Wednesday, December 10, 2008

Peguam Wajib Lancar Berbahasa Kebangsaan !

Salam Buat Semua,

1) Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memaktubkannya secara jelas. Bahasa Malaysia pula adalah adaptasi langsung sepenuhnya daripada Bahasa Melayu. Bahasa Melayu rasmi yang diguna-pakai di Malaysia ini adalah bertunjangkan Bahasa Melayu Johor-Riau.

2) Sistem dwi-bahasa masih dipraktiskan di mahkamah-mahkamah negara ini. Proses perbicaraan yang merangkumi segmen pertuduhan dan pembelaan masih membenarkan Bahasa Inggeris digunakan.

3) Malaysia sudah hampir 52 tahun mencapai kemerdekaannya. Bahasa Malaysia juga sudah berpuluh tahun dijadikan bahasa rasmi di sekolah-sekolah seluruh negara. Timbul persoalan mengapakah kita masih 'takut dan was-was' untuk mengenepikan bahasa selain daripada Bahasa Malaysia daripada 'bersuara' di dalam mahkamah negara ini.

4) Majlis Peguam yang cukup hebat lagi selalu menjadi 'jagoan dan ayam jantan' dalam pelbagai isu yang mereka fikirkan sebagai 'keadilan dan kesaksamaan' untuk semua pihak nampaknya seperti menutup sebelah mata tentang peri pentingnya untuk memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara ini sekaligus menjadi bahasa tunggal di mahkamah. Kelonggaran penggunaan Bahasa Inggeris sepatutnya hanya diberikan apabila kes yang dibicarakan adalah melibatkan bukan warganegara. Apa logiknya jika pihak yang dituduh, menuduh, mendakwa, membela dan menghakimi adalah rakyat Malaysia tetapi bahasa Inggeris yang 'bersuara' ?

5) Alasan segelintir peguam dan pengamal undang-undang kononnya 'bahasa keadilan' lebih mudah difahami apabila menggunakan Bahasa Inggeris adalah satu alasan yang cukup dangkal lagi cetek pemikirannya. Alangkan terma-terma sains, teknologi, agama dan falsafah sudah berzaman boleh dibicarakan melalui medium Bahasa Malaysia, semestinya tiada yang mustahil juga untuk 'meMelayukan' sepenuhnya pengucapan di dalam mahkamah.

Neba2020: Hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih. Bila isu dapat memenuhi kepentingan diri sendiri maka sensitiviti majoriti diketepikan, bila isu tidak dapat memuaskan diri sendiri maka perkara yang jelas termaktub cuba dipinggirkan umpama tidak terasa kewujudannya ....

4 comments:

Muhammad Hazimin Wahab said...

ha apa lagi Paklah, kata nak baut pembaharuan sebelum letak jawatan...kan....

Anonymous said...

kenapa mmu x ajar bahasa melayu? gajah depan mata x nampak kuman seberang laut nampak

fendy_ahmad said...

Salam,

Buat anonymous,

Antara badan kehakiman dengan sebuah universiti swasta semestinya institusi kehakiman negara itulah yang sesuai dianggap sebagai 'gajah.'

Maaf kata, anda ini cuba memesongkan apa yang dibincangkan di sini.

orangkampung said...

Masih ada peguam tak lancar bahasa Melayu? Memang teruk jika ada peguam Malaysia yang tak lancar berbahasa Melayu. Maknanya ada sesuatu yang tak kena dalam sistem pendidikan kita. Malu dengan dunia.