyarah sendiri seawal pengajiannya di peringkat asas (pra-U). Pensyarah wanita yang jarak usianya hampir mencecah belasan tahun daripada pemuda tersebut akhirnya berjaya 'memiliki' pemuda itu setelah 3 tahun mencuba. Agak 'geli' apabila saya membaca segala rekod 'chat lucah' antara mereka di Internet. Wanita bersuami dan pastinya sudah memiliki beberapa orang anak itu tanpa rasa segan cuba menzahirkan 'kegersangannya' kepada si pemuda. Perbuatan seks ringan mereka berlanjutan selama hampir 2 tahun sebelum si pemuda cuba menjauhkan diri daripada 'wanita kemaruk darah muda' itu !

Cukuplah hanya 6 'rahsia diri' insan-insan yang pernah 'tersilap langkah' itu saya himpunkan di sini. Tiada niat untuk memalukan sesiapa tetapi lebih kepada untuk menunjukkan kepada kita semua betapa nilai moral remaja masa kini semakin meruncing dan mudah sungguh terlalai dan tersimpang daripada tujuan asal untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran dan meraih kejayaan di universiti. Itu belum termasuk lagi 'maklumat-maklumat' risikan yang selalu saya terima mahupun dengari. Andai bukannya daripada mulut si pelakunya sendiri maka tidak eloklah untuk saya garapkan di sini. Tiada pengesahan, gosiplah namanya !

neba2020: Pengakuan kemaruk video lucah, kemaruk membayangkan seks dengan kanak-kanak, kemaruk ganja, kemaruk membuat 'seks sendiri' dan kemaruk menonton video lucah animasi juga pernah saya hadapi dengan minda terbuka. Kita mendengar biarlah ikhlas, sama-sama berbincang dari hati ke hati moga si pelakunya berasa bebas daripada belenggu perasaan yang tertekan dek kerana 'masalah peribadi' yang selalu menghantui kehidupan mereka. Hidup ini bukan untuk 'bercakap' sahaja tetapi yang lebih penting adalah cabaran untuk menjadi 'pendengar' yang baik.

Wednesday, December 5, 2007

Pak Lah Yakin BN Akan Kembali ...

Salam Buat Semua,

Berikut saya turunkan petikan kata-kata daripada Y.A.B Perdana Menteri pada sesi temu bual bersama Pengarang Eksekutif Forbes merangkap Pengarang Forbes Asia, Tim Ferguson, selepas berucap pada majlis penyampaian anugerah Forbes Asia Fabulous 50 dan Businessman of the Year di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 4 Disember, 2007 :

" Banyak wang yang boleh dibuat dan keuntungan yang boleh diraih di negara ini. Mereka yang datang ke sini mesti tahu apa sebenarnya yang berlaku... pilihan raya semakin hampir dan orang berkata macam-macam. "

" Tetapi jangan bimbang, kami akan kembali dengan majoriti dua pertiga... "
Adalah sesuatu yang menarik untuk direnungkan mengapa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) seakan 'terpaksa' untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa yang boleh menimbulkan pelbagai andaian sama ada berbaur positif mahupun negatif. Positifnya mungkin dapat dilihat daripada tingginya iltizam beliau untuk meningkatkan keyakinan pelabur asing kepada negara ini dan negatifnya pula mungkin seakan menyerlahkan ketidakyakinannya terhadap keupayaan parti pemerintah untuk mengekalkan prestasi unggul di dalam pilihan raya umum yang bakal menyusul bila-bila masa daripada sekarang.
Buat imbasan bersama; Ketika pilihan raya umum terakhir yang dijalankan pada 21 Mac, 2004, Barisan Nasional (BN) yang buat pertama kalinya diketuai oleh Pak Lah telah mencapai kemenangan terbesar BN sejak pilihan raya umum 1978. Pak Lah semestinya cukup berpuas hati dengan keupayaan Barisan Nasional yang dengan cemerlang, gemilang dan terbilangnya telah meraih undi popular sebanyak 63.9 %, suatu pencapaian yang cukup untuk dijadikan kenangan terindah buat seorang yang baru kira-kira 4 bulan menjadi Perdana Menteri ! Secara ringkas, bolehlah dikatakan bahawa kira-kira 6 atau 7 orang daripada 10 orang yang mengundi ketika itu telah sepakat untuk mengundi (memangkah) lambang dacing (penimbang) yang merupakan simbol mewakili Barisan Nasional di dalam kertas undi. Syabas BN ! Syabas Pak Lah !
Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO telah meraih kemenangan sebanyak 198 kerusi Parlimen. Gabungan pembangkang iaitu PAS, DAP dan Keadilan hanya mampu meraih 20 (PAS= 7, DAP= 12, Keadilan= 1) kerusi manakala 1 kerusi jatuh ke tangan anggota bebas. Keupayaan BN menguasai kira-kira 90 % jumlah kerusi Parlimen adalah sesuatu yang sungguh dramatik lagi mengkagumkan.
Sebagai rekod, BN hanya memperolehi 56 % undi popular sewaktu pilihan raya umum 1999. Daripada 192 buah kerusi Parlimen yang dipertandingkan, BN memperoleh 147 kerusi manakala 45 kerusi di tangan barisan pembangkang (PAS= 27, DAP= 10, Keadilan= 5, Parti Bersatu Sabah= 3).
Sebagai perbandingan mudah, BN menguasai 90 % kerusi Parlimen seusai pilihan raya umum 2004 berbanding dengan penguasaan sebanyak 77 % melalui pilihan raya umum 1999.
Majoriti dua pertiga yang diperkatakan Pah Lah itu bermakna penguasaan sekurang-kurangnya sebanyak 67 % daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum yang akan datang ini yang mana dipercayai akan diadakan pada suku pertama tahun 2008 mendatang. Rasanya jika Pak Lah cukup yakin yang sentimen semasa rakyat adalah amat memihak kepadanya sebagai Perdana Menteri yang cukup popular dengan label-label seperti Misi Nasional, Islam Hadhari, modal insan, koridor-koridor pembangunan, 'bekerja bersama saya' dan juga 'elegent silence,' maka sudah pastilah beliau tidak perlu 'bersusah payah' meyakinkan para pelabur asing sehingga ke tahap itu kerana adalah sesuatu yang pasti BN akan terus berkuasa dengan majoriti yang jauh lebeh tinggi daripada 2/3 itu.
Berikut adalah 3 persoalan yang ingin saya timbulkan buat renungan mahupun perhatian mendalam kita bersama:
1) Adakah Pak Lah kelihatan tidak yakin dengan keupayaan BN untuk menyamai (atau mungkin mengatasi) rekod yang dicapai pada pilihan raya umum 2004 ?
2) Wajarkah ini dilihat sebagai persediaan rapi Pak Lah untuk mengetuai jentera pilihan raya BN atau sebagai satu tanda bahawa BN sudah kelihatan sedikit lemah sehingga 'terpaksa' mengeluarkan kenyataan bahawa BN akan kembali dengan majoriti 2/3 walhal keputusan terakhir menunjukkan BN sungguh cemerlang dengan majoriti 9/10 ?
3) Mungkinkah ini adalah perang psikologi ke atas pihak pembangkang yang akhirnya akan memerangkap barisan pembangkang sendiri yang sudah sedia diketahui betapa goyahnya prinsip perjuangan dan muafakat sesama mereka?
Neba2020: Pertama kali berpeluang mengundi pada tahun 2004, sungguh bangga kerana berkesempatan mengundi pada usia minimum 21 tahun yang ditetapkan. Tanpa berfikir panjang, lambang dacing dipangkah sebagai tanda sokongan padu kepada UMNO khasnya dan kerajaan Barisan Nasional amnya yang tanpa disedari sudah cukup banyak berbakti kepada saya sekeluarga juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang 'sedar dan celik'. Undian itu juga sebagai refleksi tanda keyakinan saya kepada idola kesayangan yang pernah berkata bahawa parti adalah lebih penting daripada pemimpin, 'mendalam maksudnya, tajam ertinya' buat saya secara peribadi. Tepuk dada tanyalah minda...

Friday, November 23, 2007

3 Juta Rakyat Malaysia Berpenyakit Mental ?

Salam Buat Semua,

Rakyat Malaysia berpenyakit mental ? Mampukah kita untuk mempercayainya ? Seriuskah gejala ini ? Semestinya 3 persoalan ini adalah sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh kebanyakan daripada kita untuk menjawabnya. Adalah sesuatu yang memeranjatkan jika dikatakan bahawa kira-kira 3 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia mengalami masalah mental yang nyata. Penyakit mental bolehlah juga disama ertikan dengan masalah sakit jiwa.

Berikut adalah barisan fakta yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006:

--> 16% : Jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang mengalami masalah mental (2006)
--> 10% : Jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang mengalami masalah mental (1996)

--> 20.3% : Pesakit mental yang berusia 16 tahun dan ke bawah
--> 11.2% : Pesakit mental di kalangan orang dewasa
--> 19.5% : Pesakit mental di kalangan warga emas berusia 70 tahun dan ke atas

--> Kira-kira 20 hingga 30 orang membunuh diri setiap tahun bagi setiap 100 000 rakyat
--> Malaysia hanya memiliki 145 orang pakar psikiatri pada tahun 2007

Berdasarkan kepada dapatan kajian tersebut pastilah kebanyakan daripada kita akan merasakan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia yang layak digelar 'orang gila,' 'orang sewel,' 'orang tidak siuman' mahupun 'orang tak betul.' Awas ! Skop penakrifan orang yang berpenyakit mental seharusnya diluaskan lagi dan difahami oleh setiap daripada kita dengan seriusnya. Malah sewajarnya setiap antara kita cuba bermuhasabah diri dan melihat ke dalam jiwa dan sanubari masing-masing dengan cuba mengenal pasti sama ada kita sendiri 'bermasalah mental' ataupun 'sihat mental 100%.'

