1) Penahanan menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dianggap sesetengah pihak sebagai satu bentuk kekejaman nyata kerana individu yang terbabit akan 'disumbat' ke Kem Kamunting tanpa memerlukan pembicaraan. Penahanan boleh berlanjutan selama 60 hari dan tempoh seterusnya boleh dilanjutkan dengan arahan Menteri Dalam Negeri melalui nasihat pihak Polis.
2) ISA dikatakan menjadi alat cukup eksklusif kepada pemerintah untuk 'mendera' dan 'menghukum' musuh-musuh politik yang kritikal terhadap cara serta gaya kerajaan semasa.
3) Raja Petra Kamaruddin ditahan di bawah ISA akibat daripada 'kebijaksanaan terlampau' yang ditunjukkannya melalui lawan weblog kendaliannya yang menggunakan ayat-ayat menghina para penganut agama Islam serta meluluskan penyiaran komentar-komentar yang menghina Islam dan Nabi Muhammad. Mungkin inilah hadiah terbaik buat seorang Muslim yang terlalu liberal gaya kehidupan juga cara pemikirannya.
4) Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor) yang bolehlah dianggap sebagai wanita besi DAP turut menerima padah apabila dengan biadapnya telah cuba menunjukkan taring kebodohannya dengan mencetuskan isu penggesaan larangan azan Suboh dikumandangkan di masjid dan surau di kawasan Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya. Beliau turut cuba menjadi jaguh 'Malaysian Malaysia' pusaka peninggalan Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Malaysia dengan menggesa supaya dilaksanakan penggantian tulisan jawi di papan tanda nama jalan dengan tulisan Tamil, Cina dan Inggeris.
5) Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang nampaknya mempunyai masalah pemahaman Bahasa Kebangsaan yang kritikal turut menerima 'undangan terpaksa' di bawah ISA. Wartawan muda tersebut didapati telah 'menghuru-harakan' ucapan asal Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail sewaktu kempen Piliihan Raya Kecil Permatang Pauh sekitar Ogos 2008. Tulisan Tan secara jelasnya telah memanipulasi secara maksima kata-kata rujukan sejarah Ahmad yang mengatakan kaum Cina pada asalnya adalah 'kaum pendatang' di tanah air ini. Daya usaha 'berani mati' beliau itu didapati mempunyai unsur-unsur tidak sihat yang mampu mencetuskan isu perkauman. Wanita itu mendakwa Ahmad melabelkan masyarakat Cina di Malaysia hanyalah 'penumpang' semata-mata, secara jelasnya pemilihan ayat yang kemudiannya dibaca oleh ratusan ribu pembaca daripada kaum ke dua terbesar di Malaysia itu mampu mencetuskan satu polemik negatif yang serius kepada hubungan kaum di negara tercinta ini.
(Semakan lanjut: Tan telah dibebaskan kurang 24 jam setelah ditahan apabila pihak Polis berpuas-hati dengan penerangannya. Tahanan awalnya turut dikaitkan dengan ancaman keselamatan terhadap beliau yang dikatakan di tahap merbahaya)
6) Secara jelasnya, penahanan tiga individu terbabit pada tarikh 12 September 2008 tidak sewajarnya dilihat 100% daripada aspek politik semata-mata. Secara kebetulannya, yang membenarkan penahanan adalah Menteri Dalam Negeri (seorang anggota kerajaan daripada UMNO dan Barisan Nasional) manakala yang ditahan adalah ahli politik kanan pembangkang, pengendali blog yang kritikal terhadap kerajaan dan wartawan yang seakan mencemburui dasar-dasar dan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.
7) ISA terpaksa digunakan sebagai mekanisme segera bagi mengekalkan kestabilan negara. ISA perlu untuk membanteras sebarang kemungkinan lebih buruk yang bakal timbul di kemudian harinya akibat daripada keterlanjuran sesetengah individu yang mampu membawa kepada huru-hara di dalam negara juga bertambah panasnya hubungan di kalangan ahli masyarakat berbilang bangsa. Nasi sudah menjadi bubur pastinya bukan impian kita !
8) Melalui ISA, 'benih-benih' negatif yang sedang bercambah dengan mekar dan segar itu perlu dicantas daripada terus berkembang kerana dikhuatiri apabila ianya telah menjadi pohon yang tegap, masanya sudah terlewat dan keadaan telah menjadi lebih sukar. Sesal kemudian tiada gunanya !
