Monday, December 1, 2008

Antara Mohd. Najib dan Abdul Razak

Salam Buat Semua,

1) Dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana, akhir Mac 2009, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

2) Rekod bakal tercipta, beliau adalah anak kepada seorang Perdana Menteri yang akhirnya menjadi Perdana Menteri. Di Amerika Syarikat, George W. Bush (2000-2008) adalah anak kepada Presiden Amerika iaitu George Herbert Walker Bush yang berkuasa selama 4 tahun sehingga tahun 1992. Bush 'senior' menjadi Presiden sewaktu berusia 65 tahun manakala Bush 'junior' berada di tampuk kekuasaan ketika usianya mencecah angka 55 tahun.

3) Tun Abdul Razak Hussein menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1970 sewaktu berusia 48 tahun. Anak sulungnya iaitu Mohd. Najib akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 di kala usianya menjejak 56 tahun. Beza antara Bush 'senior' dan Abdul Razak ialah seorang dapat menyaksikan sendiri anak lelakinya mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran negara yang pernah dirasai diri sendiri manakala seorang lagi sudah lama meninggal dunia dan hanya namanya sahaja yang masih harum menemani 'perjalanan' negara bertuah ini.

4) Ada persamaan di antara cara Mohd. Najib dan Abdul Razak menjadi Perdana Menteri. Abdul Razak mengambil alih pentadbiran negara dek kerana 'peristiwa berdarah 13 Mei' yang menyebabkan hubungan antara kaum di Malaysia menjadi cukup 'tegang dan hangat.'

5) Berlaku penolakan jelas kepada pemerintahan Tunku Abdul Rahman selepas kejadian itu. Tunku 'terpaksa' melepaskan kuasanya secara 'tidak nyata' kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai Abdul Razak. Parlimen digantung sejak Mei 1969 dan Tunku melepaskan kuasa 'secara nyata' apabila berundur diri daripada jawatan Perdana Menteri pada tahun 1970 untuk memberi laluan kepada Abdul Razak 'membaik-pulih' negara.

6) Mohd. Najib akan mengambil alih jawatan daripada Perdana Menteri ke 5 iaitu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga seakan 'terpaksa' melepaskan jawatannya menjelang Mac 2009 akibat daripada 'rangkaian desakan' berterusan yang sebenarnya adalah refleksi kegagalannya mentadbir negara ini secara telus, tidak teguh pendirian dan kurang sensitif kepada 'masalah rakyat.'

7) Seperti bapanya, Mohd. Najib ternyata akan mewarisi pentadbiran yang 'kucar-kacir' dan ketiadaan 'belang.' Umpama episod Abdul Razak juga, Mohd. Najib akan menjadi Perdana Menteri yang tiada masa untuk 'bersenang-senang' dan 'berbangga-bangga' dengan kedudukan yang dinikmati. Sebaik mengangkat sumpah jawatan kelak, Mohd. Najib perlu berdepan dengan aneka isu kritikal yang perlu ditanganinya.

8) Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri di era kemerdekaan baru diperoleh. Semuanya indah belaka ketika itu. Tun Hussein Onn pula meraih jawatan selepas Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut di London. Hussein tidak berada dalam keadaan tertekan kerana segalanya cukup ideal ketika itu. Dia hanya meneruskan segala agenda Abdul Razak yang telah 'tersusun rapi.'

9) Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri apabila Hussein berundur kerana masalah kesihatan. Awal 1980-an keadaan Malaysia cukup 'bersederhana' dan Mahathir sebenarnya telah lama dianggap sebagai 'Perdana Menteri sedang menunggu' kerana tatkala menjadi timbalan Hussein beliaulah yang selalu 'ditonjolkan' Hussein sebagai si 'pembuat kerja.'

10) Sewaktu Abdullah mengambil alih jawatan daripada Dr. Mahathir, semuanya tenang dan tiada sebarang 'faktor kritikal' yang perlu dihadapinya. Abdullah sebenarnya diharapkan akan berfungsi seperti Hussein yang hanya perlu mengurus-selia segala perancangan rapi yang telah dihasilkan pemimpin sebelumnya tanpa perlu bersusah-payah 'menggubal' hala tuju baru. Abdul Razak dan Mahathir disifatkan sebagai pemimpin 'luar biasa' yang bijak lagi berpemikiran jauh. Hussein dan Abdullah (Abdullah sebelum menjadi Perdana Menteri) pula dilihat sebagai pemimpin yang tidak gelojoh, tidak mementingkan nama dan tidak tamak kuasa. Abdul Razak dan Mahathir adalah perancang yang hebat, Hussein dan Abdullah (sebelum menjadi Perdana Menteri) adalah pengurus yang bagus. Malangnya, Abdullah tidak bijak menggunakan kekuatan dirinya. Dia seakan cuba mengubah keupayaan dirinya dengan cuba menjadi si perancang pula. Akibatnya, dia 'termakan diri' dan episod penamat kuasanya tidaklah semanis Hussein. Mohd. Najib WAJIB memahami 'kisah-kisah' tersebut supaya penamat beliau tidak menjadi seperti Tunku dan Abdullah !

Neba2020: Sejarah mampu memberikan kita hikmah dan pengajaran yang cukup berharga. Bijak menggunakan sejarah pasti akan menjadikan kita satu watak yang akan disayangi di dalam sejarah masa depan. Sebaliknya, salah tafsiran terhadap sejarah bakal menjadikan kita watak yang 'negatif' pula di dalam lipatan sejarah yang mendatang ....

3 comments:

Muhammad Hazimin Wahab said...

masih awal lagi utk menilai.. masa paklah naik awal2 dulu pun, macam tulah,.. semua org puji.. akhir sekali, tengok apa yg dah jadi....

maka, belajar drpd sejarah... semoga semuanya menjadi lebih baik buat rakyat malaysia & agamaku...

akupunyablog said...

Apabila Najib jadi PM, maka habislah pusat karaoke disewa dek Rosmah...

Apabila Najib jadi PM, maka tersenyumlah Ziana Zain...

Apabila Najib jadi PM, bertambah benganglah si Farid pemyampai berita Dunia jam 10...

Rakyat dah bosan dengan manusia bernama Najib ni...! Sebab tu PRU 12, UMNO dan BN hampir terlingkup...!

fendy_ahmad said...

Salam,

akupunyablog, kenyataan anda kelihatannya penuh dengan dakwaan-dawaan yang 'kronik' bunyinya.

Untuk mengatakan rakya bosan dengan Najib adalah silap sama sekali. Mungkin anda dan majoriti orang-orang dis ekeliling anda yang berpendapat sedemikian tetapi jika anda buat kajian secara lebih mendalam ternyatalah Najib sebenarnya disenangi ramai.

Tanyalah pada pesara tentera, risik-risiklah para peneroka Felda, intai-intai orang-orang kampung di Pekan dan majoriti golongan pendidik .... Majoriti (bukan semua) menyenangi bakal PM ini ....