Rakyat Malaysia berpenyakit mental ? Mampukah kita untuk mempercayainya ? Seriuskah gejala ini ? Semestinya 3 persoalan ini adalah sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh kebanyakan daripada kita untuk menjawabnya. Adalah sesuatu yang memeranjatkan jika dikatakan bahawa kira-kira 3 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia mengalami masalah mental yang nyata. Penyakit mental bolehlah juga disama ertikan dengan masalah sakit jiwa.
Berikut adalah barisan fakta yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006:
--> 16% : Jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang mengalami masalah mental (2006)
--> 10% : Jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang mengalami masalah mental (1996)
--> 20.3% : Pesakit mental yang berusia 16 tahun dan ke bawah
--> 11.2% : Pesakit mental di kalangan orang dewasa
--> 19.5% : Pesakit mental di kalangan warga emas berusia 70 tahun dan ke atas
--> Kira-kira 20 hingga 30 orang membunuh diri setiap tahun bagi setiap 100 000 rakyat
--> Malaysia hanya memiliki 145 orang pakar psikiatri pada tahun 2007
Berdasarkan kepada dapatan kajian tersebut pastilah kebanyakan daripada kita akan merasakan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia yang layak digelar 'orang gila,' 'orang sewel,' 'orang tidak siuman' mahupun 'orang tak betul.' Awas ! Skop penakrifan orang yang berpenyakit mental seharusnya diluaskan lagi dan difahami oleh setiap daripada kita dengan seriusnya. Malah sewajarnya setiap antara kita cuba bermuhasabah diri dan melihat ke dalam jiwa dan sanubari masing-masing dengan cuba mengenal pasti sama ada kita sendiri 'bermasalah mental' ataupun 'sihat mental 100%.'
Berikut adalah 10 persoalan / kenyataan yang dapat saya utarakan buat kita bersama menilai diri masing-masing:
1) Adakah kita sering merasa takut / cemas apabila memikirkan masa hadapan ?
2) Adakah kita seorang yang mudah digertak / dipengaruhi oleh orang lain ?
3) Anda adalah seorang yang takut tewas !
4) Anda mudah sakit hati / geram apabila melihat orang lain berjaya !
5) Anda sentiasa berasa bahawa setiap tindakan / kata-kata anda adalah betul belaka !
6) Anda sentiasa cuba mencari kesilapan / kelemahan orang lain !
7) Anda selalu memikirkan bebanan kerja / tugasan / pelajaran sebelum tidur !
8) Anda selalu berasa takut untuk berhadapan dengan masyarakat / ahli keluarga !
9) Anda asyik merasakan orang lain sentiasa lebih bertuah / bergaya / menarik !
10) Adakah anda seorang yang selalu melalaikan tugasan kepada Tuhan ?
Seandainya jawapan 'YA' anda adalah lebih banyak daripada jawapan 'TIDAK' bagi 10 persoalan / kenyataan di atas maka anda layak untuk dikategorikan sebagai 'bermasalah mental' dan memerlukan 'permbersihan jiwa' dan 'perubahan pemikiran' yang sewajarnya demi menghadapi masa depan yang lebih tenang, teratur dan bahagia. Moga-moga...
neba2020: Orang yang 'bermasalah mental' tidak pernah merasa dia adalah seorang yang bermasalah dan orang yang 'tidak bermasalah mental' pula tidak pernah merasa dia adalah seorang yang cukup sempurna. 'Orang sempurna' tidak semestinya 'tidak bermasalah mental' dan 'orang gila' tidak semestinya 'si pembawa masalah kepada masyarakat.' Kadang-kadang orang yang tidak perasan dia 'bermasalah mental' adalah lebih menyusahkan masyarakat daripada orang yang betul-betul berpenyakit gila !
1 comment:
pendapat saya, ada diantara 10 persoalan/kenyataan yang disenaraikan oleh saudara itu tidak membayangkan seseorang itu mengalami masaalah mental.cuba perhatikan:
1) Adakah kita sering merasa takut/cemas apabila memikirkan masa hadapan?
Pendapat saya:
Adakah kita tidak perlu memikirkan masa depan? (just go with flow?) oh,orang yang cuma go with flow adalah orang yang tiada masalah dalam hidup? sentiasa cuba untuk berasa tidak cemas? bagi saya, orang sebeginilah yang bermasalah.takut untuk berdepan dengan cabaran dan takut untuk menerima dugaan.
3) Anda adalah seorang yang takut tewas !
Pendapat saya:
Bagi saya ini adalah satu attitude yang sangat bagus. Takut tewas, lantas membuatkan kita berusaha lebih gigih untuk tidak tewas. (reverse psychology kata orang)
4) Anda mudah sakit hati/geram apabila melihat orang lain berjaya!
pendapat saya:
Tidak boleh kah kita sakit hati/geram kalau dengan berperasaan sedemikian boleh membuatkan kita lagi berusaha untuk berjaya?
9) Anda asyik merasakan orang lain sentiasa lebih bertuah / bergaya / menarik !
Pendapat saya:
Sikap cemburu itu bagus. Semuanya adalah untuk memperbaiki diri. Kita jadikan orang lain yg sentiasa lebih bertuah / bergaya / menarik itu sebagai benchmark.
Adakah anda kaji fakta yang dikeluarkan oleh KKM itu? Apakah benchmark atau pengertian bagi masalah mental?
Post a Comment