Thursday, September 25, 2008

Salam Aidilfitri, Selamat Hari Raya ...

Salam Buat Semua,

1) Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Yang Beragama Islam, Lebaran Bererti Satu Kemenangan Buat Kita Semua Untuk Memulakan Satu Misi Pembaharuan Diri Yang Seterusnya.

2) Selamat Menikmati Kegembiraan Bercuti Juga Merasai Kemeriahan Perayaan Nombor Satu Malaysia Ini Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Bumi Bertuah Sentiasa Harmoni.

3) Jadikan Aidilfitri ini sebagai titik permulaan untuk menguatkan ikatan kekeluargaan, menambah keserasian sesama pasangan dan mengolah kemesraan antara yang pernah menabur jasa dengan yang pernah menerima jasa.

4) Aidilfitri adalah masanya untuk kita menginsafi asal-usul dan keturunan. Moga Aidilfitri dapat menurunkan keegoan diri yang tanpa disedari telah mencengkam kuat keperibadian diri kita. Kita mudah terlupa betapa asal-usul kita penuh dengan hikmah dan tauladan, penuh dengan kesederhanaan, penuh dengan keperitan juga dugaan dan penuh dengan kasih-sayang yang suci daripada mereka-mereka disekeliling sewaktu kita menginjak dewasa dahulu.

5) Aidilfitri biarlah menjadi satu pencetus perubahan untuk kita lebih menyanyangi ibu dan ayah, membina azam dan harapan untuk sentiasa mendekati mereka selepas ini. Jangan kita jadikan ibu dan ayah sebagai bahan kenang-kenangan di musim-musim tertentu sahaja. Mereka tidak layak untuk 'disamakan' dengan muzium mahupun taman simpanan haiwan yang akan dilawati apabila kita mahu menikmati cuti ataupun di waktu lapang semata-mata.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Neba2020: Indahnya kenangan sewaktu alam kanak-kanak dahulu sewaktu Encik dan Emak membawa saya membeli pakaian raya di pasaraya sekitar Bandar Segamat. Gembiranya hati ini apabila mendapat sepasang dua baju berjenama Kiko, Kiki Lala mahupun Lady Bird. Harganya agak mahal tetapi di musim Raya memang Encik dan Emak tolak ketepi soal kos, kegembiraan hati si bongsu menjadi keutamaan mereka. Kini, saya wajib menggembirakan mereka berdua kerana mereka terlalu banyak menggembirakan kehidupan saya selama ini !

4 comments:

Muhammad Hazimin Wahab said...

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Anonymous said...

Seperti fendi, kenangan ketika zaman kanak-kanak dan ketika usia remaja pelbagai peristiwa yang manis dan indah berlaku di hari raya. Menolong ibu menyediakan juadah untuk hari raya sepanjang bulan Ramadhan dan mempersiapkan segalanya menjelang hari-hari terakhir bulan puasa seperti mengemas dan memperindahkan rumah adalah satu masa yang cukup manis untuk kita semua. Hari Raya Aidilfitri sememangnya hari yang dinanti-nantikan sekelian umat. Hari baik bulan baik hari yang dirasakan yang cukup berbahagia. Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada penulis secara online. Maaf zahir dan Batin. Ohh... teringat pula masa menyambut dan melaksanakan ibadah puasa di MMu. Suatu kenangan indah.....

SaLMy WaTeeN aBDuL LaTiF said...

salam eidul fitri mr fendi...

Himura Hazezy said...

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Moga berbahagia di samping keluarga.