Tuesday, April 20, 2010

Putus Terpaksa - Vokal, Melodi dan Lirik Yang Cukup Mantap

Salam Buat Semua,



PUTUS TERPAKSA

Seringkali kau menepis tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku
Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku...

Demi masa hadapan kita
Aku merayu
Kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Ku pasti ruang untuk mu
Masih ada...
Sudah puas ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk impian hidup kita
Namun tiada oh kudratku untuk
Halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu

Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti
Demi masa hadapan kita
Tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua ku undur diri...
Terpaksa jua ku undur diri...

Neba2020: Lagu ini muncul pada tahun 1993, cukup popular dan 'hangat' sekali di antara tahun 1993 dan 1995. Sebelum 'kelahiran' Siti Nurhaliza menggegarkan persada muzik Malaysia pada tahun 1996, Ziana Zain adalah 'ratu hati' pencinta lagu-lagu Melayu ...

3 comments:

Alia said...

hm.. mendalam betol lirik lagu ni.does it has something to do with your personal life?

fendy_ahmad said...

Salam,

Alia:

Lagu ini tidak ada kaitan dengan kehidupan saya.

Saya cuma merasakan liriknya cukup mendalam maksud dan berbeza dengan kebanyakan lirik lagu-lagu cinta ditulis.

Ada 'gossip' yang entah betul entahkan tidak pernah dahulu mengatakan bahawa lirik lagu ini adalah berkaitan dengan kisah bekas kekasih si penyanyinya yang terlibat dengan masalah 'musuh nombor satu negara.'Mungkin juga kisah kekasih si penulis liriknya.

Anonymous said...

dear sir fendi..

sy adalah slh seorg die hard fan ziana zain sejak 1993.
ini adlh antara lgu yg paling sy minati krn mencbr vokal dan liriknya jg sgt puitis.
oleh itu sy sgt teruja bile ternmpk post ni..

sekian..