1) Di Amerika Syarikat, Presidennya dipilih secara langsung oleh rakyat. Dua parti terbesar iaitu Demokrat dan Republikan akan memilih calon masing-masing untuk bertanding ke jawatan utama itu. Pemilihan peringkat parti juga diadakan secara mini pilihan raya di kalangan ahli-ahli parti.
2) Di Indonesia, rakyatnya mengundi sebanyak dua kali iaitu pengundian untuk memilih ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Presiden negara. DPR bolehlah disamakan dengan sistem Parlimen di Malaysia.
3) Pemilihan Presiden Indonesia melibatkan dua pusingan sekiranya tiada calon yang memperoleh undi minimum sebanyak 50%. Pusingan penentuan akan melibatkan dua calon yang mendapat undi tertinggi di pusingan awal itu. Kaedah ini turut dipraktiskan di Russia dan Filipina.
4) Malaysia mengamalkan sistem yang 'berorientasikan Komanwel.' Sistem pilihan raya dan kaedah pemilihan Perdana Menteri di sini adalah serupa dengan kebanyakan negara-negara Komanwel seperti United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand, India, Pakistan dan Singapura. Negara bukan Komanwel seperti Jepun dan Thailand juga mengamalkan sistem tersebut.
5) Sistem 'berorientasikan Komanwel' ini menggunakan kaedah sistem tunggal pilihan raya di mana rakyat memilih wakil rakyat kawasan masing-masing yang mewakili parti-parti politik tertentu. Pemenang pilihan raya akan menjadi ahli Parlimen untuk jangka masa antara 4 dan 5 tahun.
6) Seterusnya ketua parti yang memperolehi jumlah ahli Parlimen terbanyak akan dilantik sebagai Perdana Menteri. Ringkasnya, rakyat tidak terlibat secara langsung di dalam pemilihan Perdana Menteri tetapi logiknya ialah Perdana Menteri itu mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen daripada partinya sendiri yang diundi rakyat jelata. Kesimpulan secara mudah ialah rakyat menyokong ketua parti yang mereka undi sewaktu pilihan raya umum.
7) Seandainya Perdana Menteri ataupun Presiden dipilih secara langsung terdapat kemungkinan yang beliau datangnya daripada parti yang tidak memiliki ahli Parlimen terbanyak. Kes seperti ini berlaku di Indonesia di mana Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang memenangi pemilihan Presiden pusingan ke dua pada tahun 2004 tetapi partinya bukanlah parti terbesar di Parlimen Indonesia (DPR).
8) Perdana Menteri yang dipilih secara langsung oleh rakyat walaupun dengan majoriti kecil sekalipun adalah kuat kedudukannya. Dia tidak perlu takut kepada kemungkinan untuk kehilangan jawatan akibat daripada kebarangkalian ahli-ahli Parlimen partinya 'melompat' masuk ke parti pembangkang. Aktiviti 'lompat-melompat' sama sekali tidak akan menjejaskan kedudukan Perdana Menteri dan juga Kabinetnya. Pentadbiran akan berjalan dengan lancar dan 'huru-hara politik' dapat diminimakan.
9) Perdana Menteri yang dipilih secara langsung oleh rakyat akan kekal selamat dan stabil untuk seluruh penggal pentadbirannya sehinggalah pilihan raya seterusnya. Dia juga bebas daripada 'sindrom takut' kepada parti-parti komponen di dalam 'barisan mahupun pakatan' kendaliannya yang suka 'menggugut' dan 'meminta lebih' sama ada peruntukan kerusi pilihan raya, keperluan kaum masing-masing dan cubaan untuk mencabar polisi sedia ada. Dia dilantik oleh rakyat dan bukannya anggota-anggota Parlimen lainnya.
10) Rakyat sebenarnya akan menjadi lebih berkuasa dan bertanggungjawab melalui sistem ini. Rakyat bebas untuk melakukan 'pemisahan dan pembezaan' di antara ketua pentadbir negara dan wakil kawasan yang mereka sukai dan percayai. Perdana Menteri yang dipilih rakyat juga bebas daripada tekanan partinya, pembangkang dan juga institusi Raja. Dia adalah wakil langsung kepada majoriti rakyat Malaysia !
Neba2020: Melalui sistem pemilihan langsung Perdana Menteri, rakyat akan 'berpolitik' secara aktif hanya sekali dalam tempoh 4 atau 5 tahun, selebihnya adalah masa untuk bekerja dan bersatu demi negara tercinta. Pihak yang tewas akan menumpukan kepada proses menjadi 'pembangkang' yang matang dan berguna kepada pembangunan negara, bukannya pembangkang yang sentiasa cuba 'meraih kuasa' melalui jalan belakang ....
3 comments:
Walaupun sistem kita hampir sama dengan sistem UK, tetapi di UK seorang raja atau ratu mempunyai kuasa untuk memecat PM yang tidak berkaliber dan juga boleh menolak rang undang-undang yang tidak dipersetujuinya, tidak sama dengan di Malaysia di mala Yang Dipertuan Agong seolah-olah menjadi boneka sahaja apabila baginda hanya boleh meluluskan rang undang-undang, kalau tak setuju pun satu-satunya perkara yang boleh dilakukan cumalah meminta pembentangan semula.
Kelemahan sistem kita memang terserlah semasa zaman Pak Lah kerana dalam sistem kita, kita hanya memilih wakil rakyat di kawasan kita sahaja dan bukannya PM. Seterusnya, ketua bagi parti yang menang akan dipilih menjadi PM oleh Yang Dipertuan Agong. Dengan kata lain, pilihan raya hanyalah sekadar batu loncatan bagi penyandang PM sahaja untuk mengekalkan jawatannya. Kalau PM itu lemah dan korup sekalipun, dia hanya boleh dijatuhkan jika pengundi di tempatnya sendiri memilih pembangkang.
Di luar negara terutamanya di negara-negara maju, seseorang menteri, PM mahupun presiden akan meletakkan jawatan sekiranya gagal menjalankan tugasnya seperti yang sepatutnya, contohnya kalau gagal memulihkan ekonomi negara, menteri kewangan akan meletakkan jawatan, dan kalau ada kematian yang ramai di kalangan tentera kerana tindakan mengerahkan tentera untuk berperang, menteri pertahanan akan meletakkan jawatan. Dengan kata lain, setiap menteri kena bertanggungjawab atas tindakan masing-masing dan patut meletak jawatan sekiranya gagal demi memulihkan maruah negara. Tetapi di Malaysia, menteri-menteri yang ada seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab dan tak ada maruah. Lihat sajalah Pak Lah, BN dah kalah teruk pun tak nak letak jawatan, kemudian dia mereka skrip drama "pelan peralihan 2010" yang kemudiannya dianjakkan ke Mac 2009 atas tekanan rakyat dan dari parti sendiri.
...please where can I buy a unicorn?
In it something is. Thanks for council how I can thank you?
Post a Comment