Monday, March 2, 2009

Makan Duit Haram ?

Salam Buat Semua,

1) Encik (ayah) sewaktu bertugas di Telekom Malaysia pernah memberikan saya satu pengajaran yang cukup berharga. Ada kaitan dengan duit haram dalam bekerja.

2) Suatu hari (pertengahan tahun 1990an), Encik pulang lewat. Waktu Maghrib hampir menjengah baru dia kelihatan.

3) Di malamnya, tiba-tiba Encik 'berkhutbah' tentang duit haram.

4) Encik kata kita dibayar gaji untuk bekerja mengikut jumlah waktu yang ditetapkan. Kadang-kadang kita 'terguna' lebih masa untuk makan tengahari, terlewat sedikit datang kerja ataupun apa jua aktiviti yang bukan dinamakan bekerja.

5) Pada hemat Encik, sesekali tidak perlulah kerja lebih masa kita direkodkan di dalam borang tuntutan di akhir bulan. Anggap saja kita 'mengganti semula' apa yang telah 'terkurang' tanpa kita sedari. Duit haram mudah masuk ke dalam darah kita kalau tidak berwaspada.

6) Saya kaitkan kisah itu dengan kerjaya diri sendiri. Saya adalah seorang pengajar di universiti yang mengamalkan sistem masa kerja yang fleksibel. Tidak ada waktu wajib untuk datang dan sebaliknya juga.

7) Saya kira tugas utama seorang 'cikgu' di universiti ialah mengajar anak-anak muridnya.

8) Saya terfikir, tidakkah namanya makan duit haram juga andainya seorang 'cikgu' itu mengajar umpama melepaskan batuk di tangga ?

9) Tidakkah namanya makan duit haram sekiranya seorang 'cikgu' itu tidak cuba bersungguh-sungguh sewaktu mengajar ?

10) Tidakkah namanya makan duit haram juga jika seorang 'cikgu' itu kerap sangat menghabiskan waktu mengajarnya sebelum masa sebenar seperti yang 'diamanahkan' pihak universiti ?

Saya cuba jauhkan diri daripada 'termakan' duit haram, moga Tuhan memandu niat saya ini sebaiknya ....

Neba2020: Selalu kita mengecap orang itu makan rasuah, orang ini tidak amanah dan orang di sana juga di situ menyeleweng. Malangnya, jarang sekali kita cuba melihat diri sendiri mahupun keluarga kita sendiri, adakah kita bebas sepenuhnya daripada 'termakan' duit haram ?

6 comments:

Anonymous said...

Satu entri yang bagus untuk direnungkan oleh kita, bukan orang lain.

Keep it up!

stschin said...

Duit haram ni terpulang kepada falsafah masing masing....dan juga pegangan dia ke Tuhan..

aishah said...

my dear fendy,

bukan sahaja cikgu, ini adalah untuk mereka yang bekerja tak kisah la kerajaan atau swasta. kita tidak perasan makan duit haram. kita pergi bank, masuk office lambat, sedangkan kita diamanahkan untuk bekerja 8 jam sehari termasuk sejam untuk rehat. tapi, adakah kita semua sedar dan tau amanah dan tanggungjawab kita itu?

my auntie once told me this story. ada seorang tukang kebun di sekolah yang tidak bernah bercuti sampai dia pencen. setelah ditanya, dia menjawap "kenapa saya perlu bercuti? apabila hari hujan, saya tidak boleh bekerja. itulah cuti saya."

setiap kali teringat cerita ini, terfikir tentang amanah yang dipertanggungjawabkan pada saya. wallahualam. ;)

-aishah-

Noor Ashraaf said...

jadi bayangkan bila pemimpin anda buat kerja sambilewa...

apakah perasaan anda?

fendy_ahmad said...

Salam,

Ashraaf:

Mestilah kita kecewa dan rasa diperbodohkan.

Begitu juga dengan Ahli-Ahli Parlimen kita dewasa ini sama ada yang di Barisan mahupun di Pakatan. Mereka kelihatannya lebih 'gila' bekerja untuk menjaga kadudukan politik semata-mata juga menyokong perbalahan.

Di dalam Parlimen, rasanya tidak sampai 20% ahlinya yang betul-betul aktif secara intelek di dalam perbahasan lisan. Selebihnya, hanya pandai memanaskan bangku sahaja dengan sut mewah.

Anonymous said...

Saudara Fendy,

Itulah akibatnya kalau kita pilih pemimpin berdasarkan parti, bukan melihat kepada individu terbabit. ;)