Tuesday, December 23, 2008

'Kepala Babi' Mengguris Melayu !

Salam Buat Semua,

1) Malaysia adalah negara Islam. Islam sendiri diperakui sebagai agama rasmi negara ini.

2) Andainya ada yang tidak berapa 'selesa' dengan sebutan bahawa Malaysia adalah negara Islam sekurangnya mereka terpaksa menerima hakikat bahawa negara ini didiami oleh kira-kira 60% warganegara yang beragama Islam.

3) Komposisi 40% lagi rakyat Malaysia adalah terpecah kepada pelbagai kelompok agama seperti Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lainnya.

4) Sepanjang 2008 ini, 'kepala babi' seakan menjadi duri dalam daging yang cuba mengguris perasaan dan kesabaran orang Melayu di daerah Alor Gajah, Melaka.

5) 'Kepala babi' diletakkan di pinggiran pantai Pengkalan Balak.

6) 'Kepala babi' diletakkan dihadapan rumah seorang Islam.

7) 'Kepala babi' diletakkan di atas kain rentang memaparkan aktiviti yang dibiayai oleh pertubuhan Islam.

8) Ada juga laporan yang tidak dihebahkan di media massa bahawa ada 'kepala babi' diletakkan di kawasan perkuburan Islam.

9) Kesabaran orang Islam dan bangsa Melayu masih di tahap yang cukup membanggakan walaupun hakikatnya ada 'penggembala babi' yang telah melanggar syarat-syarat kebenaran penternakan yang dibenarkan kerajaan. Jumlah ternakan yang diusahakan adalah berganda lebih besar daripada yang diluluskan lantas mengakibatkan gangguan nyata kepada alam sekitar dan berlakunya pencemaran air dan udara yang cukup menyedihkan. 'Mereka' diberi amaran, malangnya ada segelintir daripada 'mereka' yang cuba bertindak 'lebih.'

10) Isu 'kepala babi' ini jika gagal dibendung dengan sebaiknya dikhuatiri akan menbawa kepada natijah yang menakutkan sedikit masa lagi. Kesabaran orang Islam dan sensitiviti Melayu diharapkan dapat difahami oleh rakan-rakan senegara yang lain. Kita tidak mahu suatu hari nanti 'kuasa majoriti' mula 'mengaum dan membaham' sesuka hati apabila rakan-rakan yang disayangi terlebih 'mengada-ngada' dan 'kurang ajar.' Bertindaklah dengan menggunakan akal, bukannya menggunakan 'kepala lutut.' Negara aman, rakyat sentosa !

Neba2020: Melayu sensitif dengan istilah babi dan anjing. Melayu mudah naik geramnya andai babi dan anjing dijadikan bahan permainan oleh sesiapa juga. Melayu akan hilang sabarnya nanti andai babi dan anjing kerap sangat 'dihadiahkan' kepada mereka ....

7 comments:

Anonymous said...

ala..Bee End yang approved buka ladang babi dan anak babi,

marah kat Bee End la

tiba-tiba Bee End nak sensitif.

selama ni,sebelum,sebelum membiak lagi banyak,Bee End dan "melayu" senyap seribu bahasa.

salah bee end suma ni

bee end kan kerajaan

kenapa bee end lembik sangat nak ambik tindakan

ke sebab takut hilang undi pilihanraya?cuba tanya pak ali kamu tu~

fendy_ahmad said...

Salam,

Ladang babi tu adalah satu keperluan bagi sahabat kita yang bukan Islam terutamanya kaum Cina

Itu kita kena hormati dan BN menghormatinya.

Masalahnya timbul apabila si pengusaha / penternak ini tidak mematuhi peraturan yang telah dipersetujui di awalnya.

Pelik juga bila yang anti BN ada yang geram pada BN sebab benarkan ladang babi dibuka tapi menyokong pula pihak / parti yang memperjuangkan hak-hak para penternak babi.

Noor Ashraaf said...

bukan ape, orang2 islam sini sume lembik, especially muslim melayu lembik!

sogok duit sket, terima je... pastu kalau hal2 berkaitan islam sampai menghina Islam pon, boleh deal lagi... itulah kerajaan malaysia...

padahal boleh je amik tindakan, tapi sampai sekarang takde tindakan diambil, amende kerajaan buat? senyap je ke? ke tengah deal something?

derang kene paham, dalam malaysia ramai kaum lain yg tak beragama islam juga, jadi sepatutnya ada tempat khas untuk menternak hanya cukup untuk penggunaan mereka, begitu juga arak, hanya produce for their own consumption,

tapi malaysia, nama je negara Islam, tapi buat kilang arak, ladang babi, sampai siap jadi regional exporter, apekejadahnye kan? takkan negara islam buat camni, Islam is tolerate to other religion, On this case it is limited to only for their community consumption ONLY. Not for mass producing to make money or income!

