Wednesday, December 23, 2009

Saya Kemalangan

Salam Buat Semua,

1) Jangan kita menyesali atau meratapi dengan apa yang telah terjadi.

2) Setiap yang terjadi ada hikmahnya.

3) Yakinlah dengan sepenuhnya bahawa apa jua yang Tuhan berikan kepada kita adalah ketetapan yang tidak boleh kita ragui mahupun kesali.

4) 22 Disember, 2009 buat pertama kalinya dalam sejarah hidup ini, saya mengalami kemalangan kereta yang serius.

5) Sekitar jam 10.20 pagi di jalan lama selepas susur keluar Tangkak, Johor menghala ke Jasin, Melaka ianya berlaku.

6) Saya sifatkannya sebagai penyebab serangkai 3 faktor. Secara tiba-tiba di sebuah selekoh (darjah ketajamannya agak rendah) tayar belakang kenderaan pancit dan keadaan jalan pula agak licin kerana hujan masih turun. Saya gagal mengawal kereta mengakibatkan ianya berpusing-pusing beberapa kali menghala ke arah kanan sebelum terjunam ke dalam sebuah parit besar yang agak dalam. Sekelip mata, saya bersama-sama dengan kereta terhempas ke dalam parit tersebut. Apabila terasa tidak mampu berbuat apa-apa, saya terus memegang stering kereta dengan kukuh dan menstatikkan badan sekuatnya di tempat duduk. Saya tidak panik dan tidak juga mengalami sebarang kecederaan.

7) Ramai yang kehairanan kerana saya langsung tidak mengalami kecederaan nyata malah boleh ketawa dan tersenyum tatkala menceritakan apa yang telah terjadi.

8) Beberapa jam selepas kejadian, badan saya mula berasa bisa-bisa di bahagian kanan daripada paras lutut hinggalah ke leher. Doktor kata ianya adalah normal akibat daripada 'putaran' kereta sewaktu kejadian dan hempasannya di dalam parit tersebut.

9) Saya bersyukur yang amat kerana Tuhan selamatkan saya daripada sebarang kecederaan. Emosi saya juga diberikan Tuhan kuasa positif yang cukup tinggi. Saya anggap kemalangan itu sebagai satu ujian biasa yang Tuhan berikan kepada saya.

10) Bersyukur juga kerana saya mendapat satu pengalaman yang cukup menarik. Kalau tidak kerana kemalangan itu, entah bila dan bagaimanakah saya dapat merasakan saat-saat 'kereta berputar dengan lajunya' sambil bergerak ke sisi lain sebelum menjunam ke bawah lalu terhempas. Pengalaman yang sungguh menarik dan cukup terkesan.

Kepada semua yang menghubungi saya dan cukup prihatin untuk mengetahui situasi saya selepas kemalangan itu, ribuan terima kasih saya ucapkan.

Neba2020: Percaya kepada ketentuan Tuhan membuatkan kita yakin betapa manusia ini cukup kerdil. Kita hanya mampu merancang tetapi Dia juga yang memberikan kata putus kepada apa jua yang akan berlaku ....

4 comments:

Muhammad Hazimin Wahab said...

Syukur pada Allah, setiap kejadian ada hikmahnya....

Helmy Ahmad said...

SUJUD SYUKUR KEPADA ALLAH SWT, Fendi tidak mengalami sebarang kecederaan walau secalit gurisan luka pun. Tentulah orang sekeliling dan saksi kemalangan berasa terkejut disebabkan kejadian kemalangan itu boleh dikatakan dasyat hingga terjunam ke dalam parit besar yang dalam. Di sini dapat disimpulkan tayar pecah lalu meletup adalah penyebab terjadinya kemalangan itu

Pagi 22 December ketika itu saya yang sibuk dengan pelbagai tugasan (arahan dari boss lerr..) yang harus dilaksanakan dan harus difikirkan menerima satu SMS yang lain daripada lain bunyinya. Seluruh alam dirasakan bergetar. Tergendala sekejap segala kerja. Setelah dapat pengesahan tidaklah se'serius' yang dirisaukan. Faisal adalah orang pertama yang dihubungi... Yang lain terkemudian.

Sebab itulah talian masuk bertalu-talu.

Tapi Fendi, dalam lingkungan kawan-kawan kita. I orang pertama 'accident' yang disifatkan paling serius tanpa sebarang kecederaan parah walaupun kereta sudah kena scrap. Luka kena jahit

(total 13 jahitan di tempat berlainan, kena cuti 3 minggu) adalah. Genap 4 tahun sudah kejadian...

Ingat tak lagi pagi tu I contact u first... HEHEHE...

Diharap member kita Encik Faisal dan juga rakan rakan yang lain berhati-hati ketika memandu... renung-renungkan......

Hiswadi Anuar said...

Salaam,

Saya terbaca status YM oleh Hazimin dan menghubungi beliau..syukur Alhamdulillah yang penting selamat..

myview said...

syukur fendi selamat...

adik azie pun baru2 nih accident macam fendi. dia kene kat lebuhraya dengkil. nasib baik lah ada anggota JPJ yang lalu membantu...

nampak fendi kat food court masih boleh gelak2... terkejut bila fahmi kata fendi accident...