Berikut adalah 10 persoalan / kenyataan yang dapat saya utarakan buat kita bersama menilai diri masing-masing:

1) Adakah kita sering merasa takut / cemas apabila memikirkan masa hadapan ?
2) Adakah kita seorang yang mudah digertak / dipengaruhi oleh orang lain ?
3) Anda adalah seorang yang takut tewas !
4) Anda mudah sakit hati / geram apabila melihat orang lain berjaya !
5) Anda sentiasa berasa bahawa setiap tindakan / kata-kata anda adalah betul belaka !
6) Anda sentiasa cuba mencari kesilapan / kelemahan orang lain !
7) Anda selalu memikirkan bebanan kerja / tugasan / pelajaran sebelum tidur !
8) Anda selalu berasa takut untuk berhadapan dengan masyarakat / ahli keluarga !
9) Anda asyik merasakan orang lain sentiasa lebih bertuah / bergaya / menarik !
10) Adakah anda seorang yang selalu melalaikan tugasan kepada Tuhan ?

Seandainya jawapan 'YA' anda adalah lebih banyak daripada jawapan 'TIDAK' bagi 10 persoalan / kenyataan di atas maka anda layak untuk dikategorikan sebagai 'bermasalah mental' dan memerlukan 'permbersihan jiwa' dan 'perubahan pemikiran' yang sewajarnya demi menghadapi masa depan yang lebih tenang, teratur dan bahagia. Moga-moga...

neba2020: Orang yang 'bermasalah mental' tidak pernah merasa dia adalah seorang yang bermasalah dan orang yang 'tidak bermasalah mental' pula tidak pernah merasa dia adalah seorang yang cukup sempurna. 'Orang sempurna' tidak semestinya 'tidak bermasalah mental' dan 'orang gila' tidak semestinya 'si pembawa masalah kepada masyarakat.' Kadang-kadang orang yang tidak perasan dia 'bermasalah mental' adalah lebih menyusahkan masyarakat daripada orang yang betul-betul berpenyakit gila !

Tuesday, November 20, 2007

Rakyat Malaysia Semakin Gemuk, Semakin Berpenyakit ?

Salam Buat Semua,

Berikut adalah fakta-fakta nyata yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan berdasarkan kajian terkini tentang gaya hidup dan kesihatan am rakyat Malaysia:

Fakta 1
69.1 % --> Rakyat berusia 18 tahun ke atas yang tidak bersenam langsung
30.9 % --> Rakyat berusia 18 tahun ke atas yang bersenam
11.6 % --> Rakyat berusia 18 tahun ke atas yang bersenam secara kerap

Fakta 2
16.6 % --> Rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat badan berlebihan pada tahun 1996
29.1 % --> Rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat badan berlebihan pada tahun 2006

Fakta 3
4.4 % --> Rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat melampau (obes) pada tahun 1996
14 % --> Rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat melampau (obes) pada tahun 2006

Fakta 4
8.3 % --> Masalah kencing manis pada tahun 1996 (usia 30 tahun ke atas)
14.9 % --> Masalah kencing manis pada tahun 2006 (usia 30 tahun ke atas)

Fakta 5
29.9 % --> Masalah hipertensif (tekanan darah tinggi) pada tahun 1996 (usia 30 tahun ke atas)
42.6 % --> Masalah hipertensif (tekanan darah tinggi) pada tahun 2006 (usia 30 tahun ke atas)

Persoalan di bawah bolehlah kita renung-renungkan bersama buat merungkai segala persoalan yang tersirat di sebalik dapatan kajian tersebut:

1) Adakah kemajuan ekonomi dan peningkatan taraf hidup bererti penurunan taraf kesihatan?
2) Mungkinkah kita semakin kekurangan masa untuk memikir tentang kesihatan diri?
3) Bolehkah teknologi moden dipersalahkan?
4) Adakah kita lebih mementingkan 'rasa' dan 'manis' makanan daripada kualiti dan zat?
5) Mungkinkah subjek sains kesihatan wajar diperkenalkan di sekolah?

Kesimpulannya, ikut rasa binasa..ikut hati mati...

Neba2020: Bersenam tidak semestinya terlalu formal. Berjalan kaki, mengayuh basikal, menaiki tangga dan juga menari berseorangan di dalam bilik sambil menikmati lagu-lagu kesukaan bolehlah juga didefinisikan sebagai bersenam yang sekaligus mampu mengeluarkan peluh, menguatkan stamina badan serta mencegah kelesuan diri. Mudah bukan? Ingat, minda yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat !

Thursday, November 15, 2007

Ayah Saya Adalah ' Harimau Bugis.. '

Salam Buat Semua,



Hari ini, ketika membaca surah Yassin selepas solat Maghrib secara tiba-tiba memori saya 'menoleh kebelakang' terkenangkan zaman bagaimana saya mula belajar membaca Al-Qur'an dengan didahulukan pengajian menguasai Muqaddam kira-kira 18 tahun lepas.



Siapa yang mengajar saya Muqaddam dengan penuh semangat dan penuh 'kegarangan' ? Jawapannya sudah pastilah ayahanda tersayang saya yang dipanggil Encik. Bermula saat saya memasuki Darjah Satu di tahun 1989, Encik mula mengajar saya membaca Muqaddam pada setiap hari seusai solat Maghrib. Maka bermulalah detik 'air mata mengalir' setiap hari.



Encik cukup garang dan suaranya sungguh menakutkan bila dia acapkali mengherdik saya setiap kali saya melakukan kesilapan dalam membaca susunan-susunan ayat / perkataan yang semestinya begitu asing lagi payah untuk lidah saya menuturkannya dengan lancar. Maka adalah suatu 'kebiasaan' untuk saya menangis teresak-esak pada setiap hari di antara waktu selesai solat Maghrib hinggalah ketibaan Isya'. Kadang-kadang hati saya menjerit-jerit mengharapkan azan Isya' cepat-cepatlah berkumandang agar 'seksaan' belajar Muqaddam itu akan tamat sebelum disambung pada malam esoknya !



Naskhah Muqaddam yang saya gunakan itu kalau dilihat kertas-kertasnya sudah bertukar menjadi agak gelap dek kerana banyaknya air mata yang jatuh di atas helaian-helaiannya pada setiap waktu dan ketika Encik mengajar anak bongsunya ini mempelajari asas-asas ke arah pembacaan Al-Qur'an yang lengkap. Walaupun Encik mengajar saya dengan cukup tinggi tahap 'harimau Bugisnya' tapi itulah teknik ayahanda tersayang yang membuatkan saya 'celik Al-Qur'an.'



Kini baru saya sedar betapa beruntungnya saya kerana Encik saya sendiri yang mengajar saya 'celik Al-Qur'an' dan itu jugalah yang membuatkan 'hubungan darah' antara saya dan Encik menjadi lebih rapat dan mesra. Anugerah Tuhan buat saya yang amat saya syukuri selalu.



Saya tidak tahu tentang orang lain tetapi saya merasakan betapa adalah amat BODOH, amat DAJAL, amat HINA, amat BERDOSA dan amat SI TANGGANG saya kiranya saya 'terlupa' kepada semua 'layanan-layanan istimewa' yang Encik berikan kepada saya selama proses pembesaran dan pematangan saya sebagai seorang manusia di muka bumi ini. Selain kisah di atas, berikut adalah 3 lagi memori-memori indah yang saya rasakan bukan semua yang bergelar 'ayah, bapak, papa, abah ...' mampu berikan kepada si anak:



Foto-Foto 'Besday Boy'



Setiap tahun Encik tidak pernah lupakan hari ulang tahun kelahiran saya. Walaupun dia tidak pernah membuat majlis sambutan hari jadi mahupun membelikan saya sebarang hadiah istimewa tetapi dia tetap menjadikan tarikh 8 Oktober sebagai hari yang cukup istimewa buat saya.



Menjelang malam hari, Encik akan memakaikan saya baju baru dan menghiaskan anak bongsunya ini supaya kelihatan 'comel dan kemas.' Sebabnya? Saya akan dibawa ke studio gambar di bandar untuk di ambil foto kenangan hari jadi. Perkara ini berlarutan selama 12 tahun berturutan sehinggalah saya mencecah usia 12 tahun dengan penamatnya adalah mengambil gambar untuk membuat kad pengenalan, tanda sudah mula menganjak ke alam sedikit 'dewasa.'



Selepas sessi berfoto, Encik akan membawa saya (semestinya emak turut serta) ke tempat makan dan pastinya pelbagai menu istimewa disertakan untuk si 'besday boy' ! Terima kasih buat Encik kerana menjadikan detik-detik 8 Oktober saya cukup bermakna di sepanjang proses pembesaran saya dahulu.



Majlis Ilmu, Majlis Hiburan, Majlis Politik



Cukup istimewa kerana Encik saya bukan seorang bapa yang membosankan. Buktinya, dia selalu menggesa saya untuk mengikutnya ke masjid mendengar ceramah-ceramah agama sempena hari-hari istimewa untuk umat Islam seperti Maulidur Rasul, Awal Muharam dan juga Isra' dan Mi'Raj. Tidak ketinggalan, saya selalu dibawanya untuk melihat konsert-konsert hiburan, pertandingan nyanyian daerah, pertunjukan hiburan kebudayaan dan sebagainya yang kebiasaannya diadakan di Padang Dataran Daerah Segamat. Menarik untuk dikenang, ceramah-ceramah politik sama ada daripada parti pemerintah juga parti pembangkang turut dapat saya rasai pengalamannya. Itu semua menjadikan perjalanan awal hidup saya cukup bervariasi memorinya.



Tidak lupa ialah kepada kenangan selalu berpeluang menonton wayang bersama-sama Encik. Sebut saja nama-nama pawagam yang kesemuanya sudah tidak beroperasi lagi sejak tahun 2000 di Segamat, semuanya pernah saya jejaki seawal usia satu angka lagi. Panggung-panggung yang bernama Rex, Cathay, New Lilok dan Capitol menjadi saksi kepada keseimbangan didikan yang Encik berikan kepada saya. Filem-filem Inggeris, Cina dan Melayu semestinya menjadi pilihan tontonan kami bersama.

