1) Pagi tadi (24 November, 2008) Emak masak mee goreng yang cukup sedap.
2) Selepas solat Suboh saya 'menidurkan ' diri ini semula. Rancang untuk bertolak balik ke Melaka pada jam 11 pagi.
3) Saya tersedar semula daripada 'tidur tambahan' itu pada kira-kira jam 9.30 pagi.
4) Tatkala melihat saya sudah ke bilik air, emak bergegas ke dapur. Dari dalam bilik air sewaktu leka 'menghiburkan diri,' kedengaran bunyi kuali dan senduk saling berlagaan.
5) Saya faham sungguh perangai emak saya. Dia akan masak hidangan sarapan apabila saya sudah bersedia untuk menikmatinya.
6) Encik (ayah) juga seakan maklum, andai saya ataupun abang berada di rumah maka sarapan akan disediakan mengikut sistem 'just-in-time' menurut 'waktu' bujang-bujang bangun daripada tidur.
7) Maka mee goreng yang saya nikmati itu kelihatannya cukup 'panas dan segar.'
8) Mee goreng itu berencahkan udang, sotong dan sayur sawi. Sos tomato turut tersedia di atas meja.
9) Lawan mee goreng yang kelihatan basah itu adalah air kopi istimewa berjenama 'Kluang Station' yang sejak akhir-akhir ini menjadi kegemaran kami sekeluarga. Emak menemankan saya makan sambil kami berborak-borak mesra. Apa sahaja boleh kami borakkan, tiada batasan tiada kekangan.
10) Mee goreng dan air kopi daripada 'air tangan' Emak saya itu cukup membuatkan saya bercakap keseorangan di dalam kereta di sepanjang perjalanan pulang daripada Segamat ke Melaka. Betapa sayangnya Emak kepada saya dan saya berdoa kepada Tuhan supaya perasaan kasihnya saya kepada Emak dan Encik akan bertambah menggunung untuk setiap detik yang baru.
Emak dan Encik, Jumaat petang ataupun Sabtu pagi akan datang ini, saya akan pulang ke kampung semula ! Setiap minggu adalah HARI RAYA bagi kami sekeluarga !
Neba2020: Kadang-kadang kita menjadi menyampah dengan perangai segelintir manusia yang menangis bagaikan orang gila tidak siuman tatkala mengadap jenazah / mayat si ibu mahupun ayahnya yang telah meninggal dunia. Ratapannya cukup menghibakan sesiapa jua yang melihat tetapi apabila diselidik perjalanan hidupnya, 'liat' dan 'payah' sungguh untuk memperuntukkan masa bagi membahagiakan si ibu dan ayah sewaktu mereka masih hidup di dunia ini. Alahai, 1001 alasan pasti akan diberikan generasi moden yang memiliki Diploma dan Ijazah itu ! Semakin bijak manusia rupanya semakin bijak juga mereka beralasan dan bersandiwara ....
5 comments:
uhuk, uhuk... Saya rindu masakan emak saya... Nasi goreng yang dimasaknya, walaupun bahan-bahan di dalamnya biasa-biasa saja, tetapi rasanya saaangat sedap... air tangan ibu + kasih sayang tiada tolok banding, kan Fendy...
Wah, bertuahnya Mr Fendy.. Setiap minggu boleh makan bersama-sama emak dan ayah..
Wei Loon rindu betul masa-masa cuti semester ketika menjamu selera bersama emak dan ayah..
Betul kata Mr Fendy, sayangilah ibubapa selagi adanya hayat, janganlah sampai suatu hari nanti apabila kehilangan mereka barulah berasa kesal.. Masa itu, mengalirkan air mata darah sekalipun pun sudah terlambat!
kesimpulannya, Mr Inspirasi 1982 tak berus gigi sebelum makan pagi just in time tuh...
kehkehkeh
Biar apa pun masakan emak kita, walaupun hanya sekadar telur goreng mata kerbau setengah masak ia mempunyai makna yang tak ternilai dek kata-kata. Juga mempunyai nilai yang tak terbanding dengan apa-apa kenikmatan di dunia. Air tangan ibu + kasih sayang adalah 'rencah' masakan istimewa dalam nilai etika kemanusiaan. Mempunyai 'roh'nya yang tersendiri. Memberi impak kepada kita manusia. Bagi yang mahu memikirkan dan merenungi ertinya
oh, ini yang jadi isu hari tu - berus gigi... menarik.. saya sokong pendapat org yg suka komplen tu.. .hahah
Post a Comment