Saturday, December 20, 2008

'Berblog' Di Kampung ...

Salam Buat Semua,

1) Zaman semakin maju, gaya hidup manusia juga pantas berubah.

2) 'Posting' ini 'ditulis' melalui telefon bimbit Nokia Navigator yang sudah berusia 1 tahun 5 bulan. Applikasi 'blog' ini tidaklah dapat saya manfaatkan sepenuhnya. Hanya yang 'asas-asas' sahaja dapat digunakan tatkala melayari Internet di skrin telefon. Dalam dunia teknologi yang laju 'berlari,' jangka hayat melebihi setahun sudah boleh dikira 'tua' dan menanti masa untuk diketepikan.

3) Saya sedang duduk bersandar di tepi pintu rumah yang sengaja di buka seluasnya supaya terang.

4) Encik (ayah) sedang membaca akhbar Utusan Malaysia dan Harian Metro sambil mulutnya ligat 'berkomentar.' Semestinya saya di tepi pintu ini menjadi pemberi respon kepada ulasan Encik.

5) Topik-topik yang menarik perhatian Encik melalui pembacaannya hari ini ialah kisah seorang ibu di Amerika Syarikat melahirkan anaknya yang ke 18, Sukan Universiti Asean, khabar angin Christiano Ronaldo mungkin meninggalkan Manchester United, isu penswastaan Institut Jantung Negara, kisah pernikahan Mawi dan harga minyak dunia.

6) Di luar rumah, emak kelihatannya sedang membakar sampah. Cuaca panas tapi dia kelihatan bersemangat lagi rajin membersihkan kawasan di belakang rumah.

7) Akhir tahun 2000 sewaktu saya mula memakai telefon bimbit, ianya akan dimatikan sahaja apabila pulang ke rumah ini dek kerana tiadanya sebarang 'signal' liputan perkhidmatan. Hanya di akhir tahun 2002 barulah liputan komunikasi menjadi lebih luas di sini.

8) Saya hanya mula 'celik' Internet sewaktu usia hendak menjejak angka 18. Sepanjang di alam persekolahan, komputer dan Internet adalah dua perkataan yang hanya saya temui melalui pembacaan di akhbar mahupun majalah semata-mata.

9) Keadaan di kampung tenang sentiasa. Tiada hiruk-pikuk, tiada kesesakan, tiada rumah yang rapat umpama kembar berbaris dan tiada kepanasan yang melampau.

10) Zaman sentiasa berubah dan manusia juga bisa berubah dengan berkembangnya teknologi dan ilmu. Apa yang pasti, ketenangan dan kepuasan berada di kampung dengan mengisi masa melihat pergerakan harian Encik, emak, kucing-kucing dan pohon-pohon menghijau adalah sesuatu yang indah lagi membahagiakan.

Neba2020: Ada anak Felda, anak estet, anak kampung, anak 'flat' dan anak setinggan yang merasa 'asal-usul' diri sendiri adalah tidak menarik, tidak ada kelas dan tidak terpuji. Malu dan rasa rendah diri ! Mengapa jadi begitu ?

3 comments:

El-Zaffril said...

Telah mengajar sesuatu tentang internet kepada kamu. Mesti kamu ingat saat itu. Hehe

Saya masih berbangga berdarah jawa asli, berasal dari kampung dan kini merantau mengejar cita-cita. Yang pasti, 20 tahun lagi saya kan kembali ke kampung semula. Kerana di sana ia bermula. Dan berharap di sana jugalah ianya akan berakhir

Muhammad Hazimin Wahab said...

yezza, nampaknya segamat bukan lagi kampung yang tiada apa2.... bila lagi nak ajar org kampung situ berblog, En Effandi ?

Anonymous said...

Seperti sedutan iklan Berita Harian pula, 'ZAMAN DAH BERUBAH, DUNIA SEMAKIN MAJU'. Kampung dan kawasan 'bukan urban' jangan dipandang sebelah mata pada masa kini. Semua sudah berubah. Bukan Segamat sahaja. tempat lain begitu juga...

'ZAMAN DAH BERUBAH, DUNIA SEMAKIN MAJU'