Ciuman Encik

Perkara paling unik yang saya kira tidak semua anak berpeluang menikmatinya ialah menerima 'ciuman sayang' daripada seorang insan bergelar bapa. Kiranya saya amat bertuah kerana acapkali menerima hadiah tanda sayangnya seorang bapa kepada anaknya.

Setiap hari Encik tidak lupa untuk mencium pipi saya. Malah sehingga kini walaupun sudah berusia 25 tahun saya tidak pernah berasa segan ataupun malu untuk mencium pipi Encik saya kiri dan kanan di hadapan sesiapa sahaja. Sesuatu yang amat menarik untuk saya rekodkan di sini ialah tabiat istimewa Encik yang suka mendukung saya sehinggalah saya mencecah usia 12 tahun ! Encik hanya berhenti daripada mendukung saya apabila 'dirasanya' ketinggian saya sudah sehampir sama tahapnya dengan diri beliau sendiri. Kelakar sungguh untuk dikenang.

Itulah Encik saya, seorang bekas askar yang kemudiannya menyertai Telekom Malaysia sebelum menamatkan zaman kerjayanya. Encik adalah seorang bapa yang sungguh garang dalam mendidik dan membentuk disiplin saya tetapi di sisi lainnya beliau adalah seorang bapa yang sungguh liberal dan menyeronokkan. Sehingga ke hari ini adalah suatu kebiasaan untuk kami saling 'bertekak' tentang politik dan pengurusan ekonomi negara. Kami anak-beranak tidak pernah mempunyai 'kekangan komunikasi.' Sebut sahaja sebarang topik untuk diperbincangkan... Daripada isu politik ke isu hiburan, terus berpanjangan ke isu agama dan budaya, juga isu global mahupun sukan; semuanya bebas untuk kami berbicara tanpa rasa segan, takut dan halangan jarak usia. Walaupun keluarga kami kecil (Encik, emak, abang dan saya) tetapi riuhnya kehidupan kami adalah cukup menghiburkan dan bahagia selalu di sebuah kampung yang bernama Kampung Alai, Mukim Gemereh, Segamat, Johor Darul Ta'zim.

Allah Peliharakan Sultan Johor !!! Daulat Tuanku !!!

Neba2020: 3 pesanan Encik yang sentiasa saya ingat dan insafi: 1) Semua yang ada pada diri kita sama ada kekayaan, kepandaian dan jawatan adalah datangnya daripada Allah; Jangan bermegah diri dan bila-bila boleh ditarik olehNya. 2) Jangan sesekali melawan cikgu / pensyarah kita walaupun kita betul sebab cikgu / pensyarah perlu dihormati pandangannya dan ilmunya. 3) Orang yang paling saya perlu sayang dan hormati ialah emak saya, emak adalah tanggung jawab saya dan jangan sesekali benarkan isteri saya di suatu hari nanti memandang rendah, sombong mahupun benci kepada emak saya ! Encik juga berpesan supaya saya tidak mudah jadi anak yang lebih mementingkan isteri daripada emak sendiri.

Thursday, November 8, 2007

UMNO: Bangkit Lebih Gagah !

Salam Buat Semua,


“Barang dijauhkan UMNO dan negara jatuh ke tangan orang-orang yang akan membawa kerosakan...”
“Selama hampir 500 tahun selepas itu kita telah dijajah dan nasib bangsa ditentukan oleh kuasa luar..."

“Dalam tempoh 50 tahun merdeka, kita telah kembali berkerajaan sendiri. Kita telah berjaya mengembalikan kegemilangan sebuah negara bangsa..."
“Nasib negara pada tahun 2057 – iaitu ketika Malaysia merayakan ulang tahun ke-100 tahun kemerdekaan – akan ditentukan dengan apa yang UMNO dan orang Melayu lakukan hari ini...”
Sekalung tahniah diberikan kepada Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana berjaya memberikan peringatan yang cukup kritikal kepada seluruh umat Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya melalui ucapannya yang bertema "Memperkukuh Keyakinan - Meneroka Era Baru" pada pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada tanggal 7 November, 2007.
Secara peribadi saya cukup tertarik kepada empat potongan ayat di atas yang saya petik secara langsung daripada ucapan dasar Presiden UMNO ke 6 itu. Ikhlas saya katakan di sini bahawa ini adalah ucapan dan peringatan terbaik yang pernah Pak Lah berikan sepanjang 4 tahun kepemimpinannya menerajui UMNO, tunggak pentadbiran negara tercinta ini sejak Merdeka lagi !
Secara konklusinya, selaku penyokong setia UMNO dan selaku anak muda yang cukup berterima kasih kepada UMNO dan kepemimpinannya; Saya ingin menyampaikan 5 pesanan di bawah kepada seluruh pemimpin UMNO khasnya dan umat Melayu amnya:
1) UMNO WAJIB dijauhkan daripada dipimpin oleh 'orang-orang' yang hanya meletakkan kepentingan dirinya mengatasi kepentingan bangsa Melayu khasnya dan bangsa Malaysia amnya. Pemimpin-pemimpin muda yang lebih bercirikan 'ideologi kebaratan,' 'gila korporat' dan 'kaki ampu' sememangnya semakin berleluasa kewujudannya. Adalah menjadi tanggung jawab setiap ahli UMNO terutamanya di peringkat bawahan untuk 'mencantas' secepat mungkin 'orang-orang' seperti ini daripada terus melebarkan sayapnya di dalam parti yang amat besar jasanya kepada seluruh umat Melayu dan bangsa Malaysia ini.
2) Para pemimpin UMNO di segenap lapisan (Bahagian, Negeri, Kebangsaan) WAJIB untuk melakukan proses 'pembinaan imej' dan 'pembersihan jiwa' secara total jika mereka sayangkan UMNO dan terasa masih 'berminat' untuk terus menjadi pemimpin. Sekarang bukanlah zamannya untuk para pemimpin 'berlagak mewah,' 'bergaya umpama Raja,' 'menabur kata-kata manis tak tertunai,' 'sombong tak bertempat' dan juga 'korup amanah korup peribadi.'
3) Biar apapun yang terjadi, janganlah sesekali kita lupa kepada identiti UMNO itu sendiri. UMNO adalah sebuah parti UNTUK MELAYU, DARIPADA MELAYU dan UMNO itu ditubuhkan di ISTANA SULTAN sekaligus UMNO itu sendiri datangnya adalah diperkenan oleh institusi tertinggi negara tercinta ini. Janganlah sesekali kita lupa bahawa UMNO itu adalah Melayu dan dalam apa jua tindakan dan keputusan maka jangan sesekali kita lupakan konotasi UNTUK MELAYU, DARIPADA MELAYU ! Jika kita sudah mula berfikir bahawa UMNO tidak wajar menegak dan memperjuang nasib umat Melayu semata-mata, maka itu adalah tanda awal bahawa jiwa kita sudah mula 'rosak dan binasa' daripada semangat asal UMNO seperti yang digagaskan Dato' Onn Jaafar pada 1 Mei, 1946 dahulu ! Walaupun begitu, hakikat bahawa Malaysia ini kita kongsi juga dengan bangsa-bangsa lain tetaplah diakui secara adil dan ikhlas. Cabaran 'menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak berselerakan' adalah sesuatu yang cukup mencabar untuk mereka yang bergelar 'kepemimpinan UMNO' itu sendiri. Dalam kita berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu secara total, jangan pula kita 'menyeksa dan memukul' sahabat-sahabat bangsa lainnya. Mereka juga sebahagian daripada keluarga Malaysia yang makmur dan sentosa ini.


4) Sensitiviti Melayu adalah perkara tunjang yang wajar difahami kesemua pemimpim UMNO. Melayu ini adalah satu bangsa yang cukup tinggi nilai sensitifnya. Jangan diusik perkara yang tidak disukai oleh adat, budaya dan teras kepercayaan kepada Islam. Adalah amat malu apabila ada pemimpin yang suka menggunakan bahasa-bahasa kasar dan tidak mesra adat dan budaya Melayu itu sendiri. Lebih kritikal adalah apabila segelintir pemimpin yang imejnya 'rabak dan rosak' bukan kerana dirinya sendiri tetapi adalah akibat daripada tingkah laku dan juga gaya isteri mahupun anak-anak mereka yang 'tidak molek' dan 'tidak selari' dengan kaca mata umat Melayu keseluruhannya. Biarlah pemimpin Melayu itu betul-betul berjati dirikan semangat Melayu dan identiti Melayu yang manis lagi sempurna.


5) Perjuangan kita belum selesai, maka tiada siapa yang boleh mudah mendabik dada merasakan merekalah yang terbaik dan merekalah perwira bangsa Melayu. Sikap mudah berpuas hati, mudah memuji, mudah lalai, mudah lupa dan pelbagai lagi anekdot 'mudah' yang lain haruslah dibuangkan sejauh-jauhnya jika UMNO dan pemimpinnya di segenap lapisan ikhlas ingin berjuang dan berbakti kepada anak bangsa. UMNO akan menjadi kesayangan umat Melayu jika UMNO itu sendiri lebih dekat di jiwa dan sanubari Melayu. Melayu bukan bangsa yang 'keras hatinya, bongkak jiwanya' kerana Melayu itu adalah bangsa yang 'lembut hatinya, mulia jiwanya.' Jika umat Melayu nampak akan keikhlasan kepimpinan dan kepimpinan UMNO sendiri sentiasa memahami akan masalah umat Melayu itu sendiri maka perjuangan yang belum selesai itu pasti akan sama-sama direntasi secara kolektif dan bersungguh-sungguh oleh yang memimpin dan yang dipimpin...


