Friday, September 5, 2008

Indahnya Puasa ...

Salam Buat Semua,

1) Bulan Puasa adalah umpama satu anugerah yang cukup bermakna buat Malaysia, jarang sekali ianya disedari juga disentuh daripada perspektif perpaduan negara.

2) Bazar-bazar Ramadhan yang tumbuh umpama cendawan selepas hujan di merata tempat juga unik kelihatannya. Walaupun ianya 'tertubuh' dek kerana memberi peluang kepada umat Islam membeli juadah buat berbuka puasa tetapi kelihatan juga kaum-kaum lain turut serta memeriahkannya. Terasa indah sekali melihat rakan-rakan Cina dan India membeli juadah masakan tradisional Melayu, berbicara di dalam bahasa Melayu dan sentiasa melirikkan senyuman.

3) Rahmat bulan Ramadhan juga menimpa para peniaga daripada kalangan rakan-rakan berbangsa Cina. Pesta membeli belah rakan-rakan Melayu bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Puasa pastinya mendatangkan rezeki yang melimpah kepada mereka.

4) Ramadhan juga bertambah ertinya apabila rakan-rakan Cina dan India mengutuskan kad-kad ucapan sempena Hari Raya, ingatan ringkas yang sungguh membahagiakan.

5) Semangat Ramadhan turut kelihatan apabila rakan-rakan Cina dan India mencuba sebaik mungkin untuk tidak makan mahupun minum di hadapan rakan-rakan Muslim yang sedang berpuasa.

Neba2020: Teringat sewaktu zaman persekolahan menengah dahulu, majoriti rakan-rakan Cina dan India 'sanggup' tidak pergi ke kantin sebaliknya mengisi masa bersama-sama rakan-rakan Melayu di dalam kelas sahaja, mereka sanggup 'berpuasa' seketika di sekolah ....

2 comments:

sixgun.samurai said...

Saya amat tidak gemar waktu rehat yang diperuntukkan oleh pihak sekolah. Bagi saya kurang sesusai kerana ianya diantara waktu sarapan dan makan tengahari.

Macam mana sahutan supaya rakyat menjalani kehidupan sihat dapat diambil serius apabila pendidikan awal di sekolah pun tidak menggalakkannya?

QuaChee said...

ya semangat muhibah rakyat memang kelihatan dalam bulan ramadhan... sebenarnya dalam setiap perayaan. best jugak suasana yang meriah sebegini :)