1) Saya mulakan weblog ini pada 1 Disember 2006, mula-mula hanya mahu mencuba dan tidak pernah terfikir akan terus aktif dan bertahan lama.
2) Hari ini rupa-rupanya telah 3 tahun InspiRasi 1982 ~~ 'bernafas dan bersuara.'
3) Terima kasih kepada semua yang sudi melawat dan membaca apa jua coretan yang saya paparkan di sini. Saya tidak kesah sama ada anda menyukai ataupun kurang selesa dengan setiap apa yang dinukilkan kerana yang penting ialah anda berminat untuk terus melawatinya.
4) Weblog ini tidak saya kategorikan kepada mana-mana identiti yang tetap. Saya tidak fokuskannya kepada 'cerita-cerita' tertentu sahaja. Ianya bukan weblog politik. Bukan juga weblog diari kehidupan. Tidak juga saya mahu jadikan ia sebagai halaman motivasi mahupun saluran cetusan rasa orang yang sedang bekerja. Weblog ini juga bukan mahu dibentuk sebagai medium berkongsi kisah peribadi diri sendiri ataupun tempat mengkritik apa yang perlu.
5) Apa yang pasti, saya hanya mahu jadikan weblog ini sebagai medium ekspresi pemikiran juga 'cetusan rasa' jiwa yang kecil lagi kerdil ini buat perkongsian muhibah bersama teman-teman pembaca yang sudi. Tiada sekatan isu dan tiada fokus yang utama.
Karangan manakah yang paling saya suka dan cukup bermakna di sepanjang 3 tahun ini?
- Emak Adalah Anugerah Tuhan Yang Terbesar Buat Saya ...
- Ayah Saya Adalah ' Harimau Bugis.. '
- Kisah "Jajan" 1989 (Nikmat Transformasi)
Neba2020: Permulaan itu hanyalah satu percubaan, bila apa yang dicuba terasa indah maka kita akan terus cuba untuk mengejar garisan penamatnya ... Penamat pula bukanlah satu pengakhiran andai kita bijak menjadikan penamat itu sebagai satu permulaan baru kepada satu misi yang lebih besar nilainya ...
4 comments:
Tahniah kepada penulis kerana berjaya mencapai ke tahap ini.
Bukan semua orang mempunyai 'stamina' untuk menulis untuk jangka masa yang panjang dan juga konsisten.
TAHNIAH buat fendy yang telah kekal dalam melayari dunia blog dengan pelbagai pengisian yang
bukan sekadar menumpukan pada kisah politik sahaja malah telah mencakupi variasi topik.
Pelbagai coretan, ulasan, komentar, nasihat, nukilan dan pendapat diutarakan memberi satu
impak yang penuh warna-warni diselangi pelbagai isi dan fakta yang menarik. Yang pro dan
kontra. Yang antagonis dan protagonis. Semuanya bercantum dan sebati manjadi satu tempat untuk diteliti, dilungsuri, dilayari, dihayati dan bermacam-macam lagi faedah untuk kita ambil dan tafsir secara bijak dan 'dicernakan' menjadi wacana minda. HANYA orang yang sempit fikirannya sahaja yang tak dapat menerima PENULISAN FENDY...
Kalau ade content yang baik, takkan kita tak sokong... :p
sama-sama. selagi apa yang ditulis tidak bertentangan dengan agama, teruslah menggerakkan jari jemari mu wahai sahabat. dalam 10, 5 org suka, 3 benci, 2 berkecuali. kalau asyik sibuk pk kan orang, ada ke org tuh pk kan ttg kita? belum tentu.
Post a Comment