Neba2020: " UMNO adalah tunjang kekuatan Melayu, Melayu adalah tunjang kekuatan UMNO ! Selagi Melayu yakin kepada UMNO, di situlah asas survival parti yang dipanggil UMNO itu ... UMNO terus mara, untuk rakyat Malaysia..."

Monday, November 5, 2007

Komen Buat Seorang Pensyarah

Salam Buat Semua,

Salah satu yang amat kita khuatiri mahupun geruni di dalam kehidupan ini semestinya untuk mendengar / membaca / mengetahui persepsi orang terhadap kita.

Berikut adalah komen / pandangan para pelajar bimbingan saya seperti mana yang telah mereka rekodkan di dalam sistem penilaian akademik (Academic Evaluation System) yang dipraktiskan di Multimedia University (MMU). Menerusi sistem ini, para pelajar berhak untuk memberikan gred-gred tertentu kepada setiap tenaga pengajar. Para pensyarah / tutor akan menerima maklum balas gred purata yang mereka perolehi dan juga setiap komen mahupun cadangan yang dikemukakan pelajar. Walau bagaimanapun, mereka tidak mempunyai akses untuk mengetahui identiti si pemberi komen / cadangan dan juga gred-gred spesifik yang diberikan oleh pelajar-pelajar tertentu kepada mereka. Semestinya, elemen ini diamalkan untuk menambahkan 'ketepatan' mahupun 'kejituan' sistem penilaian akademik tersebut.

Berikut adalah komen-komen / cadangan - cadangan langsung yang saya terima daripada pelajar - pelajar saya untuk subjek 'Fundamentals of Business' bagi semester I sessi 2007 / 2008. Semester tersebut juga melambangkan tepatnya 3 tahun saya berkhidmat di dunia pendidikan ini yang tidak pernah membuatkan saya bosan dan kecewa kerana memilihnya sebagai 'punca rezeki.'

(Dengan izin, sedutan langsung daripada sistem tersebut yang berbahasa Inggeris adalah dilampirkan seperti di bawah dan sebarang kesilapan tatabahasa dan gaya bahasa adalah diabaikan. Tiada sebarang editan dilakukan.)

COMMENT AND SUGGESTION
1.
He is very good in teaching. He gives me lot of knowledges that is what is happening within the country.
2.
He is quite a humourous lecturer. One of strong points is he is able to lecture us with the real example in our life, and express it in a very funny manner.
3.
-helpful -friendly -good sense of humour
4.
Nice lecturer!!!
5.
hi sir... during alpha i m from pm06..but not so famous.. really happy that you can teach me in my beta year.. i like to attend your class..which is very interesting..thank ya


6.
i like this lecturer.He is the best lecturer among all the lecturer. He teach us very well n i can understanding what he teach and understanding about the subject.His class is very interesting and he make the class not boring.He always share information besides the sunject that are usefull to the student.But the lecturer like to ask question,make us scare.
7.
A very nice and helpful lecturer
8.
Mr Effandi is able to communicate well with the class and students. very effective lecturer.
9.
he have good skill to relate theory to make students understand his lecture
10.
very nice and responsible lecturer~~


11.
Yeah. Good Lecturer. Keep it up...Good Luck..
12.
intersting
13.
interesting teach by using news
14.
talented lecturer
15.
Good Lecturers


16.
lec called some students name then to take attendance.then others student will be consider present if their name not called.this is not fair at all to every student.
17.
Always give something extra for our general knowledge..he is a good lecture!
18.
no comment...
19.
good lecturer cause always give example abount subjet
20.
my favourite lecturer! his teaching methods and passion for his job should be set as an example to some of the other lecturers. mr.fendi's passion,easy-goingness, and practicality makes him a hit in his classes =) and he also teaches what we need 2 noe in the bizz world which are sumtimes not in the syllabus..and the importance of general business knowledge! mr.fendi rocks!


21.
He is a very good teacher , i like his question , it does help us a lot in general knowledge.
22.
Your teaching with including current issues is very good for us. I have learn a lots of things from it.
23.
i luv his class... very interesting... he teaches us lots of things that is very important but not mention from the book!! excellent!!!
24.
he is a very funny and interesting person during the lecture
25.
he is a good and cute lecturer,100% will attend his class if i won't get fever.His teaching is clear and we won't get bored^^ ********^^****************


26.
he is very good in communicate wif students in class n he oso very good in explaining the lecture by giving related example.overall, i very like dis lecturer
27.
very intersenting lecture
28.
not bad
29.
The class is Very interesting and can improve my general knowledge from tis lecturer...Very sastisfied! Excellent.
30.
quite good teaching but sometimes too patriotic..-.-


31.
the best lecturer ever...enough said.. :)..
32.
This lecturer is very good in conducting Fundamental of Business. He gives many examples and outside knowledge for his students. I'm very satisfied with his teaching skills and technique.
33.
A good lecturer.
34.
Sir, keep it on... good work! it is such a pleasure to chat with you... best lecturer ever yet a bit psycho! haha!
35.
good lecture


36.
good. give us many extra outsider information
37.
able to understand what we students dont understand and need to understand regarding our lesson n real life. excellent.
38.
u'r the excellent teacher tat i never meet b4.. wahaha... good luck n all the best
39.
he has the ability to make the class active by his way of teaching .
40.
hardworking lecturer.... interesting lecture !!!


41.
i like the way he teaching becouse giving us extra knowlege by explaining about current news
42.
Your method I an quite like it as it make me awake most of the time, last time, you asked me a question it seems like this ,what is the business do not use any capital, actually I went home and ask a lot of people about this question, they say they do not find the accurate answer but I came out a answer I don not know correct or not as like tutoring in MMU(Lecturer or Tutor) can or not?Satisfy?
43.
can improve my general knowledge through their lec class..
44.
so funny
45.
mr effandi is a very humurous person.he can manage his class by using his own unique and interesting way.i like the way he teaching us.good


46.
a very nice lecturer alw teaching in a clever way
47.
a very responsible and funny lecturer.everone likes him.
48.
mr.effandi is a very powerful and attractive lecturer who i know in FBL.He own his teaching style and every times he will try his best to give the most updated news to all the students.This is what a student need.I be proud of him...
49.
he's the best lecturer ever!! =D
50.
good! one of the best lecturer in MMU.. lol~


51.
-
52.
he good lecture.always give us current issues to relate with studies
53.
excellent lecturer with the ability to communicate effectively with students
54.
Interesting lecturer, he always share with us about the latest news before he really starts the lecture^^ Mr. Fendi also a funny lecturer sometimes...overall is a veri good lecturer yea~
55.
although quite young age lecturer, but he has his own way to teach his students, with more extra knowledge and make his class interesting.


56.
Quite good lecturer oso..intresting lecture..^^
57.
excellent...
58.
very interesting teaching way.
59.
Interesting lecture and let us know more about the knowledge that not inside the book.
60.
Fuuny lecture..have alot of fun..keep going on like this..


61.
He is a respondsible lect..he like to tell us the current news everyday before start the class.I like his teaching way.
62.
well understood
63.
very good lecturer, make me always concentrate in the class, very communicative.
64.
giving good explanation and having good comunicatioon skill.
65.
normal


66.
The lecturer is very nice and always give example that relevant to the topic and this help us easy to absorb the things that he said.
67.
Mr Noor Effandi is very good! i like the way he deliver lecture in class, his teaching is very interesting! i think one day if i'm sick i will still attend his lecture because i don't want to miss any of his class! (however i did skip one of his class during CyberP carnival because i need to take care my stall) he loves to ask question to students in class by referring to names in attendance list, i think this is a very good way for the lecturer to communicate with students, by using this method, students will have output instead of input only. personally i like to voice out my opinion in lecture class, and that is why i like his way of asking questions to students by calling names in attendance list. i hope to see more lecturers like Mr Noor Effandi in MMU.
68.
Friendly, kind and patriotic


Neba2020: Manusia adalah cukup unik dan rumit untuk difahami dengan pelbagai ragam dan kehendak masing-masing yang cukup kompleks. Adalah sesuatu yang mustahil untuk kita memuaskan hati semua pihak selagi kita bergelar insan normal yang penuh dengan kekurangan dan kecacatan. Untuk mengalah dan terus mengabaikan persepsi buruk pada permulaan 'kisah dan usaha' adalah sesuatu yang tidak bijak untuk ditelusuri. Maka, kepada kita yang bernama manusia, teruskanlah 'perjalanan' dan berusahalah untuk sentiasa 'mengatasi keupayaan diri sendiri !' Musuh utama kita untuk mencapai sesuatu yang baik pada persepsi masyarakat dan orang-orang di sekeliling kita adalah DIRI KITA SENDIRI ! Percayalah, jika kita sentiasa 'bertarung dan bergaduh' dengan diri sendiri maka sudah pasti kita akan dapat menjadi JUARA kepada diri sendiri... Yakinlah...

Thursday, November 1, 2007

31 Oktober 2007 : 4 tahun Pak Lah sebagai P.M....

Salam Buat Semua,

31 Oktober 2003, Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 5. Peristiwa petang Jumaat di bulan Ramadhan itu semestinya masih kekal dalam memori kebanyakan rakyat Malaysia. Manakan tidak, peristiwa 'mendapat Perdana Menteri baru' bukanlah suatu perkara yang 'biasa-biasa' bagi rakyat negara ini. Kita bukannya seperti Jepun yang kadang-kadang mempunyai 5 Perdana Menteri dalam tempoh 10 tahun ! Sebelum 31 Oktober ,2003, kali terakhir berlakunya peristiwa Perdana Menteri mengangkat sumpah jawatan ialah pada 16 Julai, 1981; saat bermulanya era pemodenan dan 'proses aggresif melangkaui minda normal rakyat' di bawah Perdana Menteri ke 4 iaitu Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Y.A.Bhg. Tun).

