1) Awal 1990an, imuniti (kekebalan) Raja-Raja 'terlucut' melalui kaedah perlembagaan.
2) Raja-Raja dan kerabat terdekatnya boleh dibicarakan di dalam mahkamah khas.
3) Imuniti yang ada dilihat telah 'disalahgunakan' oleh kerabat-kerabat. Ada yang sesenang hati memukul orang, menampar, menyepak-terajang, mengganggu 'kesucian' wanita-wanita umum, memaksa pegawai-pegawai kerajaan menuruti kehendak peribadi kerabat demi kepentingan perniagaan, menghalau rakyat sesuka hati dan mendesak Menteri Besar ataupun Perdana Menteri untuk 'membiayai' aktiviti perjudian.
4) Tahun 2008 menyaksikan calon pilihan Perdana Menteri untuk menjadi Menteri Besar di Perlis dan Terengganu telah 'ditolak' oleh Raja / Sultan. Akhirnya, calon yang benar-benar direstui pihak istana telah mengangkat sumpah.
5) Peristiwa imuniti di awal 1990an dan keengganan istana menyetujui pilihan Perdana Menteri itu telah menjadi 'bahan' oleh pihak Pakatan Rakyat untuk mengatakan bahawa UMNO adalah pihak pertama yang layak digelar sebagai 'penderhaka' dan 'peruntuh' institusi Raja-Raja Melayu.
6) Ingkarnya pihak Pakatan Rakyat untuk beralah kepada titah perintah Paduka Seri Sultan Perak (melantik Menteri Besar baru daripada UMNO setelah majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak memilih untuk tidak menyokong kerajaan Pakatan Rakyat) telah 'dipusingkan' kepada isu lain. Mereka tidak boleh dipanggil 'penderhaka' sebaliknya Sultan Perak pula yang 'dipersalahkan.' Sultan dikatakan telah bertindak melangkaui kuasa Raja berperlembagaan, silap menginterpretasi undang-undang dan 'dibayangi' oleh tangan-tangan belakang (UMNO).
7) Tindakan pemimpin-pemimpin Melayu di dalam Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini sebenarnya telah 'mendedahkan' institusi Raja-Raja Melayu kepada 'serangan terbuka.' Mereka tanpa disedari telah meracun pemikiran orang-orang Melayu demi 'survival' politik sempit dan yang lebih memalukan ialah menghadirkan persepsi negatif rakan-rakan bukan Melayu terhadap institusi yang bermartabat tinggi itu.
8) Bak kata Sultan Sharafuddin Idris Shah (Sultan Selangor) pada 6 Mac 2009, '... sejak kebelakangan ini tersebar di media elektronik dan media cetak suara-suara lantang yang mempersoalkan tentang kedudukan orang Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu di negara ini, padahal seperti yang beta katakan, perkara ini telah dipersetujui sebelum negara ini mencapai kemerdekaan dan telah termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan Persekutuan.'
9) Baginda Tuanku Sultan juga bertitah, 'Apa yang lebih menyedihkan beta, suara-suara lantang ini datangnya daripada orang-orang Melayu sendiri yang biadap, tidak berbudi bahasa dan tidak merasa segan atau malu.'
10) Kes imuniti tiada berkaitan dengan penderhakaan. Imuniti yang ditarik telah menjadikan insititusi istana menjadi lebih dihormati dan membentuk kerabat-kerabat yang lebih sensitif kepada nilai-nilai murni kehidupan. Kes di Perlis dan juga di Terengganu berakhir dengan aman dan sesekali pihak UMNO tidak mempertikaikannya selepas 'angkat sumpah' jawatan Menteri Besar dijalankan.
Melayu mana sebenarnya yang lebih biadap? Tepuk dada, telesurilah minda !
Neba2020: Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan ....
3 comments:
Bukan aku tak suka sultan-sultan ni, tapi bagaimana nak jadi ketua agama Islam negara ini kalau mereka sendiri berkelakuan tidak elok seperti menuju ke kelab-kelab malam, meneguk minuman keras, berjudi, dan lain-lain aktiviti yang dicegah oleh agama. Bukankah kepimpinan itu melalui tauladan?
Kita kena ingat, majoriti Melayu sekarang bukan beragama nenek moyang kita lagi(animisma(pagan), hindu, etc) tetapi sudah bergelar Muslim.
Layakkah kita digelar muslim apa kita menutup mata bila pemimpin sendiri berkelakuan tidak senonoh?
Amar makruf nahi mungkar.
Saya ingin mengajak penulis dan pembaca sekalian supaya merenungi dan menghayati surah Al-Ma'idah daripada kitab Al-Quran.
Salam,
Buat wira internet,
Anda membuat satu dakwaan yang cukup keras ke atas Sultan-Sultan. Saya yakin majoriti Sultan dna kerabatnya adalah cukup dihormati tingkah laku dan pemikirannya.
Pemikiran anda adalah tipikal penyokong Anwar Ibrahim. Apabila keputusan Sultan seolah-olah membelakangkan UMNO / kepimpinan UMNO maka golongan anda akan MENDAULATKAN TUANKU SULTAN, apabila sebaliknya macam-macam hujahlah yang akan anda keluarkan.
Pemimpin berkelakuan tidak senonoh ? Saya bersetuju juga dengan pendapat anda. Sebab itu saya rasa orang seperti Anwar tidak layak disokong kerana moralnya boleh dipertikai, sahabat-sahabatnya dulu jelas ada yang terdiri daripada orang kuat syarikat perjudian dan sebagainya.
Orang-orang UMNO juga tidak lupa kepada gerakan hebat Anwar dan 'kroninya' berusaha dalam apa jua keadaan untuk menang jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993, juga di tahun 1996 di mana aneka 'rampasan kuasa' secara undi kotor juga berlaku di banyak bahagian untuk menguatkan kedudukan Anwar.
Tapi biasalah, orang seperti anda akan mengatakan itu fitnah, itu UMNO yang ajar, Anwar terpaksa dan Anwar akan berubah jika dia menjadi ketua.
Maka saya setuju dengan pendapat wira internet itu.
salam..
tapi abg fendy..
kes2 ada kerabat dan sult_ _ _ yang buat cmtu..mcm yg wira internet ckp tu..mmg ada..
tk perlu sebut nama la kan..dn juga..bukan ke ada kerabat sult _ _ yang terlibat dgn projek2 kerajaan...seperti GAMUDA..projek di penang..tk kira la projek2 balak kt pahang tu kan~
tak sungguh org tk kta
masakan pokok bergoyang kalau tiada angin yg datang
ada org pernah melihat..ada org pernah mendengar..dan benda ni bukan baru sekali dua..ramai dh tahu..tp tkkan la masuk paper kan..hampir mustahil..
al maklum la.."kedaulatan"..
saya masih respek kpd beberapa org sultan yang masih clean dan menjaga amalan agama..
antaranya Sultan terengganu..sultan kedah..
tapi tk bole la smpai tahap "daulat" yg mcm nak dewa2 kan..
manusia2 muslim yang tak men"daulat" kan Allah pun ramai..tinggal solat..buat jahat terang2...tkde pulak pimpinan UMNO nak buat bantahan dn rapat umum..
tp bab sultan..sanggup pulak..
dunia dah terbalik~
maaf kalo ada terksr bhsa-sekdr pndgn peribadi.
Post a Comment