Noor Ashraaf said...

Tapi kalau nak buat tu perlulah berada dalam kawalan ketat, tempat mestilah di tempat orang yg inginkan makanan itu, dan begitu juga arak2 tersebut.

Tempat tersebut perlulah dijaga kebersihannya semua, seperti yang dicadangkan sebelum ini, skarang di melaka tu tak terkawal langsung, memang la orang ramai marah, dah la kawasan itu kawasan orang Islam...

mane tak orang marah?

Hoi penguatkuasa tidor ke? cadangkan cara lain nak settlekan sume ni, adakah satu tempat khas semua....

ingat hanya hasilkan cukup untuk konsumption mereka sahaja dan bukan untuk mass produce dan menjadi pengeksport terbesar di asia tenggara.

Yang terbaik tetap mengharamkan semua, tapi itulah, ramai yang non-muslim di malaysia, jadi kalau dapat dikawal, itu sudah bagus bukan?

Helmy Ahmad said...

Apabila isu BABI ini tercetus dengan beberapa peristiwa yang boleh menimbulkan polemik berbahaya dalam masyarakat majmuk seperti di negara kita ini, jikalau tidak diambil perhatian serius, ia boleh menjadi seperti 'duri di dalam daging sudah terkeluar'. Jangan sampai ia 'bernanah' dan menjadi 'barah' yang boleh membunuh seluruh anggota badan. Dalam tempoh 'membunuh' itu, ia memberi satu penderitaan pada 'mangsanya'.

Sememangnya kita tahu BABI adalah satu makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang telah tersurat nasibnya yang paling hina dan paling najis sehingga dikategorikan Najis paling berat (Najis Mughallazah).

Bagi masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia khasnya, haiwan ini adalah sesuatu yang begitu sensitif dan taboo bagi kita. Maka apabila perkara seperti begini terjadi ia boleh menimbulkan situasi tegang dengan perasaan marah yang membara atas tindakan melampau ini.

Ya Fendi, apabila kerajaan pembangkang terutamanya di Kedah yang mencadangkan pembukaan ladang ternakan BABI di Bukit Selambau, degan selambanya 'ahli-ahli' mereka menyokong dengan penuh semangat dan mengatakan ia adalah keperluan rakan kita yang berbangsa Cina dan mungkin juga kaum Siam yang menjadi sebahagian daripada masyarakat penduduk yang ramai di negeri Jelapang Padi itu walhal Kedah adalah negeri yang bermajoriti masyarakat Melayu Islam. Adalah ironik bagi kerajaan yang diterajui oleh pihak yang dulu menentang seadanya pembukaan ladang ternakan BABI tiba-tiba mengusulkan idea yang sedemikian. Akhir kata daripada 'mereka' yang saya dapat 'KERAJAAN NEGERI DAHULU JUGA YANG MENCADANGKAN SEDEMIKIAN' berulang-ulang pula terutamanya kalau ia membabitkan perancangan yang menimbulkan kontroversi. Sedia maklum lah negeri yang terlibat... Saya mengambil contoh negeri Kedah sebab ia adalah kes yang unik.

Seumpama 'Hitam di dalam Putih'...

Harap maklum...

Anonymous said...

Sebenarnya di Malaysia, bukannya konflik antara Melayu dengan bukan-Melayu. Ianya Melayu dengan Cina.

Mereka hanya menggunakan perkataan bukan-Melayu untuk menunjukkan mereka tidak bersifat perkauman tetapi bila sampai satu tahap, mereka hanya bertidak apabila "kepentingan" kaum mereka sendiri terjejas.

Ianya amat jelas sekali tetapi tidak ramai yang perasan fenomena ini atau sengaja mendiamkan diri demi tidak mahu menguris perasaan sesama bangsa.

Anonymous said...

babi / lembu...
semuanya sama saja..
biar kata lembu diharam..
isu babi menjadi isu lembu..
adakah ianya sama??

bukankah kita semua rakyat malaysia. menagapa harus berbalah sesama sendiri hanya kerana isu babi??

sepatutnya kita harus bertolenrasi.. bukannya bising disana disini..