Salah satu bukti berlakunya satu proses aggresif yang tidak terbaca oleh pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia ketika tahun-tahun awal pentadbiran Dr. M itu ialah apabila pada 7 Mei, 1983 Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) ditubuhkan secara rasminya. Detik gemilang yang memulakan proses 'henjutan pemikiran' untuk negara muda yang baru mencecah usia 28 tahun itu ialah apabila model pertama keluaran PROTON dilancarkan pada 1985 !

4 tahun pentadbiran Dr. M ketika itu disimbolkan dengan pelancaran PROTON SAGA yang menjadi kebanggaan ramai dan membolehkan mereka yang 'tak pernah berangan' memiliki kenderaan beroda empat akhirnya 'berjaya' menikmati pemanduan lancar bersama ahli keluarga lainnya tanpa mengira keadaan cuaca, hujan mahupun panas....

Sempena 4 tahun pentadbiran Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, bersama-samalah kita berdoa semoga segala impian dan idea-idea beliau untuk menganjakkan lagi ekonomi dan taraf hidup seluruh warga Malaysia akan tercapai.

Pastinya Dato' Seri Abdullah juga mengimpikan sebuah legasi peninggalannya yang bakal menjadi ingatan warga Malaysia di kemudian hari nanti. Adalah besar harapan kita seluruh komuniti negara ini agar projek-projek mega zaman Perdana Menteri ke 5 ini seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR), Koridor Pembangunan Ekonomi Utara (NCER) dan Koridor Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER) serta program-program penumpuan kepada industri asas tani, bioteknologi mahupun pembinaan modal insan akan mencapai objektifnya sekaligus memandu Malaysia ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Moga-moga....

Neba2020: Tunku Abdul Rahman dengan Merdekanya, Tun Abdul Razak dengan pembangunan luar bandarnya, Tun Hussein dengan memupuk perpaduannya, Dr. Mahathir dengan pemodenan negara serta Wawasan 2020-nya. Moga Pak Lah akan dikenang dengan kejayaan pelbagai pembangunan koridor yang digagaskannya juga proses cemerlang, gemilang dan terbilang untuk seluruh ahli negara. Pemimpin silih berganti, moga rakyat terus bahagia maju selamanya....

Friday, October 26, 2007

Hadiah Hari Raya : Berita Kenaikan Harga Yang Indah

Salam Buat Semua,

Nukilan ringkas kali ini saya coretkan di pagi Jumaat, 14 Syawal 1428 Hijrah. Maksudnya, telah genap 14 hari Aidilfitri disambut oleh warga Malaysia secara keseluruhannya. Saya menggunakan warga Malaysia kerana Hari Raya Puasa (Aidilfitri) bolehlah dianggap sebagai sambutan perayaan terbesar di Malaysia ini dengan cutinya yang panjang dan perayaannya yang akan terasa selama sebulan tanpa henti.

Seakan tersentak melihat dua 'perkahabaran istimewa' yang dibawakan oleh pembekal monopoli elektrik negara iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan juga Menteri Kerja Raya iaitu Datuk Seri S. Samy Vellu. Seribu penghargaan seharusnya diberikan kepada kedua-dua pihak tersebut kerana menambahkan kemeriahan 'mood' raya seluruh rakyat Malaysia.

Akhir kata, saya sertakan di bawah dua maklumat tersebut buat tatapan kita semua, juga untuk direnung-renungkan secara mendalam sambil cuba-cubalah bertanya diri sendiri akan kesan berantai yang akan wujud seandainya apa yang 'dicita-citakan' oleh kedua-dua pihak itu menjadi realiti menjelang 2008 yang tidak sampai 70 hari lagi akan menjelma. Tepuk dada, bukalah minda ....

Berikut adalah petikan daripada UTUSAN MALAYSIA (26/10/2007) :


" Kerajaan mungkin tidak mempunyai pilihan, selain menaikkan tarif elektrik di negara ini berikutan kenaikan berterusan harga bahan bakar termasuk minyak dan gas global.
Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, TNB kini menanggung kos operasi yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak dan gas serta arang batu di pasaran. "

" ... syarikat utiliti itu mencatat peningkatan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM4.765 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2007 berbanding RM2.756 bilion pada tahun kewangan sebelumnya. "

" ... pendapatan firma itu melonjak 14.4 peratus kepada RM23.2 bilion dan ia disumbangkan oleh peningkatan permintaan elektrik dan kenaikan tarif yang dilaksanakan pada 1 Jun 2006. "
" ...TNB telah menghantar cadangan kepada kerajaan berhubung kenaikan kadar tarif elektrik dan terpulanglah kepada kerajaan untuk membuat keputusan. "

Berikut adalah petikan daripada BERITA HARIAN (26/10/2007) :


" Kertas Kabinet mengenai kenaikan kadar tol lapan lebuh raya konsesi, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan mulai 1 Januari depan diserahkan kepada jemaah menteri minggu ini untuk diteliti sebelum dibincang dan diputuskan. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata dokumen itu antara lain mengandungi penjelasan klausa perjanjian konsesi dan cadangan yang boleh diambil kerajaan berhubung perkara itu. "
Neba2020: Rakyat semakin lali dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Moga kerajaan lebih memahami perasaan dan bebanan yang ditanggung rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan memiliki 'sedozen' atau mungkin 'separuh dozen' nyawa untuk ditanggung. Tiada maknanya kepada rakyat bawahan jika prestasi ekonomi negara yang acapkali digembar-gemburkan sebagai 'mantap,berdaya saing,terus berkembang dan juga popular di mata pelabur asing' bererti 'kuasa beli' rakyat semakin hari semakin menjunam dan mencengkam kehidupan. Kerajaanlah tempat mereka bergantung harap dan kerajaan jugalah yang mempunyai 'kuasa eksklusif' untuk mengatakan 'TIDAK' kepada ura-ura 'korporat' yang tidak berhati perut. Di manakah tanggung jawab sosial korporat Malaysia dalam memahami isu 'pesta naik harga' yang terpaksa ditempuh rakyat bawahan khususnya sepanjang tahun 2006 dan 2007 ini ?

Tuesday, October 23, 2007

18 Oktober 2004 - 18 Oktober 2007 : 3 Tahun Di Dunia Pendidikan

Salam Buat Semua,

Tanpa disedari, sudah 3 tahun saya menabur khidmat sebagai seorang pendidik di Multimedia University, Melaka (MMU) ini. Terasa singkat dan cukup pantas masa berlalu pergi. Dalam masa 3 tahun ini juga pola pekerjaan saya telah berubah-ubah daripada seorang pembantu pensyarah ke tutor dan seterusnya sebagai seorang pensyarah. Menarik juga untuk dikenang kerana saya dapat merasakan 3 pengalaman tugas yang sedikit berbeza di organisasi yang sama dalam tempoh 3 tahun sahaja ! Itu takdir dan rahmat Tuhan sebenarnya...

Masih segar ingatan saya sewaktu pertama kali melangkah ke kelas untuk mengajar subjek 'Principles of Economics II' bagi pelajar-pelajar peringkat asas (foundation). Kelakar untuk saya kenang betapa berdebar-debarnya jantung dan terasa sejuk sahaja tubuh ini. Rasanya berkali-kali juga saya asyik 'melawat tandas' sebelum ke kelas tersebut kerana rasa gementar dan mungkin juga terlebih teruja. Segalanya selepas itu adalah memori dan sejarah yang nampaknya telah tiga tahun saya lalui detik-detik sebagai seorang pengajar di universiti.

Apa yang saya tahu, saya tidak pernah menyesal dengan pilihan ini dan saya amat seronok menjalankan tugas dan tanggungjawab yang satu ini. Tidak semua manusia berjaya mencapai cita-cita asalnya ketika di zaman sekolah. Tetapi Tuhan amat pemurah kepada saya kerana inilah cita-cita yang pernah saya tulis di dalam buku rekod pelajar ketika saya di bangku sekolah. Menjadi seorang PENSYARAH ! Syukur dan syukur....

Apabila saya renung ke belakang, saya merasakan betapa tugas yang saya praktiskan ini adalah secocok dengan minat dan keupayaan diri ini seperti mana yang dapat dikesan oleh guru-guru saya dahulu. Baru sekarang saya merasakan betapa insan yang bergelar cikgu-cikgu ketika saya di alam sekolah dahulu cukup banyak jasanya dalam membentuk saya menjadi seorang pensyarah.

Teringat saya kepada Cikgu Tan Lay Ngoh (Guru darjah ketika di Darjah 5 Biru, 1993) dan Cikgu Yap Kim Chuan (Guru Darjah 6 Biru, 1994) yang masing-masing menaruh kepercayaan dengan melantik saya menjadi Ketua Darjah. Di situlah keupayaan komunikasi saya mula dilatih walhal saya adalah seorang budak yang amat penakut dan amat susah untuk bercakap ketika berada di Darjah Satu hinggalah Darjah Empat. Maklumlah, diri inilah 'si Mayu' di kalangan ahli keluarga dan diri inilah budak yang pernah terkencing di dalam kelas ketika menggu giliran ujian lisan Bahasa Inggeris ketika Darjah Satu dan diri inilah budak yang selalu menggigil ketika kelas Bahasa Inggeris dan Matematik !

Sehingga ke hari ini majoriti daripada saudara-mara masih tidak percaya bahawa si Fendi ini adalah seorang pensyarah di universiti ! Ramai yang hairan bagaimana saya mengajar? Mampukah saya mengawal kelas? Bolehkah saya bercakap di hadapan beratus-ratus pelajar? Tidakkah saya dibuli pelajar? Bolehkah pelajar saya faham apa yang saya terangkan?

Saya tidak pernah berasa kecil hati dengan kata-kata dan soalan-soalan tersebut kerana itulah saya yang mereka kenali dan itulah identiti saya yang mereka ketahui. Saya pada pandangan ahli keluarga dan saya pada pandangan anak-anak didik saya adalah dua dimensi yang berbeza. Unik tapi itulah hakikatnya. Anugerah Tuhan yang saya syukuri selalu.

