Sunday, March 15, 2009

Nazri Aziz : Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah?

Salam Buat Semua,

1) Datuk Seri Nazri Aziz adalah menteri yang awal-awal sudah 'menjauhkan' dirinya daripada bertanding untuk jawatan Majlis Tertinggi UMNO. Kemungkinannya, dia telah kecewa dengan keadaan UMNO, tidak yakin akan mendapat sokongan atau telah merasa tiba masanya untuk mengundurkan diri.

2) Dia pernah menjadi 'pendekar segera' UMNO pada tahun 2006 sewaktu Tun Dr. Mahathir Mohamad 'menyerang' Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).

3) Dr. Mahathir begitu 'geram' dengan tindakan 'flip-flop' Pak Lah yang membatalkan projek 'jambatan bengkok' di Johor. Pak Lah seakan 'tunduk' kepada Singapura dan pada penafsirannya, kita seolah kurang 'kedaulatan.'

4) Perdana Menteri Malaysia ke 4 itu turut menyatakan bahawa Pak Lah bukanlah pilihan pertamanya untuk menjadi Perdana Menteri ke 5. Dr. Mahathir secara berterus-terang mengatakan bahawa beliau lebih mahukan Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak menggantikannya.

5) Hakikatnya, Pak Lah 'bertuah' kerana sewaktu 'pilihan' perlu dilakukan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal tahun 1999, UMNO ketika itu sedang menghadapi krisis keyakinan di kalangan orang Melayu.

6) Asakan PAS ketika itu cukup kuat di bawah pimpinan Allahyarham Fadzil Noor. Pak Lah dilihat sebagai seorang tokoh UMNO yang mampu menguatkan 'pengaruh' UMNO dek imej Islamiknya yang begitu menonjol. Beliau dipilih sebagai timbalan Dr. Mahathir dan jelas imej UMNO berjaya dikuatkan.

7) Nazri pernah mengusulkan supaya Dr. Mahathir keluar daripada UMNO. Beliau dengan beraninya menunjukkan lagak 'pendekar' apabila berkata bahawa andainya Dr. Mahathir berada di luar UMNO maka lebih mudahlah untuknya 'bertarung' dengan Bapa Pemodenan Malaysia itu. Itu cerita pada tahun 2006.

8) Apabila Dr. Mahathir keluar daripada UMNO pada tahun 2008 di waktu UMNO telah mengalami 'kejutan' sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12, Nazri terus menyepi dan kehilangan 'suara pendekar.' Nazri sudah tidak segagah tahun 2006 sewaktu dia menjadi 'pendekar' utama Pak Lah dalam 'menghentam' Dr. Mahathir. Ramai pemerhati politik melihat Nazri bertindak keterlaluan dan kelihatan cukup 'kurang ajar' terhadap Dr. Mahathir.

9) Riwayat politik Nazri kelihatannya masih di dalam 'bayang-bayang' menjelang April 2009 ini. Adakah dia masih diperlukan oleh Perdana Menteri baru?

10) Sokongan 'terlebih-lebih' Nazri kepada Pak Lah sedikit masa dahulu bukannya menguatkan imejnya tetapi telah menghancurkannya sama sekali. Ramai yang hairan, di manakah perginya Nazri yang pernah memangku jawatan Ketua Pemuda UMNO di waktu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik menghadapi 'isu skandal' di pertengahan 1990an dahulu? Nazri ketika itu kelihatan cukup meyakinkan, tenang, bijaksana dan 'cerah' masa depannya.

Neba2020: Orang kata manusia berubah kerana masa juga berubah. Sekali air bah, sekali pantai berubah? Atau mungkin, kuasa sebenarnya yang mengubah manusia, bukannya masa ?

4 comments:

Muhammad Hazimin Wahab said...

bak kata karpal singh, dalam politik, tiada apa yg kekal, baik musuh mahupun kawan....

... tapi yg kekal adalah prinsip masing-masing...

... itulah yg menjadikan karpal singh kekal hingga hari ni... tapi dlm politik juga (terutama UMNO), ramai yg berubah2 pendirian, dek kerana nak menyokong org atas (jaga periuk nasi)... apakan daya, sudah memilih jln begitu, maka.... paham-paham ajalah....

fendy_ahmad said...

Salam,

Saudara Hazimin:

1) Bila menjual prinsip, biasanya pro-Pakatan akan mengatakan UMNO yang sesuai.

2) Lihat jauh-jauh juga, rasanya PAS sendiri sejak era akhir 1990an sehingga kini, sudah mula menjual prinsip pegangan hakiki mereka (mungkin pemimpin / ahli politiknya tidak keluar parti tetapi 'suara' telah mula berubaha. Kerana apa? Kuasa dan 'niat' untuk menangi jiwa rakyat tetap mendapat tempat.DAP juga begitu nampaknya.

3) Kes juga ada berlaku di kalangan ahli PKR yang menyokong Anwar 'gila-gila' tetapi bila melihat si ketuanya seakan 'tiada masa depan,' maka keluarlah mereka daripada 'saf perjuangan.'

4) Kajian politik juga perlu dikemaskan, jangan mudah memberi contoh 'automatik' kepada UMNO sahaja. Parti-parti di Sabah dan Sarawak (BN mahupun bukan BN), MCA, Gerakan juga banyak kisah-kisah seperti ini.

Terima kasih atas respon yang bernas :)

Anonymous said...

erm kebutulan sir efendy cerita tentang nazri aziz..


sekarang orang dok cerita kejelikan style umno menjelang pemilihan agung..


satu2 kes rasuah dibongkar azalina, norza... ini mungkin semua gara PAU ....

kini pula tersebar slah laku mora melibatkan mungki nazri aziz dan anak nya


gambar ini pun tersebar


sila buka
http://www.gutteruncensored.com/

fendy_ahmad said...

Salam,

Buat anon:

Saya selaku penyokong UMNO merasa bersyukur kerana usaha untuk membersihkannya mula kelihatan.

Saya kira majoriti penyokong dan pemimpin UMNO adalah jujur, ikhlas dan bertanggung jawab, yang minoriti inilah yang merosakkan imej parti.

Bagi penyokong pembangkang, kalau disiasat dikatanya UMNO sah telah busuk dan teruk, kalau didiamkan katanya UMNO memang sudah kronik dan 'menjaga' si perasuah dan seumpamanya.Serba serbi tidak kena :p


Saya kira tindakan berani untuk mendedahkan yang 'busuk dan hina' ini kalau betul cara dan niat maka akan mendapat redha ALLAH Taala.