Thursday, September 18, 2008

Buat Dia Yang Tersayang ....

Salam Buat Awak,



1) Terima kasih di atas kesudian awak menerima saya, sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan di awalnya. Ketika itu niat saya hanyalah sekadar untuk mencuba, memberanikan diri dan meluahkan apa yang menghantui perasaan ini. Awak memberikan saya satu peluang yang cukup istimewa dan akan disyukuri selalu.

2) Kita bina ikatan perkenalan ini dengan cara yang berbeza dan unik, pertembungan dua anak muda era moden yang mementingkan cara dan hala yang tersendiri.

3) Kita bertemu tidak kerap, jari-jemari tangan masih mampu membilang jumlahnya dalam setahun. Setiap pertemuan adalah istimewa dan berpaksikan batasan akhlak yang sama-sama kita kekalkan sebaik mungkin.

4) Kita menjadi akrab melalui sistem pesanan ringkas dan perkongsian suara di talian telefon, setiap hari dilalui dengan rasa dekat walau di mata ianya berjarak.

5) Awak sedia maklum bahawa lelaki yang satu ini tidak pandai berlagak romantis, dia bukan 'mat jiwang' dan bukan juga 'mat asmara,' dia tidak pandai berlakon untuk kelihatan romantis kerana dia tidak mahu menjadi seorang yang berbeza pada dua situasi yang berbeza.

6) Awak, saya adalah seorang pencinta yang suka menghiburkan hati orang yang saya sayangi. Setiap detik yang membuatkan awak mampu ketawa mendengar celoteh-celoteh saya adalah satu kenikmatan yang sungguh membahagiakan.

7) Andai awak menganggap saya sebagai 'mat lawak' yang terbaik buat dirimu itu, saya amat menghargainya kerana saya ingin kita bina hubungan ini di atas dasar ceria bersama, jangan bersedih melalui kehidupan.

8) Awak, terima kasih kerana sudi menjadi pendengar yang cukup setia kepada kisah-kisah sejarah penitian negara kecil ini yang cukup kerap saya 'hulur' tanpa diminta. Awak mendengar cerita-cerita Tun Dr. Ismail, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, 13 Mei 1969, perjuangan UMNO, kisah-kisah ke arah kemerdekaan Malaya, patriotisme tentera-tentera menentang anasir Komunis dan pelbagai lagi dengan penuh rela dan minat yang sentiasa tinggi momentumnya.

9) Terima kasih juga di atas kesudian awak mendengar 'ceramah-ceramah' ringkas saya tentang hadis-hadis pilihan, ayat-ayat istimewa Al-Qur'an, ilmu Fekah dan siri tauladan perjuangan Nabi Muhammad dalam mentadbir juga meluaskan agama Agung ini.

10) Sepanjang perkenalan kita ini, awak layak saya angkat sebagai 'pendengar terpaksa' nombor 1 kepada 'mat politik' yang seorang ini ! Awak sudah cukup masak dengan ideologi politik saya. Tiga nama yang cukup 'popular' di pendengaran halwa telinga awak semestinya Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 'Mahathir, Pak Lah dan Anwar,' mereka cukup setia menjadi bahan-bahan terpilih untuk saya 'bersyarah' buat pendengaran awak yang istimewa, tempat saya mengasah 'bakat politik' secara percuma.

11) Semakin lama saya mengenali awak, semakin saya rasa awak cukup istimewa. Semakin lama saya menyanyangi awak, semakin saya rasa bahagia tanpa kebosanan. Semakin lama saya memahami awak, semakin saya merasai awak adalah wanita yang cukup tinggi sopan dan sabarnya.

12) Saya mengidamkan seorang wanita yang tidak lupa pada solatnya, tidak sombong perilakunya, manis senyuman kepada semua dan sentiasa ingat kepada ibu dan ayah.

13) Saya mengidamkan seorang wanita yang pandai memasak dan suka mengemas rumah, disayangi adik-adiknya kerana sikap bertanggungjawab yang istimewa juga penyanyang dan sentiasa menjaga personalitinya di hadapan khalayak.

14) Saya suka kepada wanita yang bijak menjaga keterampilan dirinya sebagai seorang wanita Melayu beragama Islam, sederhana dalam berpakaian, ada modennya di sebalik ciri-ciri Islamik dan budaya Melayu yang terjaga rapi.