Seterusnya penghargaan besar juga saya berikan kepada Cikgu C. Jayamani yang menjadi Guru Tingkatan ketika saya berada di Tingkatan 2A (Sekolah Tinggi Segamat, 1996) yang menaruh kepercayaan penuh kepada saya sebagai Pengerusi Kelas. Jawatan tersebut saya pegang selama empat tahun berturutan sehinggalah tamat alam sekolah menengah pada tahun 1999.

Cikgu Zaimon Ismail semestinya seorang guru yang paling banyak peranannya di dalam hidup saya. Beliau yang mengajar saya subjek Bahasa Melayu di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 adalah orangnya yang pernah 'memaksa dan menggesa' saya untuk menyertai pertandingan Forum Remaja dan juga Debat Ala Parlimen bagi mewakili sekolah saya. Walaupun malas dan tidak berapa yakin dengan diri sendiri saya kuatkan juga semangat dengan menyertai kedua-dua pertandingan tersebut hanya dengan motif semoga ada juga sesuatu yang boleh dicatatkan di dalam sijil tamat persekolahan menengah saya. Sekurangnya ada juga rekod mewakili sekolah ! Tidak pernah terfikir untuk melangkau lebih jauh daripada peringkat daerah...

Tanpa disangka, pasukan saya berjaya meraih kejuaraan sebagai juara daerah Segamat, Johor untuk kedua-dua pertandingan tersebut dan mara ke peringkat negeri Johor. Sesuatu yang tak pernah saya jangkakan ! Bagi Debat Ala Parlimen, saya berjaya mara hingga ke peringkat separuh akhir negeri Johor dan bagi Forum Remaja saya berjaya menjadi juara negeri Johor dan mewakili Johor ke peringkat kebangsaan. Antara pencapaian zaman sekolah yang tidak akan saya lupakan. Terima kasih kepada Cikgu Zaimon kerana dialah orangnya yang mengesan bakat saya secara serius di dalam bidang 'cakap-cakap' ini.

Akhir kata, saya tetap merasakan betapa dunia pendidikan dan juga kerjaya sebagai seorang pendidik (daripada peringkat pra sekolah / Tabika, sekolah rendah, menengah dan juga IPT) adalah 'pencatur' terpenting di dalam proses pembentukan anak bangsa dan negara ini secara kolektifnya. Pendidik yang hebat pasti akan dapat melahirkan seorang ahli negara yang mantap, berketrampilan tinggi dan hebat pemikirannya demi kemajuan negara pada masa hadapan. Hanya keikhlasan, kesabaran dan rasa tanggung jawab yang tinggi sahaja yang akan membezakan antara pendidik sebenar dan juga pendidik yang 'sekadar mencari rezeki.'

Neba2020: Cikgu Sharifah Minah, itulah nama Guru Darjah ketika saya di Darjah Satu Melur di Sekolah Kebangsaan Temenggung Abdul Rahman, Segamat pada tahun 1989. Cikgu ini amat baik dan sungguh lemah-lembut dan cukup sabar orangnya dalam melayan kerenah kami pelajar-pelajar cilik yang baru mencecah usia 7 tahun. Takkan saya lupa saat Cikgu ini memujuk saya yang asyik menangis pada hari pertama persekolahan dan juga apabila dia tanpa wajah marah dan geram melayan saya (dan banyak lagi kes-kes lain !)yang telah 'terbuang air kecil' di dalam kelas. Walau tidak pernah bersua lagi dengan Cikgu ini tetapi saya tetap doakan moga hidupnya dirahmati Tuhan yang Maha Kuasa. Ameen ~~

Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Lebaran Yang Mulia

Salam Buat Semua,

Saya dengan perasaan rendah diri memohon ampun dan maaf andai selama ini ada kata-kata mahupun tingkah laku saya yang tanpa saya sedari telah menyentuh hati mahupun menyinggung perasaan semua.

Moga Syawal yang bakal menjelma ini membawa kebahagiaan kepada kita dan seluruh ahli keluarga, moga ikatan persaudaraan dapat dikuatkan dan pada masa yang sama kita dapat menginsafi betapa kehidupan kita ini penuh dengan rahmat kurniaan Tuhan yang tidak pernah putus menyelubungi rutin seharian kita semua.


Saya doakan kesemua kita dimurahkan rezeki, dianugerahkan kehidupan yang bahagia berpanjangan dan sentiasa sehat sejahtera tenang jiwa selalu.. InsyaALLAH

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Lebaran Yang Mulia

Ikhlas
Neba2020: Kenangan terindah Hari Raya di zaman kanak-kanak hinggalah zaman bergelar seorang pelajar semestinya waktu mendapat duit raya daripada saudara-mara dan jiran tetangga. Rasa seronok tidak terkata bila di akhir petang Hari Raya pertama melihat 'koleksi kutipan' sudah boleh mencecah RM100 ! Bagi seorang kanak-kanak kecil di dekad 1990-an, sudah semestinya RM100 adalah satu nilai yang cukup besar. Memori menjadi 'kaya' seketika setahun sekali sememangnya cukup istimewa untuk diingati selamanya... Zaman sudah berlalu, kini menjadi tanggungjawab diri ini pula untuk mengindahkan memori Hari Raya kanak-kanak lain pula... Bukankah hidup ini adalah untuk berkongsi gembira dan meraikan sesama insan :) ?

Wednesday, October 3, 2007

25 Tahun ... 25 Perkara Istimewa

Salam Buat Semua,

Sekadar untuk mengimbas koleksi kenangan peribadi diri ini bersempena dengan syukurnya diri ini kerana diberikan Tuhan Yang Maha Kuasa pelbagai rahmat dan anugerah sepanjang 25 tahun kehidupan ini (8 Oktober 1982 - 8 Oktober 2007)....


1) Selalu mengimpikan untuk bergelar Dato' Seri Dr. Effandi Ahmad

2) Idola merangkap sumber inspirasi utama semestinya Tun Dr Mahathir Mohamad

3) Cita cita yang dijawab jika ditanya cikgu sewaktu sekolah rendah ialah menjadi seorang DOKTOR

4) Cita cita yang ditulis di dalam rekod pelajar ketika di Tingkatan Lima ialah menjadi
PENSYARAH dan AHLI POLITIK

5) Tidak pernah ke sekolah TADIKA

6) Nombor pertama diperoleh ketika peperiksaan pertama di Darjah Satu ialah nombor 22 !

7) Pernah terkencing di dalam kelas ketika Darjah Satu (menunggu giliran ujian lisan Bahasa
Inggeris)

8) Pernah dipanggil 'mayu' oleh saudara mara ketika kecil kerana bersifat amat pemalu dan
penakut

9) Tidak tahu untuk membeli makanan di kantin sekolah ketika Darjah Satu

10) Mainan kegemaran ketika kecil ialah model-model kereta kecil dan set model-model
askar kecil

11) Subjek kegemaran ketika sekolah rendah ialah Pendidikan Muzik dan Alam dan Manusia

12) Subjek kegemaran ketika menengah rendah (Tingkatan 1-3) ialah Matematik dan Sains

13) Subjek kegemaran ketika menengah atas (Tingkatan 4-5) ialah Prinsip Akaun dan Sejarah

14) Subjek paling dibenci ketika sekolah rendah ialah Bahasa Inggeris

15) Subjek paling dibenci ketika menengah rendah ialah Kemahiran Hidup

16) Subjek paling dibenci ketika menengah atas ialah Fizik

17) Pernah menjadi Ketua Darjah ketika Darjah 5 dan Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat, Johor (Kelas Biru)

18) Pernah menjadi Pengerusi Tingkatan selama 4 tahun berturut-turut sehingga Tingkatan 5
di Sekolah Tinggi Segamat, Johor (Kelas A)

19) Pengerusi Kelab Pengguna sekolah ketika Tingkatan 5

20) Warna kegemaran ialah Biru dan Nombor kegemaran ialah 7 !

21) Angan-angan utama di sekolah menengah ialah untuk melanjutkan pengajian di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM). Alasan utama - UTM adalah JOHOR !

22) Tidak pernah mengimpikan / berminat untuk melanjutkan pengajian di luar negara

23) Pernah menangis di depan TV ketika Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun)
membacakan sajak 'Perjuangan Yang Belum Selesai' ketika sambutan 50 tahun UMNO pada
tahun 1996

24) Bernazar secara spontan di depan TV untuk berpuasa pada esok harinya jika Dr. Mahathir
Mohamad menarik semula perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden
UMNO ketika membuat ucapan penutup Perhimpunan Agung UMNO tahun 2002

25) Motto diri sejak di sekolah menengah ialah "Melayari Impian Bernas" /
"MotivationThrough Aspiration"




Neba2020: Meningkatnya usia bukan bererti kita semakin tua sahaja tetapi meningkatnya usia bererti kita bakal menempuh perjalanan kehidupan yang semakin mencabar, tidak boleh diduga dan penuh dengan teka-teki....

Wednesday, September 26, 2007

Ramadhan Ini ...

Salam Buat Semua,

Ramadhan ini penuh bermakna penuh istimewa
Bagi yang sedar kehadirannya
Ramadhan ini seperti biasa tiada seri
Bagi yang lupa hikmahnya

Ramadhan ini seakan cerah penuh kesegarannya
Bagi yang celik keistimewaannya
Ramadhan ini umpama malam tidak berbintang
Bagi yang alpa nilainya

Ramadhan ini gemilangnya tidak pernah terlawan
Bagi yang perasan keberkatannya
Ramadhan ini bagai lesu tak bermaya
Bagi yang lalai meraikannya

Ramadhan ini .... Segalanya untuk kita dariNya ....

neba2020: Moga kita gembira menjalani Ramadhan ini ....

Wednesday, September 12, 2007

Bermulanya Ramadhan....

