Thursday, September 11, 2008

Andai Kau Menjadi PM

Salam Buat Semua,

Andai Kau Menjadi PM,

1) Jangan kau lupa pada janji-janji manismu, setiap yang dikata wajib dilakukan

2) Jangan kau mudah mengikut telunjuk mereka yang di sekelilingmu

3) Jangan kau leka dengan puji-pujian yang datang tanpa diundang di setiap ketika

4) Jangan kau jadi pemimpin yang buta sejarah demi meraih undi dan sokongan

5) Jangan kau tutup realiti masa lampau dengan fantasi masa depan yang tidak pasti

6) Jangan kau khayalkan anak bangsa sendiri dengan tema-tema yang mustahil dicapai

7) Jangan kau bunuh perjuangan berdekad bangsa sendiri dek mengisi matlamat peribadi

8) Jangan kau cuba pisahkan bangsa dan agama, ianya ibarat irama dan lagu saling berkait

9) Jangan kau mudah hilang simpati kepada golongan bawahan yang perlukan pembelaan

10) Jangan kau terpedaya dengan sokongan pihak-pihak luar yang 'mencemburui' kita.

Andai Kau Menjadi PM,

Kau adalah harapan bangsa, penjaga agama, nakhoda negara ...
Khianat pada sumpah pasti membawa rebah dan cacian berdekad, berkurun lamanya ...

Neba2020: Tengku Razaleigh Hamzah si anak Kelantan, Datuk Seri Anwar Ibrahim si anak Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak si anak Pahang ... Kepada kalian, selamat 'tertabal' sebagai Perdana Menteri ke 6 Malaysia ! Berkhidmatlah dengan penuh dedikasi atas nama Tuhan Yang Maha Kuasa, Maha Mengadili ....

4 comments:

fooi said...

Who could bring Malaysia to next Level in the global stage?

Helmy Ahmad said...

Antara tiga-tiganya. Sesiapa yang memegang jawatan teratas dan terpenting negara ini harus:-

1) bertanggungjawab dalam mengemudi negara

2) berwibawa dan berkredibilti dalam mentadbir negara

3) berfikiran kritis dan analitik dalam mengurus negara

Tak perlu saya jelaskan lagi. Semuanya termaktub secara tersirat dan tersurat dalam catatan-catatan mengikut 'point' Fendi

Pandai-pandailah memerintah. Ingat!!!

Sebelah kaki anda di Syurga, di Neraka lah kaki anda sebelah lagi .

Pertimbangkanlah sewajarnya.

Anonymous said...

Benar, kapal tidak dapat bergerak tanpa kaptennya tetapi tanpa anak kapal yang berwibawa, berpengetahuan tinggi dan mantap, pengemudian kapal tersebut akan menjadi kurang efisen.

Anonymous said...

Salam...

1.dari dulu saya tengok, gaya penulisan Fendy, sama macam Tun Dr.M... Disusun kemas mengikut galur isinya. Di nomborkan setiap faktanya.

2.Hmm, mengenai senario politik Malaysia ketika ini, apa yang saya boleh katakan, ianya menghampiri "Gawat"... namun ada segelintir "puak" menafikannya... terpulanglah..