9) Seandainya penahanan segera tidak dibuat dan segalanya memerlukan proses 'pengadilan' yang kompleks dan berjela-jela, 'benih-benih' keburukan yang cuba disemai itu pasti akan mempunyai masa yang cukup untuk terus berkembang dan meluas. Walaupun diakhirnya individu-individu terbabit didapati bersalah lalu dihukum tetapi apa maknanya sekiranya proses 'pengadilan' itu memakan masa selama berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun. Sepanjang lamanya proses 'pengadilan' itu, sepanjang itu jugalah 'keizinan' untuk isu-isu kontroversi itu terus didebatkan, dihangatkan dan diguna-pakai oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Penamatnya hanyalah satu situasi yang tidak baik untuk kestabilan dan keharmonian negara berdaulat ini.
10) Walaupun ISA tidaklah 100% telus di sepanjang 'penggunaannya' sejak Malaysia mencapai kemerdekaannya 51 tahun yang lepas tetapi penahanan-penahanan pada tanggal 12 September 2008 perlulah dilihat daripada perspektif di luar ruang lingkup politik semata-mata. Kerajaan mempunyai tanggung-jawab sosial untuk memastikan hubungan kaum di Malaysia ini berada di tahap yang aman dan sentosa selalu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi yang dianuti lebih 60% daripada rakyat dan juga martabat Bahasa Kebangsaan yang menjadi penghubung utama di kalangan 27 juta orang rakyat Malaysia.
Neba2020: Konsep perpaduan teras kejayaan sesebuah negara tidak akan menjadi kenyataan andai kerterbukaan diberikan 100%. Keterbukaan dan kebebasan tanpa sekatan dan tanpa had hanya akan membuka 1001 isu dan kecelaruan yang tiada penamatnya. Agama sendiri terbentuk dengan peraturan-peraturan dan juga batasan-batasan tertentu demi menjamin kehidupan yang saksama buat semua pihak. Kesaksamaan bukan bererti keadilan kerana keadilan tidak semestinya membawa kepada kesaksamaan.
9 comments:
salam~
ini ada bahan bacaan berkaitan ISA
http://saifulislam.com/?p=2869#more-2869
emm.. selaluny bila sy bercakap yg berkaiatan agama, mesti org akn ckp sy ni penyokong PAS, nk tunjuk alim, ckp ttg agama lak.. huh..
percaya lah, bilama sy kaitkan sesuatu dgn agama, ia tidak lansung bermotifkan POLITIK! ia semata mata kerana sy seorang ISLAM, dan sy perlu lihat semua perkara dlm hidup dr sudut pandang islam~
ad-deen. ia itu cara hidup yg syumul.. :)
NICE ONE BROTHER U PUNYA BUDAK KENA ISA, SEKRANG LU BLEH MAMPUS CEPAT2 OK
kasihan kat teresa kok.mcm mana agaknya keadaan dia dalam penjara.Bukan sebarang penjara ni..special punya.khas untuk musuh politik.hehe = p
kita kena tolak politik asabiyah dan kekal pada Islam yang satu. Itulah sajanya untuk mengekalkan keaman sesama kaum di bumi yang bertuah ini.
tapi, yg ajaibnya, org yg keluarkan statement berbau perkauman, Ahmad Ismail tu, tak kena pula ISA...
jelas, ISA, khas untuk pembangkang shj.
Biasalah, segala aspek diperkudakan demi kepentingan diri.. apakan daya..
oh Malaysiaku.. Hadhari....
ISA memang selalu di salah gunakan terutamanyer oleh idola no.1 penulis ini. Bapa kepada politik wang, kronisme, rasuah dan salah guna kuasa. Kalau dilihat penulis ini memang sudah menjadi pengikut UMNO yang buta, yang mempercayai apa yang laporkan oleh media kawalan BN dan orang BN sahaja. Tahniah anda merupakan salah seorang daripada golongan mundur UMNO. TOLAK UMNO TOLAK BN TOLAK KEJAHATAN.
Salam,
Gembira sungguh saya membaca komentar di atas, terima kasihlah di atas 'penghargaan' itu.
Saya selaku penulis amat menghargai keprihatinan kalian terhadap arah tuju 'pemikiran' dan 'haluan' saya.
Terima kasih !
Pabila membaca komentar yang 'Straight to the point' oleh individu yang 'anonymous' itu. Saya ketawa seketika... Tersembur jugalah gelak dari saya. Diringi senyum sinis... Hehehe...
Kasihan penulis blog ini, 'buta' katanya. Saya terfikir 'Celik' sangat kah orang itu....
Tak apalah fendi teruskan lah penulisan anda dalam keadaan 'buta' jua 'mundur' ini dan biarlah orang 'celik' jua 'maju' memberi komen. Setidak-tidaknya komen mereka membina penilain positif dan negatif kita.
Hehehe..
saya sokong penulisan awak tentang ISA ini.
ISA banyak menyelamatkan negara daripada anasir jahat dan berbaur perkauman..
Post a Comment