Salam Buat Semua,

Awal Ramadhan akan disambut esok untuk edisi 1428 Hijrah. Syukur kerana saban tahun ketibaan Ramadhan tetap dinanti dan seolah diraikan dengan perasaan yang istimewa sekali. Ketibaan Ramadhan pastinya lebih terasa di negeri-negeri yang menjadikan 1 Ramadhan sebagai cuti umum. Tahniah buat kerajaan negeri Johor, Melaka dan Kedah kerana menjadikan ketibaan Ramadhan lebih dinanti dan lebih bermakna.

Saya mula dididik untuk berpuasa ketika berada di Darjah 2 pada tahun 1990. Masih segar lagi ingatan saya kepada peristiwa emak mengejutkan saya untuk bersahur di pagi hari dan dengan mudahnya saya menghala ke meja makan dan segalanya telah terhidang. Sungguh malas dan sungguh tidak berselera rasanya untuk makan di pagi hari ketika 'ayam pun baru hendak berkokok dan hening pagi terasa dingin sekali.'

Kini saya terfikir betapa tidak adil sungguh untuk saya berasa 'malas dan geram' untuk bangun bersahur tatkala emak mengejutkan saya dari lena tidur seawal jam 5.00 pagi itu. Kenapa? Pernahkah kita terfikir bahawa emak hanya mengejutkan kita untuk mengisi perut sahaja walhal emak sendiri sebenarnya telah bangun jauh lebih awal daripada ahli keluarga yang lain kerana perlu menyiapkan juadah untuk bersahur. Emak juga penat, emak juga malas dan emak juga manusia seperti kita. Sungguh besar jasa emak kepada kita. Itu baru bercerita bab sahur...

Pada hari pertama berpuasa, badan terasa cukup letih dan fizikal lemah sekali. Maklumlah, buat pertama kalinya cuba 'bertatih menjinakkan diri' melaksanakan Rukun Islam yang satu ini. Sehingga jam 4 petang saya masih mampu bertahan tetapi apabila jam mencecah ke angka 5 petang, saya terasa badan saya sudah merudum ke tangga terbawah sekali tenaganya ! Saya sudah tidak mampu bangun dan hanya terbaring kelemahan. Sungguh comel rasanya kalau dikenangkan saat-saat itu.

Encik (ayah saya) semestinya lebih berpengalaman dan penuh hikmah tindakannya. Akhirnya dia membuatkan saya secawan Milo dan diberikannya kepada saya. Akhirnya saya tumpas dengan kelemahan diri yang bukan saya cipta. Saya berbuka puasa 2 jam lebih awal daripada orang-orang lain. Maka terciptalah rekod puasa saya pada hari pertama dengan waktu berbuka puasanya 2 jam lebih awal daripada yang sepatutnya. Tapi sekurangnya saya berjaya bertahan sehingga jam 5.30 petang.

Seterusnya saya demam dan tidak berpuasa selama lima hari. Budak kecil hendak belajar berpuasa, demam pula dapatnya hingga tak terdaya pergi ke sekolah. Itulah proses pembelajaran yang cukup berharga bagi saya. Selepas pulih demam, pada puasa hari yang ke 7 saya meneruskan misi belajar berpuasa yang dipandu dengan pemerhatian ketat encik dan emak. Alhamdulillah, rekod puasa penuh sehari saya tercapai akhirnya. Bagi tahun pertama saya berpuasa, terciptalah rekod berjaya berpuasa penuh selama 24 hari ! Itu kejayaan juga namanya. Seterusnya hanyalah sejarah dengan rekod penuh berpuasa sebulan yang tidak tercemar lagi ke hari ini. Alhamdulillah....

neba2020: Nikmat berpuasa bagi seorang anak kecil pastinyalah ketika saat hendak berbuka. Sungguh seronok rasanya dan ketibaan azan Maghrib semestinya umpama membawa pengertian yang cukup bermakna sekali ! Saat-saat Aidilfitri semakin hampir pasti gembiranya melonjak ke tahap tertinggi kerana akan dibelikan mak dan ayah dengan baju raya yang berwarna-warni juga kasut baru yang unik gayanya. Memori menolong atau mungkin 'mengacau' emak membuat biskut-biskut raya juga akan menjadi kenangan yang terindah.

Tuesday, September 4, 2007

Doa Buat Seorang Bapa dan Doa Cucu Buat Atuk

Salam Buat Semua,

Sebak menyelubungi jiwa saya sepanjang Selasa, 4 September 2007 tatkala idola kesayangan, Tun Dr. Mahathir Mohammad menjalani pembedahan jantungnya di Institut Jantung negara (IJN). Puisi di bawah saya petik daripada weblog kendalian bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times (NSTP), Dato' A. Kadir Jasin (http://www.akadirjasin.com/) yang merujuk kepada bapanya sendiri dan juga kepada pemimpin agung Malaysia yang pernah mengemudi 'proses pemodenan' negara MERDEKA ini selama 22 tahun:


Doa Buat Seorang Bapa
A Kadir Jasin

USIAMU serupa usia bapaku
Engkau dan dia pernah sekutu
Berjuang atas nama ibunda
Demi agama, bangsa dan negara
Tapi di situ persamaan terhenti
Kerana engkau Mantan Perdana Menteri
Yang memacu negara ke mercu tinggi
Sedang bapaku kekal seorang petani.

Kini engkau dan dia sama-sama tua
Sudah uzur dimakan usia
Namun jiwamu dan jiwanya
Tetap seperti dahulu juga
Padat sarat dengan perjuangan
Jitu padu dengan kesedaran
Bahawa padanya tiada sisa
Selagi jasad dan nyawa bersama.

Mindamu dan mindanya
Sentiasa segar terus muda
Tidak reput dimakan usia
Tidak patah diuji pancaroba
Tidak tawar dicaci nista
Hatta oleh anak-anak didikmu sendiri
Yang gila kuasa dan lupa diri
Yang tiada lagi budi dan pekerti.

Maka wahai bapa-bapaku
Ketika engkau terlantar
Hati kecilmu gementar
Dengarkanlah ikrar kami
Anak menyambung generasi.

Bahawa legasimu tidak akan mati
Kami tidak akan biarkan itu terjadi
Kerana antara kami
Anak-anak generasi pengganti
Masih ada yang belum diracun korupsi
Yang belum lupa erti jasa dan budi
Yang jiwa merdekanya terus membara
Atas nama agama, bangsa dan negara.

Wahai bapa-bapa pejuang merdeka
Doa kami buatmu semua
Tuhan jaga kamu dalam dakapannya
Dipanjangkan usia
Segar jasad dan minda
Kerana engkaulah pelita Pujangga dan pendeta Pemimpin sepanjang usia.

Berikut pula adalah komen langsung yang saya berikan di weblog tersebut sebagai respon langsung saya kepada puisi Dato' A. Kadir yang cukup bermakna itu:

"fendy_ahmad said... "

Doa ikhlas tetap cucu utuskan...
Moga Atuk selamat selalu...

Cucu tak pernah lupa pada semangat atuk
Cucu tak pernah leka menghayati wawasanmu

Atuk tetap di hati cucu
Atuk tetap wira kami semua....

Cucu masih belum jemu melihat atuk...
Cucu masih belum puas mendalami pemikiran atuk...
Cucu masih bersemangat meneruskan cita-cita dan harapan atuk....

Ya Allah, moga atuk itu kau rahmati selalu...

Neba2020: Tahniah buat Dr. M kerana tetap yakin kepada kebolehan anak-anak Malaysia dan institusi perubatan Malaysia sendiri untuk mengendalikan proses pembedahan jantung beliau. Dr. M adalah refleksi seorang pemimpin negara berjiwa MERDEKA yang sejati. Tindakan beliau selari dengan percakapan dan semangatnya ! MERDEKA itu adalah kemajuan, keyakinan dan keupayaan !

Thursday, August 30, 2007

31 Ogos 2007 : 50 Tahun Merdeka, 5 Inspirasi Gemilang

Salam Buat Semua,

Tanggal 31 Ogos 2007, genaplah 50 tahun negara tercinta ini mencapai kemerdekaannya. Laungan'MERDEKA !' yang dilaungkan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra di pagi hari yang didahului dengan hujan yang membasahi bumi MERDEKA ini seakan masih segar bunyinya dan membawa 1001 pengertian kepada kita, bangsa yang MERDEKA. Pastinya Stadium Merdeka menjadi saksi kepada laungan keramat 'MERDEKA !' sebanyak 7 kali daripada Bapa Kemerdekaan itu, Putera Sultan dari negeri Jelapang Padi yang sungguh besar jasanya kepada negara dan keseluruhan warga Malaysia yang MERDEKA !

Segalanya selepas peristiwa bermakna itu adalah sejarah kepada sebuah pembinaan negara bangsa yang terjajah hampir 450 tahun dengan rentetan senarai 'si penjajah' yang bertukar ganti di tangan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Malah ada juga sekelumit masa di mana kita 'terjajah' oleh si pengganas yang bergelar 'Bintang Tiga !'

Sepanjang 50 tahun ini pastinya pelbagai kisah kejayaan mahupun cerita kebanggaan yang layak untuk diabadikan di dalam 'transkripsi sejarah' Malaysia sekaligus menjadi bahan kenangan, pengajaran dan juga pencetus semangat kepada kita warga MERDEKA ini serta generasi pewaris MERDEKA yang mendatang.

Sempena 50 tahun MERDEKA ini, secara peribadi saya ingin berkongsi tentang 5 perkara yang saya iktiraf serta 'terpahat' sebagai 'simbol kebanggaan' sekaligus menjadi inspirasi sepanjang zaman kepada pembentukan saya sebagai seorang individu kelahiran negara yang sudah sedia MERDEKA ini :

1) Tun Dr Mahathir Mohammad
2) Tun Abdul Razak Hussein
3) Malaysia Boleh !
4) PROTON
5) Sukan Komanwel 1998

INSPIRASI KEBANGGAN SATU - Tun Dr. Mahathir Mohammad (Dr. M)

Perdana Menteri Malaysia ke 4 ini akan selamanya terabadi di dalam jiwa saya sebagai tokoh yang paling kuat mempengaruhi pemikiran saya dan cukup banyak jasanya kepada saya dan keseluruhan warga Malaysia yang MERDEKA. Jika ada pihak merasakan yang Dr. M tidak hebat, Dr. M tidak bagus, Dr. M tidak berjasa, Dr. M membawa keburukan dan apa jua konotasi negatif, cakap dan teruslah bercakap kerana ianya sama sekali tidak akan dapat merobek benteng kukuh kepercayaan dan kekaguman saya kepada negarawan yang seorang ini.

