1) Saya kira jumlah pelajar berbangsa Arab di universiti yang 'hadir' ke masjid untuk menunaikan fardhu Jumaat berjemaah tidaklah mencecah 20% daripada jumlah keseluruhan yang hadir.
2) Pandangan kasar menunjukkan jumlah pelajar berbangsa asing berjaya membentuk kira-kira 20% daripada kapasiti keseluruhan jemaah tetapi bukanlah 100% daripada mereka itu adalah berbangsa Arab. Ada juga yang 'orang kita' sebut Arab tetapi mereka itu tidaklah faham bahasa Arab.
3) Majoriti besar yang hadir semestinya berbangsa Melayu. Dianggarkan 80% adalah rakyat Malaysia daripada keturunan Melayu yang semestinya faham bahasa Melayu. Ada juga yang boleh dikategorikan sebagai rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Melayu tetapi hadir juga kerana mereka juga adalah penganut agama Islam. Peratusan mereka ini tidaklah besar, mungkin sekitar 1 ataupun 2% sahaja.
4) Tidak lupa ialah para pelajar mahupun pensyarah juga pekerja-pekerja kontrak yang datang dari negara seberang, Indonesia. Mereka ini secara kasarnya tidak mempunyai masalah untuk faham bahasa Melayu asas. Peratusan mereka mungkinlah sekitar 4-5%.
5) Seorang yang berbangsa Arab diberikan 'keistimewaan' untuk membaca khutbah. Maka khutbah pertama disampaikan di dalam bahasa Arab. Panjang sungguh. Sisi positif ialah beliau cukup bersemangat dan teruja sekali. Keseriusan dan penegasan gaya bahasanya cukup bagus dan wajar dipuji. Ini wajar dipelajari dan dicontohi oleh orang kita yang selalunya penyampaiannya cukup 'shahdu dan merdu' sehingga hampir 'separuh' pendengar boleh 'terlelap dan hilang fokus' terhadap apa yang dikeutarakan.
6) Khutbah kedua disampaikan di dalam bahasa nombor satu dunia pula iaitu bahasa Inggeris.
7) Bahasa Arab adalah bahasa Al-Qur'an dan memang kita akui ianya mulia dan wajar disanjung tinggi. Adalah sesuatu yang murni jika kita berusaha untuk mempelajarinya. Masalahnya, mempelajari sesuatu bahasa walaupun secara intensif manapun ianya akan mengambil masa yang lama terutamanya sehingga mampu memahami apa yang dicakapkan secara langsung oleh pengamal bahasa tersebut. Selain itu, bukan mudah untuk 'memahamkan bahasa Arab' di kalangan majoriti antara kita.
8) Bagi jemaah yang tidak memahami bahasa Arab dan juga tidak menguasai bahasa Inggeris, apakah faedahnya yang mereka peroleh daripada 'mendengar' khutbah Jumaat itu? Nampaknya, yang mereka dapat ialah sekadar melepaskan tanggungjawab kewajipan menunaikan solat Jumaat secara berjemaah di masjid. Tiada ilmu baru, tiada ingatan keagamaan baru yang boleh 'dibawa pulang' ke rumah.
9) Tidaklah kita mahu menafikan hak sesiapa jua untuk 'menyumbangkan' ilmu dan melaksanakan perkongsian bijak tetapi biarlah kena pada tempatnya dan mengutamakan khalayak majoriti.
10) Sistem khutbah pertama di dalam bahasa Melayu dan khutbah kedua pula menggunakan bahasa Inggeris bagi sebuah institusi yang memiliki pelbagai aliran juga jenis jemaah rasanya sudah memadai dan dapat memberi ilmu kepada semua yang hadir. Menarik juga untuk kita fikirkan - Adakah pelajar Malaysia kita yang belajar di negara Arab diberikan kesempatan untuk membaca khutbah penuh di dalam bahasa Melayu dikala majoriti besar yang hadir adalah mereka yang berbangsa Arab? Andai ada baguslah tetapi kasihan pula pada 'Pak-Pak Arab' itu yang semestinya mungkin 99% tidak faham bahasa Melayu ....
Neba2020: Tujuan sesuatu itu perlu dilaksanakan seperti mana yang diarahkan oleh TUHAN wajarlah difahami sepenuhnya. Apa sebabnya? Apa faedah yang akan didapati? Apa kepentingannya kepada si pelaku?
4 comments:
Jangankan bahasa Melayu, dialek Kelantan pun mereka mampu kuasai. :P
http://www.youtube.com/watch?v=3Q6VIeQ5X2o
Walaupun begitu, saya memang tidak cukup suka bila khatib membaca terus dari teks ucapan (yang sememangnya dikeluarkan oleh jabatan agama) bulat-bulat. Baik tak payah baca langsung, bagi saja kat jemaah suruh baca.
Kakitangan Masjid bukannya tidak dibayar gaji. Jadi, apa kata jabatan agama memberi pihak masjid kuasa dalam mencorak khutbah sendiri? Dengan ini, insyallah, para jemaah tidak akan terlelap mendengar khatib baca teks macam robot.
haha..isu ni dulu dh dibangkitkan..tp tu la..nak wat cmna..kera di hutan disusukan..
thanks google for the translate hahahaha yes mr effendi i can say thats im agree and disagree in same time agree with ya in the side of we should pray at mosque as wll and in other hand we cant estimate thats all prayer's are malayh or arab , am arabian and i feel shame of some arabian student behave totally changed because of the environment that they are living in, mixture cultural diffrent doctrine make them confused and lost, for me alhamdulilah i pray usually at mosque except fajor time sometime late a bit, these kind of characteristic differ from person to other .
may allah guide them in a right way
Post a Comment