Wednesday, October 3, 2007

25 Tahun ... 25 Perkara Istimewa

Salam Buat Semua,

Sekadar untuk mengimbas koleksi kenangan peribadi diri ini bersempena dengan syukurnya diri ini kerana diberikan Tuhan Yang Maha Kuasa pelbagai rahmat dan anugerah sepanjang 25 tahun kehidupan ini (8 Oktober 1982 - 8 Oktober 2007)....


1) Selalu mengimpikan untuk bergelar Dato' Seri Dr. Effandi Ahmad

2) Idola merangkap sumber inspirasi utama semestinya Tun Dr Mahathir Mohamad

3) Cita cita yang dijawab jika ditanya cikgu sewaktu sekolah rendah ialah menjadi seorang DOKTOR

4) Cita cita yang ditulis di dalam rekod pelajar ketika di Tingkatan Lima ialah menjadi
PENSYARAH dan AHLI POLITIK

5) Tidak pernah ke sekolah TADIKA

6) Nombor pertama diperoleh ketika peperiksaan pertama di Darjah Satu ialah nombor 22 !

7) Pernah terkencing di dalam kelas ketika Darjah Satu (menunggu giliran ujian lisan Bahasa
Inggeris)

8) Pernah dipanggil 'mayu' oleh saudara mara ketika kecil kerana bersifat amat pemalu dan
penakut

9) Tidak tahu untuk membeli makanan di kantin sekolah ketika Darjah Satu

10) Mainan kegemaran ketika kecil ialah model-model kereta kecil dan set model-model
askar kecil

11) Subjek kegemaran ketika sekolah rendah ialah Pendidikan Muzik dan Alam dan Manusia

12) Subjek kegemaran ketika menengah rendah (Tingkatan 1-3) ialah Matematik dan Sains

13) Subjek kegemaran ketika menengah atas (Tingkatan 4-5) ialah Prinsip Akaun dan Sejarah

14) Subjek paling dibenci ketika sekolah rendah ialah Bahasa Inggeris

15) Subjek paling dibenci ketika menengah rendah ialah Kemahiran Hidup

16) Subjek paling dibenci ketika menengah atas ialah Fizik

17) Pernah menjadi Ketua Darjah ketika Darjah 5 dan Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat, Johor (Kelas Biru)

18) Pernah menjadi Pengerusi Tingkatan selama 4 tahun berturut-turut sehingga Tingkatan 5
di Sekolah Tinggi Segamat, Johor (Kelas A)

19) Pengerusi Kelab Pengguna sekolah ketika Tingkatan 5

20) Warna kegemaran ialah Biru dan Nombor kegemaran ialah 7 !

21) Angan-angan utama di sekolah menengah ialah untuk melanjutkan pengajian di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM). Alasan utama - UTM adalah JOHOR !

22) Tidak pernah mengimpikan / berminat untuk melanjutkan pengajian di luar negara

23) Pernah menangis di depan TV ketika Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun)
membacakan sajak 'Perjuangan Yang Belum Selesai' ketika sambutan 50 tahun UMNO pada
tahun 1996

24) Bernazar secara spontan di depan TV untuk berpuasa pada esok harinya jika Dr. Mahathir
Mohamad menarik semula perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden
UMNO ketika membuat ucapan penutup Perhimpunan Agung UMNO tahun 2002

25) Motto diri sejak di sekolah menengah ialah "Melayari Impian Bernas" /
"MotivationThrough Aspiration"




Neba2020: Meningkatnya usia bukan bererti kita semakin tua sahaja tetapi meningkatnya usia bererti kita bakal menempuh perjalanan kehidupan yang semakin mencabar, tidak boleh diduga dan penuh dengan teka-teki....

4 comments:

Christine Sue Yuin said...

hey sir,
tis is de 1st tm i leave u a comment after view ur blog 4 quite alot of tm.....

after reading ur rahsia... i cant believe such a shy person wen young can b a good lecturer...

Bt ur eng now is very good... although u hate ENGLISH so much.
hehehhehehe

Hope 2 c u n call u as DATO' la in the future....

GOOD LUCK & TAKE CARE

dikazzz said...

hepi hepi hari kelahiran fendi, altho its quite late for me to wish u :p just suke baca blog u la, bahasa u tu i suka ^_^ keep on blogging Fendi!

Anonymous said...

assalamualaikum,nama saya wan nuur ain.panggil saja aien.sedang menuntut di ting.1 at s.m.k.gemereh.darjah1-6 di s.k.gemereh.upsr hanya 2A3B.Boleh sy tahu bile birthday awak dan no.phone.add di wannur_ain@yahoo.com atau sweetgirlz9195@yahoo.com atau ainisakiera1995@yahoo.com atau fakieraienis9195@yahoo.com akhir sekali saya ucapkan SALAM PERKENALAN.....WASSALAM.....JGN LUPA BALAS E-MAIL SAYA.........GOOD LUCK

Anonymous said...

hey..u r my senior...hahahahah sk Gemereh...just late 2 year from u...hahahaha