Dr. Mahathir adalah sumber inspirasi saya sejak kecil. Kerana tiupan semangat keramat daripadanyalah saya cuba memperbaiki diri, yakin bahawa kita boleh berjaya jika kita kuat berusaha. Kerana beliaulah saya yakin bahawa saya sebagai budak Melayu tidak kurang bijaknya dan boleh berjaya dalam pelajaran dan juga kehidupan pada masa hadapan. Dr. M pernah menulis 'Dilema Melayu' dan buku itulah antara khazanah pembuka minda yang saya kira perlu dibaca oleh setiap umat bergelar Melayu walaupun ianya adalah hasil garapan Dr. M pada tahun 1970. Relevannya tetap segar.

Beliaulah Perdana Menteri yang pernah memeranjatkan dunia apabila mengambil keputusan untuk tidak mendapatkan rawatan sakit jantungnnya di luar negara (1989) dan beliaulah Perdana Menteri yang menolak nasihat pakar-pakar perubatan supaya pembedahan jantungnya dijalankan di luar negara ! Dr. M yakin bahawa anak-anak Malaysia mampu memulihkan sakitnya dan anak-anak Malaysia juga berkebolehan besar !

Pemikiran beliau yang sentiasa kehadapan dan kebijaksanaan beliau dalam menyelamatkan ekonomi Malaysia di era 'krisis kewangan' di antara tahun 1997 dan 1999 itu sudah cukup untuk saya tabalkan beliau sebagai negarawan ulung negara MERDEKA ini !


Dr. Mahathir,

Keranamulah saya buktikan bahawa saya juga boleh menperoleh Ijazah Kepujian Kelas Pertama !
Keranamulah saya yakin kepada semangat kita boleh berjaya andai ada usaha dan semangat !
Keranamulah saya menjadi seorang rakyat Malaysia yang tahu bersyukur !
Keranamulah saya yakin kepada hasil cipta dan hasil pemikiran anak Malaysia !
Keranamulah saya menjadi seorang yang bercita-cita dan tahu cita-cita adalah pencetus usaha !

INSPIRASI KEBANGGAN DUA - Tun Abdul Razak Hussein

Bapa Pembangunan Malaysia ini adalah pemimpin yang mementingkan rakyat melebihi dirinya. Jasanya kepada bangsa Melayu khasnya dan warga Malaysia amnya amatlah besar sekali. Ideologi yang diterapnya melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) itu adalah rahmat terbesar yang WAJIB disedari oleh semua yang bergelar Melayu ! Keharmonian hubungan pelbagai kaum dan kestabilan sistem perniagaan di Malaysia juga adalah intipati terbesar 'ideologi keramat' itu.

Beliaulah seorang Perdana Menteri yang pernah merahsiakan penyakit kronik yang dihidapinya daripada pengetahuan rakyat hanya kerana tidak mahu rakyat gusar dan pembangunan negara terencat. Isteri dan anak-anaknya juga tidak diberitahu ! Beliaulah Perdana Menteri yang pernah disahkan hanya boleh hidup untuk beberapa tahun lagi tetapi tetap kuat azam dan usahanya untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat sehingga nyawanya menemui titik noktah di kota London pada Januari, 1976. Beiau jugalah Perdana Menteri yang membatalkan projek pembinaan kolam renang di kediamannya hanya kerana beliau merasakan kos pembinaaan kolam renang itu adalah lebih baik digunakan untuk membina 3 buah klinik desa untuk manfaat orang-orang kampung.

Sungguh luhur jiwamu Tun Razak, sungguh besar jasamu kepada kami warga Malaysia yang MERDEKA !


INSPIRASI KEBANGGAN TIGA - Malaysia Boleh !

Malaysia Boleh ! bukanlah seorang individu dan iannya juga bukanlah sebuah bangunan yang boleh dibanggakan. Malaysia Boleh ! hanyalah himpunan dua patah perkataan yang dicantumkan untuk membentuk satu 'SEMANGAT dan NYAWA' yang cukup bernilai.

Malaysia Boleh ! adalah satu ungkapan yang cukup popular di sepanjang era 1990an dan juga awal millenium baru abad ke 21. Laungan Malaysia Boleh ! seakan menjadi laungan semangat yang paling sinonim dengan rakyat Malaysia. Malaysia Boleh ! bererti kita boleh berjaya, kita mampu untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti serta boleh dibanggakan.

INSPIRASI KEBANGGAN EMPAT - PROTON

Penubuhan Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) adalah garapan idea unggul oleh Tun. Dr. Mahathir Mohammad sebaik saja beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981. Tahun 1985 menyaksikan negara kecil bernama Malaysia yang baru berusia 28 tahun itu telah mampu menghasilkan produk kereta nasionalnya yang pertama dengan terlancarnya model Proton Saga di pasaran.

PROTON bukan sekadar satu kisah pembuatan kereta dan penjualan kereta kepada rakyat tempatan. PROTON adalah lambang penglibatan anak-anak tempatan di dalam industri berat yang memerlukan kepakaran dan teknologi yang cukup tinggi serta penuh dengan cabaran. PROTON juga adalah kisah dan keupayaan anak-anak tempatan mengemudi industri hiliran (industri sokongan) lainnya hasil kelahiran PROTON. PROTON adalah kisah kelahiran beribu-ribu jurutera dan juruteknik 'buatan Malaysia untuk Malaysia!'

Tiada siapa pernah terbayang bahawa rakyat Malaysia mampu memiliki kereta yang berjenama Malaysia dan tiada siapa pernah terfikir bahawa negara yang kecil dan tidak bertaraf negara maju ini mampu untuk mengendalikan satu perusahaan moden yang sebenarnya bukan 'permainan' negara membangun. Hasil kepercayaan Malaysia Boleh ! dan rakyat Malaysia juga bijak, maka Proton Waja (2000) telah menjadi kereta pertama yang di reka bentuk oleh anak Malaysia tanpa pengaruh orang-orang asing. Sejarah tertinggi Malaysia melalui PROTON tercatat pada tahun 2004 apabila Proton Gen 2 dilancarkan dengan diiktiraf sebagai kereta nasional pertama yang bertaraf 100% lahir daripada idea dan kepakaran anak Malaysia di mana reka bentuk, enjin dan keseluruhan teknologinya adalah garapan anak Malaysia yang MERDEKA !

Sesungguhnya PROTON adalah inspirasi buat saya kerana PROTON adalah lambang Malaysia Boleh !, Kita Boleh ! dan Saya Boleh !

INSPIRASI KEBANGGAN LIMA - Sukan Komanwel 1998

Penganjuran Sukan Komanwel 1998 adalah satu detik hebat yang akan saya ingati hingga ke akhir hayat. Keupayaan Malaysia menjadi negara Asia pertama yang menganjurkan Sukan ke dua terbesar di dunia ini selepas Sukan Olimpik cukup untuk menaikkan semangat kita warga Malaysia betapa tiada yang mustahil untuk dicapai andainya kita yakin kepada kemampuan diri dan sentiasa memiliki fokus serta disiplin yang tinggi terhadap sesuatu yang dilaksanakan.

Kesimpulannya, Tun Dr. Mahathir, Tun Razak, Malaysia Boleh !, PROTON dan Sukan Komanwel 1998 adalah lima sumber utama inspirasi kebanggaan saya yang secara langsung mahupun tidak langsung telah menjadi satu koleksi berharga di dalam hidup saya. Lima faktor istimewa inilah yang menjadi perangsang terhebat sepanjang hampir 25 tahun usia saya di bumi MERDEKA ini. Saya yakin adalah sukar untuk saya memperoleh 'semangat' yang baru untuk menggantikan lima yang telah tersenarai ini.

Fikir-fikirkan pula senarai anda dan telusurilah makna-makna yang tersirat di sebalik pilihan-pilihan yang telah anda himpunkan itu. Sejauh manakah pilihan-pilihan anda itu telah dan akan menjadi perangsang dan kekaguman yang membara di jiwa yang mulus itu?

Senarai anda dan saya mungkin berbeza tetapi hakikat yang perlu kita fahami ialah kita adalah rakyat Malaysia yang MERDEKA dan negara ini adalah tanggungjawab kita bersama ! Janganlah kita menjadi warga Malaysia MERDEKA yang lupa daratan dan terlalu negatif terhadap keupayaan negara sendiri.

Marilah kita beruasaha untuk menjadi seorang warga Malaysia MERDEKA yang sentiasa cuba memajukan diri, mementingkan muhibah sesama kaum, menghormati undang-undang negara, menghargai pemimpin dan legasinya, berbudi-bahasa selalu, mementingkan hasil dan keluaran tempatan serta sentiasa bersikap Malaysia Boleh !

Keranamu Malaysia, kami hidup aman sejahtera.... Keranamu Malaysia, kami hidup MERDEKA ! Keranamu Malaysia, kami bangsa berjaya !

Moga Malaysia kita terus dirahmati Yang Maha Esa, moga Malaysia kita terus kekal MERDEKA selamanya... Malaysiaku gemilang selamanya....




Neba2020: Merdeka itu adalah kebebasan, Merdeka itu adalah kemenangan... Merdekakah kita andai budaya dan kelakuan kita semakin 'lari' daripada 'asal usul' ? Merdekakah ilmu kita ? Merdekakah ekonomi kita? Merdekakah keluarga kita? Tepuk dada, tanyalah minda...