15) Saya tidak mengharapkan AWAK menjadi wanita yang lengkap segalanya kerana saya sendiri berharap awak dapat menerima saya dengan 1001 kekurangan diri ini yang amat banyak perlu diperbaiki. Kehidupan ini adalah untuk saling melengkapi, saling memperbaiki. Cukuplah saya katakan di sini bahawa AWAK sudah menepati ciri-ciri wanita yang saya idamkan, AWAK memiliki segalanya. Saya tidak layak untuk mengidamkan sesuatu yang lebih hebat segalanya kerana saya sendiri bukanlah sehebat Muhammad bin Abdullah untuk memiliki wanita agung seperti Siti Khadijah. TERIMA KASIH AWAK !

Neba2020: Selamat Hari Jadi Buat Awak. Saya Doakan Hidup Awak Diberkati Allah Taala Selamanya. Moga Yang Maha Mengasihi dan Yang Maha Penyanyang Mengurniakan Awak Kesehatan Yang Baik, Murah Rezeki, Dipermudahkan Segala Urusan Kehidupan, Bahagia Selalu Bersama Ayah dan Ibu, Dijauhkan Daripada Bala Bencana dan Gejala Maksiat dan Sentiasa Hidup Dengan Keceriaan dan Kegembiraan Tanpa Kesedihan. Awak Adalah Pendorong InspiRasi ~~ ....

12 comments:

Nurul Aizam Zaini said...

salam..
emm... sy x pastilah.. tp bolehke kita tulis nama rasulullah mcm tu yer?? pndangan sy at least ada salutation dia.. mcm kalo kt msia ni kt bg dato ke , tan sri ke itu utk manusia biasa..

err sy x pasti, tu pndangan je.. bole la cek ngan org yg lebih tahu.. kerol pun bole kot.. kalo saya salah maafkan yer.. huhu..

p/s: x niat nak sakitkn hati sape2 yer.. :D

fendy_ahmad said...

Salam,

Saya merujuk kepada sebuah buku yang bertajuk BIBLIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH yang ditulis oleh 2 Sarjana Bertaraf Professor Dr. di Bidang Syariah dan Ilmu KeIslaman daripada Universiti Malaya.

Olahan buku tersebut dengan tema penceritaan secara santai menggunakan sebutan 'Muhammad Bin Abdullah' untuk merakyatkan lagi penceritaan yang bukan saja terfokus kepada umat ISLAM tetapi buat perkongsian dengan yang BUKAN ISLAM juga.

Terima kasih di atas keprihatinan anda.

rasyd said...

salam.
abg nurul ni anti klimax la.cis = D

eSyah 0Ne said...

Salam sir.. =D
sir.. nnti sy nk bt date ngn sir boleh??
nk tnya tips fm2 =p.. heee..

Psl video fmi presentation tu.. mmg mdm norizaton ada tunjuk dlm kelas kitorg video sir mase 'muda2' dulu.. hheheh.. sir jln2 nk gi cari org kot interview kot..

last one.. sir, sy perlukan tips.. :D. Tq sirr..

mfbi said...

AI.....sejak bila Blog ni jadi blog luahan rasa cinta dan sayang....bukan biasanya medan perjuangan romantis ker....atau sudah bertukar haluan setelah 16 sept.

APA PENDAPAT TUAN?

Anonymous said...

Salam,

Wahhhh, ini cerita baru ni. hehehe..sy tumpang gumbira membacanya. Makan nasi minyak jgn lupa saya tau.

Sir, kalau ada masa, bleh tak sir ceritakan ttg pelaburan ASB? Dr sudut Islam mcm mana? Lebih kurang apa pendapat sir ttg pelaburan jenis ni. ;D

eSyah 0Ne said...

sir;
baru saya perasan..
patot laa dekat notes lecture sir aritu..
ade 'love2' yer sir.. heee

nice writing sir :D

Anonymous said...

Fendy....

Kamu tu dah masuk fasa "penambahan Komitmen"... kalau dah tersua yang "berkenan" tu, janganlah ditangguh ya. Tak elok orang kata, tak manis dipandang mata... semoga Fendy selamat menempuh alam pemimpin yang seterusnya.Menjadi "Suami" dan Imam yang berkaliber....

Saya doakan bahagianya... Aminnn

f a R said...

tersenyum saya baca entry ni. berAWAK-AWAK semua.

semoga berbahagia hendaknya :)

wei^loon said...

Mr Fendy,
Nak belanja nasi minyak tu janganlah pulak lupa kat budok ganu seorang ini.. :)

Moga ceria dan gembiralah selalu !

Anonymous said...

yuhuuu Fendy,

saya setuju dgn sahidan! =)
and saya juga tersenyum sepanjang membaca penulisan awak this time ;)
welcome to another phase of life to u thou! ^_^

Anonymous said...

wah... jiran u pun tak tau u sudah pato ..hahaha..bila nak show your gf pic??

very happy at last u found someone u really love and love you.

God bless you.